Polis tembak mati remaja 15 tahun?
Kejadian tembak mati oleh pihak polis terhadap remaja berumur 15 tahun iaitu Aminulrashid menjadi perbualan hangat sekarang ini. Orang ramai mempertikaikan kenapa polis terburu-buru menembak remaja berkenaan tanpa sebarang sebab yang membolehkan pihak polis bertindak sedemikan. Tambahan lagi remaja tersebut tidak membawa sebarang ancaman kepada pihak polis seperti menggunakan senjata api dan sebagainya. Kesalahan remaja tersebut mungkin hanya kerana membawa kereta tanpa lesen dan melanggar undang-undang jalanraya.
Pada pendapat saya.. polis tersebut seolah-olah telah menyalahgunakan kuasa dan telah membatasi etika dan peraturan dalam tugas sebagai anggota polis. Polis tidak boleh melepaskan tembakan sesuka hati melainkan terdapat ancaman kepada pihak polis. Dalam kes ini adakah remaja tersebut mengancam pihak polis… ???
Kita memerlukan polis untuk menjaga keselamatan negara..tapi jangan polis sendiri mengancam keselamatan awam…
Berikut adalah rintihan seorang penyair terkenal tanah air iaitu Pyanhabib mengenai kes ini. Kebetulan mangsa Aminulrashid adalah cucu saudara kepada mertua beliau.
————————————————————————————————
- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!
- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu (norizan, 30,) cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!
-kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa’)
-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki’ maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?
-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki’.
*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak.
Artikel asal dari Laman Blog Pyanhabib
![29427_400446814200_782584200_3635481_414554_n[1]](http://gcloud.com/blog/wp-content/uploads/2010/04/29427_400446814200_782584200_3635481_414554_n1.jpg)




Ye, pihak polis tidak boleh menyalahgunakan kuasa. Dan ibubapa juga perlu lebih mengawasi anak-anak mereka yang masih dibawah umur… kalau ibubapanya lebih tegas mungkin ini semua takkan berlaku.. pengajaran untuk yang lain.. Al-Fatihah untuk adik Aminulrashid…
undang-undang dunia…seorang perempuan islam yang minum arak di rotan,sedangkan seorang islam yang menjadi pelabur dalam syarikat arak terbesar diMalaysia disanjung..seorang taukey balak,mencuri hasil bumi telah mengaut hasil keuntungan jutaan ringgit dan boleh mengancam ekosistem juga boleh menyebabkan bencana alam hanya didenda 5 tahun penjara atau denda rm50,000,sedangkan seorang budak 15 tahun hanya disyaki penjenayah bersenjata atau penyamun, maka hukuman tembak lah yang paling afdal dilaksanakan…jalan salahkan polis,tapi salahkan pelurunya,dan jangan salahkan adik Aminulrashid maka salahkan bola,kerana bola menyebabkan adik Aminulrashid mengambil tindakan sendiri menaiki kereta..
Terjadi pada anak orang mungkin tidak berasa,kalau terjadi kepada anak kita…adakah peluru atau bola yang patut dipersalahkan? Halalkah peluru untuk orang yang hanya disyaki atau perjudian,mesin judi,kelab malam,arak dan pelacur kesalahan yang nyata,kebal dan mampu ghaib dari pandangan
seorang perogol dan pembunuh juga di beri ruang membela diri dimahkamah…apalah sangat hanya disyaki…
Sy pernah ditahan polis ditepi jalan sbb membunyikan hon ke arah sebuah kete polis yg tidak memberi signal ketika membelok. Sy nyaris accident….Dengan lagak mcm sial…anggota polis tu kluar dari kete dan tanya pada saya kenapa bunyikan hon.. Apalagi..salah org la beb!!..Tak salah watpe nak takut… Saya pun berceramah la dgn polis tu…Masuk sikit topik undang2…Terus dia cool….Last2 terus dia blah tp sblm tu tunjuk tangan nak salam… Actually x hengen nak salam tp hasben salam la jugak….Moral of the story jgn tunjuk takut kalau x salah..polis mmg suka tunjuk power.. Mmmg bukan smua tp majoriti… Lagi satu kalau polis tahan nak nak chek poket sluar…plss jgn benarkan…kita kena buat sndiri dengan cara kluarkan bahagian dalam poket dan tunjukkan pada mereka. Jangan bagi mereka seluk poket kita sbb mana tahu ketika mereka seluk tu..pada masa yg sama mereka letakkan dadah or whatever… ni berdasarkan pengalaman seseorang… ok. Apapun klu xda polis susah jugak negara kita ni… Cuma jalankan tugas dgn amanah..elaun dah naik,,buatla keje btl2..Duit rakyat tuuuuuuuuu…
Tak mungkin polis boleh pikir sampai tahap tinggi kecuali biasa-biasa saja sebab mereka semua bodoh kuat nafsu, makan kuat, kalau kawin dialah anak paling ramai. Tapi semuanya tak ada kualiti, itulah polis rata-rata semuanya spm hampir-hampir gagal. Jadi tak ada pilihan lain jadi polis, kononnya nak jaga keamanan padahal rakyat yang jaga periuk nasi mereka sebab mereka ni bodoh sebenarnya ikut je undang-undang macam, kalau undang-undang kata makan taik dia pun ikut. keluarga saya ada 9 orang semuanya, tapi ada sorang jadi polis. Saya tahu perangai dia dari kecik smpai besar, bila dia ada smua orang tak tenteram. Sebab apa seuka mencuri. Pantang nampak benda-benda berharga terus dia sapu. Lepas tu tak mengaku sebab dia curi tame orng tak ada. Tu je kepandaiain dia. Sekarang jadi polis perangai masih sama. Tapi dia syok sendiri dan perasan yang bila dia jadi polis dia s=boleh jaga keamanan orang lain- padahal orang semua tak tenteram kalau dia ada. Ambil SPM dua kalim tak lulus. Dia jadi polis bukan untuk menjaga rakyat tapi rasa kerjaya polis boleh memberi kerjaya yang selamat untuk dirinya sahaja , lepastu bila pencen dapat duit pencen macam tujelah. Jadi dalam kes remaja ditembak, memang polis tu bodoh berdindak terburu-buru ikut nafsu setan tapi dia berani buat sebab dia polis konon. Jadi orang anggap kononnya apa polis buat tu betul. Suruh semua polis pikir cara professional sesekali. Dalam beribu-ibu polis mesti ada sorang dua yang ok sikit. Suruh yang ok tu pikir balik , mana satu yang dia takut undang-unadang manusia ke Tuhan. Tapi rasanya jawapan mereka polis kebanyakannya mestilah undang-undang manusia sebab undang-undang Tuhandia orang jahil. Betultak. kalau beri rasuah ke atau jumpa duit ke terus dia ambil tak pikir panjang punya. Langsung tak boleh pikir yang Tuhan nampak apa yang dia orang lakukan. OK! Mulai hari ini semua polis diingatkan bahawa sesungguhnya undang-undang Tuhan menyatakan bahawa barang siapa membunuh seseorang tanpa hak yang benar maka dia seolah-olah telah membunuh manusia kesuluruhannya, dan barangsiapa menyelamatkan nyawa seseorang maka seolah-olah dia telha menyelamatkan nyawa manusia keseluruhannya. Sesiapa yang membunuh balasannya adalah bunuh balik dan pihak kelaurga yang terlibat (simati) berhak) menuntut sesuatu berdasarkan hak yang benar.
Kalau emreka tidak juga insaf ketahuilah tempatkembali mereka itu adalah neraka Jahanam yang barang bakarnya dari manusia dan batu dan sesekali tidak ada tempat lari, maka duduklah situ KEKAL selamya. Nampak tak apa yang Tuhan kata, lain kali hati-hati sebelum bunuh orang.
Salam 1 Malaysia….
Terlebih dahulu takziah di ucapkan kepada keluarga Alayarham Aminul,jahat sangat ka budak nie yang telah di tembak mati oleh polis?? Kejam Sangatkan Budak nie?? apa kiranya kesalahan yang telah dilakukan?? Dengan Nama Allah Yang maha Mengetahui hukum lah pesalah yang sebenarnya..tidak lah mereka mendapat hidup yang sempurna samaada di dunia mahupun di akhirat..Walaahualam..
Dengan tersebarnya kononya arwah dan rakan adalah penjenayah pihak POLIS buktikan……!!!!! Menuduh sama seperti menfitnah..tidak akan aku ampunkan seluruh 7 keturunan polis yang menembak arwah…di kepala??? kenapa bukan di kaki??? Allahuakhbar…SubahanAllah..