Assalamualaikum

Assalamualaikum,

Salam perkenalan dari saya. Saya Faizal atau boleh jugak panggil saya dengan panggilan “Gcloud” (g cloud, gee cloud :) ) ..bagaimana dan bila saya dapat nama ni..saya akan ceritakan kemudian.

Ok bercerita pasal blog atau blogging ni..inilah pertama kali saya buat laman blog saya sendiri. Selalunya asyik baca blog yang tulis oleh blogger yang lain. Tapi baru sekaranglah saya terfikir nak buat blog. Bolehlah saya berkongsi pengalaman atau apa-apa dengan pengunjung blog. Dulu memang ada niat nak buat ..tapi tak tahu apa nak tulis..jadi niat nak buat blog terbantut. Sekarang kebetulan ada menyewa satu web server jadi rugi gak kalau dibiarkan kosong.

Mengenai kandungan blog ini saya bercadang menulis tentang apa-apa saja yang saya rasa terfikir di kepala.. Bagi yang kenal dengan saya.. mungkin menganggap laman blog ini berkaitan dengan video editing…emm yap saya akan masukkan juga kerana bidang ini merupakan salah satu minat saya..

Ok jadi saya harap blog ini dapat membawa manafaat kepada semua selain dari menambah kenalan dan mengikat tali persaudaraan sesama kita. ..Itu saja kata-kata permulaan dari saya….sekian untuk kali ini.

  • Share/Bookmark

9 Responses to “Assalamualaikum”

  • selamat berblogging…bro gcloud…

  • Adi:

    Encik Faizal,…Anda hebat,karena dapat membuat Web yang sangat bermanfaat untuk orang lain.

  • Tahniah…blog yang baik dan banyak ilmu di dalamnya yang sukar untuk didapati di tempat lain…

  • Assalamualaikuum, Alfun Mabrouk…semoga ilmu yg dicurah bermanfaat utk anda di dunia dan berkebajikan di akhirat nanti, saya pun byk dapat manfaat dan ilmu . Apa2 pun teruskan usaha dan tahniah.

  • Terima kasih semua. Memang itu lah hasrat saya apa yang saya buat dapat di manafaatkan kepada semua. :)

  • rizq:

    Tahniah gcloud… usaha murni anda akan diberkati Allah. Kali pertama saya jumpa tutorial multimedia dalam Bahasa Melayu yang amat berguna. Saya sangat minat bidang ni, pas ni saya takkan ketinggalan mengikuti setiap tutorial anda..

  • TAHNIAH gcloud, teruskan kerja amal saudara dlm memberikan ilmu IT kepada bangsa Melayu yang masih kurang ini. Sumuga amalan saudara mendapat keberkatan. Amin.

  • terima kasih bro Gcloud,bahan2 tulisan bro byk membantu saya yg minat akan videografi ini.Terima kasih byk2.

  • Terima kasih geng , tulisan anda memang banyak membantu terutama sekali tentang teknologi komputer , perisian dan lain-lain.

Leave a Reply

Générateur de miniatures