Archive for October, 2008
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Assalamualaikum semua
Pada hari ini kita dan seluruh umat Islam di seluruh dunia menyambut Aidil Fitri. Jadi kesempatan ini saya mewakili keluarga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri kepada semua saudara-mara, rakan taulan samada jauh dekat dan juga semua pembaca laman blog dan laman tutorial saya.
Sempena menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang saya menyusun sepuluh jari memohon kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kesalahan yang pernah saya lakukan samada melalui perbuatan mahupun tuturkata. Akhir sekali Selamat menyambut Hari Lebaran, maaf zahir dan batin.
Kalau sudi lawatlah laman web Ucapan Selamat Hari Raya. atau boleh menonton video ucapan hari raya dari kami sekuarga di bawah. Selamat Hari Aidil Fitri kepada semua.
ckSfx0xU4Bo



