We Are The World 2010

Sesiapa yang membesar dan seusia dengan saya, sudah tentu biasa dan pernah mendengar lagu We Are The World ciptaan Michael Jackson dan Lionel Richie dan diterbitkan oleh penerbit dan komposer terkenal Quincy Jones. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1985 dinyanyikan oleh beberapa penyanyi yang begitu popular di tahun 80′an seperti Lionel Richie, Stevie Wonder, Paul Simon, Kenny Rogers, James Ingram,Tina Turner, Billy Joel, Michael Jackson, Diana Ross, Dionne Warwick,Willie Nelson dan beberapa artis lain.

Lagu ini dimuatkan di dalam satu album yang  menggunakan tajuk yang sama juga mengandungi beberapa lagu lain. Matlamat utama album ini diterbitkan untuk mengumpul dana mmbantu mangsa kebuluran di Africa. Album ini dikatakan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan kerana jualan jualan album ini berjaya mencecah jutaan unit dalam masa yang singkat.

Pada tahun 2010 satu usaha dibuat untuk merakamkan semula lagu ini. Matlamat rakaman semula lagu ini adalah sama tetapi kali ini bertujuan mengumpulkan dana untuk mangsa gempa bumi di Haiti. Lagu ini diberi nama We Are The World 25 For Haiti. Lagu ini dinyayikan semuala oleh beberapa artis barat terkini dan beberapa artis vetaran yang popular.

Melodi dan rentak versi baru lagu ini masih dikekal namun pada beberapa bahagian tertentu lirik ditukar dan juga dimasukkan unsur rap dan hip hop. Namun versi baru ini menimbulkan beberapa kontroversi di kalangan peminat musik. Mereka mendakwa lagu ini merosakkan keaslian lagu asal. Peminat musik juga mendakwa kebanyakkan penyanyi terutama artis baru gagal membawa lagu ini dengan baik dan perkara yang paling tidak disenangi adalah kemasukkan unsur rap dalam lagu ini. Namun disebalik kritikan terhadap versi baru ini, ada yang berpendapat  ianya tidak patut dipertikaikan kerana ia adalah harapan dan kesedaran yang disuarakan oleh artis generasi baru dari pelbagai gengre musik dan bagi mereka kesedaran membantu mangsa di Haiti adalah lebih penting .

Bagi saya kalau dibandingkan atas dasar lagu dan musik itu sendiri, sudah tentu saya lebih suka versi asal kerana saya membesar dengan laguversi asal. Dari segi kualiti rakaman dan kualiti nyanyian , versi asal jauh lebih baik. Versi terbaru boleh dikatakan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Seperti orang lain juga, saya berpendapat adalah lebih baik cipta lagu baru untuk tujuan ini.

Namun apa yang penting versi baru ini bertujuan menimbulkan kesedaran untuk membantu mangsa bencana alam terutamanya di Haiti. Jadi terpulang kepada individu.

We Are The World (1985)

We Are The World 25 For Haiti

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Générateur de miniatures