Archive for September, 2009
Selamat Hari Raya Aidil Fitri dari Gcloud’s Blog

Sempena meyambut kedatangan Syawal saya Faizal dan isteri Zarehan serta anak-anak Farisya dan Eriesya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua umat Islam ta kira di mana berada.
Segala terkasar bahasa sekiranya ada sepanjang penulisan di dalam blog ini saya menyusun sepuluh jari memohon keampunan.
Akhir kata Selamat Hari Raya Aidil Fitri , Maaf zahir dan batin…berhati-hati ketika memandu……
Convert Dvd To Avi (divx/xvid)
Assalamualaikum
Kali ini saya cuba terangkan bagaimana kita nak convert video dari dvd ke format avi (divx / xvid). Tujuan saya buat tutorial ini macam nak hasil avi yang cun seperti avi movie yang kita selalu download dari internet. Kita mungkin “wonder” macam mana movie yang di download dari internet gambar dia cun but saiz file dia dalam 1 cd (700MB) atau 2 cd (1400mb). Kedua trend sekarang suka tengok video di pc so bila file video kecik (berbanding original dvd antara 4.7 gig ke 8.5 gig ) so kita boleh simpan dalam h/disk atau burn ke CD-r biasa untuk tengok di dvd player yang support avi (divx/xvid). Ketiga mungkin dalam rumah kita ada lebih dari satu pc jadi kita boleh tranferkan file video tadi ke pc lain dengan cepat atau kita jadikan salah satu pc sebagai media center. Dan trend paling baru banyak terdapat standalone media player berdasarkan h/disk untuk kita tengok movie di TV biasa..So kita boleh simpan file video ke dalam media player tadi .
Nota: Tutorial ini bertujuan untuk anda backup DVD yang anda beli, bukan untuk tujuan upload ke internet untuk disebarkan secara tidak sah di internet.
Ok kita tahu avi divx/xvid dari segi quality lebih baik dari VCD . Sebagai cth even saiz full lenght movie avi divx/xvid hanya 700MB quality lebih baik dari full leght VCD yang saiz file dia lebih 1 gig…Dan kebanyakkan DVD player sekarang dah support format avi ni. So tak payah kita burn dalam DVD just burn dalam CD-r biasa sebagai data CD..so tak payah buat authoring macam DVD ..Satu lagi some dvd player support USB thumbdrive so…bila kita nak tengok just save dalam thumbdrive dan cucuk pada player tadi..then..walla… ![]()
First download software ni:
AutoGK (package) free
Kedua download software ini: (optional)
AnyDVD
Note:software ini software commercial but dia kasi 14 hari full functional. Tujuan software ini untuk kita rip Original DVD yang selalunya ada protection kalau kita nak copy ke pc.. BUT kalau dvd tu tak ada protection atau DVD lanun tak payah guna software ni…just copy folder Video_TS ke pc… Now kenapa perlu copy ke pc.????? sebab proses convert lebih cepat..so kena copy ke pc/hardisk.
Once downloaded open program AutoGK macam kat bawah:
Load video dari Video_TS folder yang kita copy ke pc:

Ok dalam dvd file video adalah dalam .vob….tapi file vob ni dipecahkan kebebrapa file. So kita tak guna file ini. Apa yang kita nak guna adalah file .IFO.. Ok file .IFO ni bukan video file dia hanya file yang mengandungi data mengenai video, audio dan subtitle dan scene…so bila kita loadkan file iso ini dia akan combinekan semua video yang dalam .vob file dan attachedkan sekali audio dan subtitle…so kita guna file ni.
Ok dalam satu-satu dvd video ada beberapa file .ifo so macam mana kita nak pilih. Kalau dvd original selalunya kita pilih VTS_02_0.IFO sebab selalunya VTS_01.0.IFO selalu untuk menu atau trailer. Atau kita try pilih mana-mana .ifo file..so bila kita pilih dalam AutoGK ada info pasal video ..so selalunya movie lebih dari sejam..so maknanya .IFO tersebut adalah untuk movie.
OK once dah load kita setkan parameter untuk video:

1. Audio – dalam dvd selalunya ada beberapa audio stream cth untuk english dan lain-lain bahasa…so dalam kes ni kita pilih English kalau movie tadi English laa.
2.Subtitle…kalau kita nak burnt in secara kekal subtitle kita pilih subtitle sama ada untu widescreen TV atu normal tv (letterbox)..kalau tak subtitle tak payah tick..sebab mungkin kita suka subtitle secara berasingan cth dari file .srt atau sub.
3-Quality – so kita boleh pilih quality atau output untuk video tadi.
Tip: kalau movie dalam 1 jam 30 minit kita pilih 1 CD (700MB) Kalau video tersebut lebih dari 2 jam pilih 2 CD. Ok boleh juga kalau video yang dua jam setengah ni di jadi kan 1 CD tapi quality dia drop laaa. Selain dari tu kita boleh pilih target file saiz cth cth kita letakkan saiz final outpout cth 900M dan sebagainya…

4.Advance parameter – option ini kita setkan resolution video dan format audio serta bitrate..Selalunya video yang didlownload dari internet pada 640.. So pilih Fixed width 640 . Untuk audio pilih CBR mp3 pada 128. Codec pilih samada Xvid atau Divx…ok dalam kes ni saya lebih prefer Xvid sebab lebih cun..even tak banyak beza..BUT untuk compatibility dengan standalone DVD yang yang support avi better pilih DiVX…but normally player yang support divx support jugak xvid.
Selapas kita dah puas hati sekarang kita nak convert..so tekan Add Job.. so bila nak convert tekan Start:

Ok sometime ada mesej macam dibawah:

Just tekan ok
NOTE: masa convert ke avi mungkin ambil masa depend pada panjang movie, dan spec pc…cth kalau Quad core lebih cepat dari duo core atau dua core lebih cepat dari pentium 4…So saya cadang buat sebelum masuk tidur.
Tick pada Shoutdown when done..so bila dah habis convert pc akan off automatically.
That’s All
Sample pic dari movie yang dah diconvert:

- sample pic
Sample video yang dah diconvert
sample.avi (right click save as / save link as)

sample video:
sampleavi2.avi
so good luck..
Clifford Sekolahku Tercinta
“Clifford sekolahku tercinta…..” Itulah ayat pertama lagu sekolah aku yang mana telah banyak memberikan jasanya kepada aku dan bekas pelajar sekolah Clifford… Bagi aku Clifford tidak boleh dipisahkan dari kehidupan aku kerana nama sekolah ini telah menjadi sebati dalam diri aku.. Sejak tahun 1978 (Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford) sehinggalah ke tahun 1988 Sekolah Menengah Clifford (sekarang ditambah “Kebangsaan).. Sesiapa saja tak boleh melupakan zaman persekolahan, termasuk aku sendiri.. tambah-tambah bila nak dekat hari raya..Teringat kawan-kawan satu kelas semasa di sekolah…Bagaimana keadaan mereka sekarang. Ramai yang aku tak pernah jumpa sehingga sekarang.. kali terakhir aku jumpa kawan-kawan aku ni semasa ambil result SPM…Lepas tu bawak haluan masing-masing Nama guru seperti Cikgu Abdullah yang memang minat bola, Mrs Sally George guru English yang garang, tapi baik hati, Cikgu Wahab aka photographer sekolah dan ramai lagi…Tak lupa juga guru displin Cikgu Mohktar yang pernah merotan punggung aku sebab rambut panjang dan seluar fit (maklumlah zaman aku zaman rock…) tapi lepas tu aku jadi baik..sebab dilantik jadi pengawas sekolah…hahahahha Teringat kawan-kawan sekolah terutama semasa form 5S2 seperti ayah cho, Abu mamak, Govinder singh, Aidi hasman, Fadzli, Nasir, dan ramai lagi..sorry aku lupa nama korang..tapi aku ingat wajah korang masa form 5 science 2. Aku harap raya ni aku dapat jumpa kawan-kawan. Kepada ex-cliffordian class 1984 – 1988 contactlah aku… Aku Faizal dulu aku dapat gelaran Hillary..hahaha nak tahu kenapa sebab aku selalu meng “gitar” kat sekolah… band kat sekolah aku pegang… So kawan-kawan kalau terbaca post ni contact aku kat atas… terutama member-member kelas 5 sains 2 1988… chow
Membaik pulih dan menambah baik foto / gambar
Mungkin ramai antara kita mempunyai gambar masa kecil atau gambar ibubapa atau juga datuk dan nenek masih ada dalam simpanan kita. Kebanyakan gambar-gambar ini diambil puluhan tahun yang lalu. Memang menjadi lumrah gambar-gambar ini semakin dimakan usia. Sebagai cth gambar yang bercalar, kelam warna yang semakin pudar atau sebagainya. Lama kelaman gambar-gambar ini mungkin tidak dapat di abadikan untuk genarasi akan datang.
Seperti yang mungkin kita sedia maklum filem asal untuk gambar-gambar ini mungkin tidak ada lagi, atau kalau dah ada tidak dapat digunakan lagi atau memang kita tidak menyimpan langsung filem-filem tersebut. Jadi sebelum gambar-gambar tersebut langsung tidak boleh di abadikan maka adalah perlu kita mengambil langkah membaik pulih semula kualiti sesuatu foto.
Jadi di sini saya terus terang menyatakan saya mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam membaik pulih photo secara digital. Dengan teknologi digital sekarang memungkinkan kita membaik pulih foto lama supaya ia kelihatan seperti baru atau sekurang-kurangnya kualiti foto lebh baik dari apa yang ada pada masa kini.
InsyaAllah saya sedang menyiapkan satu laman web khusus untuk membaik pulih foto, menambah baikkan lagi photo dan beberapa lagi perkhidmatan yang khusus untuk foto sebagai cth mewarnakan foto hitam putih, menukar latar belakang dan sebagainya.
Di bawah adalah cth hasil kerja saya.

Membaik pulih photo lama


Menambah baik photo lama yang warna pudar

Mebuang parut jerawat dan sebagainya

Mewarnakan gambar hitam putih
Saya juga menawarkan service untuk menukar latar belakang sesuatu gambar. Cth boleh dilihat pada article yang lepas DI SINI:
Jika anda inginkan perkhidmatan ini sila hubungi saya. Insyallah selepas selesai proses membangunkan web khusus untuk perkhidmatan ini saya akan nyatakan lebih detail mengenai harga dan servis-servis yang lain.
Alain Robert aka “Spiderman” tawan KLCC

Alain Robert, ‘Spiderman’ dari Perancis ditangkap hari ini selepas berjaya memanjat Menara Petronas, percubaan ketiganya untuk menawan menara tertinggi di negara ini, kata polis.
Robert, 46, mula memanjat menara setinggi 88 tingkat itu sebelum Subuh dan sampai ke kemuncaknya, sebelum disedari oleh pegawal keselamatan di situ, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Muhammad Sabtu Osman kepada AFP.
“Kita telah membawanya ke balai polis untuk disoal dan memeriksa pasportnya.
“Beliau boleh didakwa atas tuduhan menceroboh,” katanya.
Percubaan pertama Robert untuk memanjat menara itu ialah pada 20 Mac 1997, dan percubaan kedua pada 2007, selepas dia dibebaskan tanpa didakwa.
Beliau yang digelar ‘Spiderman’ pernah memanjatkan Eiffel Tower di Paris dan Golden Gate Bridge di San Francisco.
Menara Berkembar Petronas setinggi 452 meter itu, yang siap dibina 1998, merupakan bangunan tertinggi di dunia sebelum diatasi oleh antaranya Taipe 101.
Panjat dua jam
Sementara itu, Bernama pula melaporkan Robert yang memakai kemeja T gelap dan berseluar jeans, mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.
Bagaimanapun, dia ditahan polis dan disiasat kerana kesalahan
menceroboh kerana tidak mendapatkan permit.
“Dia ditahan mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan atas kesalahan menceroboh kawasan larangan dengan memanjat tanpa permit,” kata Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zulkarnain Abdul Rahman.
Robert dipercayai memasuki Malaysia pada 25 Ogos lepas dan tinggal di Hotel Mandarin Oriental yang berdekatan menara Petronas itu.
Sumber asal Malaysiakini.com
Lagi video mengenai Alain Robert “Spiderman” di sini



