Open Office atau Microsoft Office?

Sekiranya seseorang itu mempunyai komputer samada desktop pc atau laptop salah satu perisian yang wajib dan mesti ada adalah perisian seperti word processing, spreadsheet dan presentation. Kalau kita sebut ketiga-tiga software ini sudah tentu kita membayangkan produk keluaran Microsoft iaitu Microsoft Office yang mengandungi beberapa software seperti Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya. Product dari Microsoft ini memang sudah sebati dengan pengguna komputer terutama Microsoft Word. Ia digunakan untuk menulis surat, membuat resume, lapuran dan sebagainya dan format .doc itu sendiri telah diterima dengan meluas. Cuma sebagaimana yang kita tahu produk ini bukan percuma. Kita memerlukan lesen untuk diinstall ke dalam pc. Ya memang betul ramai yang menggunakan perisian ini secara tidak sah atau dalam kata lain menggunakan perisian cetak rompak. Tidak dapat dinafikan perisian pejabat dari microsoft ini mempunyai banyak ciri-ciri untuk digunakan namun kajian telah dibuat pengguna perisian ini, kebanyakkannya hanya menggunakan lebih kurang 20% dari ciri-ciri yang ada dalam perisian ini. Jadi jika kita membeli perisian ini dengan harga ratusan ke ribuan ringgit tetapi kita hanya menggunakan hanya 20% dari apa yang ada,  sudah tentu ia merugikan. Oleh sebab itu ramai pengguna perisian pejabat mencari alternatif yang lebih murah atau percuma bagi menggantikan produk keluaran microsoft ini. Antara yang popular adalah seperti OpenOffice. OpenOffice dikeluarkan oleh Sun Microsystem salah sebuah gergasi dalam bidang IT yang terkemuka. Walaubagaimana pun Sun Microsystem mengambil keputusan untuk mejadikan perisian pejabat ini secara percuma kepada semua pengguna komputer. Apa yang lebih menarik ia bersifat multi platform. Jadi selain pengguna Windows, pengguna OS lain Seperti Linux, Mac OS dan sebagainya boleh menggunakan software ini secara percuma.

Seperti Microsoft Office, Open Office menyediakan hampir kesemua perisian pejabat yang ada pada Microsoft Office. Dibawah ini senarai perisian dalam Open Office yang sama fungsinya dengan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office:

Open Office Microsoft Office
Writer Word
Calc Excel
Impress Powerpoint
Base Access

Kalau kita perhatikan senarai di atas.. inilah perisian yang selalu digunakan oleh pengguna biasa. Dari menulis surat hingga membuat database. Cuma beza di antara kedua produk ini..satu percuma dan satu lagi kena bayar. Saya pernah menggunakan Open Office lebih kurang 7 tahun yang lalu tapi saya terpaksa uninstall semula kerana saya dapati Open Office agak slow dan interface yang agak ketinggalan zaman. Seperkara lagi user interface agak mengelirukan..mungkin saya dah terbiasa dengan Microsoft office sebagainya. Tetapi secara keseluruhan memang ia agak membosan dan saya terus melupakan Open Office. Entah kenapa saya ingin mencuba semula perisian ini.. mungkin banyak kelemahan yang ada pada versi terdahulu telah diperbaiki. Selepas install saya membuka perisian Writer iaiatu satu perisian yang sama fungsinya dengan Word:

Apa yang saya dapati versi terbaru Writer memang telah banyak berubah terutama dari bab user interface.. boleh dikatakan mirip kepada Mircosoft Word 2003. Jadi saya sebagai pengguna Word 2003 dah tentu agak selesa dengan interface ini. Apa yang saya dapati hampir semua ciri-ciri utama dalam Word 2003 misalnya terdapat dalam Writer… Cuma apa yang saya dapati kelemahan yang masih belum sepenuhnya diperbaiki ada dari segi performance. Writer agak lambat loading jika dibandingkan dengan Word.  Saya cuba mencari penyelesaian di internet dan saya dapati, kita perlu membuat tweaking untuk melancarkan loading Writer. Satu perkara yang saya rasa agak hairan juga. penggunaan memori (ram) oleh software open office ini agak tinggi jika dibandingkan dengan Word . Di bawah adalah cth penggunaan ram oleh Writer berbanding Word:

Kalau kita perhatikan untuk run Open office terdapat beberapa program dibuka secara serentak pertama soffice.exe, soffice.bin dan swriter.exe . Keseluruhan jumlah memory yang digunakan hampir 100 megabytes. Ia merupakan satu jumah yang besar bagi satu software yang hanya untuk tujuan memproses perkataan. Kalau dibandingkan dengan Word jumlah penggunaan ram agak kecil sekitar 17 megabytes cth seperti di bawah:

Sekiranya pc kita mempunyai jumlah ram yang besar saya rasa ia tidak memberi kesan kepada performance pc..tapi jika jumlah ram yang sedikit cth antara 512 meg ke 1 gig kita boleh lihat performance agak slow. Saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian oleh Sun Microystem. Selain Writer package software di dalam OpenOffice juga termasuk spreadsheet, kalau di dalam Microsoft Office dikenali sebagai Excel. Di dalam Open Office dikenali sebagai Calc:

Altenatif kepada Powerpoint pula dipanggil Impress:

Secara umumnya kita boleh membuat presentation dengan mudah dengan menggunakan Impress.  Seperti Mircosoft Powerpoint di dalam Impress juga terdapat pelbagai template sebagai panduan atau permulaan untuk kita membuat presentation.

Cuma apa yang saya dapati terdapat beberapa perkara yang masih manjadi masalah kepada pengguna. Cthnya jika presentation dibuat menggunakan Impress dan disave sebagai ppt. (format untuk powerpoint), bila dibuka di dalam powerpoint mungkin terdapat  corak presentation tidak sama ataupun sestengah layout semasa dibuat di Impress tidak dipaparkan sepatutnya. Begitu juga kalau presentation yang dibuat di powerpoint bila buka di impress terdapat beberapa masalah yang mana presentation tidak dipaparkan sepatutnya. Jadi sebelum kita membuat presentation samada menggunakan Impress atau Powerpoint pastikan perisian yang mana kita akan gunakan semasa kita membuat presentation. Atau jika kita ingin berkongsi presentation dengan orang lain pastikan software apa yang digunakan oleh mereka. Masalah ketidakeseragaman ini bukan sahaja untuk Impress dan Powerpoint tetapi juga untuk Excel dan Calc. Jika document hanya berbentuk data atau value pada pandangan saya tidak ada masalah tetapi jika data tersebut ditukar kepada bentuk graf cthnya kita akan dapati setting atau layout atau rupabentuk graf tidak sama antara satu sama lain. Jadi kalau kita setkan satu graf yang cantik dan menarik kemungkinan dalam Impress misalnya besar corak graf tersebut tidak sama dan begitu juga sebaliknya. Pengalaman ini pernah saya hadapi bila saya menggunakan Impress di pejabat dan apabila pihak satu lagi membuka file tersebut menggunakan Powerpoint layout atau corak graf berubah.. Jadi terpaksa saya import data dari impress dan buat semula graf menggunakan powerpoint.  Walaubagaimana pun jika file tersebut untuk tujuan printing atau di savekan sebagai pdf misalnya ia tidak menjadi masalah. Begitu juga kalau file tersebut dibuka pada perisian yang asal tak ada masalah.

Bercakap mengenai PDF… ia telah sedia terbina di dalam kesemua software di dalam package Open Office, Jadi kita tidak perlu menggunakan third party software untuk convert ke format pdf.  Save sebagai PDF ini hanya baru mula diperkenalkan dalam Microsoft office 2007. Untuk Microsoft 2003 dan sebelumnya ia tidak dimasukkan. Selain dari itu kita juga boleh menginstall beberapa extension untuk menambah fungsi ke dalam Open Office sebagai tambahan dari apa yang sedia ada. Jadi kita boleh menggunakan OpenOffice dengan lebih mudah dan lebih berkesan serta mengikut apa yang kita kehendaki. Kalau kita membeli pc atau laptop baru, kebanyakkan vendor mula memasang OpenOffice ke dalam pc atau laptop mereka. Jadi pengguna boleh terus menggunakan perisian tersebut tanpa membeli atau menginstall produk dari Microsoft misalnya. Mungkin pada kali pertama menggunakan OpenOffice kita agak kekok tapi bagi saya software di dalam OpenOffice mudah digunakan. Interface versi terbaru OpenOffice 3 boleh dikatakan seakan-akan Microsoft 2003 jadi tidak sukar untuk kita menggunakannya. Untuk pelajar atau pengguna biasa yang hanya menggunakan perisian pejabat untuk menaip surat dan membuat budget bulanan misalnya,  bagi saya Open Office lebih dari cukup. Seperkara lagi kita tidak diganggu oleh software update yang terlalu kerap jika menggunakan Microsoft Office misalnya.

Saya sangat menyarankan kepada pengguna PC menggunakan Open Office,  pertama ianya percuma. Kenapa perlu bayar beratus-ratus ringgit kalau hanya menggunakan lebih kurang 20% sahaja fungsi yang ada dalam Microsoft Office misalnya..lainla kalau perisian cetak rompak misalnya :) . Kedua ia bersifat multi platform jadi boleh digunakan samada untuk Linux, Mac dan sebagainya. Interface dan performance telah banyak berubah sejak kali pertama saya menggunakan Open Office beberapa tahun yang lalu. Ia lebih user friendly dan mimik kepada Microsoft Office 2003.  Jadi tak ada masalah untuk kita menggunakannya. Mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh Sun Microsystems, antaranya meningkatkan performance terutama semasa membuka perisian Open Office kali pertama selepas boot pc.. Memang kita boleh membuat tweak dalam beberapa perkara tetapi lagi bagus ianya out of the box.. Jadi pengguna biasa yang bukan jenis techno geek  dapat menggunakan perisian ini dengan lebih selesa dan mencari jalan mengurangkan penggunaan ram. Kita tahu trend sekarang terutamanya pelajar IPT, mereka menggunaka netbook yang mana jumlah ram dan kemampuan processor agak rendah.  Jadi jika penggunaan ram yang rendah ia dapat memastikan penggunaan Open Office dengan lebih berkesan dan lancar.

Download OpenOffice.org Selamat mencuba

  • Share/Bookmark

One Response to “Open Office atau Microsoft Office?”

  • Artikel yang bagus untuk dibaca..
    menambahkan pengetahuan saya..
    fuh dasyat la perenggan panjang sangat
    tapi tak mengapa saya senang skit membacanya
    tidak memboringkan..hehe

    saya sendiri pun bukanla biasa guna Open Office..
    dah tentu saya gunakan Microsoft Office (pirate kot agknya)
    insya Allah, saya akan cuba mempelajari tentang
    menggunakan Open office pula

Leave a Reply

Générateur de miniatures