Notepad++ – Alternatif kepada Windows Notepad
Sepanjang anda menggunakan Windows pc, berapa kalikah anda menggunakan perisian yang tersedia ada dalam Windows iaitu Notepad. Besar kemungkinan anda pernah mencuba atau menggunakannya walaupun hanya sekali. Tetapi bagi saya notepad menjadi salah satu program yang saya sering guna.. antara sebabnya
1. Sebagai tempat menulis sebarang nota dan saya boleh save kan di pc
2. Untuk saya ia juga digunakan untuk pastekan artikel dari mana-mana sumber terutama dari internet. Sebabnya bila kita copy dari internet misalnya..kita copy sekali style text yang dipaparkan.. jika kita mahu paste hanya text tanpa sebarang style notepad adalah program yang sesuai, Kemudian dari notepad barulah saya copy ke Word atau di blog misalnya.. dan kemudian barulah saya setkan style yang saya fikirkan sesuai.
3. Sesiapa yang selalu membuat website, notepad sering digunakan untuk write / edit code samada html, css, atau apa-apa programming language. Memang dalam software untuk membuat website seperti Dreamweaver dan sebagainya kita boleh write atau edit code.. tetapi kadang-kadang kita mahu yang simple dan cepat tanpa membuka program yang besar macam dreamweaver. masa inilah notepad menjadi pilihan.
Cuma kalau guna perisian Notepad di dalam Windows kadang-kadang mendatangkan masalah juga terutama jika kita ingin edit code tertentu. Ia tidak dipaparkan dengan betul dan kekadang kita sendiri tidak tahu apa yang terpapar di notepad. Di bawah adalah cth file sql (file code database) yang dipaparkan di dalam notepad
Kalau kita tengok text yang terpapar kita mungkin pening kepala dan memang susah untuk buat edit pada bahagian text-text tertentu. Jadi kita perlu menggunakan satu software yang ringkas tetapi mempunyai fungsi yang lebih dari apa yang terdapat dalam Windows Notepad. Antara software untuk tujuan ini yang agak popular adalah Notepad++. Ia menjadi pilihan kepada mereka yang sering menulis dan mengedit code tak kira samada code untuk website seperti HTML ,CSS, Javascript, ia juga digunakan untuk menulis dan mengedit programming language.
Di bawah adalah paparan file .sql yang sama tetapi dibuka di dalam Notepad++:
Jadi kita boleh lihat code ditulis dengan jelas mengikut barisan dan untuk tag-tag tertentu ia mempaparkan warna pada text. Ini memudahkan kita membuat editing dan sebagainya. Dan apa yang penting ia dapat membuka text file yang besar.. Sebagai cth saya pernah membuka file. sql sebesar 8 MB.. notepad tidak dapat membuka file tersebut dan menyebabkan notepad itu sendiri menjadi hang.. tetapi ia dapat dibuka dengan cepat jika menggunakan Notepad++.
Sebenarnya banyak lagi program seumpama ini… dan anda boleh search di internet.
Jika ingin mencuba anda boleh download software ini secara percuma di sini:
Selamat mencuba.




