Menang hadiah wang tunai dari Power Root?

Anda mungkin pernah menerima SMS yang mengatakan nombor telefon anda telah dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai kononya dari syarikat minuman kesihatan Power Root.  Ayatnya lebih kurang begini:

Tahniah!. Nombor telefon anda telah dipilih memenangi hadiah tunai berjumlah RM20,000.00 dari syarkat Power Root Sdn Bhd. Sila hubungi no: 017xx xxxx untuk menuntut hadiah anda.

Sepanjang ingatan saya sudah 3 kali saya menerima mesej seperti ini dan apabila terbaca mesej macam ni saya terus delete. Sebab apa… mesej macam hanyalah mesej scam atau mesej yang cuba memperdaya orang ramai. Sekiranya anda menerima mesej seperti delete terus dan jangan membuat panggilan kepada nombor telefon yang diberikan di dalam mesej SMS tersebut. Kenapa?

1. Jika anda menelefon selalunya mereka akan cuba memainkan psikologi anda dengan mangatakan anda adalah orang yang paling bertuah dan sebagainya dan mereka akan cuba memujuk anda memberikan no akaun bank kononnya untuk tujuan memasukkan wang hadiah yang kononya telah dimenangi oleh anda. Walaupun pada dasarnya no akaun bank sahaja tidak membolehkan mereka mengeluarkan wang anda dari bank tetapi ingat nombor bank ini sebagai jalan permulaan untuk mereka mendapatkan pin no dan sebagainya. Kita kena ingat sindiket seperti ini merupakan sindiket terancang, ia mungkin melibatkan banyak pihak dan mungkin pekerja bank sendiri.
2. Dengan menelefon pihak mereka, ini menandakan anda mudah dipengaruhi dan jangan terkejut selepas ini banyak lagi mesej SMS yang sebegini akan samapai ke handphone anda.

Sebenarnya mesej scam begini telah wujud beberapa tahun dulu..kalau dulu mereka menggunakan email, tetapi sekarang mereka menggunakan sms kerana lebih berkesan dan lebih mudah memperdayakan orang ramai. Maka timbulllah pelbagai hadiah kononya dari Jenama yang terkenal seperi Akademi Fantasia, Power Root dan sebagainya, sedangkan syarikat-syarikat ini tidak tahu menahu pasal hadiah tersebut. Memang adakalanya syarikat-syarikat seperti ada mengadakan peraduan, tetapi selalunya hadiah akan diberi sekiranya individu tersebut memang memasuki peraduan tersebut dan nama pemenang hadiah selalunya dipamerkan di laman web rasmi syarikat atau di akhbar. Dan selalunya hadiah wang tunai, ia diberikan menggunakan cek rasmi syarikat  atau di ibu pejabat syarikat itu sendiri dan tidak melalui bankin seperi mana yang dijanji oleh indvidu yang membuat scam ini..

Saya selalu minum power root tapi tak pernah masuk peraduan tiba-tiba menang hadiah…wahhhhh :)

Rujukan
Lapuran Polis Scam Hadiah dari Power Root

Hati-hati..

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Générateur de miniatures