Archive for the ‘Video Editing’ Category
Convert Dvd To Avi (divx/xvid)
Assalamualaikum
Kali ini saya cuba terangkan bagaimana kita nak convert video dari dvd ke format avi (divx / xvid). Tujuan saya buat tutorial ini macam nak hasil avi yang cun seperti avi movie yang kita selalu download dari internet. Kita mungkin “wonder” macam mana movie yang di download dari internet gambar dia cun but saiz file dia dalam 1 cd (700MB) atau 2 cd (1400mb). Kedua trend sekarang suka tengok video di pc so bila file video kecik (berbanding original dvd antara 4.7 gig ke 8.5 gig ) so kita boleh simpan dalam h/disk atau burn ke CD-r biasa untuk tengok di dvd player yang support avi (divx/xvid). Ketiga mungkin dalam rumah kita ada lebih dari satu pc jadi kita boleh tranferkan file video tadi ke pc lain dengan cepat atau kita jadikan salah satu pc sebagai media center. Dan trend paling baru banyak terdapat standalone media player berdasarkan h/disk untuk kita tengok movie di TV biasa..So kita boleh simpan file video ke dalam media player tadi .
Nota: Tutorial ini bertujuan untuk anda backup DVD yang anda beli, bukan untuk tujuan upload ke internet untuk disebarkan secara tidak sah di internet.
Ok kita tahu avi divx/xvid dari segi quality lebih baik dari VCD . Sebagai cth even saiz full lenght movie avi divx/xvid hanya 700MB quality lebih baik dari full leght VCD yang saiz file dia lebih 1 gig…Dan kebanyakkan DVD player sekarang dah support format avi ni. So tak payah kita burn dalam DVD just burn dalam CD-r biasa sebagai data CD..so tak payah buat authoring macam DVD ..Satu lagi some dvd player support USB thumbdrive so…bila kita nak tengok just save dalam thumbdrive dan cucuk pada player tadi..then..walla… ![]()
First download software ni:
AutoGK (package) free
Kedua download software ini: (optional)
AnyDVD
Note:software ini software commercial but dia kasi 14 hari full functional. Tujuan software ini untuk kita rip Original DVD yang selalunya ada protection kalau kita nak copy ke pc.. BUT kalau dvd tu tak ada protection atau DVD lanun tak payah guna software ni…just copy folder Video_TS ke pc… Now kenapa perlu copy ke pc.????? sebab proses convert lebih cepat..so kena copy ke pc/hardisk.
Once downloaded open program AutoGK macam kat bawah:
Load video dari Video_TS folder yang kita copy ke pc:

Ok dalam dvd file video adalah dalam .vob….tapi file vob ni dipecahkan kebebrapa file. So kita tak guna file ini. Apa yang kita nak guna adalah file .IFO.. Ok file .IFO ni bukan video file dia hanya file yang mengandungi data mengenai video, audio dan subtitle dan scene…so bila kita loadkan file iso ini dia akan combinekan semua video yang dalam .vob file dan attachedkan sekali audio dan subtitle…so kita guna file ni.
Ok dalam satu-satu dvd video ada beberapa file .ifo so macam mana kita nak pilih. Kalau dvd original selalunya kita pilih VTS_02_0.IFO sebab selalunya VTS_01.0.IFO selalu untuk menu atau trailer. Atau kita try pilih mana-mana .ifo file..so bila kita pilih dalam AutoGK ada info pasal video ..so selalunya movie lebih dari sejam..so maknanya .IFO tersebut adalah untuk movie.
OK once dah load kita setkan parameter untuk video:

1. Audio – dalam dvd selalunya ada beberapa audio stream cth untuk english dan lain-lain bahasa…so dalam kes ni kita pilih English kalau movie tadi English laa.
2.Subtitle…kalau kita nak burnt in secara kekal subtitle kita pilih subtitle sama ada untu widescreen TV atu normal tv (letterbox)..kalau tak subtitle tak payah tick..sebab mungkin kita suka subtitle secara berasingan cth dari file .srt atau sub.
3-Quality – so kita boleh pilih quality atau output untuk video tadi.
Tip: kalau movie dalam 1 jam 30 minit kita pilih 1 CD (700MB) Kalau video tersebut lebih dari 2 jam pilih 2 CD. Ok boleh juga kalau video yang dua jam setengah ni di jadi kan 1 CD tapi quality dia drop laaa. Selain dari tu kita boleh pilih target file saiz cth cth kita letakkan saiz final outpout cth 900M dan sebagainya…

4.Advance parameter – option ini kita setkan resolution video dan format audio serta bitrate..Selalunya video yang didlownload dari internet pada 640.. So pilih Fixed width 640 . Untuk audio pilih CBR mp3 pada 128. Codec pilih samada Xvid atau Divx…ok dalam kes ni saya lebih prefer Xvid sebab lebih cun..even tak banyak beza..BUT untuk compatibility dengan standalone DVD yang yang support avi better pilih DiVX…but normally player yang support divx support jugak xvid.
Selapas kita dah puas hati sekarang kita nak convert..so tekan Add Job.. so bila nak convert tekan Start:

Ok sometime ada mesej macam dibawah:

Just tekan ok
NOTE: masa convert ke avi mungkin ambil masa depend pada panjang movie, dan spec pc…cth kalau Quad core lebih cepat dari duo core atau dua core lebih cepat dari pentium 4…So saya cadang buat sebelum masuk tidur.
Tick pada Shoutdown when done..so bila dah habis convert pc akan off automatically.
That’s All
Sample pic dari movie yang dah diconvert:

- sample pic
Sample video yang dah diconvert
sample.avi (right click save as / save link as)

sample video:
sampleavi2.avi
so good luck..
Masih guna VCD untuk tengok movie/video?

Bila sebut VCD atau Video Compact Disc tentu ramai yang tahu iaitu sekeping CD yang mengandungi data video. VCD adalah format video yang amat popular di Asia sebelum munculnya DVD (digital Versatile Dics atau Digital Video Disc).
Persoalannya sekarang adakah anda masih menggunakan VCD untuk menonton movie atau merakamkan video peribadi anda ke VCD ? Bagi saya VCD telah lama saya tinggalkan semenjak saya membeli DVD player dan DVD writer hampir 7 tahun yang lalu. Semua video peribadi memang telah lama saya jadikan DVD video kecuali sekiranya ada orang meminta saya jadikan VCD. Dan sememangnya saya tak suka VCD sejak diperkenalkan dinegara ini.
Baru-baru ni ada sahabat meminta saya buat VCD dari video cam beliau. Jadi saya tanya kepada beliau kenapa tak buat DVD? Dan satu lagi ada tak DVD player kat rumah. Jawapan dia memang dia guna DVD player tapi tak pernah beli dvd. Dia selalu beli vcd kat pasar malam. Jadi dia nak minta saya buat VCD. Laa dalam hati saya kenapa tak beli dvd kalau dah player boleh main DVD lagi pun DVD cetak rompak kat masar malam pun dah sama dengan harga vcd. Kemudian dia tanya pada saya apa bezanya VCD dengan DVD. Jadi saya jawablah:
1. Quality jauh lebih baik dari VCD. Gambar sharp kuality sound lebih baik dari VCD. Cuba kita lihat mengapa DVD jauh lebih baik dari VCD. Resolution DVD pada 720×576 sedangkan VCD lebih kurang separuh dari dvd iaitu 352×288. Bitrate untuk dvd antara 2000kbps hingga 9000kbps sedangkan VCD tetap pada 1150 kbps.
2.Sekeping DVD5 boleh memuatkan video pada quality yang baik selama dua jam. Jadi tak perlu tukar disc sepertri mana VCD.
3. DVD support widescreen VCD tak support widescreen. cthnya macam dibawah:

Jika kita tengok image di atas bahagian hitam atas dan dibawah (letterbox), jika di dalam VCD bahagian hitam tersebut ada termasuk di dalam video. Cuba bayangkan resolution VCD hanya 352 x 288, dari 288 ini bahagian hitam ini termasuk dalam resolution 288. Jadi resolution video sebenarnya kurang dari 288. Tapi untuk dvd resolution adalah 720×576 . Untuk widescreen dvd kalau dimainkan di TV biasa tetap terdapat letterbox tetapi resolution tetap sama cuma dvd player yang menghasilkan letterbox untuk dipaparkan di tv biasa. Jika kita menggunakan widescreen TV kita boleh setkan ke full screen. Jadi resolution akan disetkan ke 1024 x 576 dan gambar still sharp.

DVD sesuai untuk widescreen jadi fikirkan untuk masa depan. AKebanyakkan dari kita mula menukar tv biasa ke LCD/Plasma TV. Kebanyakkan TV lcd/plasma mempaparkan sekurang-kurang 720 vertical resolution. Jadi bila kita memainkan dvd di LCD tv gambar masih sharpdan kebanykkan TV sekarang mempunyai satu technology untuk upsample DVD ke hampir dengan highdef video. Jadi dvd masih cantik jika ditonton di LCD TV. Kalau VCD resolutionnya memang dah rendah jika upsample sekali pun dia tidak akan cantik pertama resolution rendah kedua bitrate yang rendah. Jadi kalau vcd dimainkan di LCD TV video menjadi blur dan petak-petak jelas kelihatan.
4. VCD tak support interlace sedangkan DVD support interlace. Ini sangat penting kalau kita rakam dari video camera atau rancangan live dari TV. Interlace diperlukan untuk create smooth motion atau real-like motion. Itu sebab kalau kita bandingkan satu sumber yang interlace cth dari videocam/TV, kalau VCD kita boleh lihat ghosting terutama pada scene yang bergerak. Jadi apa yang kita lihat di kamera tidak sama jika di dalam VCD. Oleh kerana DVD support interlace apa yang kita lihat di videocam atau di TV akan sama jika di jadikan DVD. Ini pengalaman saya bila ada orang mintak saya tolong buat VCD dari video cam. Mamat ni komplain kenapa quality tak sama macam apa yang ada di dalam kamera. Saya jelaskan kepada beliau ini adalah sifat VCD itu sendiri.. Tapi dia tak percaya ..so saya cakap pada dia ok..suruh orang lain buat..apa yang menarik orang lain pun hasil dia sama. Then dia datang balik minta saya buat DVD…nah..sekarang baru dia puas hati…apa yang dia lihat di kamera sama seperti di dalam DVD.
Banyak orang keliru dengan perkataan interlace (i) dan progressive (p). Apa yang selalu diperkatakan P cth 576P / 720P atau 1080P adalah terbaik. Ya betul tapi bergantung pada keadaan …cth apa yang dishoot, jika rancangan live atau pun drama cthnya adalah lebih baik interlace atau (i).. melainkan kalau sumber tersebut dari movie yang sememangnya progressive. atau framerate di doublekan semasa shoot cth dari 25 fps kepada 50 frps.
Berbalik dengan DVD ..sekeping dvd disk dah terlalu murah sekarang dan dvd-writer pun dah murah so kenapa masih guna cd biasa untuk buat VCD. Komputer yang ada dipasaran sekarang lebih dari cukup untuk encode video ke DVD. Jadi kenapa masih buat VCD. Mungkin ada ramai yang cakap tak semua orang ada DVD player..betul..tapi kita kena ingat video tersebut untuk kita sendiri yang tonton dan untuk simpanan kita masa depan. Saya pasti ramai yang akan menyesal jika membuat VCD pada hari ini. Ini kerana VCD akan obsolete dalam lima tahun akan datang seperti mana pita VHS. Ini tidak termasuk teknologi Blu-Ray yang lebih baik. Tapi bagi saya DVD masih digunakan walaupun blu-ray memasukki pasaran. Ini kerana DVD yang dimainkan di Bluray player dan lcd TV masih cantik.
Teringat bila ada orang kata quality gambar VCD sama dengan quality pita VHS…saya jawab TOTALLY WRONG. bagi saya pita VHS much better dari VCD dari segi quality gambar. Sesiapa yang cakap VCD lebih baik saya pasti dia tak tahu apa yang dia cakap dan mungkin tak pernah tengok quality VHS…Itu sebab bagi saya yang dah lama guna VHS, masa kedatangan VCD saya terus terang cakap VCD is backward teknology… of course vcd lebih kecil dari VHS tapi quality tak sama. Itu sebab saya memang tak suka VCD sejak dari dulu..tapi saya gembira sebab DVD telah memberi peluang pada saya untuk simpan atau rakam video ke disc seperti yang saya harapkan…Mungkin sekiranya blu-ray menjadi murah saya akan beralih kepada blu-ray.. But buat masa ini DVD is the best to store video
Kenapa dah lama tak buat tutorial video editing?
Begitulah ayat yang saya terima melalui email. Memang betul agak lama jugak saya tak buat tutorial video editing laman web tutorial saya.
Sebenarnya ada beberapa sebab. Pertama sebab masa agak kurang sedikit untuk buat tutorial. Sebab seperti yang saya pernah terangkan sebelum ini, bila saya nak buat tutorial saya cuba pastikan apa yang saya sampaikan dapat dipraktikkan oleh semua peringkat. Ini salah satu cabaran bila saya nak buat tutorial. Saya boleh buat tutorial advance tetapi bukan semua dapat follow sebabnya avaibility software dan hardware…katakan saya buat satu tutorial yang melibatkan sesuatu software bukan semua orang biasa menggunakannya . begitu juga dengan penggunaan hardware tertentu.
Kedua dulu memang saya aktif di dalam forum cth seperti putera.com hampir semua tutorial yang saya buat berdasarkan soalan/pertanyaan dari member di putera.com. Jadi saya kumpulkan dan post kan di laman web tutorial saya. Ada juga tutorial berdasarkan pertanyaan melalui email dan selaiannya saya buat berdasarkan apa yang saya fikir perlu.
Antara sebab saya buat laman tutorial sebab memudahkan saya menjawab pertanyaan yang “common” atau biasa ditanya jadi tak perlulah saya menulis semula..saya hanya linkkan ke laman web saya.
Memang dalam fikiran saya memang banyak perkara yang saya ingin sampaikan cuma saya perlu fikirkan adakah ia sesuai atau sebaliknya. InsyaAllah kalau ada peluang saya akan tambah dan update laman web tutorial saya.
Video Editing Softwares – Yang mana satu (Revised)
Saya masih menerima email bertanyakan mana satu editing software yang bagus. Saya dah terangkan dalam post yang lepas di sini: Ia sebenarnya banyak bergantung pada keselesaan pengguna dan juga tahap pengalaman untuk menggunakan satu-satu software.
Cuma jika anda seorang yang baru dalam dunia editing saya sangat-sangat menggalakan menggunakan Corel Video Studio (Dulu dikenali sebagai Ulead Video Studio) terutama versi yang baru. Terus terang saya katakan software ini lebih dari cukup untuk kita buat editing sekiranya kita menggunakan atau mengoptimizekan apa yang ada dalam Video Studio.
Kenapa saya suggest software ni. Pertama mudah dan straight foward.. kedua versi terbaru support up to 6 video tracks ..so kalau kita nak buat multi layer video tak masalah. Ketiga dia support hampir semua format termasuk video dari h/phone sepeerti 3gp dan mp4..jadi tak perlu pening kepala jika video anda tak boleh dibuka untuk dibuat editing. Ke empat dia support untuk output ke format yag popular termasuk format AVCHD untuk blueray.
Saya menulis artikel ini sebab ada rakan kita nak cuba premiere pro. Saya cakap kat dia bukan tak boleh ..boleh tapi bagi mereka yang baru dalam dunia video editing Premiere tak berapa sesuai. Terus terang saya cakap saya bermula menggunakan Ulead Video Studio version 6 kemudian bila dah faham selok belok dalam video editing barulah saya menggunakan video editor yang lebih advance. Sehingga ke hari ini saya masih menggunakan Pinnacle Studio untuk buat editing terutama video family yang saya rakamkan. Kenapa sebab saya lebih sukakan simplicity..Cuma jika tak boleh dibuat dalam video editing tersebut barulah saya menggunakan perisian yang lebih advance..itu pun sebahagian dari video bukan keseluruhan video.
Baru-baru ini adik saya minta saya installkan permiere pro dalam pc dia. Sebab dia nak buat editing…kemudian dia datang balik dia katakan..susah laa…. Memang bagi dia susah sebab dia tak biasa. Kemudian saya kata why not try Corel Video Studio…Selepas menggunakan beberapa hari dia kata software ni memang senang digunakan..dan dia pun show off dia punya video kepada saya…Not bad…
Jadi kepada mereka yang minat nakk edit video tapi mahukan simplicity tetapi banyak option saya memang strongly suggest Corel Video Studio terutama versi yang terbaru…
Ingat Video editing is an art… dan dicantikkan lagi dengan teknologi…
Nak play popular video format di pc
Sekarang ni pc menjadi media center dari menonton video, dengar lagu, tengok gambar main game…etc. kalau 15 tahun dulu pc just untuk buat spreadsheet, menaip surat dan buat programming.
Oleh kerana Pc menjadi media center jadi pc tersebut sepatutnya boleh memainkan sebarang bentuk media samada video, audio dan gambar. Hampir semua pc terbaru yang di install dengan windows, mac os atu linux capable untuk memainkan sebarang media jika codec untuk media tersebut di install di pc. Masalahnya bukan semua pc diinstall dengan codec untuk memainkan samada video, audio dan gambar.
Jika kita membeli pc baru terutama jenis branded cth dell, Hp, Acer , Compaq dan sebagainya kebiasaanya codec untuk media tertentu seperi avi divx/xvid, mpeg4 dan sebagainya tidak diinstall. Jika kita membeli pc yang di built oleh kedai komputer biasa selalunya mereka menginstall media player dam masa yang sama codec untuk sesuatu media format diinstall sekali jadi tak masalah. Namun ada juga yang tak Install jadi kemungkinan untuk tidak dapat memainkan sesuatu format samada video atau audio terutamanya memang ada. Bagi pengguna windows memang ada codec samada video atau audio telah diinstall tetapi kebanyakkannya sudah out of date…hanya beberapa codec yang masih diguna pakai sehingga sekarang cthnya avi dv, mpeg1 untuk video dan wav dan mp3 untuk audio. Jika anda ingin memainkan format lain yang popular sperti avi divx/xvid, mpeg. mov, mkv dan sebagai anda harus install codec tambahan secara berasingan.
Salah satu cara untuk kita install codec adalah dengan mengistall codec pack. Antara yang popular seperti K-lite , Xp codec dab banyak lagi. Di dalam satu-satu codec pack biasanya terdapat beberapa kumpulan codec samada untuk video dan audio dan disertakan sekali software media player sebagai cth VLC, Media Player Classic dan sebagainya. Selain itu disertakan sekali utiliti yang berkaitan dengan video dan audio. Jadi dengan menginstall codec pack peluang untuk memainkan video atau audio selain ada cerah.
Walau bagaimana pun terdapat beberapa masalah jika menginstall codec dari codec pack ini. Pertama ia akan menginstall beberapa program yang mungkin tidak diperlukan. Memang semasa installation kita boleh memilih apa yang harus diinstall dan apa yang tak perlu diinstall. Tetapi bagi pengguna kurang biasa mungkin akan install semua software yang mungkin tidak begitu diperlukan. Kedua m mungkin terdapat bugs atau ralat didalam codec pack tersebut yag menyebabkan pc mejadi tidak stabil seperti hang dan kemungkinan terdapat conflict pada video atau audio codec yang lain.
Bagi saya, saya lebih suka windows media player terutama version 11. Jadi saya mahukan player ini memainkan semua video dan audio popular di dalam player ini. jadi bila saya klik pada sesuatu video atau audio ia akan memainkannya di dalam wmp 11. Secara default windows media player tak boleh memainkan format video seperti mov, mkv, avi divx/xvid, flash(.flv), mpeg4 begitu juga dengan audio seperti ogg, ac3 dan sebagainya. jadi kita kena install codec beserta utiliti tertentu. Apa yang saya perlukan hanya menginstall utiliti dan codec tertentu untuk memainkan di wmp 11. Sebagai cth
Haali Splitter dan
Kenapa saya install berkenaan. FFDhow MPEG-4 Video Decoder ada berasaskan directshow yang mana membolehkan pemain media player terutamanya WMP memainkan sebarang format video yang mana codec disertakan di dalam utilitity ini. Ia mengandungi beberapa filter seperti untuk video dan audio termasuk utiliti untuk mempaparkan subtitle seperti ,srt tanpa perlu menginstall software berasingan untuk subtitle seperti Vobsub. Cuma kelemahan terdapat beberapa video format tidak boleh dimainkan cth format matroska (MKV) dan Flash (.FLV) jadi saya install dua utiliti ini secara berasingan. Kedua-dua software ini juga berasakan directshow. Jadi dengan menginstall utiliti ini saya dapat memainkan saya dapat memainkan hampir semua format video dan audio yang popular kecuali format berasakan Real Media seperti RealAudio (.ra .rpm), RealMedia (.rm .ram .rmvb .rpx .smi .smil), RealText (.rt), ReadPix (.rp). Ini disebabkan saya kurang berminat dan tidak mempunyai sebarang video atau audio dalam format ini. Namun begitu jika anda ingin memainkan format ini boleh install codec berkenaan secara berasingan di sini: Real Alternative
Setelah anda install ketiga-tiga utiliti tadi sekarang anda ingin mainkan di WMP cara nya: right click pada file video berkenaan Open with…—-> Choose Program cth seerti dibawah:
Pilih WIndows media player dan tick pada Always use the selected program to open this kind of file. Dan file video atau audio tadi akan dibuka secara default di Windows media player. Jika semasa anda open file tertentu buat pertama kali di dalam WMP satu dialog box akan keluar cth seperti dibawah:
Click pada Don’t ask me again for this extension. jadi sekiranya anda membuka file dari format yang sama pada lain kali dialog box ini tidak muncul. Lakukan untuk setiap format yang lain cth .Mov , flash movie (FLv – cth dari Youtube, Metacafe), mpeg4, MKV dan sebagainya dan hanya sekali. Jadi sekarang anda boleh memainkan hampir semua format video atau audio yang popular dalam satu soffware. Pengalaman saya sehingga sekarang dengan mengistall ketiga-tiga utiliti di atas tidak mendatang sebarang masalah kepada pc saya.
Jika anda ingin mempaparkan subtitle didalam video/movie terutama dari format avi divx/xvid mahu pun MKV pastikan nama file video dan subtitle adalah sama cth jika movie tersebut dinamakan mymovie.avi pastikan subtitle juga sama cth mymovie.srt dan diletak dalam satu folder yang sama. Sebelum itu pastikan anda enable subtitle di dalam utility ffdshow samada anda click di start menu Programs—>ffdshow—>Video Decoder configuration atau di icon kecil FFv berwarna merah di sebelah kanan bawah WMP . Segala setting anda boleh dilakukan di sini termasuk untuk subtitle:
(Semua image di atas ihsan tasek16)
Di sini anda boleh adjust untuk video. Untuk mempaparkan subtitle click pada subtitle dan di sini anda boleh adjust saiz , warna dan position subtitle.
jadi dengan satu player anda boleh memainkan format video yang anda gemari.
Selamat mencuba,






