Archive for the ‘Grafik’ Category

Membaik pulih dan menambah baik foto / gambar

Mungkin ramai antara kita mempunyai gambar masa kecil atau gambar ibubapa atau juga datuk dan nenek masih ada dalam simpanan kita. Kebanyakan gambar-gambar ini diambil puluhan tahun yang lalu. Memang menjadi lumrah gambar-gambar ini semakin dimakan usia. Sebagai cth gambar yang bercalar, kelam warna yang semakin pudar atau sebagainya.  Lama kelaman gambar-gambar ini mungkin tidak dapat di abadikan untuk genarasi akan datang.

Seperti yang mungkin kita sedia maklum filem asal untuk gambar-gambar ini mungkin tidak ada lagi, atau kalau dah ada tidak dapat digunakan lagi atau memang kita tidak menyimpan langsung filem-filem tersebut. Jadi sebelum gambar-gambar tersebut langsung tidak boleh di abadikan maka adalah perlu kita mengambil langkah membaik pulih semula kualiti sesuatu foto.

Jadi di sini saya terus terang menyatakan saya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membaik pulih photo secara digital. Dengan teknologi digital sekarang memungkinkan kita membaik pulih foto lama supaya ia kelihatan seperti baru atau sekurang-kurangnya kualiti foto lebh baik dari apa yang ada  pada masa kini.

InsyaAllah saya sedang menyiapkan satu laman web khusus untuk membaik pulih foto, menambah baikkan lagi photo dan beberapa lagi perkhidmatan yang khusus untuk foto sebagai cth mewarnakan foto hitam putih, menukar latar belakang dan sebagainya.

Di bawah adalah cth hasil kerja saya.

photorestoration1

Membaik pulih photo lama

photorestoration2

restore2

Menambah baik photo lama yang warna pudar

healing

Mebuang parut jerawat dan sebagainya

colorize

Mewarnakan gambar hitam putih

Saya juga menawarkan service untuk menukar latar belakang sesuatu gambar. Cth boleh dilihat pada article yang lepas DI SINI:

Jika anda inginkan perkhidmatan ini sila hubungi saya. Insyallah selepas selesai proses membangunkan web khusus untuk perkhidmatan ini saya akan nyatakan lebih detail mengenai harga dan servis-servis yang lain.

  • Share/Bookmark

Digital kamera – Bila cuci 4R gambar tak penuh / terpotong?

Ini lah yang selalu kita dengar.”pasal apa cuci gambar 4R kepala tak nampak ..” atau apa pasal kepala nampak sekerat..

Sebenarnya bukan salah kedai cuci gambar atau masalah pada kamera .. sebenarnya masalah kita tidak mengetahui kriteria yang ada pada kamera itu sendiri. Hampir semua kamera digital compact atau sebahagian kamera digital SLR terutama dari Olympus sensor pada kamera adalah dalam ratio 4:3. Jadi image yang dirakamkan pada sendor juga adalah dalam ratio 4:3. Namun kebanyakkan kamera SLR filem mahupun DSLR cth seperti Canon atau Nikon sensor pada kamera adalah 3:2 (atau juga 6:4). Sama seperti ratio untuk filem 35mm

Jadi apa masalahnya?.. Ok macam ni selalunya bila kita menggunakan compact digital kamera kita akan tengok pada LCD yang juga dalam ratio 4:3 .jadi bila kita ambil gambar ..kita akan compose atau gunakan keseluruhan ruang yang ada pada LCD…cth kepala opjek berada hampir dengan ruang atas lcd.. so kita buka image tu di computer memang tak masalah, gambar perfect..composition pun cantik…now bila kita cuci 4R kita akan dapati sebahagian kepada objek tidak nampak atau terpotong begitu juga dengan kaki tidak kelihatan.. Kenapa?

Ok sebenarnya 4R image di cetak pada ratio 3:2 (atau juga 6:4) : 6 in X 4 in ..Semasa mencetak mesin akan dsetkan pada ratio 3:2 . Oleh kerana image dari digital compact kamera adalah pada 4:3  jadi untuk mencetak pada 4R sebahagian dari image perlu di crop. Jadi mesin akan crop pada tengah-tengah image cth seperti image dibawah:

4r1cth image di atas adalah apa yang dirakam oleh kamera digital compat

4r2

image di atas pulak apa yang dicetak pada kertas photo 4R.  Jadi kita boleh lihat sebahagian image di bahagian atas dan bawah tidak kelihatan atau pun terpotong. Ini kerana mesin mencetak setkan ruang ratio 3:2 ditengah-tengah image. jadi  bahagian atas dan bawah tidak kelihatan.

Bagaimana cara mengatasi?
1. Bagi saya yang paling penting adalah semasa kita ambil gambar.. beri ruang sedikit untuk bahagian atas dan bawah semasa ambil gambar maksudnya jangan guna sepenuhnya rauang yang ada pada LCD.. Jarakkan sedikit (kebelakang) dari objek seupaya kepala dan kaki objek tidak terlalu hampir dengan ruang di atas dan dibawah LCD. Sebabnya bila cuci 4r mesin akan mengambil bahagian tengah untuk menepati aspek ratio 3:2 untuk image 4R….j

2. Kita crop / potong sendiri di pc sebelum hantar ke kedai gambar. Ini lah yang saya selalu buat. Sebabnya kita boleh compose/crop/potong mengikut kesesuaian. Hampir semua perisian untuk mengedit gambar sama ada yang disertakan sekali semasa membeli kamera atau perisian di dapati di internet atau yang komersial mempunyai fungsi crop. Jadi lebih baik kita crop sendiri dari membiarkan mesin mencetak photo crop untuk kita.

Perhatian: pastikan anda membuat salinan untuk image yang ingin dicrop. Ini kerana mungkin anda ingin mencetak pada size yang lain cthnya 5R atau 8R. Jadi anda masih mempunyai salinan image yang asal.

Apa yang perlu kita lakukan adalah set aspect ratio kepada 3:2 sekirannya gambar yang di ambil secara melintang (horizontal) dan setkan ratio pada 2:3 jika diambil secara menegak. Apa yang perlu kia buat seterusya compose semula image berdasarkan ratio tersebut cth macam image dibawah:

4r3

dalam cth image di atas saya potong di bahagian bawah kerana saya ingin pastikan kepala objek yang berdiri di belakang kelihatan sepenuhnya.

Jadi bila dicetak pada 4R gambar akan kelihatan seperti di bawah:

4r4

Jadi dalam case ini tidak ada sesiapa yang akan merungut mengatakan …” kenapa kepala tak nampak penuh….

Aspect ratio yang biasa digunakan untuk mencetak gambar adalah seperti dibawah:
3R = 5:3.5 (5 in x 3.5 in)
4R = 3:2 (6 in x 4 in)
5R = 7:5 (7in x 5 in)
8R = 5:4 (10 in x 8 in)
12R = 5:4 (15 in x 12 in )

Aspect ratio dan saiz kertas di atas bolehlah dijadikan panduan untuk kita buat cropping pada image. Jadi image yang dicetak dapat dihasilkan seperti yang sepatutnya.

Good luck

  • Share/Bookmark

Photoshop – Penyelamat Keadaan

Pada hari Jummat yang lepas 21 Nov 2008. Saya menghadiri satu majlis pernikahan adik Ipar saya di Kampung Jamuan Kuala Kangsar. Pernikahan tersebut alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti kebiasaan mana-mana majlis pernikahan, pengantin baru sudah tentu mahukan majlis tersebut diabadikan dalam bentuk gambar.

Untuk majlis perkahwinan adik ipar saya ni sebenarnya mereka telah menempah seorang jurufoto profesional. Tetapi untuk majlis pernikahan, ia tidak termasuk di dalam package fotografi. Jadi mereka mahukan kamera saya digunakan untuk merakan majlis akad nikah. Sebenarnya kamera saya selalu digunakan untuk majlis-majlis penting keluarga sebab kualiti yang dihasilan dari kamera Nikon SLR memang tidak pernah menghampakan. Terus terang saya katakan quality gambar memang lebih baik jika dibandingkan dengan kamera digital SLR entry level. kalau nak dibandingkan dengan digital point & shoot..memang jauhlah…Cuma kamera saya menggunakan filem.

Seperti biasa saya menggunakan Filem Fujiria 200 untuk merakam image di kamera Nikon SLR saya. jadi saya pergi kedai photo dimana saya selalu mencuci gambar dan membeli film. Saya telah beli 3 roll film. Agak terkejut juga harga bagi setiap roll agak murah iaitu RM7.50 kebiasaanya dalam RM9.00.

Di majlis ini hanya kamera saya digunakan untuk merakam akad nikah. Yang lain tu hanya menggunakan camera pada h/phone yang mana kurang sesuai untuk mengambil gambar di dalam keadaan cahaya yang kurang seperti di dalam masjid. Seperti biasa saya yakin gambar yang diambil akan menghasilkan image yang baik terang dan sharp.

Pada hari persandingan kamera saya tidak banyak digunakan untuk merakam gambar sebab pihak pengantin telah menempah jurufoto profesional. Kemera saya hanya digunakan untuk beberapa keadaan sahaja. Selesai majlis perkahwinan saya pun pergi kedai gambar untuk mencuci gambar. Di kedai saya hanya memproses 2 roll film yang ketiga masih ada di dalam kamera yang mana masih berbaki. Disebelah petang saya pun pergi semula ke kedai untuk mengambil gambar yang sudah dicuci. Setiba di rumah saya melihat balik gambar-gambar yang di ambil terutamanya di masjlis pernikahan. Agak terkejut besar saya melihat gambar-gambar tersebut… Boleh dikatakan 1 roll yang digunakan untuk majlis pernikahan gambar yang terhasil agak kelam, gelap dan tidak sharp. Pelik saya kenapa benda macam ni boleh berlaku sedangkan kamera saya tak pernah menghampakan.

Kebetulan pada masa itu adik ipar saya dan suaminya ada dirumah saya. Sebenarnya mereka pun tak sabar nak tengok gambar pernikahan. Bila mereka tengok gambar-gambar tadi saya boleh lihat riak wajah mereka yang agak hampa. Maklumlah mereka berharap gambar yang baik , tambahan pulak majlis akad nikah boleh dikatakan peristiwa sekali dalam sumur hidup..kecualilah ada yang lain :) .. Dan paling menyedihkan kamera sayalah hanya satu-satunya yang merakamkan gambar dimajlis tersebut. Puas saya berfikir apakah puncanya gambar menjadi begitu teruk. Sedangkan tak pernah berlaku sebelum ini. Kemudian terfikir pulak oleh saya tentang filem yang saya gunakan…kebetulan kotak film tersebut masih ada tersimpan di dalam beg kemera saya. Emmm patutlah film yang saya gunakan untuk majlis ini sebenarnya dah hampir luput…patutlah kedai gambar tu jual murah. Apa-apa pun itu bukan masalah utama..masalah utama sekarang macam mana nak kasi gambar tersebut seperti sepatutnya..Dan yang lebih penting dapat mengembirakan hati kedua pengantin yang riak wajah mereka agak hampa.

Terlintas di fikiran saya..scanner HP saya boleh scan dari film. Jadi saya rasa eloklah saya scan semua gambar dalam film tu dan buat restoration. Sebenarnya kedua pengantin agak kurang yakin samada benda macam ni boleh dibuat… Tapi saya yakin kepada mereka.. InsyaAllah boleh sebab saya pernah restore gambar lama supaya kembali seperti asal. Saya cakap pada mereka datang pada hari lusa…semuanya akan ok..

Pada sebelah malamnya saya memulakan kerja-kerja scanning setiap frame pada film tersebut. Kalau nak ikutkan saya boleh scan dari gambar tapi saya lebih suka scan dari sumber asal iaitu film. Agak makan masa juga nak scan 36 frame pada film tu. Setelah selasai  saya pun memulakan kerja-kerja restoration. Oleh kerana sebelum ini saya selalu juga buat kerja macam ni.. jadi ia tak lah begitu susah… dan hasilnya boleh dikatakan agak membanggakan jugak laa…sample gambar selepas proses restoration/baik pulih:

Setelah selesai memabaik pulih semua gambar dalam filem tersebut saya pu burn ke CD untuk di cuci di kedai gambar. Selepas siap di cuci saya pun melihat semula semua gambar-gambar ini.. Pergggghh lega semua gambar yang terhasil memang baik seperti yang sepatutnya.

Keesokkan harinya adik ipar dan suaminya datang untuk tengok gambar yang saya kata nak nak baik pulih tu…Bila diorang tengok ..terpancar riak wajah yang gembira sebab gambar-gambar majlis akad nikah tersebut begitu terang sharp seperti yang diharapkan.  Saya pun lega jugak…Bukan apa kalau tak saya dah menghampakan harapan orang..terutama untuk majlis penting seperti ini…Pengajaran yang saya dapat sebelum beli film pastikan film expiry date bila.. Bukan apa sekarang ni agak kurang orang hantar film untuk cuci gambar ..agak-agak majority guna digital camera.. Mungkin yang saya beli tu stock lama…

Apa-apa pun saya mengucpakan selamat pengantin baru kepada adik Ipar saya Zamzila Rusli dan suaminya Suhairi. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Insya Allah.

  • Share/Bookmark

Photoshop: Colorize B&W Pic

Kekadang dalam kita ada terfikir bagaimana nak mewarnakan gambar yang asal dalam hitam putih ke warna. Sebenarnya tak lah sesusah mana. Yang penting kita perlu sedikit kemahiran dalam perisian grafik terutama Adobe Photoshop. Bercerita mengenai mewarnakan gambar hitam putih saya ada sedikit pengalaman mewarna beberapa keping gambar yang di ambil sekitar tahun 60′an dan 70′an. Gambar-gambar ini adalah gambar bapa saya semasa beliau masih muda.

Secara asasnya sebelum kita mewarnakan gambar hitam kita perlu scan gambar tersebut. Semasa scan gambar pastikan discan pada resolusi tinggi. Dalam kes ini saya menggunakan Scanner HP (my trusted scanner) dan saya scan pada 300 dpi pada 16 bit color depth. Kemudian di photoshop saya desaturate pic tadi. Mengapa perlu desaturate. Ok sebenarnya masa kita scan gambar asal masih mengandungi warna-warna tertentu walaupun asalnya hitam putih. Cth kekadang gambar yang lama kesan warna kuning akan wujud kesan perubahan pada kertas dan sebagainya. Jadi dengan mng “desaturate” gambar tadi akan menjadi grayscale atau b&w.

Sebelum meleakukan proses mewarna pastikan kita membuat duplicate layer pada gambar asal. Ini memastikan kita kebali kepada original jika berlaku sebarang kesilapan atau ingin adjust pada bahagian-bahagian tertentu pada gambar. Tugas seterusnya pilih bahagian mana yang kita hendak mulakan dahulu. Sebagai cth bahagian muka. Ok sebenarnya ada banyak cara bagaimana untuk select certain part dalam gambar. Di photoshop kita boleh guna Lasso tool dengan membuat tracing pada bahagian yang kita kehendaki. Tapi di dalam kes ini saya suka menggunakan quick mask tool untuk select certain part dalam image . Kenapa mask tool?. Ini disebabkan saya boleh pilih bahagian mana yang perlu dengan hanya “paint” kan pada bahagian yang saya kehendaki . Jika ada kesilapan pada bahagian tertentu saya boleh padamkan atau buat “fine tuning”. Selepas proces masking kemudian kembali ke normal mode dan tekan inverse. Kita akan dapati bahagian kita masking tadi telah dipilih jadi kita boleh buat proses mewarna.

Di dalam proses mewarna part yang paling sukar ada bahagian kulit…ini kerana kita mahu warna kulit pada sama dengan warna kulit manusia. So dalam ke ini selalunya saya menggunakan gambar lain yang berwarna dan saya buat sebagai reference. Untuk warna kulit selelaunya saya akan sample dari gambar warna dan gunakan color yang telah disample tadi untuk mewarnakan gambar yang hitam putih tadi. Di photoshop ada fungsi colorize…guna sample color untuk colorizekan bahagian kulit tadi. Buat sedikit adjust terutama bahagian hue & saturation supaya skin nampak meyakinkan. Seterus buat process yang sama untuk bahagian yang lain sehingga semua bahagian selesai diwarnakan. Kemudian adjust overall color, brightness / contrast , color balance supaya gambar tadi lebih meyakinkan. Sebenarnya proses mewarna agak panjang tetapi apa saya nyatakan di sini hanya ringkasan. Anda boleh mencari tutorial mengenai ini di internet untuk lebih detail. Dibawah adalah cth gambar hitam putih yang telah diwarnakan:

Selamat mencuba.

  • Share/Bookmark

Coloring a picture

emmm post kali bukan saya nak mengajar macam mana nak colorkan gambar. Cuma dalam video editing pelbagai cara dapat kita lakukan untuk kita present kan seuatu. Idea video ini saya dapat bila anak saya meminta pada saya untuk print kan gambar kosong untuk dia buat  latihan coloring..sebab dia kan mewaliki sekolah tadika dalam pertandingan mewarna. Jadi saya pun carilah gambar di internet ….memang banyak yang saya jumpa. Kemudian bila dah print file gambar tadi masih ada dalam pc. Emm teringin pulak saya nak buat coloring pada gambar tu..tapi bukan guna crayon atau color pencil tapi guna pc. :) Then bila saya perhatikan gambar tu tak berapa sharp sebab dalam format .gif dan saiz dia kecil. Jadi saya buka Illustrator dan tracekan gambar tadi ke vector format dan save balik dalam format . ai. Oleh kerana saya lebih selesa guna photoshop jadi saya buka file tadi dalam photoshop untuk buat coloring…jadi mulalah kerja-kerja mewarna…emmm dah lama tak buat kerja-kerja mewarna gambar ni…. :) semasa tengah buat coloring terfikir dalam otak saya why not buat satu video macam mana dari gambar tak ada warna menjadi full color…So saya buat beberapa layer dalam photoshop untuk mewakili beberapa peringkat dalam coloring . Pertama warnakan pokok, layer seterusnya rumput dan seterusnya. Saya savekan ke beberapa file mewakili setiap stage dalam coloring. Then saya masukkan image tadi ke dalam Premiere untuk di edit . So lepas edit/manipulate jadi video macam kat bawah ni… :)

Untuk lihat video click di sini COLORING.wmv

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures