Archive for the ‘Sukan’ Category

Spain Juara Piala Dunia 2010

Spain buat pertama telah berjaya merangkul piala keagungan bola sepak dunia World Cup 2010 mengalahakan pasukkan Netherlands 1 -- 0 . Jaringan kemenangan telah disempurnakan oleh Andres Iniesta pada minit ke 116 . Kemenangan Spain memang telah dijangka (bukan jangkaan dari sotong Paul :) ) tetapi dari prestasi permainan pasukan Spain sepanjang musim Piala Dunia 2010. Kemenangan piala dunia pada kali ini merupakan kemengan yang sangat bermakna kerana Spain juga juara untuk  bolasepak Piala Eropah.

Tahniah Spain.

Cuma bagi saya musim piala dunia kali ini agak hambar kerana banyak pasukan terkenal seperti Brazil, Argentina, England awal-awal lagi dah kalah

  • Share/Bookmark

Manchester United vs Malaysia – Walaupun kalah tapi hebat

mainpix1

Perlawanan persahabatan antara MU dan Malaysia begitu menarik sekali.  Agak sekian lama kita tidak menyaksikan pasukan negara beraksi dengan begitu membanggakan.

Bagi pandangan saya persembahan kedua-dua pasukan agak seimbang di mana mereka betukar-tukar asakan ke palang gol. Saya sendiri tidak menyangkakan pasukan negara bermain dengan begitu baik. Ini bukan apa pasukan MU bukan lagi asing dalam dunia bola sepak. Saya sendiri dalam Liga Inggeris memang suka dengan corak permainan MU. MU juga pernah membelasah pasukan negara 6-0 pada tahun 2001. Jadi saya tidak menjangka apa-apa dari pasukan negara.

Apa yang terjadi pasukan MU di perlawanan ini sudah tentunya tidak boleh ambil mudah atau bermain sambil lewa kerana serangan dari pasukan negara boleh menggugat gawang gol. Akhirnya sepakan dari Amri dari jarak jauh berjaya membolosi gawang MU.

Pada kedudukan 2-2 kedua-dua pasukkan berhempas pulas mencari gol kemenangan dari akhirnya nasib lebih menyebelahi MU mungkin kerana kesilapan penjaga gol pasukkan negara berada agak jauh dari gawang dan memberikan kemenangan kepada MU 3-2

Bagaimana pun saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bolasepak negara kerana corak permainan yang mantap. Dilapurkan MU sekali lagi akan bertemu dengan pasukan negara pada 20 Julai 2009 do Sadium Bukit Jalil 8.30 malam.. Jangan lupa saksikan perlawanan ini dan berikan sokongan padu pada pasukkan negara..

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures