Perisian Antivirus percuma dari Microsoft

Microsoft melancarkan perisian antivirus percuma untuk pengguna OS windows samada XP, Vista mahupun Windows 7. Antivirus percuma ini dikenali sebagai Security Essentials .

Tidak seperti kebanyakkan perisian antivirus yang lain, ianya adalah percuma dengan syarat Windows anda adalah yang asli. Ini kerana sebelum anda install antivirus ini ia akan scan samada Windows anda asli atau tidak. Jika tidak asli tidak akan diinstall

Bagi saya secara umumnya langkah Microsoft memperkenalkan perisian antivirus secara percuma adalah merupakan salah satu langkah yang baik. Ini kerana kita sedia maklum Os windows memang mudah diserang virus malware dan sebagainya. Untuk install perisian antivirus dari Norton, Bitdefender, AVG dan sebagainya bukan lah percuma. Kita terpaksa membayar yuran tahunan untuk antivirus terus berfungsi. Seperkara lagi semamangnya satu tugas bagi microsoft untuk membangunkan perisian antivirus bagi pengguna Windows yang dibangunkan oleh microsoft sendiri.

Namun terdapat  pelbagai pendapat mengenai keberkesanan antivirus percuma dari microsoft ini.  Ada yang mengatakan antivirus ini adalah satu langkah terdesak oleh microsoft bagi mengekalkan pengguna Windows dan mengembalikan keyakinan terhadap windows. Ada juga yang mengatakan perisian antivirus ini tidak sehebat antivirus yang dikeluarkan oleh pengeluar antivirus yang sudah lama bertapak.

Namun begitu ada yang memberi pandangan positif mengenai antivirus ini. Kata mereka antivirus ini berfungsi dengan baik, ringan dan mudah digunakan. Cuma perisian antivirus ini tidak memasukkan ciri-ciri keselamatan total secara package seperti kebanyakkan perisian security yang lain. Perisian ini tidak mengandungi Firewall. Mungkin ianya tidak dimasukkan kerana windows xp hingga yang terbaru windows 7 sendiri telah sedia ada firewall. Walaubagaimana pun pengguna masih boleh install firewall secara percuma dengan menginstall third-party firewall sebagai cth Comodo Firewall .

Bagi saya samada WIndows Essentials baik atau tidak untuk menghalang virus itu perkara kedua perkara yang paling utama adalah keselamatan pc kita. Kata orang “something is better than nothing” dan yang lebih  penting ianya percuma. Kekadang yang berbayar pun bukan tentunya bagus. Adakalanya membuat pc kita lebih teruk sebab perisian antivirus yang berat dan banyak menggunakan cpu resources seperti Norton

Download Micorsoft Security Essentials .

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Générateur de miniatures