Bagaimana nak menyelamatkan fail penting kalau Windows tak boleh start
Sekiranya anda menggunakan sistem operasi Windows, kemungkinan anda pernah mengalami Windows tidak boleh boot atau start. Perkara ini kemungkinan terjadi disebabkan beberapa perkara contohnya beberapa file penting dalam Windows tersebut corrupt atau hilang disebabkan virus dan banyak lagi sebab yang boleh meyebabkan windows tidak boleh boot.
Cuba anda bayangkan, katakan anda membuat kerja-kerja penting seperti membuat lapuran kerja dan bagi pelajar pula membuat assignment dan ianya di save di drive C . Tiba-tiba bila anda ingin menyambung semula kerja anda Windows tidak boleh di boot atau start. Bukan itu saja segala file lin yang penting seperti foto dan sebagainya yang disave di drive C tidak boleh diakses. Ia menjadi satu masalah yang besar kepada kita. Sebab itu saya berulang kali menasihatkan sebarang file yang penting jangan disave kan di drive C dimana sistem operasi juga diinstall di drive sama. Adalah lebih selamat disimpan di drive atau h/disk yang berasing atau menyimpan di thumdrive misalnya atau kedua-duanya sekali sebagai langkah berhati-hati. Walau bagaimanapun andainya terjadi apakah cara untuk kita menyelamat file-file penting tadi. Bagi saya langkah terbaik adalah membuat Live CD untuk windows, yang mana jika terdapat masalah untuk start / boot windows kita boleh guna Live CD windows cd ini untuk transfer file-file penting di dalam drive C ke drive yang lain atau ke Thumbdrive misalnya. Antara Live CD yang biasa digunakan adalah BartPE. BartPE adalah version compact atau kecil untuk Windows XP yang di run hanya menggunakan CD Oleh kerana ia menggunakan enviroment sama dengan windows XP jadi kita boleh gunakan nya untuk transfer file, delete file dan sebagainya , cuma ia tidak mengandungi fungsi sepenunya di dalam Windows XP yang sebenar. Jadi bagaimana nak menghasilkan atau build Live Windows CD BartPE ni.
1.Langkah pertama dan yang paling penting adalah anda mempunyai CD Windows XP kerana untuk build live CD ini ianya memerlukan sebahagian file dari CD windows XP.
2. Download program atau sofware ini BartPE Builder
Langkah 1
Masukkan CD Windows XP ke dalam CD Drive. Ini kerana semasa anda build CD live ini BartPE akan meminta path atau folder di mana semua windows installation file terdapat di dalamnya. Atau anda juga boleh copy seluruh kandungan file yang ada di dalam CD ke satu folder yang anda buat di dekstop atau sebagainya. Cadangan, saya menggalakan anda copy seluruh file di dalam CD windows XP ke satu folder di dekstop dan namakannya sebagai cth WinXp Installation Files atau apa-ap yang difikirkan sesuai.
Langkah 2
Install BartPE dan run.
Kali pertama anda run BartPe Builder satu window akan keluar seperti di bawah:
Sekiranya anda ingin mengunakan CD sebagai sumber atau Source untuk windows file installation pilih CD drive yang anda gunakan atau anda boleh pilih folder yang mana anda telah copy windows file installation ke folder di pc. Dalam kes ini saya guna folder yang dinamakan Windows Installation File. Di dalam folder ini mengandungi segala file yang ada dalam CD asal Windows XP. Sekiranya ada file lain yang anda ingin masukkan sekali pilih ruangan Custom. Jika tiada biarkan ianya kosong. Kemudian tekan butang Build. Pada masa ini BartPE builder akan compile atau build CD live windows cth seperti di bawah:
Tunggu hingga selesai. Pastikan tiada error atau warning semasa proses build selesai. Jika ada terdapat sebarang error atau warning ia akan ditunjukkan di bahagian atas kiri windows. Jika terdapat error/warning kemungkinan file tidak lengkap atau terdapat error semasa membaca dari CD asal Windows XP. Jika ini berlaku CD live ini mungkin tidak dapat digunakan, jadi dapatkan CD windwos xp yang lain.
Langkah 3
Selepas selesai anda mempunyai tiga pilih samada None, Create CD image atau . iso file atau terus burn ke CD
Dalam kes ini satu create cd image dalam format .iso yang mana saya akan guna untuk burn ke CD dengan menggunakan CD burning software cth Nero atau Imgburn atau sebagainya. Jika anda ingin terus burn ke CD pilih Burn to CD/DVD. Cadangan saya gunakan CD-rw terlebih dahulu, just incase CD yang hasilkan terdapat masalah anda boleh erase dan build sekali lagi dan tidak membazirkan CD-r biasa. Selepas selesai burn ke CD reboot pc anda (pastikan CD tadi ada di dalam CD/DVD drive dan pastikan juga semasa reboot first boot disetkan kepada CD/dvd-drive)
Semasa reboot pc akan membaca CD yang anda hasilkan tadi dan ianya akan load Cd live BartPE . sekiranya tida sebarang masalah ianya seperti image di bawah:
Untuk tekan butang Go di sebelah bawah kiri. Ianya sama seperti butang Start pada windows XP. Di sini terdapat beberapa fungsi yang mungkin anda perlu gunakan: cth macm image di bawah:
Sekarang anda boleh copy/transfer file-file penting ke drive lain atau ke thumbdrive misal dengan cara seperti image di bawah:
Klik GO—-> Program—–> A43 File Mangement Utility dan satu window seperti window explorer akan keluar seperti d ibawah:
Di sini anda boleh drag and drop file dari drive C ke mana-mana drive untuk tujuan backup dan sebagai
Perhatian: secara default Desktop pada windows explorer ini adalah untuk default user sekiranya anda adalah Admin sila klik pada drive C—>Document and setting—–>Administrator——>Deskstop jadi anda boleh tengok file-file yang mungkin anda simpan di dekstop begitu juga jika anda ingin lihat segala fileyang ada dalam folder my document : drive C—>Document and setting—–>Administrator——>Mydocuments jika anda menggunakan nama User yang sila pilih Username anda.
Sekarang setelah copy/ transfer ke drive lain anda boleh tersenyum
terpulang kepada anda untuk meneruskan kerja anda di pc lain atau format semula pc anda dan teruskan kerja anda…
Walaubagaimana pun kata pepatah Sediakan payung sebelum hujan.. jadi create CDlive Bart PE sekarang ..kemungkinan satu hari nanti ianya sebabagai penyelamat.
Sebenarnya saya telah menyediakan CD live BartPE dan diploadkan ke server..sekiranya anda betul-betul perlu anda boleh email kepada saya untuk link download dengan menekan menu Hubungi Saya di atas..InsyaAllah saya akan kasi link download file dalam .iso. Tapi saya minta maaf tak dapat nak publish kan link kerana file tersebut lebih kurang 160MB yang di upload di server ini.. jadi kalau ramai yang download…banyak makan bandwidth tu
..satu lagi saya menggalakan anda hasilkan sendiri seperti mana tutorial yang saya terangkan di atas…kalau berjaya baru laa best..dan fun
Untuk membaca/download tutorial ini dalam format pdf sila klik:
tutorial-bartpe.pdf (right click save as.. / save link as)
Ok selamat mencuba
.







