Archive for December, 2008

Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi

newyear

Selamat menyambut tahun baru 1430 Hijriah dan 2009 Masihi kepada semua penunjung blog ini. Saya harapkan agar segala perancangan dan azam lalu telah terlaksana.Saya juga berdoa dan berharap, semoga tahun baru ini segala yang kita rancangkan akan terlaksana dengan baik .

Selamat Tahun Baru

  • Share/Bookmark

Email: POP3 vs IMAP

Jika anda menggunakan internet tak kira dari  mana-mana internet service provider pasti anda pernah atau terjumpa perkataan pop3.  Apa sebenarnya Pop3 ini.

Pop3 ( Post Office Protocol version 3)  adalah  satu protocol internet untuk  “retrieve” email dari email server. Pop3 ini digunakan jika anda ingin download email message dari email server ke email client (software untuk email) seperti Microsoft Outlook, Thunderbird, Eudora dan sebagainya. Selepas email di download ke email client ini anda boleh membaca email tanpa perlu ke laman web email tersebut atau anda juga boleh mengirimkan email melalui email client tersebut menggunakan SMTP (Simple Mail Transfer Protocol) yang juga diguna pakai dalam kebanyakkan email client untuk mengirim email.

Saya adalah  pengguna “hardcore” email client sebab saya tak suka check email atau send email menggunakan laman web. Saya lebih suka retreive email dan send email menggunakan email client. Kebetulan saya  menggunakan hosting yang mana setiap domain yang dihostkan di hosting tersebut membolehkan saya create  email account. Setiap account mempunyai pop3 jadi saya boleh retreive email melalui email client. Namun apa ayang saya dapati masih ramai yang tak tahu pasal pop3 atau masih ramai menganggap untuk membaca dan mengirim  email ianya perlu dilakukan di web browser dengan pergi ke laman email tersebut.

Walau bagaimana pun bukan semua email boleh di retrieve ke email client. Kebanyakkan email provider hanya membenarkan email di access melalui laman web bagi free user. Kalau ingin retrieve email ke email client seperti Outlook dan sebagainya perlu membayar untuk mendapatkan pop3 account atau juga IMAP. Untuk pengguna internet kebiasaannya mereka masih boleh mnggunakan pop3 email yang disertakan sekali dalam langganan internet. Sebagai cth jika kita melanggan Streamyx kita diberi satu account email beserta dengan pop3 account. Jadi kita boleh access email kita dengan menggunakan email client. Email service provider seperti Gmail adalah satu-satunya free email provider yang memberi percuma account pop3. Jadi terpulang pada kita samda untuk access email di laman web atau menggunakan email client. Bukan itu sahaja selain pop3 Gmail juga menyediakan IMAP yang meruapakan salah satu protocol untuk kita access email kita di email client.

Untuk menggunakan pop3 kita perlu masukkan pop3 server setting ke dalam email client cth” Jika kita menggunakan Gmail pop3 server setting adalah pop.gmail.com kemudian kita dikehendak memasukkan ussername selain memasukkan nombor port . Sila lihat di sini untuk setting Gmail pop3

Setekah selesai memasukkan setting berkenaan kita boleh access email kita menggunakan email client tanpa pergi ke laman web berkenaan. Selain dari pop3 , IMAP (Internet Message Access Protocol) juga boleh digunakan jika email tersebut support IMAP dan email client juga support IMAP

Apakah perbezaan antara POP3 dan IMAP
Secara am adalah sama dua-dua merupakan protokol untuk access email ke mail client cuma terdapat beberapa kelebihan dan kekurangan:
- Hamppir semua email client support pop3. Begitu juga dengan ISP (internet service provider) juga support pop3 untuk email. Untuk IMAP tak semua email client dan email provider support IMAP
-Untuk pop3 kita terpaksa download keseluruhan email yang belum di download samada kita nak baca atau tidak dia akan download. Berbeza dengan IMAP dia tak download keseluruhan email. Dia hanya memaparkan header atau tajuk email tersebut. Jadi kita boleh pilih mana satu yang nak dibaca atau didownload. Ini berguna jika terdapat beberapa email yang mengndungi attachment yang besar yang mana kita tak mahu download.
-Pop 3 ia tidak sychronize antara email client dan mail server. Cth kalau kita sudah baca atau open sesuatu email ia tidak dinyatakan di dalam web server atau webmail. Bagi IMAP ia dapat melakukan synchronize yang mana apabila kita baca sesuatu email melalui mail client di webmail juga secara otomatik akan menunjukkan email sudah dibaca. Begitu juga kita boleh create folder just didalam email client secar otomatik di dalam webmail juga folder tersebut akan di create
-Pop3 selesai sahaja kita download email kita boleh offkan internet. Ini berguna kalau pengguna dial up. Tetapi jika kita mneggunakan IMAP kita perlu internet connection yang berterusan. Ini kerana apa-apa yang kita lihat di mail client hanya header atau tajuk email saja. Jika kita ingin membaca kandungan kita perlu internet connection untuk acces ke kandungan email tersebut.
-Jika anda menggunakan beberapa computer jika menggunakan pop3. Email yang di download hanya boleh dibaca dikomputer yang anda download email tersebut sahaja bagi IMAP anda boleh membaca email berkenaan walaupun ia telah di download di komputer atau email client yang lain.
-Untuk pop3 hanya Inbox sahaja yang di download, tetapi IMAP mempaparkan semua folder termasuk “spam folder” dan sebagainya. Walaubagaimana pun kita boleh tentukan apa folder yang hendak kita lihat di mail client..jadi tak ada masalah.
-Pop3 secara default akan delete email di server selepas kita download ke email client kecuali kita setkan di email client untuk kekalkan email tersebut. Bagi IMAP ia bertidak sebagai mirror yang mana ia akan forwardkan email tadi ke email client dan mengekal email tersebut di server…

Kalau kita tengok perbezaan di atas, ia menunjukkan  IMAP mempunyai fungsi yang lebih baik dan saya menggalakan anda menggunakan imap jika email client anda support IMAP dan email anda juga suppor IMAP. Dalam hal ini Gmail support kedua-dua protokol. Di dalam Gmail juga ada option untuk kita fowardkan email ke email yang lain selain mengekalkan email di server. Jadi tak ada masalah samada kita guna pop3 atau IMAP.

Untuk saya pengguna Gmail saya gunakan kedua-dua protokol. Sebab saya selalunya download email menggunakan pop3 ke komputer utama. Jika saya menggunakan komputer yang lain saya just guna IMAP untuk “view” email Gmail saya di server. Satu lagi email client yang saya gunakan sekarang iaitu Courier Mail boleh simpan email di thumdrive cthnya jadi tak  ada masalah untuk dibuka dan dibaca di mana-mana pc.

Bagi pengguna broadband anda boleh menggunakan salah satu protokol atau kedua-duanya sekali tetapi untuk pengguna dial up saya menyaran kan menggunakan IMAP jika email client support IMAP dan Email provider tersebut juga support IMAP..kalau tak suppot just guna Webmail dengan pergi ke laman email tersebut.

  • Share/Bookmark

Polis guna sistem baru jelaskan imej lelaki misteri dalam CCTV

Nurin CCTV

KUALA LUMPUR: Polis mendapat harapan baru bagi meleraikan kebuntuan siasatan kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin apabila sebuah syarikat tempatan menawarkan teknologi yang dikatakan mampu menjelaskan imej lelaki bermotosikal dalam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhampiran tempat penemuan mayat kanak-kanak itu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata teknologi dari luar negara itu diharap dapat memberi petunjuk baru bagi membantu polis menyelesaikan kes berkenaan.

Beliau berkata, teknologi itu dikatakan mampu menjelaskan imej rakaman CCTV terbabit, terutama nombor pendaftaran motosikal yang digunakan lelaki yang dikaitkan dengan kes pembunuhan Nurin.

“Sebelum ini kita menghantar rakaman CCTV itu kepada Biro Siasatan Persekutuan (FBI), namun ia tidak banyak membantu.

“Imej dalam rakaman itu masih tidak dapat dijelaskan dan ini menyukarkan kita mengenal pasti suspek termasuk nombor pendaftaran motosikal yang digunakan,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Program Merakyatkan Seni Budaya (PMS) di sini, semalam.

sumber Berita Harian

Jazimin Abdul Jalil, bapa Nurin Jazlin, kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang dibunuh dan mayatnya ditemui dalam beg di satu kaki lima di sini tahun lepas, gembira kerana masih ada pihak mahu berusaha mencari pembunuh anaknya walaupun kes itu semakin dilupakan. “Saya pasti bukan saya sahaja yang rasa gembira mendengar berita ini tapi seluruh rakyat Malaysia juga menanti pembunuhnya dihadapkan ke muka pengadilan.”

Sumber Utusan Malaysia

Saya juga benar- benar berharap dan berdoa agar pembunuh adik Nurin dapat dikenal pasti seterusnya di bawa ke muka pengadilan. Jika didapati bersalah jatuhkan hukuman setimpal dengan apa yang telah dilakukan. InsyaAllah

  • Share/Bookmark

David Arumugam (Alleycats) Terima Pingat


Photo oleh :krizz_ii

KUALA LUMPUR: Artis veteran, Thiagarajan K R Arumugam, yang lebih dikenali dengan nama David Arumugam, daripada kumpulan Alleycats, adalah antara 285 orang yang menerima darjah dan bintang kebesaran daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, di Istana Negara, hari ini.

David, yang menerima Johan Setia Mahkota (JSM), adalah vokalis utama kumpulan muzik tempatan terkemuka, Alleycats, yang ditubuhkan pada 1969 dan memperoleh kemasyhuran serta populariti pada 1970-an.

Empat orang menerima Panglima Jasa Negara (PJN) yang membawa gelaran ‘Datuk’. Mereka ialah Datuk Musa Sheikh Fadzir, anggota panel pelaburan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Datuk Abdul Rahman Abdul Hamid, bekas Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Johor, Datuk Ali Mohamed dan Timbalan Presiden St John Ambulans Kawasan Barat Daya Pulau Pinang, Datuk Jamilah Wahab.

Senator Osman Bungsu menerima Johan Mangku Negara (JMN) bersama enam lagi penerima.

Sepuluh orang menerima Johan Setia Mahkota, 46 menerima Kesatria Mangku Negara, 88 menerima Ahli Mangku Negara dan 131 orang menerima Pingat Pangkuan Negara. – Bernama  – Berita Harian

Tahniah David…you deserved it !… Bagi saya penganugerahan pingat kepada artis ini sepatutnya sejak dulu lagi. Tetapi terpaksa menunggu hampir 40 tahun untuk mendapatkan pingat. Bagi saya adalah lebih molek jika diberi Pangkat Datuk berbanding Shahrukh Khan kerana Allyecats telah banyak berjasa dalam industri hiburan negara dan yang paling penting dapat menyatupadukan semua bangsa di negara ini melalui music…

Apa-apa Tahniah sekali lagi kepada David Arumugam dan Alleycats amnya.. trima kasehhhhhhhhh…

  • Share/Bookmark

Hosting anda ada masalah?

Anda mungkin ada laman web yang baik, samada dari segi design, content dan sebagainya. Website atau blog anda mendapat hit yang baik. Tetapi masalahnya server selalu down. Bila contact provider web host tersebut..lambat reply atau paling malang tak reply langsung

Masalah ini menag pernah terjadi pada saya. Saya mula menggunakan paid hosting seawal tahun 2000. Sebelumnya saya menggunakan free hosting seperti Geocities, Tripod dan banyak lagi. Seerti mana yang kita ketahui free hosting banyak kekurangan. Sebagai cth terlalu banyak banner ads, ruang web yang terhad dan bandwidth yang kecil dan banyak lagi kekurangannya. Jadi saya terus menukar ke paid hosting.

Pada masa itu agak kurang webhosting co yang dikendalikan di dalam negara. Kalau ada pun sangat mahal. Jadi saya mengambil kuputusan untuk menggunakan web provider dari luar. Dan akhirnya saya telah menyewa web hosting dari co yang berpangkalan di UK. Lebih kurang setahun saya gunakan memang tak ada masalah. Bila masuk tahun kedua saya mula mengalami masalah. Antara masalahnya server slow, kedua terdapat beberapa restriction yang mana agak sukar diterima.  Tidak boleh host domain lebih dari satu. Bagi saya ini amat penting ..tak guna kita ada lebihan web space tetapi tak boleh digunakan untuk host domain yang lain.

Jadi saya membatalkan hosting web saya di hosting co tersebut. Dalam tahun tersebut mula muncul hosting provider di negara ni. Jadi saya pun mula melanggan dengan harapan mudah untuk berkomunikasi jika berlaku masalah. Rupanya tak seperti yang disangka. Web saya di hosting co tersebut hanya bertahan 4 bulan. Web saya tidak dapat di akses. Bila saya menghubungi provider tersebut melalui email. Langsung tidak berjawab. Nasib baik saya ada buat backup file-file web saya.

Oleh kerana saya memang dah agak lama dan suka buat website jadi bagi saya ..saya mesti cari provider yang lain. Saya ingin memilih provider dari malaysia. Setelah mencari di internet saya terjumpa satu provider yang berpangkalan di Selongor. Jadi saya pun terus melanggan. Pada peringkat awal semuanya ok tetapi selepas beberapa bula mula buat hal..server down, slow dan sebagainya. Saya menghubungi customer service web hosting ini.. mereka memberi pelbagai alasan. Sebagai cth menyalahkan saya menggunakan lebih dari satu domain didalam akaun hosting saya…satu lagi mereka menyalahkan saya sebab menggunakan beberapa script yang menyebabkan web server tak stabil.. Ok dalam hal ni bukan saya nak menunjuk pandai tetapi sebelum saya guna certain script saya tahu apa fungsi script tersebut dan bagai script tersebut berfungsi. Akhirnya saya bernekad tak mahu guna hosting provider yang ini lagi.

Kebetulan sewaktu melawat satu laman forum saya terlihat banner mengenai satu hosting provider. Jadi saya terus click pada banner tersebut. Kemudian saya dibawa kelaman web exabytes.com.my. Terus terang sebelum itu saya tak pernah dengar nama exabytes. Jadi saya pun mula buar research di internet mengenai provider ini. Apa yang saya dapati majority yang menggunakan hosting meberi komen yang positif. Jadi saya pergi sekali lagi laman web exabytes. Saya cuba baca package yang ditawarkan . Apa yang saya perhatikan package yang ditwarkan agak menarik dengan harga yang berpatutan. Ok saya bukan nak yang murah tak juga nak harga yang mahal… Saya mahu harga yang berpatutan. Jadi saya rasa harga yang ditawarkan agak berpatutan. Kemudian saya pun terus melanggan.

Sepanjang tahun pertama saya guna exabytes tidak masalah berlaku, server yang laju. customer support yag cukup baik. Pada tahun kedua ada sikit masalah server yang saya gunakan sering mengalami gangguan. jadi saya terus menghubungi exabytes mengenai masalah ini dan kalau boleh saya ingin pihak exabytes pindahkan ke server lain yang lebih. Sebenarnya saya tak aspect laman web saya dipindah ke server lain. Dalam masa tak sampai 12 jam saya menerima email dari exabytes mereka menyatakan file-file web saya telah dipindahkan ke laman yang baru. Mereka hanya meminta saya menukar DNS pada domain control panel ke DNS server yang baru..wahhh… selepas dari hari itu amat jarang berlaku masalah kalau ada pun tak terlalu lama , speed yang stabil. dan yang paling penting customer service yang tip top.. Bukan saya nak puji tetapi reality..itu sebab saya agak keberatan menggunakan provider yang lain.. sebab belum tentu customer service yang bagus. Dalam pemilihan hosting bukan sekadar package atau harga saja yang kita kena beri perhatian tetapi juga customer service. Dalam hal ini bagi saya Exabytes adalah piilihan terbaik..saya akui Exabytes bukan lah perfect ..sebab tiada satu pun hosting provider dalam dunia ini yang reliable 100% .Sehingga ke hari ini…telah masuk tahun ke 4 saya menggunakan exabtyes.

Bagi mereka yang mengalami masalah dengan hosting yang anda gunakan sekarang dan ingin berpindah ke provider yang baru seperti exabytes..anda boleh lawat kelaman exabytes. di sini: http://www.exabytes.com.my/switchhhh/

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures