Nukilan Dr MAZA – Menangisi Kenaikan Harga Barang
Menangisi Kenaikan Harga Barang
..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..
Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..
Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..
Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..
5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik
Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.
Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.
Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram
Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.
Berikut adalah harga baru:
Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 – RM2.10 seliter.
Diesel – RM1.75 seliter.
Gula – RM1.70 sekilogram
Gas LPG – RM1.85 sekilogram
Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)
Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi [...] Baca seterusnya…
Spain Juara Piala Dunia 2010
Spain buat pertama telah berjaya merangkul piala keagungan bola sepak dunia World Cup 2010 mengalahakan pasukkan Netherlands 1 -- 0 . Jaringan kemenangan telah disempurnakan oleh Andres Iniesta pada minit ke 116 . Kemenangan Spain memang telah dijangka (bukan jangkaan dari sotong Paul
) tetapi dari prestasi permainan pasukan Spain sepanjang musim Piala Dunia 2010. Kemenangan piala dunia pada kali ini merupakan kemengan yang sangat bermakna kerana Spain juga juara untuk bolasepak Piala Eropah.
Tahniah Spain.
Cuma bagi saya musim piala dunia kali ini agak hambar kerana banyak pasukan terkenal seperti Brazil, Argentina, England awal-awal lagi dah kalah
Firefox selalu crash?
Saya peminat setia pelayar web atau browser Mozilla Firefox tetapi sejak kebelangakan ini saya hampir menyampah dan bosan dengan Firefox sebab selalu crash. Ia bermula sejak version 3.5 dan sejak version ini sehingga version terbaru selalu sangat crash dan terpaksa restart. Apa yang paling membosankan saya ada ketika bila klik pada link pada mana-mana website firefox tidak pergi ke link tersebut walaupun di klik beberapa kali. Ini tidak termasuk lambat loading ke satu-satu website. Sebenarnya saya suka Firefox kerana ia support banyak extension terutama yang paling saya suka dan wajib digunakan adalah AdBlock.. extension ini adalah merupakan salah satu sebab mengapa pengguna suka kepada firefox. Bagi saya selain dari Adblock terdapat beberapa extension lain seperti Switch Proxy yang mana boleh tukar proxy server dengan hanya satu klik. Selain dari itu extension seperti IETab juga amat berguna kepada saya sebab saya boleh switch ke IE rendering engine [...] Baca seterusnya…
Perkhidmatan Membina Laman Blog
Perkhidmatan Membina Laman Blog
1. Adakah anda ingin laman blog anda sendiri, tapi anda tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan membinanya sendiri atau anda sendiri tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.
2. Adakah anda mempunyai perniagaan atau perkhidmatan dan anda ingin pamerkan atau hebahkan melalui laman blog/website.
3. Anda sudah mempunyai blog , contoh menggunakan blogspot.com/blogger.com tetapi anda inginkan blog yang lebih professional dan mempunyai ciri-ciri yang lebih dari apa yang disediakan oleh blogspot.com/blogger.com.
Anda tidak perlu memeningkan kepala dan fikirkan anda. Saya Faizal sedia membantu membina laman blog anda.
Apa yang anda dapat:
1. Laman blog yang dibina mengikut citarasa anda.. jika anda ingin blog hanya peribadi saya akan membina mengikut sentuhan peribadi anda.
2 Jika laman blog untuk tujuan perniagaan atau perkhidmatan sebagai contoh fotografi, perkhidmatan membuat kek dan sebagainya saya akan bina mengikut kesesuaian perniagaan dan perkhidmatan yang anda jalankan.
3. Menggunakan domain/alamat .com, net, org, com.my, .my. Sebagai cth katakan nama perniagaan anda adalah [...] Baca seterusnya…



