Archive for July, 2010

Nukilan Dr MAZA – Menangisi Kenaikan Harga Barang

Menangisi Kenaikan Harga Barang

..Menangisi kedukaan rakyat atas kenaikan 5 harga barang yang terbaru, maka di sini dibawa semula artikel lama Dr. Mohd Asri Zainul Abidin AGAMA BUKAN CANDU UNTUK MENGKHAYALKAN ORANG MISKIN yang ditulis dan disiarkan di media utama semasa kenaikan harga minyak di zaman Pak Lah..

Aduhai malangnya, ketika kerajaan sedang membina istana negara yang berharga 811 juta yang hanya ekslusif untuk segolongan manusia sahaja, serta di sana berbagai lagi pembaziran yang lain, tiba-tiba rakyat awam menjadi mangsa, subsidi mereka pula yang dirampas..

Kenangilah orang-orang kampung yang susah, ibubapa yang terhad pendapatan mereka dan anak-anak miskin yang akan termangsa dari setiap kenaikan harga barang.. mereka tiada istana mewah, tiada kereta mewah, tiada hidangan mewah..

Ketika golongan bangsawan dan pembesar itu bersenang lenang dengan segala kemewahan yang telah merampas subsidi rakyat, orang miskin menangis suapan mereka yang makin meninggi harganya, yang meratah tenaga jasad dan kekayaan negara mereka..

Dr. Mohd Asri Zainul Abidin

  • Share/Bookmark

5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Harga petrol, diesel, gula dan gas LPG naik berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu pengumuman malam ini.

Berikut adalah harga baru:

Petrol RON 95 – RM1.85 seliter.
Petrol RON 97 – RM2.10 seliter.
Diesel – RM1.75 seliter.
Gula – RM1.70 sekilogram
Gas LPG – RM1.85 sekilogram

    Berikut adalah harga baru gas:

    Tong 14KG – dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
    Tong 12KG – dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
    Tong 10KG – dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

      Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

      Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

      Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

      Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

      Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

      Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

      Sumber MalaysiaKini

      • Share/Bookmark

      Spain Juara Piala Dunia 2010

      Spain buat pertama telah berjaya merangkul piala keagungan bola sepak dunia World Cup 2010 mengalahakan pasukkan Netherlands 1 -- 0 . Jaringan kemenangan telah disempurnakan oleh Andres Iniesta pada minit ke 116 . Kemenangan Spain memang telah dijangka (bukan jangkaan dari sotong Paul :) ) tetapi dari prestasi permainan pasukan Spain sepanjang musim Piala Dunia 2010. Kemenangan piala dunia pada kali ini merupakan kemengan yang sangat bermakna kerana Spain juga juara untuk  bolasepak Piala Eropah.

      Tahniah Spain.

      Cuma bagi saya musim piala dunia kali ini agak hambar kerana banyak pasukan terkenal seperti Brazil, Argentina, England awal-awal lagi dah kalah

      • Share/Bookmark

      Firefox selalu crash?

      MaybeThisIsTheBiggestLogoOfFirefoxInthisWorld Saya peminat setia pelayar web atau browser Mozilla Firefox tetapi sejak kebelangakan ini saya hampir menyampah dan bosan dengan Firefox sebab selalu crash. Ia bermula sejak version 3.5 dan sejak version ini sehingga version terbaru selalu sangat crash dan terpaksa restart.

      Apa yang paling membosankan saya ada ketika bila klik pada link pada mana-mana website firefox tidak pergi ke link tersebut walaupun di klik beberapa kali. Ini tidak termasuk lambat loading ke satu-satu website.

      Sebenarnya saya suka Firefox kerana ia support banyak extension terutama yang paling saya suka dan wajib digunakan adalah AdBlock.. extension ini adalah merupakan salah satu sebab mengapa pengguna suka kepada firefox. Bagi saya selain dari Adblock terdapat beberapa extension lain seperti Switch Proxy yang mana boleh tukar proxy server dengan hanya satu klik. Selain dari itu  extension seperti IETab juga amat berguna kepada saya sebab saya boleh switch ke IE rendering engine di dalam firefox tanpa membuka IE browser. Ini penting bagi saya sekiranya saya membina satu-satu laman web yang mana saya ingin pastikan semua browser utama terutama IE mempaparkan web page seperti yang saya mahukan.

      Ada yang berpendapat masalah yang sering dihadapi oleh pengguna Firefox ini adalah disebabkan oleh extension itu sendiri. Ini terjadi apabila Mozilla release version baru Firefox, penulis program atau programmer untuk extension ini tidak update extension mengikut version baru Firefox. Itu punca utama mengapa Firefox selalu crash. Namun bagi saya pendapat ini kurang tepat sebab tanpa sebarang extension pun versi Firefox bermula dari version 3.5 sehingga yang terkini mengalami masalah yang sama.

      Hanya satu alternatif yang saya rasa praktikal dan tidak mengundang masalah crash ialah menggunakan versi sebelum 3.5. Apa yang saya buat pergi  laman web Oldversion.com dan install version terakhir Firefox sebelum 3.5 iaitu versi 3.0.19 dan disablekann auto update..masalah selesai.

      Mozilla telah mengeluarkan versi beta Firefox 4.0 dan saya telah mencuba tetapi masalah yang sama tetap berlaku. tapi saya tak kisah sangat lah sebab masih dalam versi beta. Namun kemungkinan masalah crash berlaku untuk versi final mungkin boleh terjadi sebab masalah ini telah dilapurkan oleh pengguna firefox sejak versi 3.5 tetapi sehingga kini masih tidak ada perubahan.

      Selain dari masalah crash ..firefox selepas versi 3.5 agak slow terutam loading laman web yang mempunyai banyak grafik dan yang menggunakan javascript yang banyak. Ini menyebabkan pengalaman melayari laman web agak tergannggu. Memang tidak dapat dinafikan kelajuan loading bergantung pada kelajuan server website tersebut dan kelajuan internet yang kita gunakan. Cuma dalam hal ini saya dapati IE8 loading sesuatu website lebih smooth..agak menghairankan apa sudah jadi pada firefox..

      apple_10.jpg Sebagai alternatif, saya mencuba versi terbaru browser Safari version 5. Saya dapati versi terbaru Safari memang mantap dan banyak perubahan telah dibuat. Version 5 lebih mesra Windows OS yang mana jika diinstall di windows performance agak mantap. Begitu juga dengan text yang dipaparkan..ia memberi option untuk kita pilih paparan text mengikut standard Windows.. jadi paparan lebih jelas dan sama dengan mana-mana text yang dipaparkan pada windows. Dan apa yang menarik loading satu-satu website agak laju terutama laman web yang mempunyai banyak grafik dan javascript. Jadi untuk laman web tertentu saya lebih suka menggunakan Safari 5 berbanding Firefox. Cuma kekurangan Safari tidak support extension yang banyak seperti firefox. Namun mengikut lapuran Safari akan mula support extension pada masa akan datang terutama extension seperti AdBlock yang menjadi permintaan ramai. Walaupun terdapat extension seperti adblock tetapi bagi saya ia tidak sebaik dan semudah Adblock yang ada pada Firefox. Diharapkan satu hari nanti programmer Adblock ini membuat extension yang sama untuk Safari.

      Ada juga rakan-rakan mencadangkan menggunakan Google Chrome dan Opera..tapi bagi saya Google Chrome terlalu simple..tak banyak option dan saya kurang berminat dengan Opera ..sebab dari segi perfomance, opera tak banyak bezanya dengan firefox.

      Jadi buat masa ini firefox yang diinstall di pc saya adalah version 3.0.19 dan sebagai alternatif saya menggunakan Safari 5..sekiranya Safari mempunyai extension yang sama seperti firefox mungkin saya akan tinggalkan terus firefox. Kalau guna pun sebagai tool untuk membuat perbandingan paparan laman web yang saya buat.

      • Share/Bookmark

      Perkhidmatan Membina Laman Blog

      Perkhidmatan Membina Laman Blog

      1. Adakah anda ingin laman blog anda sendiri, tapi anda tidak mempunyai pengalaman atau pengetahuan membinanya sendiri atau anda sendiri tidak mempunyai masa untuk berbuat demikian.
      2. Adakah anda mempunyai perniagaan atau perkhidmatan dan anda ingin pamerkan atau hebahkan melalui laman blog/website.
      3. Anda sudah mempunyai blog , contoh menggunakan blogspot.com/blogger.com tetapi anda inginkan  blog yang lebih professional dan mempunyai ciri-ciri yang lebih dari apa yang disediakan oleh blogspot.com/blogger.com.

      Anda tidak perlu memeningkan kepala dan fikirkan anda. Saya Faizal sedia membantu membina laman blog anda.

      Apa yang anda dapat:
      1. Laman blog yang dibina mengikut citarasa anda.. jika anda ingin blog hanya peribadi saya akan membina mengikut sentuhan peribadi anda.
      2 Jika laman blog untuk tujuan perniagaan atau perkhidmatan sebagai contoh fotografi, perkhidmatan membuat kek dan sebagainya saya akan bina mengikut kesesuaian perniagaan dan perkhidmatan yang anda jalankan.
      3. Menggunakan domain/alamat .com,  net,  org,  com.my, .my. Sebagai cth katakan nama perniagaan anda  adalah Azmi Photo..alamat blog anda boleh menggunakan alamat seperti berikut www.azmiphoto.com atau atau www.azmiphoto.com.my.
      4. Laman blog di hostkan di server anda sendiri. Jadi anda boleh uploadkan image, audio, video ke server..tidak seperti kebanyakan penyedia laman seperti blogger.com, blogspot.com menghadkan apa yang anda upload di server.
      5. Anda boleh share atau kongsikan   artikel blog anda terus ke mana-mana laman social seperti Facebook, Twitter, Myspace dan sebagainya dengan hanya beberapa klik.. Ini penting dan amat berguna untuk tujuan promosi dan dalam masa yang sama meningkatkan pengunjung mengunjungi laman blog anda.
      6. Email atas nama domain ada sebagai contoh azmi@azmiphoto.com dan sebagainya sehingga 50 email akaun. Email ini boleh diakses di mana-mana asalkan mempunyai internet samada di cybercafe atau menggunakan handphone yang mempunyai kemudahan untuk akses kepada email seperti Iphone, Blackberry dan sebagainya. Anda juga boleh mengkases email menggunakan software email seperti Microsoft Outlook, Thunderbird dan sebagainya.
      7. Blog di bina di atas platform WordPress yang mana merupakan platform untuk blog yang terbaik dan mudah digunakan. Ia mempunyai ciri-ciri yang mana tidak terdapat di dalam plaform seperti blogger/blogspot. Jadi blog anda lebih dynamic
      8. Anda tidak perlu risau sekiranya anda telah banyak mennulis di laman blog di blogspot atau diblogger. Segala artikel boleh dipindahkan ke platform WordPress…Yap saya akan membantu anda untuk memindahkan artikel anda ke laman blog baru anda. Jadi anda tidak perlu menulis semula artikel lama anda di blogger/blogspot.
      9. Sudah tentu saya akan guide anda mengenai cara menggunakan platform baru blog anda. Tapi saya pasti anda tidak memerlukan masa yang lama untuk memahaminya.
      10. Website atau blog menggunakan WordPress adalah lebih mesra engine pencarian (SEF). Ini menjadikan artikel anda mudah di index oleh search engine seperti Google dan Yahoo.

      Caj Perkhidmatan
      Untuk Blog Peribadi RM350++

      Untuk Perniagaan dan custom layout: RM 600 ++

      Untuk tempahan dan keterangan lanjut Sila hubungi saya di sini: Hubungi Saya

      Nota: untuk menggunakan alamat .com.my atau .my caj tambahan sebanyak RM40 untuk .com.my dan RM 60 untuk .my Untuk .com.my sila sertakan:

      .com.my, .net.my = Borang 9 (Certificate of Incorporation for SDN BHD) or Borang D (Certificate of Incorporation for Enterprise/Sole Proprietor)

      .my = Borang 9 (Certificate of Incorporation for SDN BHD) or Borang D (Certificate of Incorporation for
      Enterprise/Sole Proprietor) Or Malaysian Identification Card (Individual)

      • Share/Bookmark
      Générateur de miniatures