Archive for February, 2009

Kemelut Perak: Suatu Pandangan

Artikel asal dari laman blog: lanailestari.blogspot.com

`Under normal circumstances,it is taken for granted the Agong would not withold his consent to a request for dissolution of Parliament.His role is purely formal’
per Raja Azlan Shah,Constitutional Monarchy,Rule Of Law and Good Governance.

[Terjermahan secara harfiah:Di dalam keadaan biasa,Agong tidak boleh menahan dari memberikan perkenannya diatas permintaan untuk membubarkan Parlimen.Kewajiban tersebut semata-mata bersifat formaliti.]

Petikan diatas di pungut dari sebuah buku yang mana penulisnya bukan kepalang manusia.Penulisnya pernah menjadi,inter alia, Ketua Hakim Negara (Lord President),Yang Di Pertuan Agong dan sekarang ini seorang Sultan di Negeri Perak Darul Ridzuan (teman saya sdr.L ManKadir Samsi,dalam blognya tokperan.blogspot.com menyebut sebagai Darul Rasuah).Buku tersebut menyerlahkan sifat kecendiakawanan (intellectuallity) sang penulis yang cukup hebat.

Tentunya dengan credential `man of law’,penulis memberikan hujjah yang cukup memberangsangkan khususnya bagi melahirkan pentadbiran/pemerintahan yang ampuh khususnya dalam kerangka hubungan dengan institusi Istana atas prinsip Demokrasi Berparlimen dan Raja Berpelembagaan.Malah saya percaya kepada para mahasiswa/siswi jurusan Undang-undang khususnya,buku ini tentunya menjadi semacam `bible’ kepada mereka mentelaah subjek Undang-undang Perlembagaan.

Terlepas dari dilihat berniat menulis makalah undang-undang,saranan yang di berikan oleh Raja Azlan Shah didalam bukunya itu merupakan proposisi undang-undang yang menjadi amalan selama ini.Ertinya,didalam banyak keadaan-termasuk dan khususnya dalam soal pembubaran Dewan-Raja-raja tidak mempunyai pilihan melainkan untuk akur.Proses ‘memohon perkenan’ daripada Agong atau Raja-raja yang memerintah hanyalah sekadar formaliti,yakni,didalam bahasa yang mudah,Agong atau Raja tesebut tidak punya pilihan atau tidak boleh menidakkan permintaan tersebut.

Amalan ini bukanlah perkara baru jika di tinjau dari sudut historisnya.Tatkala Negeri-negeri Melayu dibawah penjajahan Inggeris (Prof.Emiritus Khoo Kay Kim berhujjah sebenarnya Negeri-negeri Melayu bukan di jajah tetapi bersifat Naungan),setiap Negeri Melayu menerima seorang Penasihat British yang juga di kenali sebagai Residen Inggeris.Penyebaran pengaruh atau perluasan penjajahan Inggeris di Negeri-negeri Tanah Melayu sebenarnya bermula di Perak dalam tahun 1874 dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.

Bidang tugas Residen Inggeris ini ialah memberi nasihat kepada para Sultan dalam semua perkara membabitkan pentadbiran dan pemerintahan kecuali yang berhubungkait dengan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu.Nasihat Residen Inggeris ini wajib di patuhi dan Sultan tidak ada pilihan melainkan untuk akur.Bukankah tercatat didalam sejarah tanahair ada Raja Melayu yang diturunkan dari takhtanya semata-mata kerana `derhaka’ kepada aturan Inggeris ini?

Setelah merdeka,pendekatan bahawa Raja-raja Melayu bertindak atau perlu akur dengan nasihat samaada Menteri Besar atau Perdana Menteri dijadikan sendi kepada pentadbiran negara-ianya bukan sekadar convention tetapi merupakan kuatkuasa undang-undang.Dalam sistem Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dan dalam demokrasi yang sihat tentulah prinsip ini menjadi trite law yang maha penting.Tambahan pula bukankah pentadbiran Malaysia diasaskan kepada model ala Westminster British dimana Queen hanya memainkan peranan formaliti sahaja sebagaimana yang di sebut oleh Raja Azlan Shah didalam magnum opus-nya itu?

Berbalik kepada apa yang berlaku di Perak,pada hemat saya keputusan di buat oleh Sultan Perak tersebut kelihatannya,tidak mengikuti lunas undang-undang dan convention yang terpakai selain dari bertentangan dengan apa yang beliau tulis didalam bukunya itu.Permintaan dari MB Perak Ir.Nizar untuk perkenan membubarkan Dewan bagi mengadakan Pilihanraya adalah sesuatu yang munasabah dan didalam ruanglingkup undang-undang.Persoalannya disini,apakah keengganan Sultan Perak tersebut bertepatan dengan kehendak hukum?

Implikasi dari peristiwa ini cukup besar dan menggerunkan dalam konteks kehidupaan negara demokrasi.Jika keputusan Sultan Perak yang enggan mengikut nasihat dan permintaan MB dianggap mempunyai keabsahan dari segi legality-nya,maka bermakna Raja-raja Melayu mempunyai kuasa budibicara yang tiada had!Didalam keadaan Raja-raja Melayu yang terlindung dari tuntutan undang-undang,hal ini begitu membimbangkan.Sesebuah kerajaan yang sah yang di pilih oleh rakyat boleh di tumbangkan dengan hanya keengganan untuk menuruti nasihat MB/PM.Dan ini boleh berlaku tanpa ada upaya check and balance kerana tidak ada mekanisme sebegitu terhadap Raja-raja Melayu.

Tindakan Sultan Perak ini juga mengundang persoalan apakah Sultan Perak akan membuat keputusan yang sama jika keadaan sebaliknya berlaku yakni,katakan Tajol Rosli sebagai MB meminta Dewan di bubarkan ataupun Pakatan Rakyat yang pula meminta supaya mereka membentuk kerajaan?Apakah Sultan Perak akan menasihati Tajol Rosli supaya meletakkan jawatan atau terus bersetuju bagi PR membentuk kerajaan.Saya tidak punya jawaban kepada persoalan ini dan tidak ingin berspekulasi,cuma saya teringat kepada suatu pepatah undang-undang yang saya pasti Raja Azlan Shah selaku mantan Lord President tidak mungkin melupainya iaitu:Keadilan bukan sahaja mesti di laksanakan tetapi hendaklah di lihat dilaksanakan (justice not only must be done but must be seem to be done).

Tentunya keputusan Sultan Perak ini mengundang backlashed dari rakyat.Rakyat berasa tidak puashati dengan keputusan sedemikian yang mereka anggap mengenepikan suara rakyat.Cuma saya terkejut dengan darjah kemarahan rakyat ini.Di tinjau dari komen yang di tulis didalam Buku Tetamu Laman Web Sultan Perak,dapat difahami kemarahan dan ketidakpuasan hati rakyat;begitu juga dengan tulisan-tulisan di dlm internet yang rata-ratanya melahirkan kekecewaan yang teramat sangat terhadap keputusan tersebut;manakala sms mahupun perbualan di serambi masjid dan kedai kopi juga melahirkan sentimen yang sama.

Perkembangan ini menarik sekurang-kurangnya dalam menilai psyche orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia keselurahannya.Jelas ujudnya anjakan paradigma dan cara berfikir rakyat yang mengenepikan sentimen feudal serta lebih bersikap kritikal.Rakyat tidak lagi dapat menerima titah raja sebagai seadanya,sebagai suatu yang cukup sakral (sacred) tanpa perlu dipersoalkan.Ertinya institusi Raja tidak lagi dilihat sebagai suatu yang taboo.Saya percaya di pihak Sultan Perak dan Raja Muda Perak sendiri tidak menyangka amarah rakyat meluap sebegini rupa sehingga kereta Raja Muda khabarnya turut di baling oleh rakyat yang kecewa.

Kesemua ini wajar di lihat dalam konteks yang luas-dengan perkembangan teknologi maklumat dan kesedaran hidup bernegara serta pendidikan-dan pada masa yang sama perlu diperhalusi dimana silapnya sehingga rakyat bertindak sebegini.Raja-raja Melayu dan tentunya mereka yang berwenang menguatkuasakan undang-undang perlu bijaksana menilai fenomena ini dan tidak ada kewajaran untuk berselindung di sebalik Akta Hasutan atau pun ISA.Saya cukup bimbang jika pendekatan sebegini yang akan di pilih sebagai jalan mudah untuk menutup mulut rakyat.

Kita juga menginsafi bahawa episod yang berlaku di Perak ini diambil kesempatan oleh UMNO/BN melalui pencacai mereka,media arus perdana, untuk melakarkan gambaran yang jelek terhadap PR sebagai pengkhianat,derhaka dan sebagainya.Malah Mufti Perak juga telah keudara membawa mesej yang sama-derhaka.Saya berpandangan,dengan kesedaran mendalam di kalanyan rakyat semenjak sedekad kebelakangan ini,isu ini tidak akan dapat mengubah tanggapan umum malah akan memperlihatkan kejelikan UMNO/BN yang sanggup memanupulasikan Istana demi mengejar kekuasaan.

Siapakah yang dapat melupakan bagaimana UMNO memperlakukan Raja-raja Melayu sewaktu krisis Perlembagaan yang melibatkan isu imuniti Raja-raja Melayu?Bukankah UMNO-pemimpin dan para pengikut mereka-menghentam dan memalukan Raja-raja Melayu dihadapan umum tanpa diberikan peluang membela diri.Akhbar dan telivesyen di pergunakan sepenuhnya untuk melanyak Raja-raja Melayu.Saya ketika itu Timbalan Presiden PMUM (UMSU) melihat sendiri hal ini dan yang berada bersama-sama Raja-raja Melayu,saban malam membaca surah Yaasin serta solat hajat mempertahan Institusi Istana adalah para penyokong dan ahli PAS serta Semangat 46.Kami para pemimpin pelajar dari hampir semua Universiti berkeliling seluruh Semenanjung mengadakan pertemuan dengan para Sultan.Malah saya sendiri ada menulis pandangan saya mengenai krisis ini yang disiarkan oleh Majalah Aliran pada waktu itu yang mengundang `temujanji’ dengan HEP UM.

Ertinya UMNO dan kesemua media arus perdana tidak mempunyai hak moral untuk mengambil kesempatan melabelkan mana-mana pihak sebagai derhaka (dan ini termasuk Mufti Perak sendiri;dimana beliau ketika Raja-raja Melayu di malukan UMNO?).Mereka perlu muhasabah diri terlebih dahulu!

Saya berkongsi sentimen dengan YAB Dato Tuan Guru Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dalam isu yang melibatkan demokrasi dan Raja-raja Melayu.Pandangan beliau didalam tulisannya bertarikh 5.2.2009 amat tepat dan saya kira mencerminkan sentimen rakyat keseluruhannya.

Dan apakah yang boleh kita pelajari dari episod yang berlaku di Perak?Kepada saya yang paling penting adalah didalam perjuangan kita wajib mempunyai keyakinan diri yang utuh,bahawa di dalam perjuangan rakyat yang sah dan demokrasi kita harus insaf sesungguhnya jatuh bangun perjuangan tidak boleh disandarkan kepada mana-mana pihak.Kita perlu berjuang tanpa mengharapkan mana-mana Lembaga Daulah bersama kita.Jika kita masih berfikiran mengharapkan Lembaga Daulah akan bersimpati atau bersama berjuang dengan rakyat,yakinlah,perjuangan kita tidak akan kesampaian.Maka perjuangan kita sesungguhnya dari rakyat untuk rakyat dan demi rakyat.Hanya rakyat berhak menentukan.
Artikel asal dari laman blog: lanailestari.blogspot.com

  • Share/Bookmark

Bangsa Yahudi Bijak?

Mahu tak mahu kita kena akui bangsa Yahudi memang bijak dan cerdik. Bijak dan cerdik bangsa Yahudi ini meliputi segala hal. Ia termasuk teknologi, perniagaan, kesenian dan sebagainya termasuk membuat helah dan penipuan. Jadi tak hairanlah kaum yahdi walupun jumlah mereka tidak ramai tetapi menguasai hampir semua perkara dalam kehidupan.

Persolannya adakah mereka ini semula jadi bijak atau kebijakkan mereka ini dibentuk sejak awal.

Saya ada merima email dari rakan saya mengenai mengapa Kaum yahudi ini bijak. Artikel ini juga boleh saudara-saudari dapati dalam laman web/blog yang lain. Jadi artikel ini bukan tulisan asal saya dan minta maaf tak dapat nak bagi kredit siapa penulis sebenar pun saya tak tahu. Tapi kita boleh ambil pengajaran dan iktibar dari artikel ini:

——————————————————————————————–

Mengapa Yahudi Bijak

Menemui saudara ku sekelian, baru baru ini sekali lagi Yahudi bermaharja lela membantai penduduk Gaza, tanpa merasa belas kasihan, ini dapat difahami kerana bagi kaum Yahudi, Palestin adalah negeri mereka, walaupon dari segi sejarah, memang mereka tahu, Israel memang bukan milik mereka yg mutlak, terima kasih kepada kerajaan British yg. memberi mereka penempatan selepas dihalau oleh Hitler pada perang dunia kedua. Tak perlulah saya mengulang lagi peri laku kaum Yahudi yang sekian lama di halau oleh umat manusia dari zaman Firaun lagi, berjuta juta kaum Yahudi telah dibunuh, tiada suatu bangsa didunia ini yang dibunuh begitu ramai dimuka bumi ini dan kini telah muncul pula di Amerika,kumpulan anti Yahudi , kerana mereka (pribumi Amerika)telah mulai sedar yang mereka telah menjadi hamba dibawah telunjuk Yahudi (Proxy) Hanya masa akan menentukan peledakan dimana kaum Yahudi pula akan menemui penghalauan beramai ramai keluar dari bumi Amerika, mustahil? Jika anda lihat sejarah, tiada apa yang mustahil akan berlaku terhadap kaum Yahudi.

Setelah memantau beberapa lelaman web saya ada terbaca tesis mengenai kaum Yahudi dan saya tertarik untuk membaca dan menterjemahkanya ke bahasa Melayu, semuga ianya dapat memberi menafaat kepada kita dan jenerasi mendatang. Janganlah kita dok mengutuk kaum Yahudi terus terusan, sedang badan dunia (UN) tak dapat melakukan sesuatu. Pembantaian secara zalim diGaza akan segera dilupakan tanpa satu pun general tentera Israil dibawa kepengadilan (sila lihat sejarah UN) maka itu kaum Yahudi bertambah bongkak, tujuan mereka hanyalah melemahkan kaum Arab disekeliling mereka.

Tesis itu bertajuk “Why the jews so smart” suka cita saya alih bahasakanya secara rengkas. Setelah membaca tesis itu, ianya dapat mengubah cara diet saya, semuga pasangan muda dapat mengamalkanya demi melahirkan jenerasi yg baik.

Hakim Ma’ruf Bin Hj Abdul Kadir
Universiti Massachuset
USA.

Mengapa Yahudi Bijak?
Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.
Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?
Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.

Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.
Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, “ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak” Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.
Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.
Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu , dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan. (Catatan : Orang –orang yg menghafaz al Quran juga digalakkan mengambil kismis, badam, korma dan susu utk meningkatkan daya ingatan)

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama bdam.

Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu.  Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah. (Ini juga merupakan sunnah Rasullullah supaya makan buah2an dahulu baru makanan yang berat)
Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA.  Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah …… tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California, ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!! !. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.  (Ketiga2 sukan ini juga dianjurkan oleh Islam melalui hadith Rasullullah tetapi dilaksanakan oleh bangsa Yahudi yang tahu kebaikannya)

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin?  Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik. Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg bodoh (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok.  Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!!

Anda mungkin musykil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi bodoh, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini. Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana?  Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia?  Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawapannya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis essay sepanjang 5 mukasurat penuh. Essay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!
Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

Ulasan : Mengapakah cerdik pandai Islam zaman lampau adalah mereka yang bijak dan pakar dalam pelbagai bidang adalah kerana mereka mengamalkan apa yang diajar oleh Rasullullah. Kebanyakan yang diajar kepada masyarakat moden hari ini sebenarnya merupakan apa yang berlawanan dengan ajaran Rasulallah supaya kita tidak mendapat kebaikan tetapi bangsa Yahudi melaksanakannya utk kebaikan bangsa mereka sendiri. Spt contoh pengilang terbesar rokok adalah bangsa Yahudi tetapi mereka tidak menghisapnya. Begitu juga, amalan makan di hotel2, buah2an selepas makanan utama sedangkan Yahudi memakan buah terlebih dahulu spt yg dianjurkan oleh Rasullallah. Yg mungkin tidak disentuh di sini ialah cara makan hari ini yang rata-rata menggunakan tangan kiri menggunakan garfu yg jelas bertentangan dengan ajaran Rasullalah. Adakah kita akan terus menggunakan tangan kiri sambil memegang garfu semata-mata untuk mematuhi etika makan yang dicipta entah siapa. Fikirkanlah : makan dengan tangan kanan, seperti ajaran Islam , kita mendapat ganjaran pahala dpd Allah.  Makan dengan tangan kiri, walaupun tidak berdosa tetapi amalan yang sia2, kita cuma berbangga kerana berjaya mematuhi etika makan yang tidak pernah kita selidiki berasal dari mana ???

  • Share/Bookmark

5 Februari – Satu sejarah hitam buat rakyat Perak

Hari ini aku merasa sedih kerana sistem demokrasi di Perak khususnya dan di negara ini amnya telah “dimatikan” oleh orang yang yang Gila kuasa, Gila Pangkat .

Peranan Sultan sepatutnya menjernihkan keadaan bertukar menjadi pencetus kemaharahan rakyat.

Kalaulah begini jadinya, politik boleh dijual beli tak guna kita mengagung-agungkan sitem demokrasi.. Kerana demokrasi tidak bermakna sekarang. Yang lebih bermakna sekarang adalah wang, pangkat, kedudukan,

Sepanjang aku jadi rakyat Perak, Hari ini merupakan hari yang paling sedih bagi aku mengenangkan negeri aku sendiri.

RAJA DAN DEMOKRASI

1. Menteri Besar dalam sesebuah negeri adalah mewakili rakyat dalam sesebuah negeri untuk disembah kepada Raja. Orang lain, walau PM sekalipun adalah orang luar. Kalau tidak begitu maka akan timbul bermacam-macam krisis dan huru hara. Ini termasuklah siri-siri jenayah dan pencolekan seperti yang berlaku ke atas Menteri Besar Terengganu, Daud Samad dan beberapa Wakil Rakyat di Negeri Kelantan di tahun 1960an.

2. Status Institusi Raja akan terjejas di mata rakyat kalau Raja mendengar dan akur menerima nasihat (advise) dari orang lain. Di zaman Tun Dr. Mahathir, Institusi Raja terjejas teruk dan jangan-jangan ia terjejas lagi di kali ini. Ucapan saya ketika di Parlimen di masa itu antara lain berbunyi: “Orang politik akan menjadi Raja/Presiden di masa hadapan. Puncanya kerana peribadi sebahagian Raja-Raja itu sendiri.”

3. Sistem Beraja tidak menjadi semakin bertambah. Hendaklah diingati benar-benar bahawa sistem Beraja semakin hari semakin berkurangan. Bertambah tidak. Dunia boleh saksikan sendiri bagaimana Raja Nepal di Katmandu, Sultan Hussein di Singapura, Hamingkubuwono di Indonesia, Sultan Kudrat di Filipina, Al-Malik Farouk di Mesir, Shah Iran di Iran, Maharaja China di Negeri China, Maharaja Yaman di Yaman, Iraq, India dan seluruh Benua Eropah. Kini, mereka hanya tinggal sejarah.

4. Jadi, Institusi Raja di Malaysia perlu berhati-hati benar.

5. Saya sayangkan Institusi Raja kerana saya tahu bahawa rakyat hormatkan Rajanya. Saya sendiri dapat merasakannya kerana saya sendiri juga daripada keturunan Raja Jembal. Selain daripada menghormati saya dari aspek-aspek yang lain khususnya dari hal agama, mereka hormat saya kerana saya juga datang dari keturunan ini.

6. Tegasnya semua pihak perlu berhati-hati dalam menangani krisis yang cuba dicetuskan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di luar dari Negeri Perak. Ingatlah, Allah Maha Berkuasa diatas segala sesuatu dan Allah tidak akan berpihak kepada pihak yang berbuat kezaliman.Sebaliknya, Allah akan menurunkan bantuan kepada mereka yang dikhianati dan mereka yang ditindas.
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
“Maka orang-orang yang zalim itu dimusnahkan sampai ke akar-akarnya. Segala Puji Bagi Allah Tuhan semesta Alam.” (Surah Al An’aam: Ayat 45).

Wallahua’lam.

NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
Mursyidul Am PAS

Bertarikh : 9 Safar 1430
5 Februari 2009

Aku bukan nak mempertikai kuasa yang ada pada Sultan tapi yang menyedihkan aku seolah-olah membenarkan satu cara kotor berleluasa dan membelakang hak rakyat . Aku tak kisah siapa yang meneraju kerajaan asalkan bersifat telus dan adil. Bukan dengan cara yang kotor…

Emmm alahai…apa nak jadi dengan negeri aku Perak…Hanya Allah S.w.t mengetahui apa hikmah disebalik kejadian.

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures