Bajet 2010
Semalam Perdana Menteri membentangkan kertas belanjawan / bajet 2010. Saya tidak mahu komen panjang mengenai intipati bajet kerana pembaca boleh membaca secara terperinci teks Bajet 2010 di sini
Cuma ada dua perkara yang menarik perhatian saya pertama
1.Cukai perkhidmatan Kad Kredit.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010
Saya rasa caj yang dikenakan ke atas pengguna kredit kad adalah tidak munasabah. Ini kerana pengguna kredit kad telah dikenakan caj sebanyak RM60 stahun untuk kad standard dan RM120 untuk gold. Ini bermakna jika seseorang itu menggunakan kredit standard caj tahun yang perlu dibayar adalah RM50+RM60 = RM110. Jika menggunakan lebih dari satu maka pengguna kredit akan terpaksa membayar lebih lagi. Bagi saya kad kredit walaupun bukan satu benda yang wajib tetapi ia merupakan satu kemudahan dan pada masa ini ia bukan satu benda mewah. Saya agak hairan dalam hal ini seolah-olah kerajaan macam tiada sumber lain untuk menambah pendapatan negara. Mungkin juga pendapatan negara pada masa ini boleh dikatakan kurang. Dari apa yang saya amati dari bajet 2010 pelaburan negara yang diunjurkan pada tahun depan jatuh dengan mendadak.. Ini bermakna negara kita kurang peruntukkan untuk membuat pelaburan. Namun kerajaan tidak sepatutnya menambah pendapatan dengan membebankan rakyat. Saya berharap semasa perbahasan bajet 2010 di parlimen nanti ahli-ahli parlimen dapat membangkitkan isu ini…cuma berharap jer laaa…
2. Menaik taraf pasarana untuk kemudahan Internet.
Cadangan ini memang saya alu-alukan. Kerajaan bersama telekom malaysia memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar untuk memperkenal High Speed Broadband (HSBB) bermula tahun depan dan akan diperluaskan keseluruh kawasan di seluruh negarayang mempunyai penggunaan internet yang tinggi secara berperingkat-peringkat. Jika perlaksanaan ini selesai pengguna internet akan mendapat akses ke internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 10mbps atau 10 kali lebih laju dari purata kelajuan package penggunaan internet yang dilanggan oleh pengguna sekarang. CUMA apa yang saya sedang fikirkan BERAPA HARGA LANGGANAN.



