Video editing- Software mana yang best…?
Soalan selalu sangat saya terima. Walaupun saya dah jelaskan banyak kali tak ada satu sofware video editing yang perfect. Jadi susah saya nak cakap yang mana satu yang terbaik. Bagi yang dah expoert guna Vegas dia kata Vegas is the best. Bagi yang expert guna Premiere dia kata premiere is the best.. Begitu juga dengan software-sofware yang lain.
Sebenarnya dalam Non Linear Editing video editing konsep lebih kurang sama. Dalam sesuatu sofware ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma saya tak dapat nafikan memang ada kelebihan dalam sesuatu software yang tidak ada dalam software yang lain. Salah satunya
1. Interface yang mudah tak mengelirukan
2. Capable untuk preview effects secara realtime tanpa dibantu oleh hardware yang lain
3. Capable untuk edit dalam multiformat video / audio serentak tanpa di convert terlebih dahulu.
Secara amnya most “modern” video editing software hari ini ada ciri-ciri di atas. Yang penting kita tahu konsep dalam video editing terutama basic knowledge dalam video editing.
Seperkara lagi suka saya nyatakan di sini. Kita tak boleh nak samakan video editing yang digunakan oleh large scale production. Kenapa? Kebanyakkan nereka tak bergantung semata-mata pada sofware semata-mata. Cth Avid…sistem editing dalam avid memang banyak diguna dalam broadcast..tapi kalau sekarang avid video sofware sahaja tak banyak bezanya dengan video editing sofwatre yang lain. Avid akan perform pada tahap yang excellent kalau digabung dengan h/ware seperti Mojo dan sebagainya. Satu lagi kita kena harus faham most broadcast tak pakai single processor untuk edit video. Kebanyakkannya ada beberpa multiple processor atau workstation untuk render video yang dah di edit.
Saya pernah terima email macam ni. Dia kata di dah biasa pakai Pinnacle studio tapi nak belajar guna Premiere sebab dah bosan dengan title yang ada dalam Pinnacle. Saya tanya pada pengirim email ni. title macam mana yang dia nak. Dia cakap title yang lebih dynamic dan tak bergantung pada title yang ada dalam Pinnacle. Ok sebenarnya saya sendiri jarang guna title yang ada dalam mana-mana video editing termasuk dalam premiere yang saya selalu saya guna. Apa yang saya buat create title dalam photoshop dan gunakan dalam mana-mana software. Jadi saya terangkan kepada penulis email ini..kalau nak create own title style buat dalam photoshop dan masukkan dalam pinnacle. Masukkan trasition effects pada permulaan dan diujung title tersebut…tengok hasil dia macam mana… saya ada bagi sedikit guide macam mana nak create title untuk digunakan dalam pinnacle. Lepas beberapa hari pengirim email bagi tahu pada saya ..dia kata sebelum ni tak terfikir yang pinnacle yang dianggap “sofware amatur” boleh create title yang baik… So dalam kes ini apa yang penting selain dari software pengguna itu sendiri kena paham basic thing dalam video editing..kalau dia faham software amatur pun boleh menyamai hasil software yang advance. Tapi saya tak lah nak katakan sofware untuk pengguna biasa ni boleh melakukan semua yang boleh dilakukan oleh software yang advance…tapi apa yang penting kena study software yang kita gunakan sebelum jump to the conclusion yang sofware tu tak bagus.
Satu lagi meneganai Mac Vs PC dalam video editing….entahlah saya pernah guna dua-dua plaform ni…saya guna mac masa terbabit secara part time dalam satu project video di sebuat production co. Diorang guna G5 dan Final Cut pro dalam semua editing. Dari pengamatan saya kalau video format yang kita nak edit tersbut just standard video format cth macam miniDV atau dvcpro..tak ada beza ketara antara platform Mac atau PC. Satu lagi dari segi stability. Ramai yang kata MAc tak pernah hang…kekadang nak tergelak pun ada…no Mac juga hang..sebenarnya dalam video editing h/ware spec banyak membantu terutama CPU dan ram. Itu sebabnya Steve Jobs terpaksa tarik balik “kutukan” dia terhadap Intel Processor. Sebab kalau Apple mac still dengan Processor yang lama..memang Apple akan tenggelam terus… Now sekarang both PC & mac guna processor yang sama Intel (kecuali pengguna yang guna AMD). Performance dia lebih kurang sama. Ya mungkin kelebihan terdapat dalam Mac intel kerana semua h/ware dan software telah diuji oleh apple sebelum dijadikan spec dalam satu-satu mac pc.
Kedua pasal OS antara windows dan Mac OSX. Betul kalau sebelum era winXP memang nak edit video kekadang macam satu malapetaka sebab memanjang hang dan selalu keluar blue screen of death. But since WinXP perkara ini amat jarang. Secara peribadi saya menggunakan WinXP platform dalam kerja-kerja editing dan edit bukan sedikit kekadang menjangkau ratus gig saiz fail dan buat pelbagai composite video..tapi setakat ini tak pernah hang…. yes really mungkin orang tak percaya…Kalau hang pun ia disebabkan software tersebut ditulis di create dengan tak begitu baik cthnya pinnacle 10. Sekarang tak salah saya highend Mac menggunakan 8 Core Intel Xeon Processor. So memang mengancamlah performance dia but spec yang sama juga boleh digunakan dalam PC based…maybe lebih murah..
Now terpulang pada kita nak guna software atau platform yang mana nak kita guna. Sebabnya ini semua banyak bergantung pada “keselesaan” kita sebagai pengguna yang menggunakan software atau sesuatu komputer platform. Bagi saya ..saya gunakan Premiere sebab saya dah familar guna dengan premiere dan apa yang terfikir difikiran saya dapat diterjemahkan secara visual dengan menggunakan sofware ini. Begitu juga dengan pengguna FCP, Vegas, Avid, Edius dan sebagainya… hasil bergantung pada tahap mana kita dapat menafaatkan sepenuhnya sesuatu software yang kita gunakan.
Updated 17 Disember 2007:
Untuk mereka yang baru dalam video editing sila baca artikel mengenai software video editing di sini:
http://gcloud.com/blog/?p=345




boss.. ko memang hebat .. sia baru juga berjinak jinak dalam video editing .. learn from excellent guys also …. ur web and ur sharing info is that Fasinating … thanks .. keep on the excellent job man …
Joey Julian
boss… twu software pro lunch kga..?
bs beri pengertian tntang pro lunch kga…
@ kapan lulus
Saya kurang faham maksud soalan saudara..
nak tnye video editing card..kgunanye..dah kelebihan nyeee…
@Jalal
Editing card sebenarnya membantu mempercepatkan lagi proses editing terutama semasa kita render dan apply effects. Jadi effects boleh di preview scara realtime.
Walau bagaimana pun dengan cpu yang berkuasa tinggi sekarang kita boleh juga preview dan render video dengan cepat. Tapi kalau combine dengan editing card dan cpu yang power cth macam intel i7 misalnya kita render dan aplly effects pada beberapa layers atau track dengan smooth terutama kalau edit dalam HD video