Archive for the ‘Fotografi’ Category
Membaik pulih dan menambah baik foto / gambar
Mungkin ramai antara kita mempunyai gambar masa kecil atau gambar ibubapa atau juga datuk dan nenek masih ada dalam simpanan kita. Kebanyakan gambar-gambar ini diambil puluhan tahun yang lalu. Memang menjadi lumrah gambar-gambar ini semakin dimakan usia. Sebagai cth gambar yang bercalar, kelam warna yang semakin pudar atau sebagainya. Lama kelaman gambar-gambar ini mungkin tidak dapat di abadikan untuk genarasi akan datang.
Seperti yang mungkin kita sedia maklum filem asal untuk gambar-gambar ini mungkin tidak ada lagi, atau kalau dah ada tidak dapat digunakan lagi atau memang kita tidak menyimpan langsung filem-filem tersebut. Jadi sebelum gambar-gambar tersebut langsung tidak boleh di abadikan maka adalah perlu kita mengambil langkah membaik pulih semula kualiti sesuatu foto.
Jadi di sini saya terus terang menyatakan saya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membaik pulih photo secara digital. Dengan teknologi digital sekarang memungkinkan kita membaik pulih foto lama supaya ia kelihatan seperti baru atau sekurang-kurangnya kualiti foto lebh baik dari apa yang ada pada masa kini.
InsyaAllah saya sedang menyiapkan satu laman web khusus untuk membaik pulih foto, menambah baikkan lagi photo dan beberapa lagi perkhidmatan yang khusus untuk foto sebagai cth mewarnakan foto hitam putih, menukar latar belakang dan sebagainya.
Di bawah adalah cth hasil kerja saya.

Membaik pulih photo lama


Menambah baik photo lama yang warna pudar

Mebuang parut jerawat dan sebagainya

Mewarnakan gambar hitam putih
Saya juga menawarkan service untuk menukar latar belakang sesuatu gambar. Cth boleh dilihat pada article yang lepas DI SINI:
Jika anda inginkan perkhidmatan ini sila hubungi saya. Insyallah selepas selesai proses membangunkan web khusus untuk perkhidmatan ini saya akan nyatakan lebih detail mengenai harga dan servis-servis yang lain.
Fotografi – Isfanizal akan menulis di blog ini.
Saya sangat gembira kerana seorang sahabat saya yang berpengalaman dalam bidang fotografi akan menulis article beliau mengenai fotografi.
Isfanizal atau Isfan merupakan seorang photographer yang berpengalaman. Beliau juga owner kepada http://www.snapfever.com. Jadi saya harap kesudian beliau menulis article mengenai photography dapat membantu semua pengunjung dan menyemarakkan lagi blog ini.
Selmat datang saudara Isfann
Digital kamera – Bila cuci 4R gambar tak penuh / terpotong?
Ini lah yang selalu kita dengar.”pasal apa cuci gambar 4R kepala tak nampak ..” atau apa pasal kepala nampak sekerat..
Sebenarnya bukan salah kedai cuci gambar atau masalah pada kamera .. sebenarnya masalah kita tidak mengetahui kriteria yang ada pada kamera itu sendiri. Hampir semua kamera digital compact atau sebahagian kamera digital SLR terutama dari Olympus sensor pada kamera adalah dalam ratio 4:3. Jadi image yang dirakamkan pada sendor juga adalah dalam ratio 4:3. Namun kebanyakkan kamera SLR filem mahupun DSLR cth seperti Canon atau Nikon sensor pada kamera adalah 3:2 (atau juga 6:4). Sama seperti ratio untuk filem 35mm
Jadi apa masalahnya?.. Ok macam ni selalunya bila kita menggunakan compact digital kamera kita akan tengok pada LCD yang juga dalam ratio 4:3 .jadi bila kita ambil gambar ..kita akan compose atau gunakan keseluruhan ruang yang ada pada LCD…cth kepala opjek berada hampir dengan ruang atas lcd.. so kita buka image tu di computer memang tak masalah, gambar perfect..composition pun cantik…now bila kita cuci 4R kita akan dapati sebahagian kepada objek tidak nampak atau terpotong begitu juga dengan kaki tidak kelihatan.. Kenapa?
Ok sebenarnya 4R image di cetak pada ratio 3:2 (atau juga 6:4) : 6 in X 4 in ..Semasa mencetak mesin akan dsetkan pada ratio 3:2 . Oleh kerana image dari digital compact kamera adalah pada 4:3 jadi untuk mencetak pada 4R sebahagian dari image perlu di crop. Jadi mesin akan crop pada tengah-tengah image cth seperti image dibawah:
cth image di atas adalah apa yang dirakam oleh kamera digital compat

image di atas pulak apa yang dicetak pada kertas photo 4R. Jadi kita boleh lihat sebahagian image di bahagian atas dan bawah tidak kelihatan atau pun terpotong. Ini kerana mesin mencetak setkan ruang ratio 3:2 ditengah-tengah image. jadi bahagian atas dan bawah tidak kelihatan.
Bagaimana cara mengatasi?
1. Bagi saya yang paling penting adalah semasa kita ambil gambar.. beri ruang sedikit untuk bahagian atas dan bawah semasa ambil gambar maksudnya jangan guna sepenuhnya rauang yang ada pada LCD.. Jarakkan sedikit (kebelakang) dari objek seupaya kepala dan kaki objek tidak terlalu hampir dengan ruang di atas dan dibawah LCD. Sebabnya bila cuci 4r mesin akan mengambil bahagian tengah untuk menepati aspek ratio 3:2 untuk image 4R….j
2. Kita crop / potong sendiri di pc sebelum hantar ke kedai gambar. Ini lah yang saya selalu buat. Sebabnya kita boleh compose/crop/potong mengikut kesesuaian. Hampir semua perisian untuk mengedit gambar sama ada yang disertakan sekali semasa membeli kamera atau perisian di dapati di internet atau yang komersial mempunyai fungsi crop. Jadi lebih baik kita crop sendiri dari membiarkan mesin mencetak photo crop untuk kita.
Perhatian: pastikan anda membuat salinan untuk image yang ingin dicrop. Ini kerana mungkin anda ingin mencetak pada size yang lain cthnya 5R atau 8R. Jadi anda masih mempunyai salinan image yang asal.
Apa yang perlu kita lakukan adalah set aspect ratio kepada 3:2 sekirannya gambar yang di ambil secara melintang (horizontal) dan setkan ratio pada 2:3 jika diambil secara menegak. Apa yang perlu kia buat seterusya compose semula image berdasarkan ratio tersebut cth macam image dibawah:

dalam cth image di atas saya potong di bahagian bawah kerana saya ingin pastikan kepala objek yang berdiri di belakang kelihatan sepenuhnya.
Jadi bila dicetak pada 4R gambar akan kelihatan seperti di bawah:

Jadi dalam case ini tidak ada sesiapa yang akan merungut mengatakan …” kenapa kepala tak nampak penuh….
Aspect ratio yang biasa digunakan untuk mencetak gambar adalah seperti dibawah:
3R = 5:3.5 (5 in x 3.5 in)
4R = 3:2 (6 in x 4 in)
5R = 7:5 (7in x 5 in)
8R = 5:4 (10 in x 8 in)
12R = 5:4 (15 in x 12 in )
Aspect ratio dan saiz kertas di atas bolehlah dijadikan panduan untuk kita buat cropping pada image. Jadi image yang dicetak dapat dihasilkan seperti yang sepatutnya.
Good luck
Kamera dan Fotografi
Adakah anda mempunyai kamera foto. Saya yakin ramai diantara kita mempunyai sekurang-kurangnya satu kamera. Kamera ini digunakan untuk merakam sebarang event yang kita rasa sesuai untuk dijadikan kenangan atau sekurang-kurang untuk berkongsi kenangan dengan orang lain.
Saya mempunyai kamera foto semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Kamera ini dihadiahkan oleh bapa saudara kerana beliau tahu saya suka pasal fotografi. Sejak dari itu minat saya dalam fotografi mula berkembang. Setelah mula bekerja minat saya dalam fotografi jadi lebih mendalam kerana ramai rakan sekerja juga minat dalam fotografi. Walaubagaimana pun saya tidak menjadikan fotografi ini sebagai hobi utama. Ini kerana pada masa itu saya tidak nampak apa sebenarnya fungsi untuk sesebuah kamera. Setelah mendirikan rumah tangga pada masa itulah bahawa saya sedar fungsi kamera bukan sekadar mengambil gambar tetapi lebih dari itu.
Semasa isteri saya melahirkan anak pertama, saya bertanya kepada rakan baik saya iaitu saudara Basri mengenai kamera. Sebab dia mahir pasal kamera dan fotografi. Dia tanya kepada saya , apa tujuan beli kamera, adakah sekadar suka-suka atau lebih dari itu. Saya katakan kamera ini nak digunakan untuk ambil gambar anak sulung saya yang baru lahir. Kemudian dia beritahu saya… kalau macam tu beli kamera yang bagus tetapi mampu dibeli oleh saya pada masa itu. Oleh kerana dia mempunyai kamera SLR dia suggestkan kepada saya juga membeli sebuah kamera SLR. Kata saudara Basri lagi..kamu tak akan menyesal beli kamera SLR.. Tambahnya lagi…kalau nak gambil gambar anak gunakan kamera yang bagus kerana anak kita pada hari ini tidak akan sama lagi pada masa akan datang..jadi ambil gambar mereka pada quality terbaik yang kita mampu. Anak kita pada masa akan datang akan menghargai apa yang kita buat pada masa ini. Mendengar kata beliau pada sebelah malamnya saya terus pergi kedai kamera dan terus membeli kamera kamera SLR iaitu Nikon F65.

Memang betul kata basri gambar yang dihasilkan oleh kamera nikon ini sungguh cantik berbeza dengan kamera compact biasa. Sejak dari itu saya terus mengambil gambar dengan menggunakan kamera tersebut dan dalam masa yang sama mempelajari dengan lebih mendalam asas-asas dalam fotografi. Alhamdulliah terms dalam fotografi sudah menjadi sebati dalam diri saya. Jadi ini memudahkan saya mengambil gambar yang terbaik dengan menggunakan kamera SLR saya. Kamera ini juga menjadi pilihan kalau ingin merakamkan acara-acara penting dalam keluarga kerana ia amat jarang gagal menghasilkan gambar seperti yang diharapkan. Kalau ada masalah pun ia disebabkan masalah lain seperti digunakan oleh orang yang tak pernah pegang kamera SLR atau filem dah luput. Cth gambar dibawah adalah dari kamera nikon SLR filem

Walau bagaimana pun sejak akhir-akhir ini saya agak malas nak menggunakan kamera SLR filem tersebut.. Bukan kerana ia tidak lagi berfungsi tetapi dari segi convenience agak kurang jika dibandingkan dengan kamera digital. Satu lagi ada satu insiden dimanakan hasil gambar yang dirakamkan oleh kamera SLR saya amat mendukacitakan. Bukan kerana kamera tersebut rosak tetapi filem yang digunakan telah luput. Ya ini kesilapan saya kerana tidak melihat tarikh luput pada filem tersebut… Nasib baik pengalaman saya mengunakan photoshop membantu keadaan ..kalau tidak hancusss.. Perkara utama “kekangan” menggunakan kamera filem ini adalah jumlah foto yang ingin diambil terhad pada berapa roll filem yang kita bawa pada sesuatu masa. Jadi kita begitu berhati dalam mengambil gambar. Memang bagus berhati-hati cuma banyak perkara yang boleh dirakamkan tidak dirakamkan. Selain dari itu kita tidak dapat lihat hasil secara serta merta kerana filem tadi mesti diproses dan dicetak.. ini mengambil masa bergantung pada kecepatan lab yang memproses filem tersebut. Dan apa yang paling saya tak suka samada gambar itu baik atau tidak ia akan dicetak..dan ini melibatkan kos…ini tidak termasuk kos membeli roll filem. Oleh itu saya berpendapat saya harus beralih kepada Kamera digital…
Sebenarnya saya mengambil perkembangan kamera digital lebih 10 tahun dahulu. Kamera digital pertama yang pernah saya gunakan adalah Sony Mavica kepunyaan rakan sekerja. Namun pada masa itu saya kurang minat dengan kamera digital kerana quality gambar yang dihasilkan amat tidak memuaskan hati saya. Kedua harga kamera digital pada masa itu amal mahal. Jadi saya terus menggunakan kamera filem.. Tahun demi tahun teknologi dalam kamera digital semakin baik dan harga semakin munasabah maka minat saya untuk memiliki kamera digital semakin mendalam. Cuma saya tidak bercadang untuk membeli kerana ada beberapa perkara pada fikiran saya terdapat kekurangan pada digital kamera. Namun pada akhir-akhir ini kebanyak kekurangan yang ada pada digital kamera telah diperbaiki maka saya fikir elok saya membeli kamera digital.
Pada awal tahun 2009 saya telah membeli kamera digital yang pertama iaitu Canon Powershor A1000is. Kamera ini bukan dikatogeri kamera SLR ia hanya compact digital kamera tetapi setelah saya survey diinternet saya bercadang untuk membelinya. Pertama ia dihasilkan oleh company yang memang dalam dalam fotografi, kedua harga yang berpatutan untuk kamera dalam kelas compact dan yang paling penting quality yang dihasil amat baik. Of course certain perkara kamera canon ini tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh kamera Nikon SLR saya…ini kerana kedua-duanya dalam kelas yang berlainan. Tapi saya berpuas hati gambar yang dihasilkan begitu baik.

Oleh kerana gambar yang dihasilkan dalam bentuk digital ia memudahkan saya mengambil berapa banyak shot yang saya fikir perlu tanpa memikirkan berapa frame lagi yang masih tinggal jika saya menggunakan filem. Kedua yang paling penting saya boleh buat further editing untuk mencantikkan lagi gambar tersebut menggunakan photoshop misalnya. Satu perkara memang sudah jadi habit dalam diri saya tak kira semahal atau sebagus mana sekali pun kamera digital tersebut saya akan edit gambar tersebut mengikut taste saya. Ini kerana saya sebelum ini menggunakan kamera filem jadi saya sudah terbiasa dengan karektor image yang dirakamkan oleh kamera . Kalau kita biasa menggunakan kamera filem sudah tentu kita dapat membezakan antara kamera filem dan kamera digital mahupun kamera Digital SLR…maksud saya bukan kamera digital SLR tak bagus…cuma karektoristik ada sikit berbeza dengan kamera filem dan digital. Jadi saya mahukan image yang dirakam oleh digital kamera mempunyai persamaan (walau tak 100%) dengan gambar yang dihasilkan oleh kamera filem.
Oleh kerana pengalaman menggunakan photoshop yang saya timba agak sekian lama…agak mudah saya menghasilkan image digital kamera seperti yang dihasilkan oleh kamera filem. Di bawah adalah hasil dari kamera canon powershot A1000is


Saya masih menggunakan Kamera Nikon SLR saya untuk tujuan tertentu saja sebagai cth jika saya ingin mengambil gambar bersifat artistik. Ini kerana sebagaimana kita sedia maklum lens pada kamera compact digital tidak dapat menghasilkan kesan artistik seperti bokeh dan sebagainya. Tetapi untuk general use atau kegunaan biasa bagi saya kamera canon ini lebih dari cukup. Pertama ia kecil mudah dibawa kemana-mana.. Dan yang lebih penting ia juga menghasilkan gambar yang baik jika kita tahu menggunakan kamera tersebut…
Kebetulan saya ada menerima email dari rakan kita yang menanyakan apakah kamera compact digital yang baik..Agak susah untuk saya menyarakan kamera apa yang baik cuma apa yang saya boleh bagi tahu beli kamera yang tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Ada juga kamera digital yang agak murah sekitar RM300. Tetapi hasilnya agak mengecewakan. Perlu diingat kita menggunakan kamera untuk merakam “moment” . Mungkin ada moment tersebut menjadi nostalgia pada masa akan datang cthnya gambar anak-anak kita. Jadi beli kamera yang baik tetapi pada harga yang sederhana. satu lagi belilah kamera yang dihasilkan oleh company yang memang berpengalaman dalam bidang fotografi cth nikon, canon, Olympus dan sebagainya. Atau boleh cuba dikedai kamera digital yang saya gunakan iaitu Canon Powershot A1000is. Harga semasa saya beli kamera ini dalam lingkungan RM699 termasuk 2 gig memory card dan battery. Atau anda boleh mencuba kamera dari jenama lain, Selalunya di kedai gambar ada sample untuk gambar dari kamera tersebut.. Atau kalau anda malas nak kedai anda boleh download full resolution image dari internet yang dihasilkan dari satu-satu kamera kemudian cuba cetak gambar tersebut samada menggunkan printer atau hantar kekedai gambar.
InsyaAllah pada post yang akan datang saya akan menerangkan beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai kamera digital terutama kamera digital kompak. Apa kelebihan dan apa kekurangan dan bagaimana untuk mengatasi…dan beberap tip-tip yang menugkin berguna kepada pengguna kamera digital. InsyaAllah…
Photoshop – Penyelamat Keadaan
Pada hari Jummat yang lepas 21 Nov 2008. Saya menghadiri satu majlis pernikahan adik Ipar saya di Kampung Jamuan Kuala Kangsar. Pernikahan tersebut alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti kebiasaan mana-mana majlis pernikahan, pengantin baru sudah tentu mahukan majlis tersebut diabadikan dalam bentuk gambar.
Untuk majlis perkahwinan adik ipar saya ni sebenarnya mereka telah menempah seorang jurufoto profesional. Tetapi untuk majlis pernikahan, ia tidak termasuk di dalam package fotografi. Jadi mereka mahukan kamera saya digunakan untuk merakan majlis akad nikah. Sebenarnya kamera saya selalu digunakan untuk majlis-majlis penting keluarga sebab kualiti yang dihasilan dari kamera Nikon SLR memang tidak pernah menghampakan. Terus terang saya katakan quality gambar memang lebih baik jika dibandingkan dengan kamera digital SLR entry level. kalau nak dibandingkan dengan digital point & shoot..memang jauhlah…Cuma kamera saya menggunakan filem.
Seperti biasa saya menggunakan Filem Fujiria 200 untuk merakam image di kamera Nikon SLR saya. jadi saya pergi kedai photo dimana saya selalu mencuci gambar dan membeli film. Saya telah beli 3 roll film. Agak terkejut juga harga bagi setiap roll agak murah iaitu RM7.50 kebiasaanya dalam RM9.00.
Di majlis ini hanya kamera saya digunakan untuk merakam akad nikah. Yang lain tu hanya menggunakan camera pada h/phone yang mana kurang sesuai untuk mengambil gambar di dalam keadaan cahaya yang kurang seperti di dalam masjid. Seperti biasa saya yakin gambar yang diambil akan menghasilkan image yang baik terang dan sharp.
Pada hari persandingan kamera saya tidak banyak digunakan untuk merakam gambar sebab pihak pengantin telah menempah jurufoto profesional. Kemera saya hanya digunakan untuk beberapa keadaan sahaja. Selesai majlis perkahwinan saya pun pergi kedai gambar untuk mencuci gambar. Di kedai saya hanya memproses 2 roll film yang ketiga masih ada di dalam kamera yang mana masih berbaki. Disebelah petang saya pun pergi semula ke kedai untuk mengambil gambar yang sudah dicuci. Setiba di rumah saya melihat balik gambar-gambar yang di ambil terutamanya di masjlis pernikahan. Agak terkejut besar saya melihat gambar-gambar tersebut… Boleh dikatakan 1 roll yang digunakan untuk majlis pernikahan gambar yang terhasil agak kelam, gelap dan tidak sharp. Pelik saya kenapa benda macam ni boleh berlaku sedangkan kamera saya tak pernah menghampakan.
Kebetulan pada masa itu adik ipar saya dan suaminya ada dirumah saya. Sebenarnya mereka pun tak sabar nak tengok gambar pernikahan. Bila mereka tengok gambar-gambar tadi saya boleh lihat riak wajah mereka yang agak hampa. Maklumlah mereka berharap gambar yang baik , tambahan pulak majlis akad nikah boleh dikatakan peristiwa sekali dalam sumur hidup..kecualilah ada yang lain
.. Dan paling menyedihkan kamera sayalah hanya satu-satunya yang merakamkan gambar dimajlis tersebut. Puas saya berfikir apakah puncanya gambar menjadi begitu teruk. Sedangkan tak pernah berlaku sebelum ini. Kemudian terfikir pulak oleh saya tentang filem yang saya gunakan…kebetulan kotak film tersebut masih ada tersimpan di dalam beg kemera saya. Emmm patutlah film yang saya gunakan untuk majlis ini sebenarnya dah hampir luput…patutlah kedai gambar tu jual murah. Apa-apa pun itu bukan masalah utama..masalah utama sekarang macam mana nak kasi gambar tersebut seperti sepatutnya..Dan yang lebih penting dapat mengembirakan hati kedua pengantin yang riak wajah mereka agak hampa.
Terlintas di fikiran saya..scanner HP saya boleh scan dari film. Jadi saya rasa eloklah saya scan semua gambar dalam film tu dan buat restoration. Sebenarnya kedua pengantin agak kurang yakin samada benda macam ni boleh dibuat… Tapi saya yakin kepada mereka.. InsyaAllah boleh sebab saya pernah restore gambar lama supaya kembali seperti asal. Saya cakap pada mereka datang pada hari lusa…semuanya akan ok..
Pada sebelah malamnya saya memulakan kerja-kerja scanning setiap frame pada film tersebut. Kalau nak ikutkan saya boleh scan dari gambar tapi saya lebih suka scan dari sumber asal iaitu film. Agak makan masa juga nak scan 36 frame pada film tu. Setelah selasai saya pun memulakan kerja-kerja restoration. Oleh kerana sebelum ini saya selalu juga buat kerja macam ni.. jadi ia tak lah begitu susah… dan hasilnya boleh dikatakan agak membanggakan jugak laa…sample gambar selepas proses restoration/baik pulih:
Setelah selesai memabaik pulih semua gambar dalam filem tersebut saya pu burn ke CD untuk di cuci di kedai gambar. Selepas siap di cuci saya pun melihat semula semua gambar-gambar ini.. Pergggghh lega semua gambar yang terhasil memang baik seperti yang sepatutnya.
Keesokkan harinya adik ipar dan suaminya datang untuk tengok gambar yang saya kata nak nak baik pulih tu…Bila diorang tengok ..terpancar riak wajah yang gembira sebab gambar-gambar majlis akad nikah tersebut begitu terang sharp seperti yang diharapkan. Saya pun lega jugak…Bukan apa kalau tak saya dah menghampakan harapan orang..terutama untuk majlis penting seperti ini…Pengajaran yang saya dapat sebelum beli film pastikan film expiry date bila.. Bukan apa sekarang ni agak kurang orang hantar film untuk cuci gambar ..agak-agak majority guna digital camera.. Mungkin yang saya beli tu stock lama…
Apa-apa pun saya mengucpakan selamat pengantin baru kepada adik Ipar saya Zamzila Rusli dan suaminya Suhairi. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Insya Allah.






