Dropbox.com – Free Online Storage / Backup

logo

Pernah tak anda terfikir untuk savekan atau simpan file-file penting di online storage. Atau dengan kata lain anda membuat backup secara online.

Perkhidmatan untuk membuat backup atau menyimpan file secara online sebenarnya telah laman wujud, cuma pada masa lalu kos adalah terlalu tinggi dan ruang storage agak kecik. Ianya hanya sesuai untuk bisness yang mahukan file-file penting di simpan ditempat lain untuk tujuan backup. Namun pada masa ini online storage bukan lagi untuk bisnes malahan untuk orang biasa.

Pelbagai cara boleh digunakan untuk backup file-file penting. Antara paling popular ialah mengupload file ke email akaun kita sendiri. Sebagai cth send email beserta file (sebagai attachment) ke email yang lain kepunyaan kita. Cara ini juga agak praktikal kerana kebanyakkan email provider seperti yahoo, gmail dan hotmail menyediakan ruang storage untuk yang agak besar. Jadi kita boleh access email file ini di mana sahaja asalakan ada internet. Cuma cara ini hanya membenarkan setiap file yang disend sebagai attachment tidak melebihi had yang dibenarkan. Sebagai cth sesetengah email provider hanya membenarkan saiz file attachment 20 megabytes, jadi sekiranya saiz file lebih besar dari itu tidak dapat di send . Selain dari itu file tersebut tidak dapat dikongsi dengan orang lain, kecuali kita forwardkan email tadi kepada mereka..

Cara yang seterusnya menyewa web hosting. Selalunya jumlah stroragew web hosting agak besar dan boleh upload sebarang jenis file ke web server. Cuma webhosting bukan percuma kadang kala sesetengah jenis file tidak dibenarkan untuk diupload. Terdapat juga web hosting provider menghadkan saiz file yang diupload pada satu-satu masa. Dan perkara paling merisaukan file-file yang kia simpan di webserver terdedah kepada umum. Walaupun kita boleh setkan satu-satu file atau folder hanya dibenarkan untuk diakses dengan menggunakan password dan sebagainya tetapi kadang kala kita mungkin terlupa sebagai cth kita uploadkan sesuatu file ke folder yang tidak di restrict kepada umum.. jadi file tersebut mungkin di index oleh google misalnya dan ia akan dipaparkan di search engine. Yang paling malang sekali apabila kita menamatkan sewaan di hosting tersebut.. kesemua file yang disimpan akan terpadam kecuali kita membuat backup terlebih dahulu seperti download semula ke pc kita. Ini satu kerja yang melecehkan…terutama apabila kita terpaksa download semula banyak file dan agak melecehkan juga bila file tersebut agak besar.

Cara yang lain adalah membuat backup atau menyimpan di internet dengan menggunakan service provider yang khusus untuk tujuan backup dan simpanan file. Seperti yang saya katakan sebelum ini, perhidmatan backup secara online telah lama wujud cuma ianya agak mahal…dan pada masa itu boleh dikatakan tiada service provider yang memberikan perkhidmatan secara percuma. Namun dengan perubahan teknologi dan hardware seperti server dan h/disk semakin murah menjadikan perkhidmatan seperti ini semakin popular dan menjadikan ianya lebih murah dan ada di antaranya menawarkan secara percuma.

Perkhidmatan yang saya maksudkan adalah Dropbox.com. Dropbox.com menyediakan perkhidmatan untuk pengguna internet biasa mahupun bisness untuk membuat backup dan online storage. Servis terbahagi kepada dua . Pertama secara percuma dan keduanya adalah berbayar. Untuk yang percuma, ruang storage sebanyak 2 gig diberikan dan jika mahukan lebih dari itu kita kena bayar mengikut jumlah storage yang diberikan selain dari beberapa perkhidmatan tambahan. Pada artikel ini saya akan menerangkan service yang percuma.

Untuk menggunakan service ini kita perlu mendaftar dan pendaftaran adalah mudah dengan hanya menggunakan nama dan alamat email. Selepas mendaftar kita perlu download satu software. Tujuan software ini adalah untuk kita membuat syncronize dan untuk kita kita upload file dari pc ke server. Namun software ini bukan mesti digunakan sepanjang masa kerana kita boleh juga upload file menggunakan web browser. Kita boleh uninstall software ini. Cuma kita diperlukan untuk install untuk permulaan menggunakan service ini dan selepas itu kita boleh uninstall jika kita mahu.

Ciri-ciri yang saya rasa agak menarik

1. Ia tidak menghadkan saiz dan jumlah file yang kita hendak upload atau backup selagi mana tidak melebihi had jumlah storage yang diberikan.

2. Terdapat dua  folder utama untuk kita setkan sebagai private (hanya boleh diakses oleh kita dan orang kita beri kebenaran dan satu lagi folder Public. Folder public ini memboleh kita kongsikan kepada sesiapa sahaja. Selain dari folder public ita boleh simpan file-file yang penting yang mana kita tak mahu dikongsi kepada umum

Selepas install software yang anda download kita akan dapati satu folder yang dipanggil Dropbox. Di dalam folder ini ada dua lagi folder iaitu Photo dan public. Secara default Photo folder adalah  private dan folder Public  adalah  folder  yang  boleh digunakan untuk dikongsi dengan orang lain. Kita juga boleh create folder lain samada untuk private atau public.

Untuk upload ke server kita hanya perlu drag file ke mana-mana folder..secara automatik file tadi akan di upload ke server di savekan ke folder yang kita mahukan di pc. Kita juga boleh membuat syncronize file yang berada di pc dan juga diserver.

Kita boleh juga upload file ke server dengan menggunakan web browser dengan login di laman dropbox jadi kalau kita tak mahu buat synchronize antara pc dan di server kita boleh uninstall software tersebut.

Selain dari tujuan backup, kita boleh menggunakan dropbox untuk tujuan menghantar file kepada orang lain. Dalam hal ini kita boleh send segala file yang ada dalam public folder kepada sesiapa sahaja. Ini kerana setiap file yang disimpan di dalam folder ini diberikan satu link yang unik yang mana ia boleh diakses oleh sesiapa sahaja yang mempunyai link tersebut.

25-06-2010 08-29-07- PM

Caranya right click pada nama file dan click pada Copy public link dan popup window akan keluar untuk link pada file tersebut

25-06-2010 08-32-10- PM

Link tadi kita boleh email kepada sesiapa yang kita mahu atau di letakkan di website sebagai download link untuk file-file tertentu. Cara ini amat praktikal jika kita ingin send satu atau beberapa file kepada orang lain. katakan file tersebut bersaiz lebih dari 20 mb, ia tidak boleh disend menggunakan email sebagai attachment kerana kebanyakkan email provider hanya menetapkan saiz untuk attachment hanya 20MB. Denagan menggunakan link public di dropbox kita hanya memberikan link untuk file yang ingin kita send. Jadi penerima email hanya perlu download dengan menggunakan link tersebut. Cara ini tidak akan mengurangkan storage email penerima.

Antara kegunaan yang lain yang kita boleh manfaatkan dari service ini adalah untuk mereka yang mempunyai website. Mungkin ada di antara kita yang membuat website atau blog dengan menggunakan hosting yang percuma. Dalam banyak kes, web hosting percuma menghadkan saiz file untuk kita upload ke server sebagai cth max 5mb untuk satu-satu . Kataka kita ingin upload video file yang bersaiz 10mb..jadi kita boleh uploadkan ke dropbox di website atau blog kita hanya perlu gunakan link file yang kita save di dropbox. Ini sangat penting kalau file tersebut sering didownload oleh pengunjung website atau blog. Jika kita menyewa webhosting sekalipun kalau file tadi sering di download .ini menyebabkan jumlah bandwidth yang digunakan mungkin menjadi tinggi dan melepasi quota dan ini mungkin menyebabkan penyedia perkhidmatan hosting akan mengantung akaun hosting kita. Dalam perkara lain terutama yang menggunakan shared hosting..jika website kita menggunakan banyak bandwidth ini menyebabkan gangguan terhadap laman web yang lain yang ada pada server yang sama dengan website kita. Jadi dengan menggunakan dropbox sebagai sumber untuk file..jadi ini dapat mengelakkan perkara tersebut berlaku.

Sekiranya anda dapati 2 gig tidak cukup untuk anda, anda boleh mendaftar akaun yang baru dengan menggunakan email yang lain.. Jadi anda mendapat 2 gig tambahan. ataupun extra storage boleh didapati jika anda memperkenal kepada orang lain. Ruang storage sebanyak 250mb aan diberikan kepada anda untuk setiap orang yang anda perkenalkan dengan syarat orang tersebut mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Maximum yang dibenarkan untuk free extra storage adalah sebanyak 8 gig. Jika anda malas untuk memperkenalkan kepada orang…just daftar akaun baru dengan menggunakan email yang lain.

Saya menggunakan dropbox sebagai external source untuk laman blog ini, sebab saya tidak mahu menyimpan file di dalam server hosting saya.

Jadi jika anda ingin menggunakan perkhidmatan ini anda boleh daftar di sini:

www.dropbox.com

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Générateur de miniatures