Archive for January, 2009

Polis: Di Mana Profesionalisma dan Tanggung Jawab

Beberapa hari lalu kita sekali lagi dikejutkan dengan berita kematian tahanan polis semasa di dalam lokap. Mangsa Kugan Ananthan, 22, suspek melakukan jenayah curi kereta di dapati mati semasa di dalam lokap polis.

kugan-wounds

kugan-nosebleed

kugan-grief

Menurut bedah siasat yang dilakukan polis mendakwa Kugan mati akibat paru-baru berair. Walaubagaimana keluarga Kugan sangsi dengan dakwaan pihak polis mengenai punca kematian si mangsa. Ini kerana terdapat kesan luka yang agak serius terdapat pada mayat si mati.

Namun kenyataan Peguam Negara yang dipetik dari Utusan Malaysia pada hari ini mengklasifikasi kes kematian Mugan sebagai kes bunuh. Ini yang menjadi persoalan kenapa pihak polis sering berdolak dalih dalam kes yang serius seperti ini. Minggu lepas terdapat kes kejadian di mana mangsa di dilokap polis disimbah dengan air panas.

Memang tanggungjawab polis amat dihargai dan diperlukan dalam menjaga keselamatan awam tetapi polis tidak boleh sewenang-sewenang melakukan perbuatan yang tidak bertanggung jawab dan diluar lunas undang-undang. Di dalam prinsip perudangan Islam sendiri tidak dibenarkan menghukum pesalah selagi tidak didpati bersalah. Memang kita akui jika Mugan benar-benar terbabit dalam apa-apa kesalahan jenayah, beliau patut menerima hukuman yang setimpal oleh makamah bukan hukuman yang diberikan oleh pihak polis. Negara kita mempunyai undang-undang seharusnya undang-undang di hormati oleh semua rakyat termasuk pihak polis sendiri. Ini yang menjadi masalah pihak yang bertanggung jawab melaksanakan undang-undang dengan sendiri melanggar undang-undang.

Kejadian penderaan yang melampau semasa dilokap polis memang sudah lama kita dengar namun kes sedemikian terus dilupakan. Walaubagaimana pun perkara seperti ini tidak boleh terus berlaku. Ini kerana tugas polis hanyalah menangkap suspek dan menjalankan siasatan dengan wajar bukan menghukum. Apa hukuman yang patut dilaksanakan ke atas suspek jika didapati bersalah adalah urusan makamah.. Dalam kes ini pihak polis telah mengatasi kuasa makamah dengan membuat hukum rimba mereka sendiri.

Saya bukan hendak mengecilkan peranan pihak polis. Bagi saya peranan polis amat besar kepada masayarakat di negara ini. Tanpa pihak polis sudah tentu negara tidak akan aman dan rakyat sentiasa hidup didalam ketakutan. Apa yang saya pertikaikan sikap yang suka berdolak dalih jika terdapat sesuatu perkara yang membabitkan pihak polis sendiri, Itu yang saya amat kesali.

Kalau semua pembaca masih ingat kes Mantan Timbalan Perdana Menteri Dato’ seri Anwar Ibrahim sepuluh tahun dulu. Beliau didapati lebam pada mata seperti kena tumbuk. Pada pringkat awal pihak atasan polis memberikan berbagai andaian dan helah punca lebam di mata Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Setelah dijalankan siasatan diraja akhir terbongkar kesan lebam di mata disebabkan tumbukan yang kuat oleh orang yang paling atas dalam institusi Polis….jadi agak sukar rakyat hendak percaya dolak dalih oleh pihak polis sekiranya perkara ini berlaku pada orang awam.

Bagi pihak kerajaan seharusnya memastikan PDRM bersifat telus dan profesional dalam menjalakan tugas mereka kalau tidak tak guna Moto “Cepat dan Betul” atau moto ini hanya sesuai di kalangan pihak polis sahaja iaitu cepat menangkap dan menghukum orang, dan hanya mereka sahaja yang betul rakyat semua salah

Tertarik saya kartun ruangan senyum kambing di utusan Malaysia hari ini:

sk_01_big

Sepatutnya seperti di bawah:

sk_02_big

Akhir sekali saya berharap kes seperti ini tidak berlaku lagi di negara kita. Kita sering mempertikaikan kekejaman pihak Yahudi Isreal membunuh rakyat Palestin dengan kejam. Jadi jangan pulak meniru kekejaman pihak Yahudi Israel. Rakyat akan sentiasa menyanjung tinggi peranan PDRM sekiranya PDRM menjalankan tanggungjawab dengan berhemah dan professional.

  • Share/Bookmark

Amerika, Isreal, Yahudi & PBB celakalah kamu

Masa saya tulis artikel hati saya tak tentu arah, kesian melihat mayat mangsa orang yang tak berdosa dibunuh dengan kejam…

Apa yang saya paling marah..apa negara arab lain buat…oii pak arab kamu ni buat apa…kamu ni pak arab BANGANG…BODOH..SELFISH

PBB tak boleh diharap…baik malaysia tarik diri dari jadi ahli PBB..kalau boleh biar semua negara islam tarik diri…

Mana perginya tok-tok bomoh yang kononnya handal…kalau betul-betul power dengan kebomohan kamu do something laa..jangan jadi jaguh kampung jer.

Sorry saya tengah bengang ni…

BTW ni saya ada terima mesej dari rakan di YM :
Pemimpin Hizbullah Libanon, Syed Hasan Nasrallah meminta seluruh Muslim untuk melafazkan Quran, surahAl Fath ayat 26-27, surah Yunus ayat 85, 86 n 88 malam ini….Tolong sebarkan agar Israel hancur…Forwad sluruh umat islam..Di sana saudara seagama telah dikepong dan tunggu masa tuk di sembelih..keadaan amat dasyat….itu saja jihad kita…mintak tolong sebarkan kepada sahabat2 kita seberapa ramai mungkin..

Jadi kita sebagai umat islam marilah sama-sama kita berdoa dan mendirikan sembahyang hajat agar YAHUDI ISRAEL AMERIKA PBB DAN SEKUTUNYA di beri pentunjuk yang nyata oleh Allah S.W.T dan selamat kan umat islam di Palestin dan seluruh dunia amnya

Pasal bikot barangan amerika & israel..ya saya akui sestengah perkara kita dapat nak boikot sebab tak ada pilihan. BUT kalau ada pilihan jangan beli…

Boikot Israel & Amerka
Berikut adalah senarai Syarikat dan produk mereka serta sumbangan mereka ke rejim Zionis dan Amerika:

Syarikat : Phillip Morris Produk : Rokok dan Makanan Jenama : Marlboro, Virginia Slims, Benson & Hedges, Winston, Gold Coast, Merit, Parliament, Alpine, Basic, Cambridge, Bristol, Bucks, Chesterfield, Collector’s Choice, Commander, English Ovals, Lark, L&M, Players and Saratoga, C? e d’Or, Philadelphia, Polo, Milka, Malabar, Marabou, Prince Fakta : 12 % keuntungannya adalah untuk Israel, Setiap hari umat Islam membelanjakan USD 800 juta untuk membeli rokok mereka, keuntungan purata 10% atau USD 80 juta sehari. JADI USD 9.6 JUTA DUIT ORANG ISLAM PERGI KE ISRAEL SETIAP HARI

Syarikat : Coca-Cola – McDonalds – Burger King – Pizza Hut ?KFC Produk : Minuman Jenama : Light Coke, Fanta, Sprite, Canada Dry, Crush, Schweppes, Minute Maid, Nestea, Dr. Pepper Fakta : Sejak 1966 Coca Cola meyokong penuh negara Israel. Coca Cola telah menerima anugerah tertinggi dari kerajaan Israel kerana lebih 30 tahun menyokong mereka serta membantah boikot Liga Arab terhadap Israel.

Syarikat : Nestle Jenama : Kit Kat, Perrier, Libby, Nescafe, Maggie, Buitoni, Nestea, Freskies, Vittel, Pure Life, Nido, Smarties, Lion, Polo, After Eight, Coffee Mate, Nesquik, Aero, Quality Street, Felix (cat food), Crosse & Blackwell, Milkmaid, Carnation, Shreddies, Baci Baby Ruth, Butterfinger, Milkybar, Frutips Fakta : Syarikat Swiss ini dimilikki 50.1% oleh syarikat Israel, Osem Investments. Pada tahun 2000 mengumumkan untuk melabur berjuta-juta dolar di Israel dalam R & D. Pada tahun Peter Brabeck-Letmathe bagi pihak Nestle menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : Disney Produk : Disneyland, Euro-Disney, Jenama Disney, Kartun, Filem Fakta : Pameran Walt Disney Millennium di Epcot Centre Florida menonjolkan Jerusalem sebagai ibu negara Israel. Kos US 8 juta untuk pameran ini dibiayai US 1.8 juta oleh Israel untuk menentukan isi kandungan pameran. Ini adalah kempen Israel menggunakan Disneyland untuk menguasai Jerusalem sepenuhnya.

Syarikat : Delta Galil Industries Ltd. Produk : Pasaraya, Pakaian dan Kasut Jenama : JC Penney , Carrefour Nike, Reebok, Converse, Calvin Klein, Gap, Boss, Ralph Lauren, Banana Republic, Bauer, Wrangler, Dim, Old Navy Dockers, Celio, J. Crew , Caterpillar, Lou Riders, Pryca Fakta : Syarikat kain terbesar Israel. Pengasasnya Dov Lautman adalah kenalan rapat Presiden Israel ketika itu Ehud Barak.

Syarikat : Nokia Produk : Telekomunikasi, telefon bimbit dan elektronik Fakta : Nokia melabur begitu banyak di Israel dan memanggilnya PROJEK ISRAEL.

Syarikat : Danone Produk : Makanan, minuman dan biskut Produk : Evian, Alpina, LU Biscuits, Tuc, Volvic, Strauss dairy, Jacob biscuits, Danone yogart, HP foods, LEA & PERRINS, Sant? Galbani, Danao, Danette Fakta : Pada tahun 1998 Franck Riboud bagi pihak Danone menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel, Netanyahu. Anugerah tertinggi negara Israel untuk syarikat yang memperkukuhkan ekonomi Israel. Institut Danone, satu institut Penyelidikan dan Pembangunan telah di tubuhkan di Israel pada tahun
1998.

Syarikat : Johnson & Johnson Produk : Kesihatan. Fakta : Pada tahun 1998 Roger S. Fineon bagi pihak Johnson & Johnson, menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu.

Syarikat : Revlon Produk : Kosmetik Fakta : Jutawan Ronald Perelman yang memilikki Revlaon adalah seorang Zionis. Penyokong kuat Zionis Merupakan pemegang amanah Pusat Simon Wiesenthal Center yang menggunakan Holocaust untuk mendapatkan sokongan Zionisma dan Israel.

Syarikat : AOL Time Warner Produk : Media Elektronik dan Cetak Jenama : ICQ, Warner Bros, CNN, AOL, Times magazine Fakta : AOL memperuntukkan 30% daripada portfolio keuntungan di Israel. Pada tahun 1998 AOL menerima anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Netanyahu.

Syarikat : IBM Fakta : Mempunyai 1700 pekerja di Israel. Satu dari 3 syarikat yang disanjung semasa Jamuan Makan Malam Liga Persahabatan Amerika-Israel Untuk Demokrasi pada 25 Jun 2001 bersama Ariel Sharon.

Syarikat : L’Oreal Jenama : Giorgio Armani, Lancome, Biotherm, Garnier, Helena Rubinstein, Donna Karan, Vichy, Cacharel, Maybelline, Redken, La roche-posay, Carson Fakta : Setelah disaman US 1.4 juta kerana menulis surat pada Liga Arab bahawa mereka menutup kilang di Israel, mereka kemudian malbur dengan begitu banyak di Israel. Kongres Yahudi Amerika amat berpuas hati dengan L? real dan menganggap mereka sahabat akrab.

Syarikat : Intel Produk : Perkakasan komputer Fakta : Intel adalah penyokong kuat Israel. Pusat pembangunan pertama di luar Amerika didirikan di Haifa pada 1974.

Syarikat : Est? Lauder Jenama : Clinique, Tommy Hilfiger, DKNY, Aramis, Origins, Ko Malone, La Mer, Prescriptives, Bobbi Brown Essentials, Aveda, Jane, MAC Cosmetics, Kate Spade, Fragrances, Stila Fakta : Pengerusinya, Ronald Lauder, pernah menjadi pengerusi Persidangan Utama Kesatuan Amerika Yahudi. Juga adalah presiden Tabung Kebangsaan Yahudi yang fungsinya ialah untuk menghalalkan pengambilan tanah rakyat Palestin oleh Israel.

Syarikat : News Corporation Produk : 20th Century Fox, Star, SKY, New York Post, National Geographic Channel, News of the World, The Times, The Sun, Nursery World, The weekly Standard, Daily Telegraph, Harper Collins Fakta : Murdoch’s New Corp. melabur dengan begitu banyak di Israel.

Syarikat : Kimberly-Clark Produk : Huggies, Kotex, Kleenex, Scott, ANDREX products Freedom, Scottex Fakta : Pada tahun 1998 Robert P. Van der Merwe , Pengerusi Kimberly Clark , menerima Anugerah Jubli daripada Perdana Menteri Israel Netanyahu, kerana sumbangan mereka dalam membangunkan ekonomi Israel.

LAIN-LAIN SYARIKAT

Syarikat : Procter and Gamble Produk : Kesihatan, sabun, syampu Jenama : Head & Shoulders, Pert Plus, Pentain, Always, Tide, Crest, Pampers, Lux, Palmolive, Camay, Zest, Ariel, Fairy, Signal 2, close up, colgate, Monsieur Propre, Oil of Olaz, Petrol Hahn, Pringles, Sanicroix, Tampax, Tempo, Vicks, Vizir, Yes Swiffer, Ace, Action 500, Bonux, Mr Clean

MARS INC – Bounty, M&M’s, Mars, Snickers, Twix, Uncle Ben’s, Whiskas, Pedigree, Balisto, Brebbies

HASBRO – Parker, Pokemon, Star Wars, Episode I, Monopoly, Brothers, MB, Playskool, Tiger

GILETTE – Braun, Duracell, Gillette, Oral-B, Paper-Mate, Parker, Waterman

COLGATE PALMOLIVE – Ajax, Palmolive, Tahiti, Axion, Bingo, Fabe, Felire, La croix, Mennen, Murphy, Paic

Haagen, Dazs Ben & Jerry, CAMPBELL, Kellogg, Canderel, Levis, Raid, Heinz.

  • Share/Bookmark

Windows 7 Beta – lebih baik dari Vista?

Malam sabtu minggu lepas saya dan kawan saya Sham berbual di YM..Agak lama jugak saya tak bersembang dengan dia. Sham merupakan kawan lama saya yang suka sembang pasal komputer dan tech.  Semasa bersembang sham tanya pada saya, dah try Windows 7 ke..? Saya cakap belum sebab malas nak download dari internet sebab line tak beberapa bagus sejak cable internet dasar laut terputus baru-baru ni. File os macam vista atau windpws 7 bukan kecik…main gigabytes..ahhh malaslah nak download.. Kemudian dia beritahu saya dia dah download dan tengah test….wahh ok laa tu saya cakap pada sham…dia kata kalau nak jumpa dia ..nanti dia kasi iso file…Kebetulan esoknya saya ada hal sikit di bandar kebutulan dah keluar tu saya singah kejap ke rumah sham . Saya bawak thumdrive 8 gig dan copy iso file.

vista_7_1
Pada malamnya saya rasa nak cuba install windows 7 beta ke dalam salah satu pc saya..Sebenarnya saya masih guna Wondows Xp dalam pc utama saya sebab saya kurang selesa guna Vista.  Dalam internet saya ada banyak terbaca mengenai windows 7 better then vista..so jadi saya nak cuba.

PC spec yang saya install windows 7 beta:
Pentium 4 3.2 ghz
Ram 3 gig ddr2
H/disk  120 sata
graphic card ati radeon 550 256mb 128 bit
monitor samsung crt 17

Installation:
kalau kita pernah dan biasa install vista, interface dia tak banyak beza. Jadi sapa yang pernah install vista kalau install windows 7 vista tak ada masalah… Dari segi speed semasa installation saya rasa memang agak cepat kalau dibandingkan dengan vista. Tapi kita perlu ingat Windows 7 ni masih dalam peringkat beta jadi mungkin ada beberapa software atau file tak dimasukkan sekali..agak menarik pada windows 7 beta ini logo Windows  7 muncul dari 4 biji bulatan kecil kemudia membentuk logo Windows…

Booting:
Bagi pendapat saya Windows 7 booting agak pantas berbanding Vista. Tapi kita perlu faham versi ini versi beta..Vista loading agak lambat terutama pc yang di beli dari jenama dell, sony, acer mereka setkan beberapa program dan service di run semasa startup so memang lah lambat tapi untuk versi win7 beta software/service yang si set semasa startup kurang.. Jadi win 7 load dengan cepat.

w7-3

Secara kasarnya GUI lebih kurang sama dengan Vista cuma perubahan ketara ada taskbar yang di panggil Superbar. Secara default taskbar atau Superbar ini agak besar berbanding taskbar pada xp dan vista. Pertama kali saya tengok..alamak besar nyer. walaubagaimana pun saiz taskbar ini boleh dikecilkan seperti vista atau XP dengan righclick pada taskbar dan tekan properties, di situ ada option untuk kecilkan icon dan sekaligus mengecilkan juga taskbar.

Antara new feature pada taskbar ini ada Aero Peek yang mana kita boleh  kita boleh view beberapa thumbnail untuk sastu-satu application yang dibuka beberapa window sebagai cth image dibawah saya buka dua window firefox dalam masa yang masa:

w7-2

Dengan hover pada icon untuk satu-satu application di taskbar (dalam cth ini firefox) kita boleh view beberapa window firefox yang sedang dibuka. Dalam masa yang sama jika kita hover pada thumbnail ini di main window firefox akan show thumbnail yang kita hover tersebut secara fullscreen. Untuk mengetahui lebih lanjut sila lawat official website Windows 7

Performance:
Sebagaimana yang kita tahu vista agak kuat makan resource untuk cpu, ram dan GPU. Saya pernah install vista. Memang agak slow dalam banyak hal even pc yang agak decent. Bagaimana pulak dengan Win 7:

Selesai sahaja installation saya check performance tanpa sebarang installation mana-mana software..apa yang ada just plain windows 7 . Saya dapati ram yang digunakan hanya dalam linkunngan 460MB. Jika dibandingkan dengan vista ram yang digunakan oleh windows tanpa sebarang installation software yang lain diantara 800 – 900MB. Jadi dalam win 7 penggunaan ram dikurangkan hampir separuh. Itu sebab kalau kita tengok video di youtube ada beberapa percubaan installation windows 7 di pc yang kurang dari 1 gig agak smooth berbading vista.

Bagi XP jumlah penggunaan ram rendah kerana ia tak seperti vista atau pun win7 sebab ia tidak mengandungi feature yang baru. Cuma apa yang menjadi masalahnya penggunaan ram yang terlalu tinggi dalam vista menyebab vista kurang di minati. Kemunculam Win7 saya rasa dapat mengubah persepsi ini kerana ia mengekalkan beberapa ciri dalam vista disamping mengurangkan penggunaan ram tak seperti vista. Jadi kita dapat kelancaran seperti XP dan dalam masa yang sama dapat feature seperti vista.

Hardware driver:

Selepas proses installation win 7 detect hampir semua h/ware yang ada di dalam pc saya. Cuma terdapat dua h/ware yang tidak dapat didetect iaitu capture card dan soundcard. Walaubagaimana pun kedua-dua h/ware ini dapat diinstal dengan cara install secara manual. Untuk souncard pc saya ini menggunakan Creative lab Audigy ZS2. Memang dalam vista pun terdapat masalah tak berapa compatible. Ini bukan salah microsoft tetapi memang salah creativelab. Tetapi agak bernasib baik creative akhirnya release latest driver uantuk soundcard ini. Walaupun tak sebaik seperi untuk XP tetapi kurang masalah seperti dalam vista. Di win7 kekedang terdapat distortion pada bunyi yang dikeluarkan. walaubagaimana pun ia dapa di atasi dengan adjust sampling rate pada soundcard..masalah selesai.

Software installation:

Saya pernah install beberapa software semasa mencuba Vista. Sesetengah software agak memakan masa untuk diinstall. Sebagai cth software yang besar seperti photoshop. Di Win7 proses installation agak cepat dan permerhation saya lebih cepat dari Windows Xp. Bila buka sesuatu application pun agak cepat malah lebih cepat dari XP.

Sebelum install win 7 ada satu perkara yang saya risaukan iaitu software compatibility. Saya masih menggunakan satu software iaitu Courier Mail (untuk email) yang dikeluarkan hampir 6 tahun yang lalu. Versi terbaru ini tidak dikeluarkan lagi..jadi kalau tak compatible ..masalah bagi saya sebab saya tak suka software email yang lain. Walaubagaimana pun saya dapati software ini run smoothly dalam win7..tiada sebarang masalah.

Windows Media Player 12

Dalam Win7 disertakan sekali WMP12. Di xp saya lebih suka guna windows media player 11 jika dibandingkan dengan media player yang lain seperti Winamp, VLC atau media player classic.

Didalam WMP12 ini ada beberapa perubahan dari segi interface cuma ada beberapa bug yang saya rasa microsoft perlu ambil perhatian iaitu tiada option Enhancement seperti mana WMP yang lain sebelum ini. Jadi fungsi equalizer, video adjustment tak dapat dibuat..Walaubagaimana pun WMP12 masih dalam versi beta kemungkinan ia masalah ini dapat diselesaikan bila realse final version samada untuk win7  atau WMP12.

Apa yang menarik dalam WMP12 ia support format yang popular sekarang cth mp4, avi divx, xvid..jadi kita tak perlu install 3rd party codec uantuk memainkan format video ini.

Networking

Microsoft claim dalam win7 networking diimprove . Saya tak dapat pastikan perkara ini. Cuma bila saya buat home networking proses agak mudah dan straigt forward. Satu lagi internet connection pun agak smooth…jadi ia satu perkara yang agak baik. Cuma satu perkara yang saya rasa mungkin ada bug ialah icon networking pada taskbar tak menunjukkan connection activity , puas saya cari macama mana nak enablekan acoonection activity animation. Ini penting bagi saya kerana saya selalu perhati network connection jika ada sebarang masalah sebagai cth internet problem dan sebagainya. Memang kita boleh install 3rd party software untuk show connection activity tetapi kenapa dalam vista atau pun xp perkara ini boleh di adakan. walaubagaimana pun kita kena faham win7 masih dalam peringkat beta.

Rumusan:
Saya tak dapat nak berikan rumusan secara total mengenai Win7, Pertama ia masih dalam peringkat beta, sudah tentu ada bug di sana sini. Kedua saya baru install Win7 lebih kurang 5 hari…

Walaubagaimana pun apa yang saya perhatikan dari segi performance Win7 lebih baik dari Vista, more responsive, agak ringan dan stabil walaupun masih dalam peringkat beta. Sepanjang 5 hari ini semua software dan h/ware yang yang saya install run smoothly seolah-olah seperti di dalam xp malahan sesetengah perkara lebih baik dari XP

Jadi andaian saya jika Win7 mengekalkan performance dan meperbaiki mana-mana kelemahan yang ada dalam versi beta ini, saya pasti Windows 7 dapat sambutan dari pengguna pc dan seterusnya dapat mengembalikan semula keyakinan pengguna terhadap windows OS dan microsoft amnya. Dalam artikel yang lepas saya ada menyatakan saya tidak berminat untuk install Vista , tetapi mungkin saya bercadang untuk install win7 jika win7  mengekalkan performance dan meperbaiki mana-mana kelemahan yang ada dalam versi beta ini pada versi final.

  • Share/Bookmark

Bahasa Inggeris untuk Sains dan Matematik

Banyak pandangan yang kita dengar mengenai penggunaan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik. Ada yang setuju dan ada yang menentang dengan keras. Malah ada juga menjadikan perkara ini isu politik.  Jadi di sini saya ingin menyatakan pandangan peribadi saya yang mana ia tidak dipengaruhi oleh sesiapa malahan apa yang saya ingin sampaikan adalah berdasarkan pengalaman saya.

Bagi saya isu ini sebenarnya tidak perlu diperbesarkan kerana ia tak akan menguntung mana-mana pihak malahan ia akan mendatangkan masalah kepada anak-anak yang masih bersekolah. Ini kerana tidak ada kestabilan dalam dasar dan sistem pembelajaran.

Kalau ditanya kepada saya apakah saya setuju mengenai pelajaran sains dan matematik dalam bahasa Inggeris. Terus terang saya katakan Ya…saya setuju. Sebenarnya idea menggunakan bahasa Inggeris dalam mata pelajaran sains dan matematik telah dicetuskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Dr. Mahathir. Terus terang saya katakan banyak perkara saya tidak bersetuju dengan Dr Mahathir tetapi dalam perkara ini saya memang setuju. Sebabnya ia mendatangkan kebaikan kepada pelajar terutamanya pelajar berbangsa Melayu.

Saya bersekolah di Kuala Kangsar. Kuala Kangsar bukanlah merupakan bandar besar. Tetapi saya bernasib baik kerana di Kuala Kangsar terdapat sebuah sekolah yang memang terkenal dengan penekanan bahasa Inggeris. Walaupun pada zaman saya bersekolah semua mata pelajaran diajar dalam bahasa Melayu (kecuali pelajaran bahasa Inggeris), tetapi pihak sekolah menggalakan menggunakan bahasa Inggeris digunakan di dalam perbualan di di antara rakan dan guru-guru. Malahan sekolah saya ini memperkenalkan satu sistem pembelajaran yang di panggil “Learn A Word A Day”. Setiap hari satu perkataan dalam bahasa inggeris akan diperkenalkan di samping makna dan contoh penggunaan perkataan tersebut.. Bagi saya tak ada masalah malahan saya telah belajar banyak belajar perkataan baru setiap hari. Saya masih teringat pesanan Pengetua sekolah saya iaitu Hj Azidin Bin Mahmud yang mana beliau sangat-sangat mengalakkan pelajar sekolah saya menggunakan bahasa Inggeris. Beliau berkata jika orang Melayu ingin bersaing dengan bangsa lain salah satu perkara yang mesti di ambil perhatian adalah menguasi bahasa Inggeris.

Sebenarnya penekanan terhadap Bahasa Inggeris telah dimulakan oleh bapa saya sendiri sebelum saya menjejaki ke alam persekolahan. Bapa saya selalu menggunakan perkataan Inggeris yang  mudah jika bercakap dengan saya. Walaupun pada masa itu saya kurang faham atau langsung tidak faham tetapi lama-kelaman saya beransur faham apa yang diperkatakan oleh bapa saya.

Bapa saya mendapat pelajaran dalam Bahasa Inggeris sejak di bangku sekolah lagi. Pada masa itu terdapat dua jenis persekolahan iaitu Malay Medium dan English Medium. Di Kuala Kangsar sekolah yang mengamalkan bahasa Inggeris adalah Sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar ,  Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Government English Girls School (sekarang Sekolah Menengah Kebangsaan Raja Perempuan Kelsom). Sekolah yang lain menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar. Di sekolah bapa saya di ajar di dalam bahasa Inggeris untuk semua mata pelajaran kecuali pelajaran Agama Islam dan bahasa Melayu. Datuk saya Allahyarham Hj Othman hanya belajar di sekolah melayu tetapi beliau tetap ingin menghantar bapa saya ke sekolah aliran Inggeris kerana bagi beliau orang Melayu harus belajar dan fasih berbahasa Inggeris. Kesan dari itu bapa saya fasih berbahasa Inggeris walaupun tidaklah hebat tetapi beliau boleh bercakap, membaca dan menulis dalam bahasa inggeris dengan baik. Oleh sebab itu beliau juga mahukan saya seperti beliau. Pada tahun 1978 saya di dalam darjah satu. Bapa saya terus mendaftarkan saya ke Sekolah Rendah Kebangsaan Clifford Kuala Kangsar. Tetapi pada masa itu semua sekolah di Malaysia telah diwajibkan menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar. Walaupun bagaimana sekolah tersebut masih menekankan penggunaan bahasa Inggeris untuk keadaan tertentu. Sehinggalah saya bersekolah menengah di sekolah Menengah Clifford Kuala Kangsar yang masih menitik beratkan penguasan bahasa Inggeris.

Selepas tamat persekolahan saya melanjutkan pelajaran di ITM di dalam bidang perakaunan. Di ITM juga semua pelajar di tekankan dengan bahasa Inggeris. Malahan mata pelajaran utama yang berkaitan dengan perakaunan diajar dalam bahasa inggeris begitu juga dengan soalan peperiksaan. Begitu juga dengan segala rujukan termasuk buku dan nota. Bagi saya alhamdullilah saya tidak mengalami masalah besar dalam mengikuti pembelajaran mata pelajaran perakaunan di dalam bahasa inggeris kerana  saya mempunyai asas bahasa inggeris.

Begitu juga di alam pekerjaan. Saya mula-mula bekerja di sebuah hotel di Genting Highlands. Saya bekerja di dalam Accounts Department. Segala urusan kerja di dalam bahasa Inggeris termasuk bab yang melibatkan perakauanan dan urusan dengan pihak pengurusan serta pelanggan. Selepas itu saya memulakan pekerjaan di sebuah syarikat kewangan yang mana segala urusan di buat di dalam bahasa Inggeris. Alhamdullah saya tidak mempunyai masalah yang besar untuk bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. Malahan orang lebih “mendengar” apa yang kita cakapkan jika kita menggunakan bahasa inggeris.

Bukan saya tidak menyanjung bahasa ibunda saya iaitu bahasa Melayu malahan saya mengangkat bahasa Melayu di tempat yang sepatutnya. Sebab itu semasa saya mula-mula merancang mebuat blog ini saya berfikir samada menggunakan bahasa Melayu atau bahasa Inggeris. Akhir sekali saya mengambil keputusan untuk menggunakan bahasa Melayu. Dalam masa yang sama segala rujukan dan pembelajaran saya masih dalam bahasa inggeris. Apa yang saya dapat di dalam rujukan saya itu saya sampaikan di dalam bahasa Melayu di dalam blog ini.

Kita kena faham kita bukan lagi di zaman Kesultanan Melaka atau di zaman kegemilangan kerajaan Melaka yang mana Bahasa Melayu menjadi Ligua Franca. Kita berada di zaman Bahasa Inggeris yang menjadi Lingua Franca. Bagi saya tak rugi pun kita menguasai satu-satu bahasa tak kira apa bahasa pun. Kita tengok bangsa lain di negara ini. Mereka tahu bahasa ibunda mereka, mereka menguasai bahasa inggeris mereka fasih dan mampu bertutur dalam bahasa melayu. Jadi mereka menguasi sekurang-kurangnya dua bahasa tetapi bagaimana dengan bangsa Melayu adakah cukup dengan bahasa Melayu.

Masalah terutama pelajar kita sekarang ini adalah mereka agak kurang menguasai bahasa Inggeris. Di pusat pengajian tinggi walaupun bahasa pengantar adalah bahasa Melayu tetapi majoriti buku rujukan dalam bahasa inggeris. Jika kita tidak begitu faham apa yang ada di dalam buku tersebut sudah tentu kita tidak mendapat manafaat atau ilmu yang ada di dalamnya kesannya kita tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Itu sebab kita selalu bertanya kenapa bangsa lain seperti Cina dan India mereka menjawab soalan dalam bahasa melayu tetapi keputusan mereka lebih baik. Ini kerana mereka faham apa yang ada di dalam buku rujukan yang berbahasa inggeris.

Di bidang pekerjaan jika kita menguasi bahasa inggeris kita lebih mudah ditawarkan pekerjaan terutama untuk syarikat multinasional. Segala temuduga akan dibuat di dalam bahasa inggeris. Jadi kalau kita mahir dalam satu perkara pun tetapi apabila di dalam sessi temuduga kita tercungap-cungap menjawab dalam bahasa inggeris sudah tentu kita tak diterima. Melainkanlah kalau kita memang tak mahu kerja di syarikat swasta dan hanya mahu pekerjaan di sektor awam sahaja. Persoalannya apakah peluang kita di sektor awam yang semakin menguncup.

Kesan dari kesedaran arwah datuk saya telah diturunkan kepada bapa saya kemudian kepada saya, jadi saya juga sangat-sangat menitik beratkan penguasan bahasa inggeris kepada anak-anak saya. Saya bertutur dalam bahasa inggeris dengan anak saya dan isteri saya menggunakan bahasa melayu. Alhamdullilah anak saya mendapat keputusan yang baik dalam pelajaran sekolah walaupun mata pelajaran sains dan matematik di ajar dalam bahasa inggeris.

Mungkin ada di antara kita mendakwa kebanyakkan ibu bapa tidak fasih berbahasa inggeris jadi akan mendatangkan masalah kepada mereka jika anak-anak mereka bertanyakan soalan sains dan matematik dalam bahasa inggeris. Bagi saya itu dakwaan yang tidak berasas . Datuk saya hanya bersekolah melayu tetapi dia mahukan bapa saya mahir dalam bahasa inggeris dan menghantar kesekolah aliran inggeris..tak ada masalah. Lagi pun sekarang ini terdapat banyak kamus dwi bahasa yang murah,  jadi sebagai ibubapa yang mahukan anak mereka berjaya apa salahnya kita beli kamus untuk buat rujukan jika anak-anak kita bertanya. Soalnya sekarang kita serius atau tidak..kalau hendak seribu daya. Sekiranya kita sebagai ibu bapa tak mampu atau kurang mahir dalam bahasa inggeris,  sekurang-kurang dengan pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris dapat membantu anak-anak kita  mempelajari bahasa tersebut , jadi apa yang ruginya. Lagi pun bukan semua mata pelajaran diajar dalam bahasa inggeris…kalau dua mata pelajaran pun kita rasa satu masalah..entahlah tak tahu apa nak cakap lagi.

Akhir sekali saya tetap bangsa melayu dan  bertutur dalam bahasa melayu dalam masa yang sama saya cuba menguasi bahasa inggeris sebaik mungkin.

  • Share/Bookmark

Wang lesap di akaun bank?

atm

IPOH 31 Dis. – Seorang pekerja kilang kehilangan wang RM7,262 yang disimpan di dalam sebuah bank terkemuka tempatan pada 4 September lalu.

Mangsa, K. Hemanathan, 23, berkata, dia hanya menyedari wangnya lesap ketika hendak mengeluarkan wang tersebut pada 15 September untuk berbelanja bagi majlis perkahwinan kakaknya.

”Saya terkejut apabila mendapati baki wang di dalam akaun saya hanya tinggal RM58.

”Wang itu saya kumpul khas bagi membantu majlis perkahwinan kakak K. Mugineswary, 25, yang sepatutnya berlangsung bulan depan.

Sumber Utusan Malaysia

Kita sering terbaca di akhbar mengenai individu kehilangan wang simpanan di bank. Kehilangan menjadi misteri apabila individu mendakwa beliau tidak mengeluarkan sejumlah wang tertentu pada waktu tertentu.

Ini perkara yang yang amat membimbangkan kita semua. Kita menyimpan wang di bank untuk keselamatan wang simpanan kita. Tapi sekarang ini terdapat banyak kes di mana wang simpanan di bank hilang atau berkurang atau di keluarkan tanpa pengetahuan pemegang akaun. Di dalam keadaan tertentu pihak bank tidak bertanggungjawab atas kehilangan wang di bank. Bayangkan kita menyimpan wang di bank untuk digunakan pada waktu yang terdesak dan kita yakin bahawa wang kita di bank mencukupi untuk digunakan , malangnya bila kita pergi ATM tiba-tiba baki hanya tinggal beberapa ringgit…

Punca kehilangan atau pengeluaran tanpa kebenaran ini ada beberapa sebab
1. Kecuaian pemegang kad ATM itu sendiri
2. Pemegang akaun mudah terpengaruh dengan janji manis oleh pihak tertentu yang menjanjikan hadiah istimewa
3. Sindiket terancang yang begitu canggih samada pihak luaran atau mungkin juga pihak dalaman
4. Jika menggunakan Online Banking tidak mengamalkan langkah keselamatan yang baik semasa melakukan transaksi secara online
5. Kesilapan dari pihak bank sendiri samada  kecuaian atau secara teknikal

Langkah perlu diambil untuk mengelakkan perkara ini berlaku:
1. Jangan simpan nombor pin ATM di dalam dompet. Apa yang perlu kita lakukan ingat nombot pin tersebut di kepala2. Jangan benarkan orang lain mengeluarkan wang bagi pihak kita tak kira keluarga sendiri atau sesiapa sahaja.
3. Semasa pengeluaran wang di ATM.. semasa menekan no pin tutup butang nombor pada ATM dengan tangan atau apa yang difikirkan sesuai. Ya kita tak tahu ada kemungkinan kamera tersembunyi terpasang di ATM…Mungkin kita rasa tak logik…tapi lebih baik buat sebelum terkena.
4. Jangan beri no akuan bank dengan sewenang-wenangnya kepada orang lain. Walaupun secara dasarnya nombor akaun sahaja tidak memboleh kan orang lain mengeluarkan wang tetapi ada terdapat beberapa kes wang hilang setelah memberikan hanya no akaun.
5. Jangan mudah terpedaya dengan panggilan telefon kononnya anda memenamgi hadiah tertentu. Kebiasaanya dalam kes ini pemanggil meminta no akaun dan adakalanya meminta membuat pemindahan wang kepada akaun tertentu. Yang paling penting JANGAN LAYAN pemanggil seperti ini.
6. Sentiasa menukar no pin anda dari masa kesemasa. Dan elakkan menggunakan no pin yang mudah diteka.
7. Simpan transaction slip di tempat selamat. Ini penting jika ada apa-apa berlaku ada ada rujukan.
8.Jika anda menggunakan Online banking jangan sesekali klik pada link di email menyuruh anda mengemaskan akaun anda. Ini kerana jika anda klik pada link di email anda akan dibawa ke laman bank palsu di sini segala username dan password akan terdedah.
9.Ellakkan menggunakan password yang pendek dan mudah diteka. Kalau boleh buat campuran huruf dan nombor serta campuran huruf besar dan kecil.
10.Pasang perisian antivirus dan firewall pada komputer anda. Ini kerana tanpa perisisan ini komputer anda mudah terkena virus atau trojan seperti keylogger yang mana memintas dan merakam  apa-apa yang anda taip di komputer.
11. Gunakan browser yang baik cth Firefox dan setkan di firefox untuk memadamkan sebarang cache dan cookies sebaik sahaja anda tutup firefox.
12. Elakkan akses online banking di tempat awam cth cyber cafe dan sebagainya.
13.Sentiasa menyemak baki akaun bank anda dari masa ke semasa samada melalui ATM atau menggunakan online banking.

Apa yang perlu anda lakukan jika berlaku kehilngan wang di akaun bank anda.
1. Pastikan anda betul-betul yakin dan pasti pada tarikh dan masa kehilangan wang tersebut anda tidak melakukan sebarang transaksi samda di kaunter bank, ATM mahupun secara online.
2. Buat lapuran seberapa segera kepada pihak bank. Kalau boleh buktikan pada tarikh dan masa tersebut anda tidak pergi ke bank atau  ATM .
3. Minta bank nyatakan di ATM mana wang tersebut dikeluarkan. Jadi kalau boleh bawa sorang saksi bahawa pada tarikh dan watktu tersebut anda tidak pergi bank atau ATM.
4. Jika pihak bank tidak mahu bekerjasama buat lapuran polis dan Biro Pengaduan Awam. Ada beberapa kes pihak bank sengaja menyalahkan pelanggan dan enggan bekerjasama…Dalam hal ini pastikan anda betul dan  dalam pihak yang benar…Kalau bank masih tak mahu bekerjasama juga buat surat rasmi kepada Gabenor Bank Negara…ya kita tak perlu takut untuk menulis surat kepada sesiapa hatta kepada perdana menteri sekalipun.

Apa-apa pun ia bermula pada kita. Jangan ambil sikap sambil lewa dalam hal sebegini. Jangan mudah percaya dengan orang lain tambah-tambah orang yang kita tidak kenal. Jangan ada sikap tamak dan mudah terpengaruh dengan sebarang hadiah istimewa. Jika kita berdisplin dan mengambil perhatian yang wajar dalam perkara ini., jika berlaku kita ada harapan dan peluang untuk fight but kalau kejadian itu berpunca dari kecuaian dan kelalaian serta sikap tamak kita…tak boleh nak kata apa…

Walaubagaimana pun saya berdoa dan berharap agar perkara ini tidak berlaku lagi di kalangan masyarakat di negara kita. InsyaAllah.

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures