Wang lesap di akaun bank?

atm

IPOH 31 Dis. – Seorang pekerja kilang kehilangan wang RM7,262 yang disimpan di dalam sebuah bank terkemuka tempatan pada 4 September lalu.

Mangsa, K. Hemanathan, 23, berkata, dia hanya menyedari wangnya lesap ketika hendak mengeluarkan wang tersebut pada 15 September untuk berbelanja bagi majlis perkahwinan kakaknya.

”Saya terkejut apabila mendapati baki wang di dalam akaun saya hanya tinggal RM58.

”Wang itu saya kumpul khas bagi membantu majlis perkahwinan kakak K. Mugineswary, 25, yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Sumber Utusan Malaysia

Kita sering terbaca di akhbar mengenai individu kehilangan wang simpanan di bank. Kehilangan menjadi misteri apabila individu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sejumlah wang tertentu pada waktu tertentu.

Ini perkara yang yang amat membimbangkan kita semua. Kita menyimpan wang di bank untuk keselamatan wang simpanan kita. Tapi sekarang ini terdapat banyak kes di mana wang simpanan di bank hilang atau berkurang atau di keluarkan tanpa pengetahuan pemegang akaun. Di dalam keadaan tertentu pihak bank tidak bertanggungjawab atas kehilangan wang di bank. Bayangkan kita menyimpan wang di bank untuk digunakan pada waktu yang terdesak dan kita yakin bahawa wang kita di bank mencukupi untuk digunakan , malangnya bila kita pergi ATM tiba-tiba baki hanya tinggal beberapa ringgit…

Punca kehilangan atau pengeluaran tanpa kebenaran ini ada beberapa sebab
1. Kecuaian pemegang kad ATM itu sendiri
2. Pemegang akaun mudah terpengaruh dengan janji manis oleh pihak tertentu yang menjanjikan hadiah istimewa
3. Sindiket terancang yang begitu canggih samada pihak luaran atau mungkin juga pihak dalaman
4. Jika menggunakan Online Banking tidak mengamalkan langkah keselamatan yang baik semasa melakukan transaksi secara online
5. Kesilapan dari pihak bank sendiri samada  kecuaian atau secara teknikal

Langkah perlu diambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku:
1. Jangan simpan nombor pin ATM di dalam dompet. Apa yang perlu kita lakukan ingat nombot pin tersebut di kepala2. Jangan benarkan orang lain mengeluarkan wang bagi pihak kita tak kira keluarga sendiri atau sesiapa sahaja.
3. Semasa pengeluaran wang di ATM.. semasa menekan no pin tutup butang nombor pada ATM dengan tangan atau apa yang difikirkan sesuai. Ya kita tak tahu ada kemungkinan kamera tersembunyi terpasang di ATM…Mungkin kita rasa tak logik…tapi lebih baik buat sebelum terkena.
4. Jangan beri no akuan bank dengan sewenang-wenangnya kepada orang lain. Walaupun secara dasarnya nombor akaun sahaja tidak memboleh kan orang lain mengeluarkan wang tetapi ada terdapat beberapa kes wang hilang setelah memberikan hanya no akaun.
5. Jangan mudah terpedaya dengan panggilan telefon kononnya anda memenamgi hadiah tertentu. Kebiasaanya dalam kes ini pemanggil meminta no akaun dan adakalanya meminta membuat pemindahan wang kepada akaun tertentu. Yang paling penting JANGAN LAYAN pemanggil seperti ini.
6. Sentiasa menukar no pin anda dari masa kesemasa. Dan elakkan menggunakan no pin yang mudah diteka.
7. Simpan transaction slip di tempat selamat. Ini penting jika ada apa-apa berlaku ada ada rujukan.
8.Jika anda menggunakan Online banking jangan sesekali klik pada link di email menyuruh anda mengemaskan akaun anda. Ini kerana jika anda klik pada link di email anda akan dibawa ke laman bank palsu di sini segala username dan password akan terdedah.
9.Ellakkan menggunakan password yang pendek dan mudah diteka. Kalau boleh buat campuran huruf dan nombor serta campuran huruf besar dan kecil.
10.Pasang perisian antivirus dan firewall pada komputer anda. Ini kerana tanpa perisisan ini komputer anda mudah terkena virus atau trojan seperti keylogger yang mana memintas dan merakam  apa-apa yang anda taip di komputer.
11. Gunakan browser yang baik cth Firefox dan setkan di firefox untuk memadamkan sebarang cache dan cookies sebaik sahaja anda tutup firefox.
12. Elakkan akses online banking di tempat awam cth cyber cafe dan sebagainya.
13.Sentiasa menyemak baki akaun bank anda dari masa ke semasa samada melalui ATM atau menggunakan online banking.

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kehilngan wang di akaun bank anda.
1. Pastikan anda betul-betul yakin dan pasti pada tarikh dan masa kehilangan wang tersebut anda tidak melakukan sebarang transaksi samda di kaunter bank, ATM mahupun secara online.
2. Buat lapuran seberapa segera kepada pihak bank. Kalau boleh buktikan pada tarikh dan masa tersebut anda tidak pergi ke bank atau  ATM .
3. Minta bank nyatakan di ATM mana wang tersebut dikeluarkan. Jadi kalau boleh bawa sorang saksi bahawa pada tarikh dan watktu tersebut anda tidak pergi bank atau ATM.
4. Jika pihak bank tidak mahu bekerjasama buat lapuran polis dan Biro Pengaduan Awam. Ada beberapa kes pihak bank sengaja menyalahkan pelanggan dan enggan bekerjasama…Dalam hal ini pastikan anda betul dan  dalam pihak yang benar…Kalau bank masih tak mahu bekerjasama juga buat surat rasmi kepada Gabenor Bank Negara…ya kita tak perlu takut untuk menulis surat kepada sesiapa hatta kepada perdana menteri sekalipun.

Apa-apa pun ia bermula pada kita. Jangan ambil sikap sambil lewa dalam hal sebegini. Jangan mudah percaya dengan orang lain tambah-tambah orang yang kita tidak kenal. Jangan ada sikap tamak dan mudah terpengaruh dengan sebarang hadiah istimewa. Jika kita berdisplin dan mengambil perhatian yang wajar dalam perkara ini., jika berlaku kita ada harapan dan peluang untuk fight but kalau kejadian itu berpunca dari kecuaian dan kelalaian serta sikap tamak kita…tak boleh nak kata apa…

Walaubagaimana pun saya berdoa dan berharap agar perkara ini tidak berlaku lagi di kalangan masyarakat di negara kita. InsyaAllah.

  • Share/Bookmark

7 Responses to “Wang lesap di akaun bank?”

  • Kalau simpan duit kat bank cap ayam ni mesti selamat punyerr…..kan!

  • bila terbaca je penipuan nombor akaun kat internet.. terus je saya pegi padam balik nombor akauan saya yang saya paparkan untuk tujuan pembelian buku.
    selamat ke paparkan nombor akauan kat internet?
    ada sesape boleh tolong. e-mail kat saya:norhaizanmustapha@gmail.com. terima kasih.

  • @Norhaizan
    Sebenarnya agak susah juga sindiket membuat pengeluaran dengan hanya no akaun bank. Kecuali kalau ada orang dalam bank yang membantu.
    Bagaimanapun sebagai langkah berhati-hati ada beberapa cara untuk memberi tahu bakal pembeli no akaun bank bank saudara
    1. Emailkan atau SMS no akaun bank kepada pelanggan saudara selepas pelanggan membuat pesanan.
    2. Jika saudara tahu seba sedikit pasal membuat laman web tetntu saudara tahu pasal auto responder. Saudara boleh membuat form pembelian. Selepas pelanggan saudara mengisi borang pesanan atau borang pertanyaan, email akan dihantar ke saudara dan salinan email tersebut juga dihantar kepada pelanggan berserta dengan butiran pembelian dan juga no akaun bank untuk tujuan pembayaran. Memang saya akui jika saudara tidak pernah membuat online form agak susah juga, minta bantuan mereka yang mahir.
    Dengan cara ini no akaun bank saudara tidak dipaparkan secara terus menerus di laman web saudara.

  • assalamualaikum…
    sy juga salah sorang yg kehilangan wang pada 2 september 2009. bila sy cek baki tinggal rm80 je. menyirap tul darah. sy pg ke headquaters bsn kat jln ampang tu tanye dia org kat mane duit sy di keluarkan, dia org kate duit tu dikeluarkan di siam. kalau nk cite mang panjang. hari smlm 8 oktober 09 sy nk kuar duit masuk kad atm tekan no pin, kad sy tendang balik, kat mesin tu tulis pengguna tak sah. ntah2 duit aku ilang lagi. ari ni aku nk pg bank. macam2 masalah tul ngan bsn ni.

  • @sepoi
    Saya simpati dengan masalah saudara. BSN memang terkenal dengan masalah pengeluaran tanpa kebenaran. Bila kita report diorang seolah -olah lepas tangan. Itu sebab saya memang lama dah tak pakai BSN. Dah lah service lembab …keselamatan duit orang tak terjamin.

  • faiz:

    salam..saya ada mengiklankn satu camera untuk dijual..sy dpt email dari seseorng dari luar negra yang berminat untuk membelinya kpada anaknya di nigeria..stelah dia memberi alamat serta butir2 untuk di hantar..dia meminta saya butiran spt brikut :

    Account Holder Name:
    Account Number:
    Bank Name:
    Bank Address:
    Swift Code:

    adakah cara ini boleh dipercayai?apakah nasihat tuan kpd sy?sy amat memerlukan duit ketika ini..tq

  • @faiz
    Minta maaf saya tak tak dapat nak kasi kata putus… kalau nak diikutkan dia minta semua butiran bank mungkin dia nak buat wire transfer.. kalau nak buat buat wire transfer..inilah perkara yang perlu.

Leave a Reply

Générateur de miniatures