Jamal Abdillah – Penyanyi yang hebat

Kalau kita sebut Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali mungkin ramai yang tak kenal tapi kalau sebut Jamal Abdillah memang ramai yang kenal. Jamal antara artis lelaki yang saya minat selain dari Saleem Iklim, Allahyarham Sudirman, Aris Ariwatan .

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Terus terang pada pandangan saya tiada penyanyi lelaki melayu yang boleh menandingi suara Jamal. Walaupun Jamal diketuai umum pernah terlibat dalam penyalahan penggunaan dadah dan juga beberapa masalah peribadi, peminat masih minat dengan suara dan nyanyian beliau. Ini kerana suara nyanyian beliau belum ada yang dapat ditandingi

Kalau sesorang itu ingin menyanyikan lagu Tan Sri P. Ramlee kita boleh dengar kebanyakkan mereka cuba menyanyi seperti suara Tan Sri P. Ramlee. Begitu juga dengan lagu Jamal, orang secara tak sedar akan terikut dengan suara Jamal. Ini menunjukan suara Jamal memang unik dan tersendiri.

Setelah 30 tahun berada di persada seni beliau sampai ke hari ini masih aktif menyanyi dan masih diminati bukan sahaja peminat seusia dengan beliau tetapi juga generasi baru. Bukan senang sesorang artis itu bertahan lama apatah lagi diterima oleh semua golongan usia. Tapi Jamal berjaya, kerana anugerah bakat suara yang ada pada beliau gunakan sepenuhnya.

Memang tidak dinafikan tiada masnusia yang sempurna. Begitu juga Jamal, walupun hebat dalam seni suara , kehidupan beliau tidak seperti kebanyakkan orang. Masalah dadah mungkin antara penyebabkan kehidupan beliau tidak seperti orang lain. Walaupun pada umumnya beliau dikatakan bebas dari dadah, tetapi sedikit sebanyak kesan dari masa lampau mempengaruhi kehidupan seharian beliau termasuk dalam kehidupan rumah tangga.

Walau apa pun pandangan masyarakat mengenai sejarah jamal dan kisah kehidupan beliau, masyarakat tidak dapat menafikan Jamal memang hebat dalam seni suara. Kekadang kehebatan seni suara beliau menyebabkan kita lupa atau tak kisah dengan kisah peribadi beliau.

Bagi pengunjung blog ini saya perdengarkan nyanyian Jamal Abdillah semasa beliau bertanding di Bintang RTM 1979. Nyanyian beliau inilah yang menobatkan beliau sebagai Juara Bintang RTM 1979 dan menjadikan beliau antara penyanyi yang hebat sehingga sekarang.

jamal-abdillah-1979

Jamal Abdillah – Senandung Semalam (Pertandingan Akhir Bintang RTM 1979).
Go get Adobe Flash Player!

Untuk download sila (right click save as..) di bawah:
Jamal Abdillah – Senandung Semalam (live – RTM 1979)

  • Share/Bookmark

One Response to “Jamal Abdillah – Penyanyi yang hebat”

Leave a Reply

Générateur de miniatures