Archive for May, 2009
Chin Peng – Perlukah dia dibenarkan kembali?
Sejak dari kecil lagi saya sudah mendengar nama Chin Peng. Bila sebut nama Chin Peng
atau nama sebenarnya Ong Boon Hua kita akan mengkaitkan nama beliau dengan komunis. Memang benar Chin peng adalah ketua Parti Komunis Malaya (PKM)
Sebagaimana kita sedia maklum PKM telah banyak menimbulkan masalah kepada ketenteraman negara pada masa itu. Banyak berlaku pembunuhan terhadap orang yang tak berdosa. Ini tidak termasuk kemusnahan harta benda semasa tempoh darurat.
Baru-baru ini bekas ketua PKM ini merayu kepada kerajaan Malaysia untuk kembali ke tanahair . Sebelum ini beliau gagal mendapat kebenaran dari makamah untuk kembali ke Malaysia setelah sekian lama tinggal di Thailand. Persoalannya adakah perlu atau dibenarkan kembali ke Malaysia
Sesetengah orang menganggap Chin Peng adalah seorang wira yang turut menentang penjajahan Inggeris. Jadi sebagai wira beliau sepatutnya dibenarkan kembali. Ada juga bependapat atas dasar kemanusian dan PKM telah lama terkubur maka perlu diberi ehsan kepada Chin Peng untuk kembali.
Namun bagi saya , Chin Peng tidak harus dibenarkan kembali. Kalau dengan hanya alasan seperti di atas saya rasa tidak ada sebab kukuh untuk membenarkan beliau kembali ke tanah air sebabnya:
1. Betulkah Chin Peng seorang wira – Atas alasan apa menyebabkan dia dipanggil wira. Memang dia menentang Inggeris melalui PKM, tapi apakah dia jujur atau penentangan terhadap inggeris hanya satu alasan untuk menyebarkan fahaman komunis. Andaikata kalaulah pada masa itu Chin Peng dan PKM berjaya mengalah Inggeris adakah kita pasti beliau akan meninggalkan PKM . Bagi saya kemungkinan besar beliau dengan selesa memperkukuhkan fahaman komunisme di tanah air. Maka hari ini mungkin negara kita menjadi negara komunis.
2.Kenapa perlu kesian dengan Chin Peng – Pada zaman darurat ramai yang telah terbunuh, wanita dirogol dan dibunuh dan banyak berlaku kemusnahan harta benda. Adakah kita lupa perkara ini. Ini angkara siapa? Ini menunjukkan PKM dan Chin Peng pada masa itu tidak jujur dalam perjuangan mereka. Kenapa perlu dibunuh rakyat tempatan yang tak mahu mengikut fahaman mereka. Jadi kenapa perlu ada sifat kemanusian terhadap Chin Peng sedangkan pada masa dulu Chin dan PKM tidak ada langsung sifat kemanusian.
Kita tentu ingat sejarah bukit Kepong yang mana ramai polis dan orang awam terbunuh. Begitu juga dengan peristiwa Kampung Bekor di Perak. Saya masih teringat Opah saya menceritakan kekejaman komunis membunuh penduduk dan membakar rumah di kampung Bekor. Kalau lah PKM marah sangat dengan Inggeris pada masa tu kenapa tak serang atau bunuh saja orang Inggeris tapi kenapa pulak nak membunuh orang Melayu, India mahupun orang Cina yang tidak mahu menurut fahaman dan kehendak mereka. Ini menunjukkan Chin Peng dan PKM tidak jujur dalam perjuangan mereka. Bagi saya mereka sebenarnya ingin mengembangkan fahaman komunis di negara ini.
Walaupun kita tahu terdapat beberapa orang Melayu turut bersama dalam PKM antaranya Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan sebagainya. Mereka ini memang berjuang membebaskan penjahan inggeris tetapi bagi pendapat saya saluran yang mereka ikuti tidak betul. Ini diambil kesempatan oleh PKM untuk meyebarkan fahaman komunisme terhadap bangsa Melayu pada masa itu. Akhirnya mereka terperangkap di dalam PKM.
Jadi kembali ke persoalan asal ..Perlukah dia dibenarkan kembali?
kalau tanya saya jawapannya:
Tidak – sebab di bukan wira negara, dia adalah musuh negara
Tidak perlu kesian atau ehsan – Sebab dia dulu pun tidak kesian dengan orang lain
kepada Chin Peng – Sorry rakyat tidak akan lupa apa yang kamu dan PKM buat…
Streamyx DNS server problem?
Semalam 27 Mei 2009 mungkin ramai pengguna streamyx tak boleh access ke internet. Ini berlaku kemungkinan disebabkan masalah DNS server (202.188.0.133 & 202.188.1.5) kepunyaan TMnet streamyx. Jadi bila ada problem pengguna tak boleh surf ke laman web.
Apa DNS server ni?
Secara amnya DNS server ini menyimpan IP untuk sesuatu server laman web. Cth katakan laman web google.com IP untuk laman ini adalah 64.233.189.104. Jadi bila kita taip www.google.com ia connet ke DNS server, dalam kes ini streamyx DNS server. DNS server akan mencari di dalam database apakah IP untuk URL ini, dalam kes ini IP untuk google 64.233.189.104 dan seterusnya ia akan forwad ke server laman web tersebut. Proses ini sebenarnya hanya berlaku dalam milisecond. Jadi dalam keadaan normal kita tak sedar translation dari URL ke ip berlaku.
Dalam kes semalam bila berlaku masalah pada server DNS TMnet sebarang URL yang kita taip tidak ditranslate ke Ip server sesuatu laman web jadi kita tak boleh access ke mana-mana website.
Jadi jika berlaku masalah seperti ini apa yang perlu kita buat ialah menukar DNS server ke DNS server yang lain. Terdapat banyak DNS server yang boleh kita gunakan. Setiap internet provider selalunya menyediakan sekurang-kurangnya 2 DNS server. Cthnya kita boleh menggunakan DNS server kepunyaan Jaring, Time.net dan sebagainya. Namun terdapat beberapa masalah yang mungkin boleh menjejaskan capaian ke laman web. Cthnya terdapat beberapa laman, web ip untuk web tersebut tidak di cache atau disimpan di dalam server DNS tersebut. Jadi kita tak boleh access ke laman web tersebut. Kedua jika berada di luar negara access ke DNS server mungkin agak lambat sekaligus memberi kesan kepada kita untuk access ke laman web yang kita kehendaki.
Apakah alternatif DNS server yang boleh kita guna.
di bawah adalah beberapa cth DNS server yang boleh kita guna
Jaring : 161.142.2.17 & 161.142.227.17
Time.net : 203.121.16.120 & 203.121.16.85
Kita boleh juga menggunakan DNS server di luar negara. Cth yang paling popular ialah openDNS.org
OpenDNS: 208.67.222.222 & 208.67.220.220
Bagaimana menukar DNS server Streamyx ke DNS server yag lain?
Jika anda menggunakan Windows XP:
click pada control panel—->Network Connection—-right-click pada icon Local Area Connection dan pilih properties dan cari danpilih Internet Protocol (TCP/IP) dan click pada Properties:

Di Properties pilih Use the following DNS server addresses:

Tukar DNS server TMnet stramyx ke DNS server yang baru cth guna jaring DNS, Time.net DNS atau Open DNS. Dan tekan ok.
Dalam kes ini saya lebih suka menggunakan server DNS yang di host di dalam negara ini cth Time.net sekirannya DNS server dari streamyx ada masalah kerana lebih cepat. Walaubagaimana anda boleh juga menggunakan server OpenDNS kerana capaian ke server ni boleh dikatakan agak pantas. Terpulang pada anda.
Apa itu MIDI
Ramai yang pernah dengar perkataan MIDI dan ramai juga menyimpan MIDI file di dalam computer untuk dimainkan di komputer. Walaubagaimana pun ramai yang kurang jelas atau kurang faham apa itu MIDI
MIDI atau Musical Instrument Digital Interface diperkenalkan pada tahun 1982 untuk membolehkan beberapa alat musik elektronik cth keyboard, drum machine , komputer ,soundcard, berkomunikasi atara satu sama lain. Dalam bahasa mudah midi membolehkan device seperti di atas membuat arahan di antara satu sama lain cth apa yang perlu dibuat untuk satu-satu masa..
Jadi MIDI merupakan satu protokol yang mengandungi satu set arahan..yang mana arahan ini akan dikuti oleh alat- alat yang support midi protokol untuk melaksanakan satu-satu arahan.
Walaubagaimana pun bagi pengguna pc , MIDI file (.mid) lebih bermaksud satu file untuk memainkan lagu atau music. Jadi mereka menganggap midi file ini sama dengan wav atau mp3. Sebenarnya midi file bukan dikatogerikan sebagai audio file seperti mp3, wav dan sebagainya. Sebabnya mid file tidak mengandungi sebarang sebarang audio data. Midi file hanya mengandungi data berbentuk arahan apa yang perlu dibuat oleh alat-alat yang support midi protokol.
Baiklah sekarang ramai yang berkata kenapa bila mainkan midi file di komputer dia akan mengeluarkan bunyi atau musik? Penerangan ringkas dia begini:
Kebanyakkan computer telah di sediakan synthesizer atau satu kumpulan bunyi yang mewakili satu-satu alat musik cth piano, string , flute , drum dan sebagainya. Untuk bunyi-bunyi ini ia telah di setkan atau di assignkan dengan satu nombor tertentu cthnya kalau piano di sekan no 1 untuk string no 49 dan sebagainya. Di dalam MIDI atau General MIDI (GM) terdapat 128 no mewakili satu-satu bunyi. Untuk mengetahui nombor apa ayng di assigned kan untuk satu-satu alat music di dalam General Midi boleh semak di sini : General MIDI (GM)
Selain dari itu di dalam midi terdapat juga arahan seperti apa key yang perlu dimainkan, bila dimainkan, tempo yang dimainkan dan sebagainya. Jadi kombinasi arahan-arahan ini membolehkan ia membentuk satu lagu atau musik. Jadi bunyi yang didengar atau dikeluarkan adalah dari synthsizer yang terbina di dalam komputer. Kualiti bunyi seseuatu alat musik begantung kepada pengeluar synthesizer tersebut. Oleh sebab itu satu midi file mungkin mengeluarkan bunyi dan quality yang berbeza dari satu komputer ke satu komputer. Sebagai cth sekiranya komputer tersebut mengandungi dan menggunakan synthesizer dari microsoft cthnya, sound dan quality mungkin berbeza dengan komputer yang menggunakan soundcard atau synthesizer yang dikeluarkan Creative labs dan sebagainya. Pagi pemusik professional mereka lebih suka menggunakan Midi Sound Module untuk menghasil sound yang lebih complex dan lebih berkualiti
Pemahaman apa itu MIDI boleh di samakan dengan satu-satu nota music atau music sheet. Katakan seorang music conductor dalam satu orkestra telah menulis nota music untuk setiap alat music yang ada dalam satu-satu orkestra. Jadi bila nota musik tersebut diberikan kepada setiap pemusik dalam orkestra tersebut mereka tahu bila, bagaimana, apa key, tempo dan sebagainya perlu dimainkan. Begitu juga dengan midi cuma ia berbentuk arahan digital.
Bagaimana untuk menghasilkan midi file
Untuk menghasilakn midi file ia dipanggil midi sequencing .Ada beberapa cara yang biasa digunakan
1. Menggunakan Software untuk midi.
Terdapat banyak software boleh digunakan untuk membuat sequencing midi. Cthnya Sonar (Cakewalk) . Di dalam software ini terdapat virtual keyboard atau juga dipanggil piano roll. Piano roll ni bertindak sebagai keyboard yang mana kita boleh menekan sebarang key dengan menggunakan mouse. Walaubagaimana proses sequencing dengan menggunakan piano roll agak lambat kerana kita terpaksa menekan key dengan menggunakan mouse untuk menghasilkan melodi. Namun begitu ia amat berguna jika kita ingin mengubah key pada bahagian tertentu dengan hanya menggunakan mouse.
2. Menggunakan music keyboard atau midi controller device bersama sequencing software.
Cara ini adalah yang paling popular. Saya lebih suka menggunakan kaedah ini setiap kali saya membuat midi sequencing. Kerana musik keyboard bertindak sebagai midi controller. Cth kalau kita menekan key A pada keyboard, di dalam software akan disetkan dengan key A. Jadi penghasilan music lebih mudah dan cepat serta real time. Untuk tujuan ini kita mesti menggunakan MIDI cable untuk disambungkan dari keyboard ke pc. Pada masa dulu MIDI cable di sambung dari midi port di pc ke music keyboard, tetapi pada masa ini USB midi cable sering digunakan. Selain dari music keyboard, midi control yang lain seperti drum machine juga boleh digunakan.
3. Stand alone midi sequencer
Kebanyakkan music keyboard atau midi controller yang lain mempunyai built in sequencer. Jadi proses sequencing boleh dibuat tanpa menggunakan komputer. Selepas selesai sequencing midi file boleh disimpan di dalam disket atau thumbdrive.
Bolehkah wav atau mp3 file diconvert ke Midi file?
Ini soalan yang biasa dan selalu saya dengar. Secara am tidak boleh. Ini kerana wav atau mp3 file mengandungi data audio sedangkan midi tidak mengandungi sebaang data audio ianya hanya mengandungi satu set arahan atau boleh juga dikatakan sebagai skrip. Oleh sebab itu saiz midi file sangat kecil lebih kurang 5kb hingga 100kb bergantung pada kompleksnya arahan yang ada pada file midi tersebut. Untuk wav atau mp3 ia mengandungi audio data jadi itu sebab saiz file jauh lebih besar dari midi. Jadi wav atau mp3 file lebih bersifat independence tak kira dimana sekali file ini dimainkan ia tetap mengeluarkan bunyi yang sama. Untuk midi file ia bergantung kepada synthesizer yang digunakan.
Cuma ada beberapa keadaan yang mana audio data boleh diconvert ke midi file. Dalam kes ini sekiranya audio file tadi memainkan single instrument cth hanya piano sahaja . Audio data ini akan dianalisa oleh sesuatu software yang mana ia akan meneka apa key, tempo dan alat music yang dimainkan. Seterusnya ia akan menukarkan ke arahan midi untuk dijadikan midi file. Namun apa yang perlu kita ketahui bunyi piano pada audio file tadi meungkin tidak sama dengan bunyi piano yang dihasilkan oleh midi file, kerana bunyi piano yang dihasilkan oleh midi file adalah dari synthesizer yang digunakan. Oleh sebab itu adalah mustahil untuk convert mp3 file ke midi file terutama jika lagu tersebut mengandungi pelbagai instruments dan mengandungi suara manusia
Adakah MIDI hanya untuk Musik?
Pada asalnya Midi memang untuk musik tetapi pada masa ini midi digunakan lebih dari music. Oleh kerana midi adalah satu protokol arahan, ia juga digunakan untuk mengawal atau memberi arahan kepada alat selain dari alat music. Cthnya pernah tak anda menonton pancutan air berirama. Ini adalah salah satu aplikasi midi. Dalam kes ini pacutan air tersebut menerima arahan midi untuk melakukan apa-apa tindakan. Cthnya bila pancutan air, ketinggian mana dan sebagainya. Audio data dan midi data boleh di synchronized kan bersama-sama untuk menghasilan pancutan air yang selari mengikut rentak lagu. Selain dari itu midi juga digunakan untuk mengawal pencahayaan lampu di sesuatu konsert dan banyak lagi.
Jadi saya berharap agar semua pembaca dapat memahami apa itu MIDI. MIDI bukanlah audio file tetapi hanya satu protokol arahan.
Jamal Abdillah – Penyanyi yang hebat
Kalau kita sebut Jamal Ubaidillah Bin Haji Ali mungkin ramai yang tak kenal tapi kalau sebut Jamal Abdillah memang ramai yang kenal. Jamal antara artis lelaki yang saya minat selain dari Saleem Iklim, Allahyarham Sudirman, Aris Ariwatan .

Jamal Abdillah
Terus terang pada pandangan saya tiada penyanyi lelaki melayu yang boleh menandingi suara Jamal. Walaupun Jamal diketuai umum pernah terlibat dalam penyalahan penggunaan dadah dan juga beberapa masalah peribadi, peminat masih minat dengan suara dan nyanyian beliau. Ini kerana suara nyanyian beliau belum ada yang dapat ditandingi
Kalau sesorang itu ingin menyanyikan lagu Tan Sri P. Ramlee kita boleh dengar kebanyakkan mereka cuba menyanyi seperti suara Tan Sri P. Ramlee. Begitu juga dengan lagu Jamal, orang secara tak sedar akan terikut dengan suara Jamal. Ini menunjukan suara Jamal memang unik dan tersendiri.
Setelah 30 tahun berada di persada seni beliau sampai ke hari ini masih aktif menyanyi dan masih diminati bukan sahaja peminat seusia dengan beliau tetapi juga generasi baru. Bukan senang sesorang artis itu bertahan lama apatah lagi diterima oleh semua golongan usia. Tapi Jamal berjaya, kerana anugerah bakat suara yang ada pada beliau gunakan sepenuhnya.
Memang tidak dinafikan tiada masnusia yang sempurna. Begitu juga Jamal, walupun hebat dalam seni suara , kehidupan beliau tidak seperti kebanyakkan orang. Masalah dadah mungkin antara penyebabkan kehidupan beliau tidak seperti orang lain. Walaupun pada umumnya beliau dikatakan bebas dari dadah, tetapi sedikit sebanyak kesan dari masa lampau mempengaruhi kehidupan seharian beliau termasuk dalam kehidupan rumah tangga.
Walau apa pun pandangan masyarakat mengenai sejarah jamal dan kisah kehidupan beliau, masyarakat tidak dapat menafikan Jamal memang hebat dalam seni suara. Kekadang kehebatan seni suara beliau menyebabkan kita lupa atau tak kisah dengan kisah peribadi beliau.
Bagi pengunjung blog ini saya perdengarkan nyanyian Jamal Abdillah semasa beliau bertanding di Bintang RTM 1979. Nyanyian beliau inilah yang menobatkan beliau sebagai Juara Bintang RTM 1979 dan menjadikan beliau antara penyanyi yang hebat sehingga sekarang.

Jamal Abdillah – Senandung Semalam (Pertandingan Akhir Bintang RTM 1979).
Go get Adobe Flash Player!
Untuk download sila (right click save as..) di bawah:
Jamal Abdillah – Senandung Semalam (live – RTM 1979)
Nero lembab?
Ada rakan kita menanyakan kepada saya kenapa selepas install Nero pc jadi lembab:
salam saudara gcloud, sy nk tanyer ttg burn cd nie, sblm sy guna nero 7 essential pc sy mmg laju, sy guna hd40GB IDE jer dan 512 RAM,slps jer install software tu trs pc sy jdi berat dan selalu hang, slps dh terlalu lm sy sbr ngan nero nie 15/05/09 jam 6 ptg tadi sy trs uninstall software trsbt, tapi pc sy msh slow mcm dulu..
Ok sebenarnya masalah ini dihadapi oleh ramai orang jika mereka install Nero samada Nero 7, 8 atau 9. Bagi saya Nero sebenarnya program yang baik cuma ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum install Nero.
Nero secara default akan install semua software dan service yang terkandung dalam package software Nero. masalahnya bukan semua software perlu atau mesti digunakan. Jadi jika kita install semua software dan service maka menyebabkan pc kita slow dan berat. Ini kerana sestengah service dalam nero run secara backround seperti indexing dan sebagainya.
Pc saya sekarang juga diinstall Nero tapi saya hanya install hanya yang perlu iaitu Nero Burning Rom.. Bagi saya nero Burning Rom sudah cukup untuk kerja-kerja burning.
Dalam artikel ini saya cuba terangkan bagaimana untuk kita mengelakkan masalah pc slow/berat apbila install Nero
Jika anda sudah install Nero saya menasihatkan uninstall Nero. Cara pergi ke control panel dan click pada Add/Remove program.. Selepas Uninstall reboot pc anda.
Sekarang apa yang perlu anda buat buang segala registry berkenaan dengan Nero. Ini kerana kita tidak mahu ada saki baki .dll file untuk program nero yang sebelumnya masih ada dalam pc. Untuk membuang registry saya sangat-sangat mencadangkan menggunakan CCleaner sila download di sini
Selapas download install dan open CCleaner
Click pada registry dan tekan butang Scan for Issues. Ikut arahan seterusnya. Software ini akan membuang mana-mana registry file yang tidak perlu atau tidak digunakan lagi. Ini akan membuatkan pc lebih lancar dalam masa yang sama ia membuang sebarang file yang masih ada walaupun kita telah uninstall satu-satu software.
Sekarang install semula Nero. Semasa proses installation Nero ia akan mempaparkan option seperti berikut:

Click pada install Nero without Ask Toolbar.. Ini akan mengelakkan semasa install nero ia akan install Ask Toolbar pada internet browser. Tapi kalau kita tak kisah kita boleh install Asktoolbar.. But bagi saya say lebih suka tanpa Ask tool bar.
Dan seterusnya Nero akan mempaparkan satu lagi option untuk kita pilih seperti di bawah:
ok ini adalah satu bahagaian yang penting semasa kita install Nero. saya sangat-sangat mencadangkan supaya anda pilih option Custom. Ini membolehkan kita pilih mana software yang ada dalam Nero untuk dinstall atau tidak.

Di sin kita boleh pilih software mana yang kita patut buang semasa installation. Terdapat beberapa senarai software yang boleh dibuang. Caranya right-click pada icon h/disk seperti di atas dan pilih option This Feature will no be available..jadi Nero tidak akan install software ini. Buat untuk software yang lain jika anda tidak mahu install software tersebut . Bagi saya saya buang semua software kecuali Nero Burning Rom. Sebabnya Nero Burning Rom sudah cukup untuk tujuan burning.
Untuk pengtahuan semua jika kita install semua software yang ada dalam nero. Sesetengah software dalam nero akan “take over” program lain. Cth katakan kita memainkan audio dalam WMP sebgai default jika kita install full nero ia akan take over WMP sebagai music player masksudnya nero akan menggunakan pemain audio dari Nero. Memang kita boleh tukar kepada WMP cthnya tetapi ia merenyahkan…begitu juga dengan file-file yang lain seperti video, image dan sebagainya. Jadi saya cadangkan elakka install Full nero kecuali anda tak kisah..

Akhir sekali semasa installation “untick” (jangan tick) pada Add the nero application to he auto-pay option. Ini mengelakkan Nero digunakan sebagai sofware default untuk sesuatu file
Selepas reboot satu perkara yang perlu anda lakukan ialah disbale nero indexing service. Sebabnya sevice ini akan scan media file secara backround. Bagi saya service ini tidak perlu dan ia menyebabkan pc jadi slow. Jadi saya amat-mat menggalakan disable service ini caranya:
Click pada windows Control Panel kemudian pilih Administrative Tools dan click pada icon Services
Cari service NMIndexingService righ-click pada sservice ini dan tekan properties:
Pilih Disable pada ruangan Startup Type dan tekan butang Stop untuk memberhentikan service ini dan tekan Apply dan ok. Sekarang service ini tidak lagi run secara backround
Seperkara lagi jika anda membuka My Computer , terdapat icon Nero Scout anda digalakan disable service ini caranya
Start —>Run—typekan text dibawah dalam ruangan pada Run:
regsvr32 /u “C:\Program Files\Common Files\Ahead\Lib\MediaLibraryNSE.dll”
dan tekan OK..sekarang NERO scout akan hilang
Salah satu sebab kenapa pc kita slow semasa start up adalah kerana terlalu banyak software di run semasa proses startup jadi saya mencadangakan pilih atau buang mana-mana software yang tidak perlu di run semasa startup. Software yang boleh digunakan adalah CCleaner..Open CCleaner
Pilih Option Tools—click pada Start Up. Di sini kita boleh lihat apa software atau service yang dirun semasa startup . Jadi kita boleh buang mana-mana yang tidak diperlukan. Dalm cth dia atas saya nak NeroFilterCheck dihapuskan semasa Startup , jadi saya click pada bahagian tersebut dan click pada Disable atau Delete terus semasa start up. Perhatian: Anda seharusnya berhati-hati semasa disable/delete pada bahagian ini. Ini kerana jika tersalah disable/delete mungkin pc anda tidak berfungsi sepatutnya.. Sila semak di internet apa fungsi-fungsi service tersebut sebelum disable atau delete.
Jadi saya harap pengguna Nero dapat menyelesaikan masalh kenapa pc jadi lembab selepas install Nero. Walaubagaimana pun jika anda malas nak buat tweaking seperti di atas..just guna software burning yang lain yang sesuai dan mudah digunakan oleh anda
Selamat mencuba.



