Akaun Email – berapa yang anda ada

Email dari yahoo adalah email peribadi yang pertama saya daftar pada penghujung 1997 dan sampai sekarang email tersebut masih aktif walapun saya agak jarang menggunakan email ini. Cuma sekali sekala saya log on untuk memastikan email ini tidak di de-ativate kan oleh yahoo. Sayang rasa nya email ini sebab email ini merupakan email pertama saya selain email yang diberikan oleh tmnet semasa mendaftar akaun dial up 1515.

Sebenarnya saya telah menggunakan email sebelum itu. Tetapi bukan email yang kita biasa guna. Email tersebut merupakan email intranet. Email ini hanya boleh menghubungkan di antara pengguna di dalam satu-satu network. Semasa saya bekerja di Awana Genting highland email intranet ini saya gunakan untuk berhubung dengan Genting World Berhad yang berada di puncak gunung Genting Highland. Jadi email ini hanya untuk kegunaan dalaman.

Saya menulis artikel ini kerana terfikir sejenak berapa banyak email akaun yang pernah saya daftar semenjak saya menggunakan internet…fikir-fikir balik..emm entah berapa banyak pun saya tak ingat. Masa mula berinternet hampir 12 tahun yang dulu memang saya suka daftar banyak email. Tak kira dari mana email provider pun saya daftar. Tapi sebenarnya hanya dua tiga email akaun yang saja selalu guna.

Sekarang saya masih aktif menggunakan email. Cuma akaun email tidak sebanyak dulu. Email -email ini saya bahagikan untuk beberapa tujuan cth untuk tujuan sebarang pendaftaran yang diperlukan di internet, email untuk berhubung dengan rakan dan email untuk tujuan yang lebih official. Saya rasa cukuplah jumlah akaun email yang saya ada sekarang, walaupun saya boleh create beratus email (termasuk email menggunakan domain gcloud.com) tetapi fikir balik buat banyak sangat bukan guna semua pun.

Adik saya dalam beberapa bulan yang lepas melanggan internet.. saya tanya apa email dia. Dia kata buat apa email. Saya pun katakan pada dia kalau dah langgan internet kena lah ada email.. Sebab nak daftar mana-mana website cth facebook dan sebagainya kena guna email. So dia pun daftarlah dalam masa yang sama dia sendiri tak tahu yang streamyx sendiri pun ada kasi email. Saya tanya pada dia lagi nak daftar email yang lain ke..dia cakap tak payah la sebab yang satu ni pun bukan guna selalu.

Jadi senario di atas menyebabkan saya terfikir, apakah pengunaan email sekarang semakin berkurangan. Pada pandangan saya mungkin juga. Pertama pada masa ini email bukanlah alat perhubungan yang begitu penting kerana pada masa ini kebanyakan kita menggunakan hand phone yang mana kalau nak berhubung hanya menggunakan SMS. Ini kerana SMS lebih praktikal yang mana tak perlu internet, mesej boleh di baca dimana-mana dan pada bila-bila. Kalau email pulak terpaksa kena ada internet. Kalau tak internet kat rumah kena pergi siber cafe dan sebagainya. Bagi yang ada internet mungkin mereka hanya perlu satu ada dua email.

Selain dari itu pengguna internet sendiri lebih suka menggunakan instant messenger seperti yahoo messenger, MSN messenger, skype dan sebagainya kerana lebih cepat message di hantar. Kalau pengguna yang kita hendak hubungi offline, mesej terbut masih boleh dibaca apabila beliau online. Ini tak termasuk voice chat dan video chat.

Begitu juga pada masa ini, terdapat banyak website yang bercirikan online social seperti Facebook, Twitter, myspace dan sebagainya. Jadi jika ada mesej yang ingin di hantar mereka hanya perlu mesej kepada rakan-rakan yang ada di dalam satu-satu website social networking tersebut. Dalam masa yang sama mereka dapat mengetahui apa sedang berlaku kepada rakan-rakan mereka yang ada postkan sebarang mesej di dalam website tersebut. Jadi apa guna email atau buat apa daftar banyak-banyak email.

Walau pun email merupakan satu kemestian bagi pengguna internet tetapi saya berpendapat email yang digunakan untuk perhubungan amat kurang sekarang, tidak seperti 5 atau 10 tahun dulu.

Jadi kepada pembaca, berapakah akaun email yang anda ada.. atau masih guna email lagi tak…?  :)

  • Share/Bookmark

Leave a Reply

Générateur de miniatures