Archive for August, 2009

Petrol : Harga Ron97 Naik & Ron95 Diperkenal

Nota: Untuk melihat kenaikkan harga terbaru petrol 16 Julai 2010 sila klik di sini: 5-dalam-1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik

Mulai 1 September 2009 kerajaan menaikkan harga petrol Ron97 kepada RM2.05 seliter dan memperkenalkan petrol Ron95 pada harga RM1.80 seliter

Senarai kenderaan yang boleh menggunakan petrol Ron95

RON-1-2908RON-2-2908RON-3-2908

Untuk mengetahui apa tu petrol Ron 95 sila lawat laman web di bawah:

RON : Frequently Asked Questions – by Caltex

  • Share/Bookmark

Selamat Hari Kemerdekaan Negara Ke – 52

merdeka_52

Selamat Hari Kemerdekaan Negara Ke -- 52. Semoga negara yang kita cintai aman makmur, dikurniakan rezeki yang melimpah ruah kepada rakyat dan diredhai oleh Allah S.w.t

  • Share/Bookmark

Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak

bulanpuasa

Saya mengucapkan selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam. Diharapkan ibadah puasa tahun ini lebih baik dann diberkati Allah S.w.t

Ibadat Puasa

Pengertian puasa

Takrif puasa dari segi istilah bermaksud menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.

Dalil Wajib puasa

Umat Islam yang mempunyai cukup syarat diwajibkan berpuasa di bulan Ramadhan bersandarkan dalil seperti berikut:

Al-Quran:
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan berpuasa keatas kamu sebagaimana diwajibkan ke atas orang yang terdahulu daripada kamu, mudah-mudahan kamu bertakwa.

Hadis:

Maksudnya: Daripada Ibnu Umar dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda; Islam itu dibina atas lima perkara, bersaksi tiada tuhan selain Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allahh, mendirikan sembahyang, membayar zakat, menunaikan haji dan puasa pada bulan Ramadhan. (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sehubungan dengan adanya dalil daripada Al-Quran dan hadis yang jelas tentang wajibnya puasa, maka orang yang mengingkari kewajipan berpusa adalah dihukum sebagai murtad (keluar daripada Islam)

Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:

Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.

Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:

1. Islam :
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa

3. Berakal :
Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan:
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.

Syarat-syarat sah puasa

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:

1.Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal
2.Berakal:
Orang Gila tidak sah puasanya
3.Suci daripada nifas dan haid
4.Masuk waktu puasa
5.Berniat pada setiap malam:
Menurut mazhab Imam Malik-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.
6.Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Rukun Puasa
1. Orang yang berpuasa
2. Niat
3. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.

Hikmah Puasa

Puasa mempunyai pelbagai hikmah antaranya:
1. Menandakan kesyukuran kepada Allah
2. Melatih diri dengan sifat-sifat mahmudah(terpuji seperti sabar, tabah, amanah dan sebagainya.
3. Melatih sikap tolong-menolong di antara satu sama lain
4. Meningkatkan kesihatan diri.
5. Mendapat dua kegembiraan iaitu ketika berbuka(hari raya) dan ketika berjumpa dengan tuhannya pada hari kiamat.
6. Menjauhkan dari sifat-sifat Mazmumah(keji) sepert tamak, sombong hasad dengki dan sebagainya.

Kelebihan Ramadhan

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya;
1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
“Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.

3.Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4.Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.

Sumber : http://www.muftiselangor.gov.my

  • Share/Bookmark

Tukar background (latarbelakang) gambar

Mungkin ramai di antara kita tefikir untuk menukar background atau belakang sesuatu gambar…ini mungkin kerana background yang terdapat di dalam sesuatu foto tidak menarik atau mungkin kita mahu gambar kita seolah-oleh berada ditempat lain. Ada juga di antara kita mahukan gambar kita seolah-olah berada di dalam studio.

Sebenarnya kita boleh menukar background sesuatu foto dengan menggunakan software yang sesuai. Secara amnya proses menukar sesuatu background dalam foto boleh dilakukan dengan menggunakan software image manipulation seperti Gimp, Photoshop dan sebagainya. Di dalam kes ini Photoshop menjadi pilihan untuk melaksanakan tugas ini. Ini kerana di dalam photoshop terdapat beberapa tool untuk membuang background. Sebagai cth tool yang boleh digunakan seperti MagicWand, Lasso, Eraser dan filter seperti Extract.

Namun begitu bukan semua background di dalam gambar dapat dibuang  dengan  sempurna. Adakalanya proses membuang background dalam sesuatu gambar mengambil masa dan perlu ketelitian serta kemahiran. Sebab itu kalau kita perhatikan terdapat beberapa gambar apabila background dibuang bahagian object utama terdapat kesan potongan dan tidak smooth.

Untuk membuang background yang mana warna atau texture yang sekata boleh dikatakan agak mudah. Ini kerana kita hanya setkan kawasan warna background yang sekata untuk dibuang samada menggunakan Magicwand atau option Color range. Cara ini boleh dikatakan dapat memisahkan object dan background. Jika warna atau texture background tidak sekata kita boleh mengguna filter iaitu Extract untuk membuang background. Namun  dari penggunaan tool-tool ini masih belum dapat menghasilkan image yang seperti mana yang kita mahu atau meyakinkan.

Jadi kita seharusnya menggunakan tool lain yang bukan sedia ada di dalam photoshop. Seperti mana yang kita tahu terdapat banyak plugin yang dikhaskan untuk photoshop. Plugin-plugin ini biasanya dapat mengatasi masalah sekiranya kita hanya menggunakan tool yang sedia ada di dalam photoshop. Dalam kes ini plugin yang saya rasa terbaik untuk membuang  background iailah Fluid Mask 3.

Fluid Mask 3 adalah plugin yang dikhaskan untuk membuang background dengan cepat dan hasil yang agak meyakinkan. Cth di bawah adalah image stelah menggunakan Fluid Mask.

PC230085
Sebelum

PC2300851
Selepas

PC230092
Sebelum

PC2300881
Selepas

Jika kita lihat image-image di atas kita dapati Fluid Mask dapat mengasingkan element-element halus pada object seperti rambut dan sebagainya. Jika kita menggunakan hanya semata-mata tool di dalam photoshop ia agak sukar dan memakan masa dan memerlukan kemahiran dan ketelitian. Dengan Fluid  Mask masa yang diambil agak singkat dan hasil yang membanggakan. Namun begitu anda harus membiasakan dan faham apa tool yang ada di dalam Fluid mask.

Fluid Mask bukan saja dapat mengasingkan/membuang background yang mempunyai warna / texture yang sekata, malahan mampu juga untuk membuang background yang mana warna / texture yang complex, cth seperti  image image di bawah:

nanakila2
Sebelum

nanakila1
Selepas

potrait2

Sebelum

potrait1

Selepas

wed1

Jadi dengan kemampuan plugin ini memungkin kita menghasilkan image yang diluar imaginasi atau kebiasaan

Sekiranya anda ada sebarang foto yang anda ingin tukar background sila hubungi saya, di sini atau email saya di ashby10[at]gmail.com InsyaAllah saya akan cuba menghasilkan image seperti yang anda harapkan. Mengenai upah atau charge bergantung pada keadaan gambar dan complexnya image yang ingin dihasilkan. Cuma pastikan image anda pada sekurang-kurang 4MP pada sekurang-kurangnya pada 180dpi.

  • Share/Bookmark

Pelawak veteran Param meninggal dunia

Mendiang ParamPelakon komedi veteran tanah air P Paramasivam atau lebih dikenali sebagai Param, 55, meninggal dunia akibat serangan jantung ketika dalam perjalanan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) dari rumahnya di Taman Setia Gombak, Gombak, pagi tadi.

Beliau mula mengalami sakit jantung sejak 15 tahun yang lepas dan sejak dari itu, keadaan pelawak yang fasih berbahasa Melayu itu, tidak stabil.

Adik kembarnya Parameshvari berkata, Param kelihatan tenat pagi tadi dan menghembuskan nafas terakhir sebelum sempat tiba di hospital.

“Pukul 5 pagi tadi beliau sudah tenat. Melihat keadaannya kami segera membawanya ke hospital bagaimanapun belum sempat sampai di hospital beliau sudah tidak bernafas lagi,” katanya ketika ditemui di rumah pelakon itu.

Param mencipta nama bersama-sama dengan beberapa barisan pelakon lain seperti AR Badul, Wazata Zain, Datuk Yahya Sulong, allahyarham Yusni Jaafar dan allahyarham R Jaafar.

Mendiang terkenal antara 1970-an dan awal 1980-an dan banyak berlakon filem Melayu dan drama televisyen waktu itu.

Kali terakhir beliau muncul di layar perak ialah menerusi filem Penyamun Tarbus sekitar tahun 1980-an. Filem-filem lain yang turut dibintangi mendiang antaranya ialah Si Luncai, Si Badul dan Anak Tunggal.

Menurut Parameshvari, Param adalah seorang abang yang bertanggungjawab dan sangat mengutamakan keluarga.

“Beliau abang yang baik, beliau sangat menyayangi keluarganya,” kata Parameshvari sambil menitiskan air mata.

Param, yang masih bujang, adalah anak lelaki tunggal daripada enam beradik.

Mendiang berasal dari Negeri Sembilan dan memulakan karier lakonannya pada tahun 1976 sewaktu bekerja di Tampin.

param-rajalawak

“Beliau akan disemadikan Ahad ini di krematorium Hindu Cheras kerana menunggu tiga orang lagi kakak kami dari Paris dan London yang dijangka tiba selewat-lewatnya petang esok,” kata Parameshvari. BERNAMA

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures