Archive for October, 2009
Bajet 2010
Semalam Perdana Menteri membentangkan kertas belanjawan / bajet 2010. Saya tidak mahu komen panjang mengenai intipati bajet kerana pembaca boleh membaca secara terperinci teks Bajet 2010 di sini
Cuma ada dua perkara yang menarik perhatian saya pertama
1.Cukai perkhidmatan Kad Kredit.
Cukai perkhidmatan sebanyak RM50 setahun ke atas kad kredit utama dan kad caj, termasuk kad yang diberi percuma dan cukai pendapatan RM25 setahun ke atas setiap kad kredit tambahan mulai 1 Jan, 2010
Saya rasa caj yang dikenakan ke atas pengguna kredit kad adalah tidak munasabah. Ini kerana pengguna kredit kad telah dikenakan caj sebanyak RM60 stahun untuk kad standard dan RM120 untuk gold. Ini bermakna jika seseorang itu menggunakan kredit standard caj tahun yang perlu dibayar adalah RM50+RM60 = RM110. Jika menggunakan lebih dari satu maka pengguna kredit akan terpaksa membayar lebih lagi. Bagi saya kad kredit walaupun bukan satu benda yang wajib tetapi ia merupakan satu kemudahan dan pada masa ini ia bukan satu benda mewah. Saya agak hairan dalam hal ini seolah-olah kerajaan macam tiada sumber lain untuk menambah pendapatan negara. Mungkin juga pendapatan negara pada masa ini boleh dikatakan kurang. Dari apa yang saya amati dari bajet 2010 pelaburan negara yang diunjurkan pada tahun depan jatuh dengan mendadak.. Ini bermakna negara kita kurang peruntukkan untuk membuat pelaburan. Namun kerajaan tidak sepatutnya menambah pendapatan dengan membebankan rakyat. Saya berharap semasa perbahasan bajet 2010 di parlimen nanti ahli-ahli parlimen dapat membangkitkan isu ini…cuma berharap jer laaa…
2. Menaik taraf pasarana untuk kemudahan Internet.
Cadangan ini memang saya alu-alukan. Kerajaan bersama telekom malaysia memperuntukkan sejumlah wang yang agak besar untuk memperkenal High Speed Broadband (HSBB) bermula tahun depan dan akan diperluaskan keseluruh kawasan di seluruh negarayang mempunyai penggunaan internet yang tinggi secara berperingkat-peringkat. Jika perlaksanaan ini selesai pengguna internet akan mendapat akses ke internet dengan kelajuan sekurang-kurangnya 10mbps atau 10 kali lebih laju dari purata kelajuan package penggunaan internet yang dilanggan oleh pengguna sekarang. CUMA apa yang saya sedang fikirkan BERAPA HARGA LANGGANAN.
Akaun Email – berapa yang anda ada
Email dari yahoo adalah email peribadi yang pertama saya daftar pada penghujung 1997 dan sampai sekarang email tersebut masih aktif walapun saya agak jarang menggunakan email ini. Cuma sekali sekala saya log on untuk memastikan email ini tidak di de-ativate kan oleh yahoo. Sayang rasa nya email ini sebab email ini merupakan email pertama saya selain email yang diberikan oleh tmnet semasa mendaftar akaun dial up 1515.
Sebenarnya saya telah menggunakan email sebelum itu. Tetapi bukan email yang kita biasa guna. Email tersebut merupakan email intranet. Email ini hanya boleh menghubungkan di antara pengguna di dalam satu-satu network. Semasa saya bekerja di Awana Genting highland email intranet ini saya gunakan untuk berhubung dengan Genting World Berhad yang berada di puncak gunung Genting Highland. Jadi email ini hanya untuk kegunaan dalaman.
Saya menulis artikel ini kerana terfikir sejenak berapa banyak email akaun yang pernah saya daftar semenjak saya menggunakan internet…fikir-fikir balik..emm entah berapa banyak pun saya tak ingat. Masa mula berinternet hampir 12 tahun yang dulu memang saya suka daftar banyak email. Tak kira dari mana email provider pun saya daftar. Tapi sebenarnya hanya dua tiga email akaun yang saja selalu guna.
Sekarang saya masih aktif menggunakan email. Cuma akaun email tidak sebanyak dulu. Email -email ini saya bahagikan untuk beberapa tujuan cth untuk tujuan sebarang pendaftaran yang diperlukan di internet, email untuk berhubung dengan rakan dan email untuk tujuan yang lebih official. Saya rasa cukuplah jumlah akaun email yang saya ada sekarang, walaupun saya boleh create beratus email (termasuk email menggunakan domain gcloud.com) tetapi fikir balik buat banyak sangat bukan guna semua pun.
Adik saya dalam beberapa bulan yang lepas melanggan internet.. saya tanya apa email dia. Dia kata buat apa email. Saya pun katakan pada dia kalau dah langgan internet kena lah ada email.. Sebab nak daftar mana-mana website cth facebook dan sebagainya kena guna email. So dia pun daftarlah dalam masa yang sama dia sendiri tak tahu yang streamyx sendiri pun ada kasi email. Saya tanya pada dia lagi nak daftar email yang lain ke..dia cakap tak payah la sebab yang satu ni pun bukan guna selalu.
Jadi senario di atas menyebabkan saya terfikir, apakah pengunaan email sekarang semakin berkurangan. Pada pandangan saya mungkin juga. Pertama pada masa ini email bukanlah alat perhubungan yang begitu penting kerana pada masa ini kebanyakan kita menggunakan hand phone yang mana kalau nak berhubung hanya menggunakan SMS. Ini kerana SMS lebih praktikal yang mana tak perlu internet, mesej boleh di baca dimana-mana dan pada bila-bila. Kalau email pulak terpaksa kena ada internet. Kalau tak internet kat rumah kena pergi siber cafe dan sebagainya. Bagi yang ada internet mungkin mereka hanya perlu satu ada dua email.
Selain dari itu pengguna internet sendiri lebih suka menggunakan instant messenger seperti yahoo messenger, MSN messenger, skype dan sebagainya kerana lebih cepat message di hantar. Kalau pengguna yang kita hendak hubungi offline, mesej terbut masih boleh dibaca apabila beliau online. Ini tak termasuk voice chat dan video chat.
Begitu juga pada masa ini, terdapat banyak website yang bercirikan online social seperti Facebook, Twitter, myspace dan sebagainya. Jadi jika ada mesej yang ingin di hantar mereka hanya perlu mesej kepada rakan-rakan yang ada di dalam satu-satu website social networking tersebut. Dalam masa yang sama mereka dapat mengetahui apa sedang berlaku kepada rakan-rakan mereka yang ada postkan sebarang mesej di dalam website tersebut. Jadi apa guna email atau buat apa daftar banyak-banyak email.
Walau pun email merupakan satu kemestian bagi pengguna internet tetapi saya berpendapat email yang digunakan untuk perhubungan amat kurang sekarang, tidak seperti 5 atau 10 tahun dulu.
Jadi kepada pembaca, berapakah akaun email yang anda ada.. atau masih guna email lagi tak…?
Windows 7 – Dilancarkan Secara Rasmi

Hari ini gergasi perisian Microsoft Corporation melancarkan sistem operasi untuk pengguna pc iaitu Windows 7.
Windows 7 disifatkan sebagai ubat kepada sistem terdahulu iaitu Windows Vista yang dikatakan kurang mendapat sambutan kerana pengguna pc mendapati Vista banyak menggunakan resource cpu dan ram dan beberapa perkara yang lain yang tidak disenangi oleh pengguna.
Namun dikatakan Microsoft telah cuba mengatasi masalah yang terdapat dalam Vista dan menjadikan Windows 7 lebih pantas dan kurang menggunakan resources dan mesra pengguna.
Selain dari membaiki kelemahan yang ada pada Vista, Microsoft juga memperkenal beberapa element baru seperti Superbar yang mana mengantikan taskbar yang sekian lama digunakan sejak windows 95. Windows 7 juga memudahkan pengguna membuat perkongsian file di antara komputer yang menggunakan windows 7 di rumah dengan lebih mudah dengan mengatifkan HomeGroup.
Untuk pengetahuan pembaca saya menggunakan Windows 7 semasa menulis artikel ini. InsyaAllah saya akan tulis mengenai windows 7 berdasarkan pemgamatan peribadi saya.
Sementara itu pembaca boleh membaca mengenai Windows 7 di laman rasmi Windows 7 di sini
Kelajuan internet di Malaysia
Information, Communications, Culture and Arts Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim said there were numerous complaints on how expensive it was to obtain IT services here, while the quality — particularly connection availability and speed — was not up to expectation.
“The Government would also like to know why the cost for IT services is high in Malaysia. Consumers’ main grouse is that they are charged more compared with users in other countries but the quality of service is not up to mark.
“We want to know how it (the cost) can be brought down and at the same time improve on the quality,” he told reporters after a briefing at the SKMM on Wednesday.
Rais said SKMM must also see to it that providers deliver what they promised consumers, adding that if a provider promised Internet surfing speeds of 10Mb (megabits) per second, the public should not be experiencing a “slow as tortoise service at one or two megabits.” Sumber asal Thestar Online
Agak menarik bila saya baca artikel di atas. Memang betul negara kita memang ketinggalan dari segi kelajuan internet… paling maksimum keljuan yang ditawarkan untuk pengguna biasa adalah 4 mbps..tapi harga mungkin hanya segelintir yang mampu.
Agak menghairankan juga negara kita digembar-gembur dengan Multimedia Supercorridor sejak 10 tahun dulu tetapi pada hakikatnya selepas 10 tahun tidak banyak yang memberi manafaat kepada rakyat biasa. Saya tidak mahu membincangkan dari segi korperat.. Apa yang tujukan kepada rakyat biasa.
Kita ambil jiran terdekat iaitu Thailand dan Philippine mereka menawarkan harga per megabits jauh lebih murah daripada apa yang di tawarkan di malaysia (sila google).
Kalau kita tengok jiran di sebelah selatan…emmm . Singapore menawarkan 15 mbps (unlimimited) untuk pengguna biasa pada harga SD64.90 lebih kurang RM170. Ini bermaksud mereka menawarkan broadband pada harga SD4.33 per megabits atau atau RM10.47. Di Malaysia hrga untuk package 1 Megabits lebih kurang RM88.00. Ini bermakna kelajuan yang sama di malaysia lebih 8 kali mahal.
Of course mana-mana service provider ada Term of Service (TOS) yang mana terdapat restriction tertentu. Tetapi sekurang-kurangnya kelajuan yang pantas membolehkan kita menggunakan internet lebih effecient seperti video streaming yang lancar..surfing yang pantas dan membolehkan kita menggunakan video conference yang lebih smooth. Begitu juga untuk download sesuatu cth open source software. Baru-baru ni saya cuba download ubuntu linux..emmm berjam juga ambil masa..sedangkan rakan intenet saya di singapore download tak sampai setengah jam.
Saya tak dapat nafikan masalah infrastruktur menjadi kekangan terhadap kelajuan internet di malaysia. Di Malaysia majority broadband menggunakan talian talipon, kebanyakkan talian masih menggunakan copper berbanding fiber. Ini menyebabkan kelajuan agak terbatas. untuk upgrade ke fiber memerlukan kos yang agak besar.
Namun begitu ia bukanlah satu alasan untuk tidak menambah baik infrastruktur yang sedia ada. Telekom misalnya mereka sudah berpuluh tahun menjalankan perniagaan di malaysia, sudah berbillion keuntungan mereka perolehi..saya rasa ini lah masa untuk upgrade infrastruktur terutama berkaitan dengan internet.
Saya ada terbaca Telekom memperkenalkan HSBB (High Speed Broadband). Ia menggunakan talian fiber yang menggantikan talian copper. Jadi pengguna akan dapat kelajuan internet sekurang-kurangnya 10 mbps. Bagi saya kelajuan ini sudah cukup untuk kita menonton video dalam HD seperti youtube yang mana birate sekitar 2 mbps- 3 mbps dan dalam masa yang sama masih ada bandwidth untuk surf dan download.
Cuma apa yang menjadi persoalan dari segi harga… kalau harga untuk 10mbps ini terlalu tinggi saya rasa teknologi ini tidak akan ke mana-mana. Mungkin untuk perniagaan tidak menjadi masalah… apa yang menjadi masalah adalah penggunakan biasa yang inginkan kelajuan internet seperti di negara jiran pada harga yang mampu bayar oleh kebanyakkan pengguna internet.
Perisian Antivirus percuma dari Microsoft
Microsoft melancarkan perisian antivirus percuma untuk pengguna OS windows samada XP, Vista mahupun Windows 7. Antivirus percuma ini dikenali sebagai Security Essentials .
Tidak seperti kebanyakkan perisian antivirus yang lain, ianya adalah percuma dengan syarat Windows anda adalah yang asli. Ini kerana sebelum anda install antivirus ini ia akan scan samada Windows anda asli atau tidak. Jika tidak asli tidak akan diinstall
Bagi saya secara umumnya langkah Microsoft memperkenalkan perisian antivirus secara percuma adalah merupakan salah satu langkah yang baik. Ini kerana kita sedia maklum Os windows memang mudah diserang virus malware dan sebagainya. Untuk install perisian antivirus dari Norton, Bitdefender, AVG dan sebagainya bukan lah percuma. Kita terpaksa membayar yuran tahunan untuk antivirus terus berfungsi. Seperkara lagi semamangnya satu tugas bagi microsoft untuk membangunkan perisian antivirus bagi pengguna Windows yang dibangunkan oleh microsoft sendiri.
Namun terdapat pelbagai pendapat mengenai keberkesanan antivirus percuma dari microsoft ini. Ada yang mengatakan antivirus ini adalah satu langkah terdesak oleh microsoft bagi mengekalkan pengguna Windows dan mengembalikan keyakinan terhadap windows. Ada juga yang mengatakan perisian antivirus ini tidak sehebat antivirus yang dikeluarkan oleh pengeluar antivirus yang sudah lama bertapak.
Namun begitu ada yang memberi pandangan positif mengenai antivirus ini. Kata mereka antivirus ini berfungsi dengan baik, ringan dan mudah digunakan. Cuma perisian antivirus ini tidak memasukkan ciri-ciri keselamatan total secara package seperti kebanyakkan perisian security yang lain. Perisian ini tidak mengandungi Firewall. Mungkin ianya tidak dimasukkan kerana windows xp hingga yang terbaru windows 7 sendiri telah sedia ada firewall. Walaubagaimana pun pengguna masih boleh install firewall secara percuma dengan menginstall third-party firewall sebagai cth Comodo Firewall .
Bagi saya samada WIndows Essentials baik atau tidak untuk menghalang virus itu perkara kedua perkara yang paling utama adalah keselamatan pc kita. Kata orang “something is better than nothing” dan yang lebih penting ianya percuma. Kekadang yang berbayar pun bukan tentunya bagus. Adakalanya membuat pc kita lebih teruk sebab perisian antivirus yang berat dan banyak menggunakan cpu resources seperti Norton
Download Micorsoft Security Essentials .



