Archive for the ‘Hiburan’ Category

We Are The World 2010

Sesiapa yang membesar dan seusia dengan saya, sudah tentu biasa dan pernah mendengar lagu We Are The World ciptaan Michael Jackson dan Lionel Richie dan diterbitkan oleh penerbit dan komposer terkenal Quincy Jones. Lagu ini diterbitkan pada tahun 1985 dinyanyikan oleh beberapa penyanyi yang begitu popular di tahun 80′an seperti Lionel Richie, Stevie Wonder, Paul Simon, Kenny Rogers, James Ingram,Tina Turner, Billy Joel, Michael Jackson, Diana Ross, Dionne Warwick,Willie Nelson dan beberapa artis lain.

Lagu ini dimuatkan di dalam satu album yang  menggunakan tajuk yang sama juga mengandungi beberapa lagu lain. Matlamat utama album ini diterbitkan untuk mengumpul dana mmbantu mangsa kebuluran di Africa. Album ini dikatakan berjaya mencapai matlamat yang diharapkan kerana jualan jualan album ini berjaya mencecah jutaan unit dalam masa yang singkat.

Pada tahun 2010 satu usaha dibuat untuk merakamkan semula lagu ini. Matlamat rakaman semula lagu ini adalah sama tetapi kali ini bertujuan mengumpulkan dana untuk mangsa gempa bumi di Haiti. Lagu ini diberi nama We Are The World 25 For Haiti. Lagu ini dinyayikan semuala oleh beberapa artis barat terkini dan beberapa artis vetaran yang popular.

Melodi dan rentak versi baru lagu ini masih dikekal namun pada beberapa bahagian tertentu lirik ditukar dan juga dimasukkan unsur rap dan hip hop. Namun versi baru ini menimbulkan beberapa kontroversi di kalangan peminat musik. Mereka mendakwa lagu ini merosakkan keaslian lagu asal. Peminat musik juga mendakwa kebanyakkan penyanyi terutama artis baru gagal membawa lagu ini dengan baik dan perkara yang paling tidak disenangi adalah kemasukkan unsur rap dalam lagu ini. Namun disebalik kritikan terhadap versi baru ini, ada yang berpendapat  ianya tidak patut dipertikaikan kerana ia adalah harapan dan kesedaran yang disuarakan oleh artis generasi baru dari pelbagai gengre musik dan bagi mereka kesedaran membantu mangsa di Haiti adalah lebih penting .

Bagi saya kalau dibandingkan atas dasar lagu dan musik itu sendiri, sudah tentu saya lebih suka versi asal kerana saya membesar dengan laguversi asal. Dari segi kualiti rakaman dan kualiti nyanyian , versi asal jauh lebih baik. Versi terbaru boleh dikatakan dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Seperti orang lain juga, saya berpendapat adalah lebih baik cipta lagu baru untuk tujuan ini.

Namun apa yang penting versi baru ini bertujuan menimbulkan kesedaran untuk membantu mangsa bencana alam terutamanya di Haiti. Jadi terpulang kepada individu.

We Are The World (1985)

We Are The World 25 For Haiti

  • Share/Bookmark

Pelawak veteran Param meninggal dunia

Mendiang ParamPelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi.

Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.

Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital.

“Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi,” katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu.

Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar.

Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.

Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga.

“Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya,” kata Parameshvari sambil menitiskan air mata.

Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik.

Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

param-rajalawak

“Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok,” kata Parameshvari. BERNAMA

  • Share/Bookmark

Ustaz Asri (Rabbani) meninggal dunia

asri-rabbani

Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Mohamad Asri Ibrahim, 40, meninggal dunia di Hospital Pantai, Kuala Lumpur kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.

Penyanyi utama kumpulan itu pengsan kira-kira 10.30 pagi setelah 20 minit menyertai program Syahadah musim kelima di Angkasapuri dan seterusnya dikejarkan ke hospital berkenaan.

Menurut Mohd Asri Ubaidullah, seorang anggota Rabbani yang ditemui di hospital swasta itu, allahyarham mengalami muntah-muntah dan mengadu sakit sejak Subuh tadi.

Allahyarham kemudian mengambil susu, madu dan limau untuk mengurangkan kesakitan tersebut, tambah anggota Rabbani itu.

Sewaktu tiba di stesen RTM untuk program tersebut, Asri sudah dalam keadaan lemah tetapi berkeras ingin menjayakan rakaman program tersebut yang akan disiarkan pada bulan Ramadhan tidak lama lagi.

Difahamkan, jenazah beliau akan dibawa Bukit Lancong dekat Shah Alam selepas ini.

Ibu allahyarham, yang berkerusi roda, kelihatan masuk ke Hospital Pantai, jam 1 tengah hari tadi.

Sebelumnya, turut menziarahi jenazahnya di situ, pegawai-pegawai Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan.

asriAsri, lahir pada 3 Ogos 1969 di Klang, Selangor, menyertai Rabbani sejak ia ditubuhkan pada 1 Mac 1997 dengan dianggotai lapan lagi anggota.

Beliau sebelum itu bersama satu lagi kumpulan nasyid terkenal Nadamurni.

Selain Asri dan Mohd Asri, kumpulan nasyid itu turut disertai Azadan Abdul Aziz, Muhammad Luqman Abd Aziz, Muhammad Rithauddeen Yaakob, Mohamad Afandi Shahbudin, Ahmad Shafie, Nazrul Azhar Tamrin dan Zulkiflee Azman.

Lebih 12 tahun dalam industri ini, Rabbani menghasilkan 19 album, antaranya Arah: Dari Mana Ke Mana (1997), Pergi Tak Kembali (1999), Intifada (2000), Yalla Beena (2004) dan yang terbaru Nostalgia Nada Murni.

rabbaniawardsSumber: malaysiakini.com

Semoga roh Ustaz Asri berada di kalangan roh orang-orang yang bertakwa. Al-Fatihah.

ustaz-asriGambar  dari blog Intan Hijau

Rabbani  -- Pergi Tak Kembali

  • Share/Bookmark

Jamal Abdillah – Penyanyi yang hebat

Kalau kita sebut Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali mungkin ramai yang tak kenal tapi kalau sebut Jamal Abdillah memang ramai yang kenal. Jamal antara artis lelaki yang saya minat selain dari Saleem Iklim, Allahyarham Sudirman, Aris Ariwatan .

Jamal Abdillah

Jamal Abdillah

Terus terang pada pandangan saya tiada penyanyi lelaki melayu yang boleh menandingi suara Jamal. Walaupun Jamal diketuai umum pernah terlibat dalam penyalahan penggunaan dadah dan juga beberapa masalah peribadi, peminat masih minat dengan suara dan nyanyian beliau. Ini kerana suara nyanyian beliau belum ada yang dapat ditandingi

Kalau sesorang itu ingin menyanyikan lagu Tan Sri P. Ramlee kita boleh dengar kebanyakkan mereka cuba menyanyi seperti suara Tan Sri P. Ramlee. Begitu juga dengan lagu Jamal, orang secara tak sedar akan terikut dengan suara Jamal. Ini menunjukan suara Jamal memang unik dan tersendiri.

Setelah 30 tahun berada di persada seni beliau sampai ke hari ini masih aktif menyanyi dan masih diminati bukan sahaja peminat seusia dengan beliau tetapi juga generasi baru. Bukan senang sesorang artis itu bertahan lama apatah lagi diterima oleh semua golongan usia. Tapi Jamal berjaya, kerana anugerah bakat suara yang ada pada beliau gunakan sepenuhnya.

Memang tidak dinafikan tiada masnusia yang sempurna. Begitu juga Jamal, walupun hebat dalam seni suara , kehidupan beliau tidak seperti kebanyakkan orang. Masalah dadah mungkin antara penyebabkan kehidupan beliau tidak seperti orang lain. Walaupun pada umumnya beliau dikatakan bebas dari dadah, tetapi sedikit sebanyak kesan dari masa lampau mempengaruhi kehidupan seharian beliau termasuk dalam kehidupan rumah tangga.

Walau apa pun pandangan masyarakat mengenai sejarah jamal dan kisah kehidupan beliau, masyarakat tidak dapat menafikan Jamal memang hebat dalam seni suara. Kekadang kehebatan seni suara beliau menyebabkan kita lupa atau tak kisah dengan kisah peribadi beliau.

Bagi pengunjung blog ini saya perdengarkan nyanyian Jamal Abdillah semasa beliau bertanding di Bintang RTM 1979. Nyanyian beliau inilah yang menobatkan beliau sebagai Juara Bintang RTM 1979 dan menjadikan beliau antara penyanyi yang hebat sehingga sekarang.

jamal-abdillah-1979

Jamal Abdillah – Senandung Semalam (Pertandingan Akhir Bintang RTM 1979).
Go get Adobe Flash Player!

Untuk download sila (right click save as..) di bawah:
Jamal Abdillah – Senandung Semalam (live – RTM 1979)

  • Share/Bookmark

Tomok (New Boyz) Juara One In Million

Shah Indrawan atau lebih dikenali sebagai Tomok berjaya merangkul juara One In Million sekali gus meletak dia sebagai jutawan dengan memenangi hadiah RM 1 juta.

Peringkat awal Tomok merupakan penyanyi kumpulan remaja New Boyz yang menjadi kegilaan remaja sekitar hujung 90′an. Namun penampilan Tomok pada masa ini lebih matang sesuai dengan usia beliau.

Kemenangan Tomok dalam pertandingan ini memecahkan rekod kerana beliau merupakan pemenang lelaki pertama. Sebelum ini juara dimiliki peserta wanita. Apa yang menarik Tomok hampir terkeluar dari pertandingan namun rezeki RM 1 juta lebih memihak kepada Tomok. Apa-apa pun tahniah kepada Tomok dengan kemenagan yang besar ini. Dengan kemenangan ini peminat sudah tentunya berharap persembahan yang lebih mantap dan berkualiti di masa hadapan.

Persembahan yang hebat dan mantap dari Tomok
Rindu Terhenti

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures