Archive for April, 2010

Polis tembak mati remaja 15 tahun?

Kejadian tembak mati oleh pihak polis terhadap remaja berumur 15 tahun iaitu Aminulrashid menjadi perbualan hangat sekarang ini. Orang ramai mempertikaikan kenapa polis terburu-buru menembak remaja berkenaan tanpa sebarang sebab yang membolehkan pihak polis bertindak sedemikan. Tambahan lagi remaja tersebut tidak membawa sebarang ancaman kepada pihak polis seperti menggunakan senjata api dan sebagainya. Kesalahan remaja tersebut mungkin hanya kerana membawa kereta tanpa lesen dan melanggar undang-undang jalanraya.

Pada pendapat saya.. polis tersebut  seolah-olah telah menyalahgunakan kuasa dan telah membatasi etika dan peraturan dalam tugas sebagai anggota polis. Polis tidak boleh melepaskan tembakan sesuka hati melainkan terdapat ancaman kepada pihak polis. Dalam kes ini adakah remaja tersebut mengancam pihak polis… ???

Kita memerlukan polis untuk menjaga keselamatan negara..tapi jangan polis sendiri mengancam keselamatan awam…

Berikut adalah rintihan seorang penyair terkenal tanah air iaitu Pyanhabib mengenai kes ini. Kebetulan mangsa Aminulrashid adalah cucu saudara kepada mertua beliau.
————————————————————————————————

- TAYAR sudah ditembak, kereta sudah terbabas. polis tidak puas hati lagi? bagaimana aminulrashid seusia 15 tahun boleh ditemui mati ditembak polis? semoga pembunuhnya dilaknati allah!
- sebelum ini, seorang wanita juga alami hal yang sama, wanita itu (norizan, 30,) cedera parah akibat lima kali ditembak tetapi tidak mati!
-kasih sayang, ajal maut, kuasa tuhan, ya.
(gua tidak pertikai kuasa tuhan, gua pertikai polis salah guna `kad kuasa’)
-jika seseorang itu disyaki penjenayah sekali pun, kenapa ditembak mati? apakah kerana `disyaki’ maka polis berhak tembak mati sesiapa sahaja?
-jahat atau tidak, budak bawah umur harus dilindungi polis. itu perlembagaan!
-lebih 20 tahun yang lalu, rakan adik gua juga mati ditembak polis hanya kerana `disyaki’.

*nota: aminulrashid adalah cucu saudara emak mentua gua. ditembak mati polis isnin malam, selepas pulang bersama rakan dari menonton perlawanan bola sepak.

Artikel asal dari Laman Blog Pyanhabib

  • Share/Bookmark

Open Office atau Microsoft Office?

Sekiranya seseorang itu mempunyai komputer samada desktop pc atau laptop salah satu perisian yang wajib dan mesti ada adalah perisian seperti word processing, spreadsheet dan presentation. Kalau kita sebut ketiga-tiga software ini sudah tentu kita membayangkan produk keluaran Microsoft iaitu Microsoft Office yang mengandungi beberapa software seperti Word, Excel, Powerpoint dan sebagainya. Product dari Microsoft ini memang sudah sebati dengan pengguna komputer terutama Microsoft Word. Ia digunakan untuk menulis surat, membuat resume, lapuran dan sebagainya dan format .doc itu sendiri telah diterima dengan meluas. Cuma sebagaimana yang kita tahu produk ini bukan percuma. Kita memerlukan lesen untuk diinstall ke dalam pc. Ya memang betul ramai yang menggunakan perisian ini secara tidak sah atau dalam kata lain menggunakan perisian cetak rompak. Tidak dapat dinafikan perisian pejabat dari microsoft ini mempunyai banyak ciri-ciri untuk digunakan namun kajian telah dibuat pengguna perisian ini, kebanyakkannya hanya menggunakan lebih kurang 20% dari ciri-ciri yang ada dalam perisian ini. Jadi jika kita membeli perisian ini dengan harga ratusan ke ribuan ringgit tetapi kita hanya menggunakan hanya 20% dari apa yang ada,  sudah tentu ia merugikan. Oleh sebab itu ramai pengguna perisian pejabat mencari alternatif yang lebih murah atau percuma bagi menggantikan produk keluaran microsoft ini. Antara yang popular adalah seperti OpenOffice. OpenOffice dikeluarkan oleh Sun Microsystem salah sebuah gergasi dalam bidang IT yang terkemuka. Walaubagaimana pun Sun Microsystem mengambil keputusan untuk mejadikan perisian pejabat ini secara percuma kepada semua pengguna komputer. Apa yang lebih menarik ia bersifat multi platform. Jadi selain pengguna Windows, pengguna OS lain Seperti Linux, Mac OS dan sebagainya boleh menggunakan software ini secara percuma.

Seperti Microsoft Office, Open Office menyediakan hampir kesemua perisian pejabat yang ada pada Microsoft Office. Dibawah ini senarai perisian dalam Open Office yang sama fungsinya dengan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office:

Open Office Microsoft Office
Writer Word
Calc Excel
Impress Powerpoint
Base Access

Kalau kita perhatikan senarai di atas.. inilah perisian yang selalu digunakan oleh pengguna biasa. Dari menulis surat hingga membuat database. Cuma beza di antara kedua produk ini..satu percuma dan satu lagi kena bayar. Saya pernah menggunakan Open Office lebih kurang 7 tahun yang lalu tapi saya terpaksa uninstall semula kerana saya dapati Open Office agak slow dan interface yang agak ketinggalan zaman. Seperkara lagi user interface agak mengelirukan..mungkin saya dah terbiasa dengan Microsoft office sebagainya. Tetapi secara keseluruhan memang ia agak membosan dan saya terus melupakan Open Office. Entah kenapa saya ingin mencuba semula perisian ini.. mungkin banyak kelemahan yang ada pada versi terdahulu telah diperbaiki. Selepas install saya membuka perisian Writer iaiatu satu perisian yang sama fungsinya dengan Word:

Apa yang saya dapati versi terbaru Writer memang telah banyak berubah terutama dari bab user interface.. boleh dikatakan mirip kepada Mircosoft Word 2003. Jadi saya sebagai pengguna Word 2003 dah tentu agak selesa dengan interface ini. Apa yang saya dapati hampir semua ciri-ciri utama dalam Word 2003 misalnya terdapat dalam Writer… Cuma apa yang saya dapati kelemahan yang masih belum sepenuhnya diperbaiki ada dari segi performance. Writer agak lambat loading jika dibandingkan dengan Word.  Saya cuba mencari penyelesaian di internet dan saya dapati, kita perlu membuat tweaking untuk melancarkan loading Writer. Satu perkara yang saya rasa agak hairan juga. penggunaan memori (ram) oleh software open office ini agak tinggi jika dibandingkan dengan Word . Di bawah adalah cth penggunaan ram oleh Writer berbanding Word:

Kalau kita perhatikan untuk run Open office terdapat beberapa program dibuka secara serentak pertama soffice.exe, soffice.bin dan swriter.exe . Keseluruhan jumlah memory yang digunakan hampir 100 megabytes. Ia merupakan satu jumah yang besar bagi satu software yang hanya untuk tujuan memproses perkataan. Kalau dibandingkan dengan Word jumlah penggunaan ram agak kecil sekitar 17 megabytes cth seperti di bawah:

Sekiranya pc kita mempunyai jumlah ram yang besar saya rasa ia tidak memberi kesan kepada performance pc..tapi jika jumlah ram yang sedikit cth antara 512 meg ke 1 gig kita boleh lihat performance agak slow. Saya rasa perkara ini perlu diambil perhatian oleh Sun Microystem. Selain Writer package software di dalam OpenOffice juga termasuk spreadsheet, kalau di dalam Microsoft Office dikenali sebagai Excel. Di dalam Open Office dikenali sebagai Calc:

Altenatif kepada Powerpoint pula dipanggil Impress:

Secara umumnya kita boleh membuat presentation dengan mudah dengan menggunakan Impress.  Seperti Mircosoft Powerpoint di dalam Impress juga terdapat pelbagai template sebagai panduan atau permulaan untuk kita membuat presentation.

Cuma apa yang saya dapati terdapat beberapa perkara yang masih manjadi masalah kepada pengguna. Cthnya jika presentation dibuat menggunakan Impress dan disave sebagai ppt. (format untuk powerpoint), bila dibuka di dalam powerpoint mungkin terdapat  corak presentation tidak sama ataupun sestengah layout semasa dibuat di Impress tidak dipaparkan sepatutnya. Begitu juga kalau presentation yang dibuat di powerpoint bila buka di impress terdapat beberapa masalah yang mana presentation tidak dipaparkan sepatutnya. Jadi sebelum kita membuat presentation samada menggunakan Impress atau Powerpoint pastikan perisian yang mana kita akan gunakan semasa kita membuat presentation. Atau jika kita ingin berkongsi presentation dengan orang lain pastikan software apa yang digunakan oleh mereka. Masalah ketidakeseragaman ini bukan sahaja untuk Impress dan Powerpoint tetapi juga untuk Excel dan Calc. Jika document hanya berbentuk data atau value pada pandangan saya tidak ada masalah tetapi jika data tersebut ditukar kepada bentuk graf cthnya kita akan dapati setting atau layout atau rupabentuk graf tidak sama antara satu sama lain. Jadi kalau kita setkan satu graf yang cantik dan menarik kemungkinan dalam Impress misalnya besar corak graf tersebut tidak sama dan begitu juga sebaliknya. Pengalaman ini pernah saya hadapi bila saya menggunakan Impress di pejabat dan apabila pihak satu lagi membuka file tersebut menggunakan Powerpoint layout atau corak graf berubah.. Jadi terpaksa saya import data dari impress dan buat semula graf menggunakan powerpoint.  Walaubagaimana pun jika file tersebut untuk tujuan printing atau di savekan sebagai pdf misalnya ia tidak menjadi masalah. Begitu juga kalau file tersebut dibuka pada perisian yang asal tak ada masalah.

Bercakap mengenai PDF… ia telah sedia terbina di dalam kesemua software di dalam package Open Office, Jadi kita tidak perlu menggunakan third party software untuk convert ke format pdf.  Save sebagai PDF ini hanya baru mula diperkenalkan dalam Microsoft office 2007. Untuk Microsoft 2003 dan sebelumnya ia tidak dimasukkan. Selain dari itu kita juga boleh menginstall beberapa extension untuk menambah fungsi ke dalam Open Office sebagai tambahan dari apa yang sedia ada. Jadi kita boleh menggunakan OpenOffice dengan lebih mudah dan lebih berkesan serta mengikut apa yang kita kehendaki. Kalau kita membeli pc atau laptop baru, kebanyakkan vendor mula memasang OpenOffice ke dalam pc atau laptop mereka. Jadi pengguna boleh terus menggunakan perisian tersebut tanpa membeli atau menginstall produk dari Microsoft misalnya. Mungkin pada kali pertama menggunakan OpenOffice kita agak kekok tapi bagi saya software di dalam OpenOffice mudah digunakan. Interface versi terbaru OpenOffice 3 boleh dikatakan seakan-akan Microsoft 2003 jadi tidak sukar untuk kita menggunakannya. Untuk pelajar atau pengguna biasa yang hanya menggunakan perisian pejabat untuk menaip surat dan membuat budget bulanan misalnya,  bagi saya Open Office lebih dari cukup. Seperkara lagi kita tidak diganggu oleh software update yang terlalu kerap jika menggunakan Microsoft Office misalnya.

Saya sangat menyarankan kepada pengguna PC menggunakan Open Office,  pertama ianya percuma. Kenapa perlu bayar beratus-ratus ringgit kalau hanya menggunakan lebih kurang 20% sahaja fungsi yang ada dalam Microsoft Office misalnya..lainla kalau perisian cetak rompak misalnya :) . Kedua ia bersifat multi platform jadi boleh digunakan samada untuk Linux, Mac dan sebagainya. Interface dan performance telah banyak berubah sejak kali pertama saya menggunakan Open Office beberapa tahun yang lalu. Ia lebih user friendly dan mimik kepada Microsoft Office 2003.  Jadi tak ada masalah untuk kita menggunakannya. Mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh Sun Microsystems, antaranya meningkatkan performance terutama semasa membuka perisian Open Office kali pertama selepas boot pc.. Memang kita boleh membuat tweak dalam beberapa perkara tetapi lagi bagus ianya out of the box.. Jadi pengguna biasa yang bukan jenis techno geek  dapat menggunakan perisian ini dengan lebih selesa dan mencari jalan mengurangkan penggunaan ram. Kita tahu trend sekarang terutamanya pelajar IPT, mereka menggunaka netbook yang mana jumlah ram dan kemampuan processor agak rendah.  Jadi jika penggunaan ram yang rendah ia dapat memastikan penggunaan Open Office dengan lebih berkesan dan lancar.

Download OpenOffice.org Selamat mencuba

  • Share/Bookmark

Din Beramboi meninggal dunia

KUALA LUMPUR 2 April – Pelawak popular dan penyampai radio Era, Mior Ahmad Fuad Mior Badri meninggal dunia di Hospital Selayang, lewat malam tadi.

Allahyarham yang dikenali sebagai Din Beramboi menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) pukul 12.30 malam.

Menurut adik Allahyarham, Rozana Mior Badri, semua ahli keluarga berada di sisi Allahyarham kecuali ayahnya yang tidak dapat hadir.

Katanya, Allahyarham meninggal dunia akibat demam denggi berdarah yang menyebabkan beberapa organ badannya gagal berfungsi.

‘‘Jenazah abang saya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Ehsan, Kepong di sini sebelum solat Jumaat,’’ katanya ketika ditemui di hospital itu, malam ini. – Utusan

Al Fatihah untuk Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri @ Din Beramboi dan Takziah untuk keluarga beliau.

—————————————————————————————————————————

Update: 02/04/2010 4.00 pm

Din Beramboi Selamat Dikebumikan

Din Beramboi Selamat DikebumikanGambar – Berita Harian

KUALA LUMPUR, 2 April (Bernama) — Pelawak dan penyampai radio terkenal Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri yang meninggal dunia awal pagi ini dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ehsan sebelum solat Jumaat.

Din Beramboi, 43, meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Selayang kira-kira pukul 12.30 pagi akibat demam denggi berdarah sehingga mengakibatkan hati dan buah pinggangnya gagal berfungsi.

Jenazah yang dibawa ke rumah ibu mertuanya di Taman Ehsan, Kepong di sini diziarahi kira-kira 2,000 orang sebelum dibawa ke Masjid Al-Fa’izin, Taman Desa Jaya, Kepong kira-kira pukul 10 pagi untuk solat jenazah dan dikebumikan sejurus selepas itu.

Turut kelihatan menziarahi jenazah Allahyarham antaranya ialah rakan rapatnya di stesen Radio Era Aznil Nawawi, pelakon dan pelawak, Bob Lokman, Afdlin Shauki, pelakon Sharifah Shahirah dan suami Zulkifli Azahari atau Ijoi, Fizo Omar, pengarah Aziz M. Osman dan Pengarah Eksekutif Astro Zaini Amirullah.

Allahyarham meninggalkan seorang isteri Suhaini Che Mam, 42, dan tiga anak iaitu Nil Aina Adibah, 18, Mior Ahmad Shafiq, 16, dan Nirain, enam tahun.

Din Beramboi Selamat DikebumikanGambar – Berita Harian

Adik perempuannya, Rozana Mior Badri, 39, berkata hampir kesemua ahli keluarga terdekat berada di sisinya sebelum Allahyarham menghembuskan nafas yang terakhir.

“Hampir semua ahli keluarga berada di sampingnya, kecuali bapa kami yang tak sempat berada di sisi allahyarham kerana perlu berehat atas sebab sakit jantung.

“Bagaimanapun Alhamdulillah arwah pergi dengan aman, tenang dan dengan raut wajah yang tersenyum,” katanya kepada Bernama di Hospital Selayang di sini hari ini.

Allahyarham adalah anak ketiga daripada empat beradik dan merupakan anak lelaki tunggal.

“Beliau adalah insan pertama yang ‘pergi’ dahulu dalam keluarga kami dan kami sedih atas pemergian beliau.

“Dia suka melawak dan ramai orang yang menyenangi dan menyayanginya,” kata Rozana.

Zaini menyifatkan kematian Allahyarham merupakan kehilangan besar bukan sahaja bagi Astro malah seluruh rakyat Malaysia terutamanya dalam bidang komedi.

Beliau berkata satu rancangan khas bagi mengenang jasa Allahyarham akan di siarkan malam ini di saluran Astro.

“Rancangan berbentuk kapsul itu akan disiarkan malam ini di saluran Astro dan sebagai tanda berkabung, kita akan menghentikan program yang melibatkan beliau selama tiga hari,” katanya.

Din Beramboi terkenal kerana gandingannya bersama Aznil dalam slot Riuh Pagi Era di stesen radio Era.

Sambil menyifatkan ia merupakan satu kehilangan besar dalam dunia seni tanah air terutamnya dalam bidang komedi, Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Berhad Datuk Seri Farid Ridzuan berkata Allahyarham mampu menghiburkan hati orang yang dalam kesedihan.

“Allahyarham ini seorang yang disenangi dan mengambil berat tentang masalah rakan-rakannya dan tidak pernah melupakan jasa teman-temannya,” kata beliau yang mengenali Din Beramboi sejak 1993.

  • Share/Bookmark

April Fool – April yang bodoh atau kita yang bodoh

Entahlah kenapa sejak sekian lama bila tiba 1 April..ada yang suka mengena dan ada yang selalu terkena. Ada yang suka buat bodoh, jadi bodoh dan diperbodohkan…Alasan: “…ala just for fun..takkan tak boleh kot..”  Boleh tak boleh itu cerita lain.. bergurau boleh tapi ada batasan..cuma kekadang gurauan yang boleh menjatuhkan air muka peribadi sesorang tu..bukan for fun lagi namanya…itu dah melampau..dan selalunya bila tiba April Fool tahap gurauan selalunya overlimit dari gurauan hari biasa…

Kekadang gurauan April bodoh atau bodoh april…apa-apa jerlah… menyebabkan pergaduhan dan perselisihan..dan ini tentu dilarang dalam agama… Dan lebih malang April Bodoh bukan budaya dan ajaran agama… tapi tu laa benda macam ni di jadikan budaya tapi perkara yang baik yang patut dibudayakan tak dipandang langsung walaupun sebelah mata ..

Ok tak mahu cerita panjang sila baca artikel di bawah..harap lepas ni tak jadi bodoh dan diperbodohkan.

Artikel asal dari laman blog Saiful Islam

April Fool: Antara Barat dan Keparat

“Kawan saya ni memang hidup cara Barat. Biar pun baik hatinya, tapi akhirnya bercerai juga dengan isteri. Apa nasihat yang patut diberi kepada orang macam ni, ustaz?” tanya salah seorang hadirin dalam program ceramah saya.

“Hidup cara Barat itu tidak menjadi punca masalah, jika yang dimaksudkan itu ialah bercakap bahasa Inggeris, makan makanan Eropah atau berpakaian mengikut format orang sana,” saya cuba menyuluh perspektif.

Di Barat sendiri, jumlah mereka yang memeluk Islam cukup tinggi. Jika Islam bertentangan dengan Barat, tentu sulit untuk orang Barat menerima Islam.

“Maka apa yang diperlukan oleh sahabat tuan itu, ialah meninggalkan dosa-dosa yang dianggap Barat, serta menyuntik kesedaran tentang persoalan hidup ini untuk apa. Sebagaimana yang kita bincangkan sebentar tadi,” saya menyudahkan jawapan.

Seorang Barat yang memeluk Islam, akan terus bercakap bahasa Barat, makan makanan Barat, beribu bapakan orang Barat, beradik beradikkan manusia Barat, dan terus menjadi Muslim yang tulen di Negara Barat. Apa yang ditinggalkan hanyalah bahasa carut dalam kerosakan budaya Barat, makanan haram dalam hidangan Barat, dan mengenepikan perbezaan aqidah ibu bapa dan adik beradik dalam hubungan sosial. Itu sahaja.

Seseorang boleh menjadi moden tanpa perlu menjadi Barat. Seseorang itu juga boleh menjadi Barat tanpa perlu menjadi Keparat!

BARAT DAN KEPARAT

Ya, jika ahli politik seperti Ataturk keliru di antara proses modernisasi (modernization) dengan proses pembaratan (westernization), kita pula ramai yang keliru di antara Barat dengan Keparat.

Ramai yang cuba untuk meniru kehidupan Barat berubah menjadi Keparat. Malah kerana ‘yang mengikut’ selalunya lebih teruk dari ‘yang diikut’, kita menjadi lebih Keparat dari Barat. Entah kenapa, benda yang elok-elok dari Barat tidak hendak diikut. Yang busuk-busuk dan keparat itu juga yang didambakan.

Malah yang Kristian pun ramai juga yang keliru antara Kristian dan Barat. Kristian adalah agama yang lahir di Timur, tetapi ada pula yang bertaqlid dengan agama Kristian supaya ‘menjadi Barat’, malah memperalatkan agama Kristian untuk menjustifikasikan perbuatan keparat sesetengah mereka.

Kelemahan jati diri bangsa kita yang mengkeparatkan diri untuk kelihatan Barat, menyebabkan saya hilang upaya untuk mengulas tentang budaya April Fool. Tidak perlulah dibahas-bahaskan sangat latar belakang sejarahnya, mana yang betul, mana yang salah. Huraian tentang sejarah April Fool itu sendiri pun banyak yang fool.

Jelasnya ia fool!

Terungkap pada sabda Nabi SAW:

“Kamu akan mengikuti sunnah umat sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehinggakan jika mereka memasuki lubang biawak (dhab) nescaya kamu akan mengikuti mereka. Sahabat bertanya: Adakah mereka itu kaum Yahudi dan Nasrani, wahai Rasulullah? Sabda Baginda SAW: Ya, siapa lagi kalau bukan mereka?” – [Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Artikel asal dari laman blog Saiful Islam

Opssss… BTW…Selamat Hari Ulang Tahun kepada adik saya Suhali yang jatuh pada 1 April <——-yang ni bukan April fool..this one real punyer

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures