Clifford Sekolahku Tercinta
“Clifford sekolahku tercinta…..” Itulah ayat pertama lagu sekolah aku yang mana telah banyak memberikan jasanya kepada aku dan bekas pelajar sekolah Clifford… Bagi aku Clifford tidak boleh dipisahkan dari kehidupan aku kerana nama sekolah ini telah menjadi sebati dalam diri aku.. Sejak tahun 1978 (Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford) sehinggalah ke tahun 1988 Sekolah Menengah Clifford (sekarang ditambah “Kebangsaan).. Sesiapa saja tak boleh melupakan zaman persekolahan, termasuk aku sendiri.. tambah-tambah bila nak dekat hari raya..Teringat kawan-kawan satu kelas semasa di sekolah…Bagaimana keadaan mereka sekarang. Ramai yang aku tak pernah jumpa sehingga sekarang.. kali terakhir aku jumpa kawan-kawan aku ni semasa ambil result SPM…Lepas tu bawak haluan masing-masing Nama guru seperti Cikgu Abdullah yang memang minat bola, Mrs Sally George guru English yang garang, tapi baik hati, Cikgu Wahab aka photographer sekolah dan ramai lagi…Tak lupa juga guru displin Cikgu Mohktar yang pernah merotan punggung aku sebab rambut panjang dan seluar fit (maklumlah zaman aku zaman rock…) tapi lepas tu aku jadi baik..sebab dilantik jadi pengawas sekolah…hahahahha Teringat kawan-kawan sekolah terutama semasa form 5S2 seperti ayah cho, Abu mamak, Govinder singh, Aidi hasman, Fadzli, Nasir, dan ramai lagi..sorry aku lupa nama korang..tapi aku ingat wajah korang masa form 5 science 2. Aku harap raya ni aku dapat jumpa kawan-kawan. Kepada ex-cliffordian class 1984 – 1988 contactlah aku… Aku Faizal dulu aku dapat gelaran Hillary..hahaha nak tahu kenapa sebab aku selalu meng “gitar” kat sekolah… band kat sekolah aku pegang… So kawan-kawan kalau terbaca post ni contact aku kat atas… terutama member-member kelas 5 sains 2 1988… chow



