Firefox selalu crash?
Saya peminat setia pelayar web atau browser Mozilla Firefox tetapi sejak kebelangakan ini saya hampir menyampah dan bosan dengan Firefox sebab selalu crash. Ia bermula sejak version 3.5 dan sejak version ini sehingga version terbaru selalu sangat crash dan terpaksa restart.
Apa yang paling membosankan saya ada ketika bila klik pada link pada mana-mana website firefox tidak pergi ke link tersebut walaupun di klik beberapa kali. Ini tidak termasuk lambat loading ke satu-satu website.
Sebenarnya saya suka Firefox kerana ia support banyak extension terutama yang paling saya suka dan wajib digunakan adalah AdBlock.. extension ini adalah merupakan salah satu sebab mengapa pengguna suka kepada firefox. Bagi saya selain dari Adblock terdapat beberapa extension lain seperti Switch Proxy yang mana boleh tukar proxy server dengan hanya satu klik. Selain dari itu extension seperti IETab juga amat berguna kepada saya sebab saya boleh switch ke IE rendering engine di dalam firefox tanpa membuka IE browser. Ini penting bagi saya sekiranya saya membina satu-satu laman web yang mana saya ingin pastikan semua browser utama terutama IE mempaparkan web page seperti yang saya mahukan.
Ada yang berpendapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Firefox ini adalah disebabkan oleh extension itu sendiri. Ini terjadi apabila Mozilla release version baru Firefox, penulis program atau programmer untuk extension ini tidak update extension mengikut version baru Firefox. Itu punca utama mengapa Firefox selalu crash. Namun bagi saya pendapat ini kurang tepat sebab tanpa sebarang extension pun versi Firefox bermula dari version 3.5 sehingga yang terkini mengalami masalah yang sama.
Hanya satu alternatif yang saya rasa praktikal dan tidak mengundang masalah crash ialah menggunakan versi sebelum 3.5. Apa yang saya buat pergi laman web Oldversion.com dan install version terakhir Firefox sebelum 3.5 iaitu versi 3.0.19 dan disablekann auto update..masalah selesai.
Mozilla telah mengeluarkan versi beta Firefox 4.0 dan saya telah mencuba tetapi masalah yang sama tetap berlaku. tapi saya tak kisah sangat lah sebab masih dalam versi beta. Namun kemungkinan masalah crash berlaku untuk versi final mungkin boleh terjadi sebab masalah ini telah dilapurkan oleh pengguna firefox sejak versi 3.5 tetapi sehingga kini masih tidak ada perubahan.
Selain dari masalah crash ..firefox selepas versi 3.5 agak slow terutam loading laman web yang mempunyai banyak grafik dan yang menggunakan javascript yang banyak. Ini menyebabkan pengalaman melayari laman web agak tergannggu. Memang tidak dapat dinafikan kelajuan loading bergantung pada kelajuan server website tersebut dan kelajuan internet yang kita gunakan. Cuma dalam hal ini saya dapati IE8 loading sesuatu website lebih smooth..agak menghairankan apa sudah jadi pada firefox..
Sebagai alternatif, saya mencuba versi terbaru browser Safari version 5. Saya dapati versi terbaru Safari memang mantap dan banyak perubahan telah dibuat. Version 5 lebih mesra Windows OS yang mana jika diinstall di windows performance agak mantap. Begitu juga dengan text yang dipaparkan..ia memberi option untuk kita pilih paparan text mengikut standard Windows.. jadi paparan lebih jelas dan sama dengan mana-mana text yang dipaparkan pada windows. Dan apa yang menarik loading satu-satu website agak laju terutama laman web yang mempunyai banyak grafik dan javascript. Jadi untuk laman web tertentu saya lebih suka menggunakan Safari 5 berbanding Firefox. Cuma kekurangan Safari tidak support extension yang banyak seperti firefox. Namun mengikut lapuran Safari akan mula support extension pada masa akan datang terutama extension seperti AdBlock yang menjadi permintaan ramai. Walaupun terdapat extension seperti adblock tetapi bagi saya ia tidak sebaik dan semudah Adblock yang ada pada Firefox. Diharapkan satu hari nanti programmer Adblock ini membuat extension yang sama untuk Safari.
Ada juga rakan-rakan mencadangkan menggunakan Google Chrome dan Opera..tapi bagi saya Google Chrome terlalu simple..tak banyak option dan saya kurang berminat dengan Opera ..sebab dari segi perfomance, opera tak banyak bezanya dengan firefox.
Jadi buat masa ini firefox yang diinstall di pc saya adalah version 3.0.19 dan sebagai alternatif saya menggunakan Safari 5..sekiranya Safari mempunyai extension yang sama seperti firefox mungkin saya akan tinggalkan terus firefox. Kalau guna pun sebagai tool untuk membuat perbandingan paparan laman web yang saya buat.



