Archive for March, 2009
Kamera dan Fotografi
Adakah anda mempunyai kamera foto. Saya yakin ramai diantara kita mempunyai sekurang-kurangnya satu kamera. Kamera ini digunakan untuk merakam sebarang event yang kita rasa sesuai untuk dijadikan kenangan atau sekurang-kurang untuk berkongsi kenangan dengan orang lain.
Saya mempunyai kamera foto semenjak di bangku sekolah menengah lagi. Kamera ini dihadiahkan oleh bapa saudara kerana beliau tahu saya suka pasal fotografi. Sejak dari itu minat saya dalam fotografi mula berkembang. Setelah mula bekerja minat saya dalam fotografi jadi lebih mendalam kerana ramai rakan sekerja juga minat dalam fotografi. Walaubagaimana pun saya tidak menjadikan fotografi ini sebagai hobi utama. Ini kerana pada masa itu saya tidak nampak apa sebenarnya fungsi untuk sesebuah kamera. Setelah mendirikan rumah tangga pada masa itulah bahawa saya sedar fungsi kamera bukan sekadar mengambil gambar tetapi lebih dari itu.
Semasa isteri saya melahirkan anak pertama, saya bertanya kepada rakan baik saya iaitu saudara Basri mengenai kamera. Sebab dia mahir pasal kamera dan fotografi. Dia tanya kepada saya , apa tujuan beli kamera, adakah sekadar suka-suka atau lebih dari itu. Saya katakan kamera ini nak digunakan untuk ambil gambar anak sulung saya yang baru lahir. Kemudian dia beritahu saya… kalau macam tu beli kamera yang bagus tetapi mampu dibeli oleh saya pada masa itu. Oleh kerana dia mempunyai kamera SLR dia suggestkan kepada saya juga membeli sebuah kamera SLR. Kata saudara Basri lagi..kamu tak akan menyesal beli kamera SLR.. Tambahnya lagi…kalau nak gambil gambar anak gunakan kamera yang bagus kerana anak kita pada hari ini tidak akan sama lagi pada masa akan datang..jadi ambil gambar mereka pada quality terbaik yang kita mampu. Anak kita pada masa akan datang akan menghargai apa yang kita buat pada masa ini. Mendengar kata beliau pada sebelah malamnya saya terus pergi kedai kamera dan terus membeli kamera kamera SLR iaitu Nikon F65.

Memang betul kata basri gambar yang dihasilkan oleh kamera nikon ini sungguh cantik berbeza dengan kamera compact biasa. Sejak dari itu saya terus mengambil gambar dengan menggunakan kamera tersebut dan dalam masa yang sama mempelajari dengan lebih mendalam asas-asas dalam fotografi. Alhamdulliah terms dalam fotografi sudah menjadi sebati dalam diri saya. Jadi ini memudahkan saya mengambil gambar yang terbaik dengan menggunakan kamera SLR saya. Kamera ini juga menjadi pilihan kalau ingin merakamkan acara-acara penting dalam keluarga kerana ia amat jarang gagal menghasilkan gambar seperti yang diharapkan. Kalau ada masalah pun ia disebabkan masalah lain seperti digunakan oleh orang yang tak pernah pegang kamera SLR atau filem dah luput. Cth gambar dibawah adalah dari kamera nikon SLR filem

Walau bagaimana pun sejak akhir-akhir ini saya agak malas nak menggunakan kamera SLR filem tersebut.. Bukan kerana ia tidak lagi berfungsi tetapi dari segi convenience agak kurang jika dibandingkan dengan kamera digital. Satu lagi ada satu insiden dimanakan hasil gambar yang dirakamkan oleh kamera SLR saya amat mendukacitakan. Bukan kerana kamera tersebut rosak tetapi filem yang digunakan telah luput. Ya ini kesilapan saya kerana tidak melihat tarikh luput pada filem tersebut… Nasib baik pengalaman saya mengunakan photoshop membantu keadaan ..kalau tidak hancusss.. Perkara utama “kekangan” menggunakan kamera filem ini adalah jumlah foto yang ingin diambil terhad pada berapa roll filem yang kita bawa pada sesuatu masa. Jadi kita begitu berhati dalam mengambil gambar. Memang bagus berhati-hati cuma banyak perkara yang boleh dirakamkan tidak dirakamkan. Selain dari itu kita tidak dapat lihat hasil secara serta merta kerana filem tadi mesti diproses dan dicetak.. ini mengambil masa bergantung pada kecepatan lab yang memproses filem tersebut. Dan apa yang paling saya tak suka samada gambar itu baik atau tidak ia akan dicetak..dan ini melibatkan kos…ini tidak termasuk kos membeli roll filem. Oleh itu saya berpendapat saya harus beralih kepada Kamera digital…
Sebenarnya saya mengambil perkembangan kamera digital lebih 10 tahun dahulu. Kamera digital pertama yang pernah saya gunakan adalah Sony Mavica kepunyaan rakan sekerja. Namun pada masa itu saya kurang minat dengan kamera digital kerana quality gambar yang dihasilkan amat tidak memuaskan hati saya. Kedua harga kamera digital pada masa itu amal mahal. Jadi saya terus menggunakan kamera filem.. Tahun demi tahun teknologi dalam kamera digital semakin baik dan harga semakin munasabah maka minat saya untuk memiliki kamera digital semakin mendalam. Cuma saya tidak bercadang untuk membeli kerana ada beberapa perkara pada fikiran saya terdapat kekurangan pada digital kamera. Namun pada akhir-akhir ini kebanyak kekurangan yang ada pada digital kamera telah diperbaiki maka saya fikir elok saya membeli kamera digital.
Pada awal tahun 2009 saya telah membeli kamera digital yang pertama iaitu Canon Powershor A1000is. Kamera ini bukan dikatogeri kamera SLR ia hanya compact digital kamera tetapi setelah saya survey diinternet saya bercadang untuk membelinya. Pertama ia dihasilkan oleh company yang memang dalam dalam fotografi, kedua harga yang berpatutan untuk kamera dalam kelas compact dan yang paling penting quality yang dihasil amat baik. Of course certain perkara kamera canon ini tidak dapat melakukan apa yang dilakukan oleh kamera Nikon SLR saya…ini kerana kedua-duanya dalam kelas yang berlainan. Tapi saya berpuas hati gambar yang dihasilkan begitu baik.

Oleh kerana gambar yang dihasilkan dalam bentuk digital ia memudahkan saya mengambil berapa banyak shot yang saya fikir perlu tanpa memikirkan berapa frame lagi yang masih tinggal jika saya menggunakan filem. Kedua yang paling penting saya boleh buat further editing untuk mencantikkan lagi gambar tersebut menggunakan photoshop misalnya. Satu perkara memang sudah jadi habit dalam diri saya tak kira semahal atau sebagus mana sekali pun kamera digital tersebut saya akan edit gambar tersebut mengikut taste saya. Ini kerana saya sebelum ini menggunakan kamera filem jadi saya sudah terbiasa dengan karektor image yang dirakamkan oleh kamera . Kalau kita biasa menggunakan kamera filem sudah tentu kita dapat membezakan antara kamera filem dan kamera digital mahupun kamera Digital SLR…maksud saya bukan kamera digital SLR tak bagus…cuma karektoristik ada sikit berbeza dengan kamera filem dan digital. Jadi saya mahukan image yang dirakam oleh digital kamera mempunyai persamaan (walau tak 100%) dengan gambar yang dihasilkan oleh kamera filem.
Oleh kerana pengalaman menggunakan photoshop yang saya timba agak sekian lama…agak mudah saya menghasilkan image digital kamera seperti yang dihasilkan oleh kamera filem. Di bawah adalah hasil dari kamera canon powershot A1000is


Saya masih menggunakan Kamera Nikon SLR saya untuk tujuan tertentu saja sebagai cth jika saya ingin mengambil gambar bersifat artistik. Ini kerana sebagaimana kita sedia maklum lens pada kamera compact digital tidak dapat menghasilkan kesan artistik seperti bokeh dan sebagainya. Tetapi untuk general use atau kegunaan biasa bagi saya kamera canon ini lebih dari cukup. Pertama ia kecil mudah dibawa kemana-mana.. Dan yang lebih penting ia juga menghasilkan gambar yang baik jika kita tahu menggunakan kamera tersebut…
Kebetulan saya ada menerima email dari rakan kita yang menanyakan apakah kamera compact digital yang baik..Agak susah untuk saya menyarakan kamera apa yang baik cuma apa yang saya boleh bagi tahu beli kamera yang tidak terlalu murah dan tidak terlalu mahal. Ada juga kamera digital yang agak murah sekitar RM300. Tetapi hasilnya agak mengecewakan. Perlu diingat kita menggunakan kamera untuk merakam “moment” . Mungkin ada moment tersebut menjadi nostalgia pada masa akan datang cthnya gambar anak-anak kita. Jadi beli kamera yang baik tetapi pada harga yang sederhana. satu lagi belilah kamera yang dihasilkan oleh company yang memang berpengalaman dalam bidang fotografi cth nikon, canon, Olympus dan sebagainya. Atau boleh cuba dikedai kamera digital yang saya gunakan iaitu Canon Powershot A1000is. Harga semasa saya beli kamera ini dalam lingkungan RM699 termasuk 2 gig memory card dan battery. Atau anda boleh mencuba kamera dari jenama lain, Selalunya di kedai gambar ada sample untuk gambar dari kamera tersebut.. Atau kalau anda malas nak kedai anda boleh download full resolution image dari internet yang dihasilkan dari satu-satu kamera kemudian cuba cetak gambar tersebut samada menggunkan printer atau hantar kekedai gambar.
InsyaAllah pada post yang akan datang saya akan menerangkan beberapa perkara yang perlu kita tahu mengenai kamera digital terutama kamera digital kompak. Apa kelebihan dan apa kekurangan dan bagaimana untuk mengatasi…dan beberap tip-tip yang menugkin berguna kepada pengguna kamera digital. InsyaAllah…



