Archive for November, 2008

Photoshop – Penyelamat Keadaan

Pada hari Jummat yang lepas 21 Nov 2008. Saya menghadiri satu majlis pernikahan adik Ipar saya di Kampung Jamuan Kuala Kangsar. Pernikahan tersebut alhamdulillah berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Seperti kebiasaan mana-mana majlis pernikahan, pengantin baru sudah tentu mahukan majlis tersebut diabadikan dalam bentuk gambar.

Untuk majlis perkahwinan adik ipar saya ni sebenarnya mereka telah menempah seorang jurufoto profesional. Tetapi untuk majlis pernikahan, ia tidak termasuk di dalam package fotografi. Jadi mereka mahukan kamera saya digunakan untuk merakan majlis akad nikah. Sebenarnya kamera saya selalu digunakan untuk majlis-majlis penting keluarga sebab kualiti yang dihasilan dari kamera Nikon SLR memang tidak pernah menghampakan. Terus terang saya katakan quality gambar memang lebih baik jika dibandingkan dengan kamera digital SLR entry level. kalau nak dibandingkan dengan digital point & shoot..memang jauhlah…Cuma kamera saya menggunakan filem.

Seperti biasa saya menggunakan Filem Fujiria 200 untuk merakam image di kamera Nikon SLR saya. jadi saya pergi kedai photo dimana saya selalu mencuci gambar dan membeli film. Saya telah beli 3 roll film. Agak terkejut juga harga bagi setiap roll agak murah iaitu RM7.50 kebiasaanya dalam RM9.00.

Di majlis ini hanya kamera saya digunakan untuk merakam akad nikah. Yang lain tu hanya menggunakan camera pada h/phone yang mana kurang sesuai untuk mengambil gambar di dalam keadaan cahaya yang kurang seperti di dalam masjid. Seperti biasa saya yakin gambar yang diambil akan menghasilkan image yang baik terang dan sharp.

Pada hari persandingan kamera saya tidak banyak digunakan untuk merakam gambar sebab pihak pengantin telah menempah jurufoto profesional. Kemera saya hanya digunakan untuk beberapa keadaan sahaja. Selesai majlis perkahwinan saya pun pergi kedai gambar untuk mencuci gambar. Di kedai saya hanya memproses 2 roll film yang ketiga masih ada di dalam kamera yang mana masih berbaki. Disebelah petang saya pun pergi semula ke kedai untuk mengambil gambar yang sudah dicuci. Setiba di rumah saya melihat balik gambar-gambar yang di ambil terutamanya di masjlis pernikahan. Agak terkejut besar saya melihat gambar-gambar tersebut… Boleh dikatakan 1 roll yang digunakan untuk majlis pernikahan gambar yang terhasil agak kelam, gelap dan tidak sharp. Pelik saya kenapa benda macam ni boleh berlaku sedangkan kamera saya tak pernah menghampakan.

Kebetulan pada masa itu adik ipar saya dan suaminya ada dirumah saya. Sebenarnya mereka pun tak sabar nak tengok gambar pernikahan. Bila mereka tengok gambar-gambar tadi saya boleh lihat riak wajah mereka yang agak hampa. Maklumlah mereka berharap gambar yang baik , tambahan pulak majlis akad nikah boleh dikatakan peristiwa sekali dalam sumur hidup..kecualilah ada yang lain :) .. Dan paling menyedihkan kamera sayalah hanya satu-satunya yang merakamkan gambar dimajlis tersebut. Puas saya berfikir apakah puncanya gambar menjadi begitu teruk. Sedangkan tak pernah berlaku sebelum ini. Kemudian terfikir pulak oleh saya tentang filem yang saya gunakan…kebetulan kotak film tersebut masih ada tersimpan di dalam beg kemera saya. Emmm patutlah film yang saya gunakan untuk majlis ini sebenarnya dah hampir luput…patutlah kedai gambar tu jual murah. Apa-apa pun itu bukan masalah utama..masalah utama sekarang macam mana nak kasi gambar tersebut seperti sepatutnya..Dan yang lebih penting dapat mengembirakan hati kedua pengantin yang riak wajah mereka agak hampa.

Terlintas di fikiran saya..scanner HP saya boleh scan dari film. Jadi saya rasa eloklah saya scan semua gambar dalam film tu dan buat restoration. Sebenarnya kedua pengantin agak kurang yakin samada benda macam ni boleh dibuat… Tapi saya yakin kepada mereka.. InsyaAllah boleh sebab saya pernah restore gambar lama supaya kembali seperti asal. Saya cakap pada mereka datang pada hari lusa…semuanya akan ok..

Pada sebelah malamnya saya memulakan kerja-kerja scanning setiap frame pada film tersebut. Kalau nak ikutkan saya boleh scan dari gambar tapi saya lebih suka scan dari sumber asal iaitu film. Agak makan masa juga nak scan 36 frame pada film tu. Setelah selasai  saya pun memulakan kerja-kerja restoration. Oleh kerana sebelum ini saya selalu juga buat kerja macam ni.. jadi ia tak lah begitu susah… dan hasilnya boleh dikatakan agak membanggakan jugak laa…sample gambar selepas proses restoration/baik pulih:

Setelah selesai memabaik pulih semua gambar dalam filem tersebut saya pu burn ke CD untuk di cuci di kedai gambar. Selepas siap di cuci saya pun melihat semula semua gambar-gambar ini.. Pergggghh lega semua gambar yang terhasil memang baik seperti yang sepatutnya.

Keesokkan harinya adik ipar dan suaminya datang untuk tengok gambar yang saya kata nak nak baik pulih tu…Bila diorang tengok ..terpancar riak wajah yang gembira sebab gambar-gambar majlis akad nikah tersebut begitu terang sharp seperti yang diharapkan.  Saya pun lega jugak…Bukan apa kalau tak saya dah menghampakan harapan orang..terutama untuk majlis penting seperti ini…Pengajaran yang saya dapat sebelum beli film pastikan film expiry date bila.. Bukan apa sekarang ni agak kurang orang hantar film untuk cuci gambar ..agak-agak majority guna digital camera.. Mungkin yang saya beli tu stock lama…

Apa-apa pun saya mengucpakan selamat pengantin baru kepada adik Ipar saya Zamzila Rusli dan suaminya Suhairi. Semoga berbahagia hingga ke anak cucu. Insya Allah.

  • Share/Bookmark

Antara Yoga dan Majlis Fatwa

Baru-baru ni Majlis Fatwa Kebangsaan telah menetapkan fatwa bahawa Yoga diharamkan untuk orang Islam. Ini kerana terdapat beberapa mentera atau bacaan yang diselitkan semasa melakukan aktiviti Yoga. Sebenarnya saya bukanlah nak mempersoalkan keputusan Majlis Fatwa kerana mereka lebih arif di dalam bidang ini. Cuma apa yang saya perhatikan keputusan dibuat agak tidak menyeluruh dan boleh dipertikai samada oleh orang Islam sendiri atau bukan Islam

Apa yang saya ketahui Yoga adalah activiti senaman yang tersendiri. Ini termasuk penumpuan terhadap latihan bercorak fizikal dan kerohanian. Mengenai soal kerohanian saya tidak mahu komen sebab saya tak pernah melakukan aktiviti Yoga. dan mungkin ini salah satu faktor Majlis Fatwa mngeluarkan hukum haram ke atas Yoga. dari segi latihan fizikal saya rasa Yoga merupakan salah satu bentuk aktiviti senaman yang baik. Sebagai cth seperti latihan streching. Itu sebab bagi pengamal Yoga mereka mampu melakukan pergerakkan badan yang fleksibel. Selain itu pengamal Yoga juga dilatih untuk mengawal pernafasan dan sebagainya termasuk mengajar si pengamal dari sudut pemakanan. Jadi secara umumnya Yoga seperti bentuk latihan fizikal yang lain termasuk senaman Tai-Chi hanyalah satu bentuk amalan latihan fizikal ke arah kehidupan yang lebih sihat. Cuma jika diselitkan dengan perkara-perkara yang bertentangan dengan agama Islam patutlah diharam.

Itu dalam kes ini Majlis Fatwa perlu mengariskan Yoga dalam bentuk macam mana yang diharamkan. Adakah keseluruhan Yoga diharamkan atau Yoga yang diselitkan dengan perkara-perkara yang dilarang. Ini boleh menimbulkan tanda tanya terutama umat islam yang mungkin selama ini ada yang telah melakukan amalan Yoga dalam bentuk latihan fizikal. Dalam hal ini juga boleh menjejaskan kredibiliti Majlis Fatwa sendiri yang sangat dihormati oleh umat islam di negara ini.

Apa-apa pun bukan hanya Yoga sahaja bentuk latihan fizikal yang ada di sekeliling kita.. banyak lagi senaman yang boleh dan mudah dilakukan dan mungkin kita sedang lakukan tanpa kita sedari. Sebagai cth amalan Solat lima waktu juga merupkan latihan fizikal dan latihan bersifat kerohanian. dan banyak lagi bentuk senaman yang boleh kita lakukan. Bagi umat Islam tak perlulah khuatir sebab macam-macam bentuk senaman yang boleh kita buat tanpa sebarang bentuk keraguan dari hukum syarak. Ini lebih afdal. wallahualam

Bagi saya..ambil kasut sukan …pakai track suit aaah.. lari dua tiga kali pusing padang bola…mudah bukan… :)

  • Share/Bookmark

Menukar theme pada Gmail

Gmail memperkenal satu option baru kepada pengguna Gmail untuk menukar theme atau skin. Sebelum ini skin atau theme pada Gmail terus terang dikatakan agak outdated tak seperti Yahoo Mail dan Hotmail.  Walapun theme baru ini masih belum sehebat Yahoo yang mana kita boleh drag and drop email mesej kita tapi sekurang-kurangnya dengan ada pilihan theme baru memberi wajah baru kepada Gmail setiap kali kita log-on untuk membaca gmail.

Terdapat 30 theme yang boleh dipilih mengikut citarasa. Apa yang perlu anda lakukan ialah dengan menekan link Setting dan pilih option Themes seperti dibawah:

Saya pengguna yang memang suka menggunakan gmail sebab banyak funtion yang saya rasa tidak disediakan oleh email provider yang lain seperti Yahoo atau Hotmail. Sebagai cth Gmail meyediakan Pop3 akses secara percuma, email forwarding yang mana option ini tidak diberi secara percuma oleh Yahoo dan Hotmail. satu lagi spam filter dalam Gmail lebih berkesan berbanding Yahoo dan Hotmail selain kita boleh setkan filter untuk menapis sesetengan email yang kita tidak kehendaki.

Untuk malumat lanjut sila klik  di sini : Gmail Themes

  • Share/Bookmark

Harga Minyak Turun Lagi.

fuelprice

Harga Petrol terbaru

PUTRAJAYA 17 Nov. – Kerajaan hari ini menurunkan lagi harga minyak sebanyak 15 sen berkuat kuasa esok, kali kelima sejak Ogos lalu sejajar dengan penurunan harga bahan api itu di pasaran dunia.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mengumumkan penurunan itu berkata, petrol RON97 turun daripada RM2.15 kepada RM2 seliter manakala RON92 dan diesel masing-masing daripada RM2.05 kepada RM1.90 seliter. (Sumber Utusan Malaysia)

Alahamdullilah sekurang-kurangnya mengurangkan bebanan bagi mereka yang menggunakan kenderaan seperti saya dan jutaan lagi rakyat Malaysia.  Cuma saya harap dengan penurunan harga petrol dan diesel ini dapat mengurangkan lagi harga barangan lain. Dulu bila harga barangan naik pengusaha barangan harian memeberi alasan harga minyak naik. Bila harga minyak turun jangan pulak beri alasan lain untuk tidak menurunkan harga.

Memang menjadi lumrah bila harga dah naik tu susah sangat nak turun. Sekarang bila kerajaan suruh turun harga macam-macam alasan kononya tak untunglaa… Dalam hal ni memang saya puji langkah kerajaan dengan menurunkan harga minyak . Pada hari ini harga minyak lebih 8 sen dari harga sebelum kenaikkan mendadak 2.70 dari 1.92. Sekurang-kurangnya tak banyak sangat perbezaan dengan harga minyak yang kita kecapi dulu. Dalam hal ini kerajaan dah mainkan peranan.. dan bila pulak pengeluar dan pemborong nak turunkan harga. dalam hal ni saya tidak menyalahkan peniaga runcit sebab harga yang mereka tawarkan banyak bergantung pada harga dari pengeluar dan pemborong. Tapi ada juga peruncit yang mengambil kesempatan…itulah masalahnya.

Apa-apa pun belanja petrol dapat dikurangkan dan lebihan boleh dibelanjakan kepada perkara lain yang difikirkan sesuai.

  • Share/Bookmark

Nak beli laptop / notebook?

Oppss tunggu..saya bukan jual laptop :)

Saya cuma nak sarankan sesiapa nak beli laptop jangan terus beli tanpa megambil perhatian beberapa perkara ni.

1. Spesifikasi
Most latest laptop yang dijual cukup untuk kegunaan harian cth menaip, internet, dengar lagu, main video dan buat grafik secara ringan…Generally laptop sekarang dipasang sekurang-kurangnya 1 gig.  Kebanyakan entry evel laptop mengunakan intergrated graphic card dan sound card. Kedua-duanya menggunakan shared memory atau kata lain ambil memory dari ram. Jadi katakan ram untuk grahic card tersebut 128 atau 256 bermakna ia telah mengambil dari 1 gig ram. Jadi selepbihnya untuk OS. Untuk windows XP tak jadi masalah tapi kalau Vista even Home Edition memang menjadi masalah pc jadi slow..cadangan saya better install 2 gig.

2. Driver untuk VISTA dan XP
Haaa ini yang selalu menjadi masalah kepada yang beli laptop. Sebabnya bila nak tukar dari satu OS ke satu OS cth dari Vista ke XP driver untuk XP tak ada dikeluarkan oleh vendor komputer tersebut. Jadi kita tak boleh nak install XP terpaksa laa pakai Vista… Jadi sebelum beli tanya betul-betul kat dealer ada support driver untuk XP tak… Atau sebelum beli buat survey dulu kat internet. Katakan kita minat nak beli satu model.. pergi ke website brand laptop tersebut…cari driver untuk XP untuk model yang kita minat tu…kalau ada download…walaupun kita tak beli lagi laptop tu. Sebab apa…sestengah driver boleh jadi tak dikeluarkan lagi dalam masa depan. Banyak kes di mana beli laptop brand laptop tersebut tak keluarkan driver untuk XP. Memang kita boleh guna pc tu. Tapi some cases terutama untuk laptop entry level tak berapa ngam kalau run under Vista. So kita nak gantikan dengan XP. Sestengah Vendor masih support XP untuk sestengah model antaranya DELL kalau Sony tu susah sikit begitu jugak dengan ACER setengah support setengah tak. So sebelum beli pastikan benda ni…Ini kalau anda becadang nak guna XP..kalau nak guna vista tak ada masalah.

3 Recovery CD
Kebanyakkan vendor tak kasi CD/DVD samada Vista atau XP , .diorang selalunya kasi recovery CD. CD recovery ni berfungsi untuk rollback kan system seperti sediakala seperti masa kita mula-mula beli laptop/pc. Ada diantara kes vendor tak beri apa-apa langsung CD..kalau ada masalah pergi ke support center untuk settlekan…ini yang masalahnya. Benda tu tak susah kalau kita nak buat sendiri even yang tak ada experience pun boleh buat…tapi kalau dah tak ada nak buat macam mana.?

4.Warranty
Yang ni saya rasa tak ada masalah cuma pastikan kita faham apa yang diperuntukan dalam warranty..sebab sesetangah keadaan ia tak termasuk dalam warranty.

sebenanya ada banyak lagi..tapi perkara di atas adalah paling utama. Saya bercakap pasal benda ni..sebab semalam adik ipar saya minta saya downgradekan laptop SONY VIO dia ke XP sebab dia cakap slow. Nak tunggu booting pun lambat. Saya tanya dia …ada driver untuk XP tak.. Dia cakap vendor/dealer tu tak kasi apa-apa CD pun. Dia cakap semua ada dalam PC…entahlah betul atau tak cakap dealer..saya kena tengok dulu laptop tu kalau ada driver tersimpan dalam partition lain. Sementara tu saya cuba cari driver untuk model tu kat internet…emmm tapi tak ada…

Dan satu lagi vendor tu cakap kalau nak install XP bawak balik pc tu ke kedai diorang buatkan. Pasal yang ni saya tak kisah sangat laa sebab diorang nak buatkan cuma adik ipar saya ni tak mahu buang duit sebab nak downgrade kena beli CD ori xp dan charge untuk installation…emm apa-apa malam nanti adik ipar saya datang kerumah…boleh laa saya tolong tengok kan kalau tak boleh ..sorry laaa :)

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures