Hantar sms percuma melalui laman web

cloudsms

Sms sudah menjadi lumrah pada masa ini. Setiap hari berjuta sms dihantar oleh pengguna h/p.  Sms menjadi satu komunikasi popular kerana ia mudah dan boleh digunakan di mana-mana asalkan mempunyai h/phone dan kawasan di mana anda sedang berada mempunyai rangkaian perkhidmatan.

Antara lain mengapa sms begitu popular kerana ia murah. Purata kos untuk menghantar satu sms di antara 1 hingga 10 sen bergantung pada package perkhidmatan talian h/phone yang dilanggan.

Anda juga boleh mengirimkan sms melalui laman web. Sebenarnya perkhidmatan sms melalui laman web sudah wujud  sekian lama. Cthnya Skpe.com dan yahoo messenger ada menyediakan sms melalui laman web atau software yang mereka keluarkan cuma ia bukan percuma. Kita kena beli credit untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ada perkhidmatan sms melalui laman web yang percuma tetapi terdapat banyak restriction dan sebagainya

Dalam post kali ini saya mengajak pembaca mencuba satu perkhidmatan menghantar sms melalui web secara percuma iaitu Cloudera CloudSMS . Anda boleh menghantar sms hampir keseluruh negara secara percuma. Apa yang menarik anda tak perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Anda cuma masukkan nombor telefon penerima dan taip mesej anda dan masukkan nombor pengesahan (captcha) dan hantar mesej anda.  Apa yang menarik mesej dihantar kepada penerima dengan pantas tidak seperti kebanyakkan perkhidmatan sms melalui laman web yang lain yang mana mesej lambat diterima. Di dalam mesej sms juga tiada sebarang iklan. Cuma apa yang perlu anda ketahui nombor pengirim adalah no penyedia perkhidmatan sms ini, bukan no telefon anda. Ini kerana semasa anda mengirimkan sms tidak disediakan ruang untuk anda memasukkan no telefon anda. Saya rasa kemungkinan ia sengaja tidak disediakan bagi mengelakkan sms dihantar dengan menggunakan no telefon orang lain.

Jika anda ingin mengirimkan sms melalui laman web ini masukkan no penerima seperti cth dibawah:

katakan anda menggunakan maxis cth no: 601287654321 atau 601787654321 atau celcom misalnya 601987654321

Cuma dalam fikiran saya berapa lama perkhidmatan ini boleh bertahan. Sepanjang pengalaman saya kebanyakkan penyedia perkhidmatan sms percuma melalui laman web tak dapat bertahan lama. Walaubagaimana pun selagi masih wujud… guna jer laaa :)

Selamat mencuba.

nota: Laman web sms ini berfungsi semasa artikel ini ditulis ..kalau lepas ni tak wujud lagi atau tak percuma lagi..emm tak boleh nak kata apa :)

  • Share/Bookmark

6 Responses to “Hantar sms percuma melalui laman web”

Leave a Reply

Générateur de miniatures