Archive for November, 2009
Aidiladha dirayakan tanpa pengorbanan tak beri apa-apa makna
Pada Aidiladha, umat Islam diperintah dan disunatkan berkorban binatang ternakan sebagai korban untuk disedekahkan dagingnya kepada fakir miskin semata-mata kerana Allah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Sesungguhnya pertama amalan yang kita lakukan pada hari ini (Aidiladha) ialah supaya kita solat kemudian kembali ke rumah lalu kita menyembelih korban, maka barang siapa yang mengerjakan sedemikian ia sudah mengikut sunnahku. Adapun orang yang menyembelih sebelum melakukan solat, maka itu hanyalah daging yang hendak dipergunakan untuk keluarganya saja, tidak termasuk amalan ibadah penyembelihan korban.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Aidiladha adalah perayaan yang sangat istimewa dalam syariat Islam. Keistimewaannya kerana mempunyai dua tuntutan ibadah besar yang dilaksanakan secara serentak di seluruh dunia iaitu pelaksanaan ibadat haji oleh berjuta umat Islam di Makkah.
Pada 9 Zulhijjah umat Islam menyempurnakan ibadah haji dengan berwukuf di padang Arafah, tawaf di Kaabah dan melontar jamrah. Meskipun di padang Arafah matahari panas terik, berjuta manusia daripada pelbagai bangsa, bahasa, warna kulit, namun berpakaian sama dengan tujuan sama iaitu mengabdikan diri kepada Allah.
Syiar ibadah haji juga adalah perhimpunan tahunan yang disyariatkan Allah untuk mengikatkan kesatuan dan perpaduan melalui pegangan akidah yang satu dan bukannya melalui fahaman bangsa dan material. Inilah asas perpaduan dipraktikkan Nabi SAW yang berjaya menegakkan negara Islam Madinah hanya dalam masa 10 tahun.
Perkara kedua, ialah seluruh kaum muslimin di segenap ceruk rantau dunia sejak hari Arafah hingga tamat hari Tasyrik bertakbir, bertahlil dan bertahmid dengan suara yang penuh keyakinan mengisytiharkan pengakuan bahawa hanya Allah perlu disembah, dipatuhi dan ditakuti.
Pengajarannya kepada kita ialah supaya seluruh kehidupan, setiap perjuangan dan segenap pekerjaan yang dilakukan mestilah atas dasar penyerahan diri kepada Allah.
Pengabdian diri kepada Allah mestilah diterjemahkan melalui pelaksanaan syariat yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah. Perlu kita insafi timbulnya pelbagai isu dan permasalahan dalam masyarakat seperti peningkatan jenayah rompakan, rogol, bunuh, penagihan dadah, penghidap Aids, kes rasuah, pecah amanah dan sebagainya adalah kerana belum menyeluruhnya penghayatan kepada tuntutan syarak.
Hal ini dinyatakan Allah dalam firman yang bermaksud: “Sesudah itu maka patutkah kamu hanya percaya kepada sebahagian (dari isi) kitab Taurat dan mengingkari akan sebahagian yang lain? Maka tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian itu antara kamu selain daripada kehinaan ketika hidup di dunia; dan pada hari kiamat akan ditolak mereka ke dalam azab seksa yang amat berat, dan (ingatlah) Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.” ? (Surah al-Baqarah, ayat 85)
Aidiladha dengan pensyariatan ibadah korban adalah isyarat jelas daripada Allah mengenai keperluan berkorban tenaga, masa dan harta benda demi agama Allah. Tanpa pengorbanan agama, fikiran dan harta benda, tidak mungkin syariat Allah dapat ditegakkan.
Renungkanlah sejarah pengorbanan agung Nabi Ibrahim yang sanggup menyembelih Nabi Ismail, satu-satunya anak kesayangan baginda semata-mata pengorbanan kepada Allah. Inilah satu contoh seorang bapa yang berjaya membina sebuah keluarga cemerlang.
Demikian juga, kepatuhan Hajar kepada suaminya Nabi Ibrahim untuk tinggal keseorangan di tanah gersang Makkah, adalah model isteri mithali yang sanggup mengorbankan jiwa raga semata-mata kepatuhan kepada perintah Allah dan Nabi-Nya.
Begitu juga kerelaan seorang anak iaitu Nabi Ismail untuk disembelih bapanya, semata-mata kerana perintah Allah adalah isyarat bahawa berkorban sebenarnya tidak melihat usia. Ia bermakna sama ada golongan tua, dewasa, belia, lelaki dan wanita, perlu bersedia untuk berkorban apa saja demi tertegaknya akidah tauhid dan terlaksananya syariat Allah.
Firman Allah yang bermaksud: “Setelah keduanya berserah diri, dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas tompok tanah. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim! Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi itu. Demikianlah sebenarnya kami membalas orang yang berusaha mengerjakan kebaikan. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar. Dan Kami kekalkan baginya nama yang harum dalam kalangan orang yang datang kemudian.” (Surah As-Saafaat, ayat 103-107)
Justeru, marilah kita menghayati tuntutan syarak terkandung dalam amalan ibadah haji dan ibadah korban yang berpaksikan hubungan kita yang erat dengan Allah serta hubungan sesama kita, demi kecemerlangan di dunia dan kesejahteraan di akhirat.
Hari Raya Korban yang dirayakan tanpa pengorbanan, tidak mampu memberi apa-apa makna dan kesan kepada kita. Semoga semangat pengorbanan Nabi Ibrahim yang suci, Nabi Ismail yang berani dan bondanya Hajar yang begitu tabah hati, mampu menyuntik semangat kepada semua.
Pada masa sama, hendaklah memperbanyakkan syukur kepada Allah yang mengurniakan kita nikmat keamanan dan keharmonian kerana dengan nikmat itu dapat kita berhimpun di masjid dan surau bersama melaungkan takbir hari raya.
Nikmat keamanan untuk berhimpun dan bertemu saudara mara selain kesempatan menunaikan ibadat korban sewajarnya mendorong kita untuk terus memelihara kemakmuran berasaskan prinsip keimanan dan ketakwaan yang lebih teguh.
Artikel Asal : Berita Minggu
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDIL ADHA
dari saya dan keluarga kepada semua pengunjung Gcloud’s Blog
Hantar sms percuma melalui laman web
Sms sudah menjadi lumrah pada masa ini. Setiap hari berjuta sms dihantar oleh pengguna h/p. Sms menjadi satu komunikasi popular kerana ia mudah dan boleh digunakan di mana-mana asalkan mempunyai h/phone dan kawasan di mana anda sedang berada mempunyai rangkaian perkhidmatan.
Antara lain mengapa sms begitu popular kerana ia murah. Purata kos untuk menghantar satu sms di antara 1 hingga 10 sen bergantung pada package perkhidmatan talian h/phone yang dilanggan.
Anda juga boleh mengirimkan sms melalui laman web. Sebenarnya perkhidmatan sms melalui laman web sudah wujud sekian lama. Cthnya Skpe.com dan yahoo messenger ada menyediakan sms melalui laman web atau software yang mereka keluarkan cuma ia bukan percuma. Kita kena beli credit untuk menggunakan perkhidmatan ini. Ada perkhidmatan sms melalui laman web yang percuma tetapi terdapat banyak restriction dan sebagainya
Dalam post kali ini saya mengajak pembaca mencuba satu perkhidmatan menghantar sms melalui web secara percuma iaitu Cloudera CloudSMS . Anda boleh menghantar sms hampir keseluruh negara secara percuma. Apa yang menarik anda tak perlu mendaftar untuk menggunakan perkhidmatan ini. Anda cuma masukkan nombor telefon penerima dan taip mesej anda dan masukkan nombor pengesahan (captcha) dan hantar mesej anda. Apa yang menarik mesej dihantar kepada penerima dengan pantas tidak seperti kebanyakkan perkhidmatan sms melalui laman web yang lain yang mana mesej lambat diterima. Di dalam mesej sms juga tiada sebarang iklan. Cuma apa yang perlu anda ketahui nombor pengirim adalah no penyedia perkhidmatan sms ini, bukan no telefon anda. Ini kerana semasa anda mengirimkan sms tidak disediakan ruang untuk anda memasukkan no telefon anda. Saya rasa kemungkinan ia sengaja tidak disediakan bagi mengelakkan sms dihantar dengan menggunakan no telefon orang lain.
Jika anda ingin mengirimkan sms melalui laman web ini masukkan no penerima seperti cth dibawah:
katakan anda menggunakan maxis cth no: 601287654321 atau 601787654321 atau celcom misalnya 601987654321
Cuma dalam fikiran saya berapa lama perkhidmatan ini boleh bertahan. Sepanjang pengalaman saya kebanyakkan penyedia perkhidmatan sms percuma melalui laman web tak dapat bertahan lama. Walaubagaimana pun selagi masih wujud… guna jer laaa
Selamat mencuba.
nota: Laman web sms ini berfungsi semasa artikel ini ditulis ..kalau lepas ni tak wujud lagi atau tak percuma lagi..emm tak boleh nak kata apa





