Archive for September, 2008
Tapeless video cam
30 tahun dulu sejak camera video diperkenalkan . Kita menggunakan tape untuk menyimpan video yang kita ambil dari videocam. Sebagai cth pita vhs atau Svhs. Dalam 12 tahun lepas pita analog vhs/svhs diganti dengan pita digital seperti mini dv tape yang mana quality lebih baik. Walaubagaimana pun nature sesuatu tape mudah dipengaruhi oleh beberapa faktor yang menyebabkan quality akan terjejas sebagai cth kulat, tali tape yang meregang dan sebagainya. Kedua menggunakan tape kita terpaksa menunggu lama untuk transfer ke pc. Sebagai cth kalau menggunakan minidv tape dan rakaman video selama sejam maka sejam juga kita terpaksa memindahkan data/signal dari tape ke pc..kedua agak sukar untuk kita membuat random access dari satu scene ke satu scene.
Namun sekarang kita banyak kamera video menggunakan storage yang bukan berasaskan tape sebagai cth menggunakan DVD disk, harddisk dan memory card. Jadi kita boleh memindahkan data video dari storage ini ke pc untuk tujuan editing lebih cepat dan kita boleh memilih scene yang mana untuk kita trasnfer ke pc. Jika menggunakan tape kita boleh juga memilih mana satu scene yang kita nak pilih untuk ditransfer ke pc cuma cara agak melecehkan . Kita terpaksa forward/rewind dan setkan timecode yang mana untuk kita transferkan scene ke pc.
Penggunaan kamera tanpa tape telah mula diperkenal 3 tahun dahulu apabila syarikat elektrik seperti Sony dan panasonic memperkenal video kamera berasaskan dvd disk. Selain ole dimainkan terus ke dvd player ia juga boleh digunakan untuk transfer video ke pc mengguna dvd drive pada pc tanpa menggunakan kamera. Dan proses transfer memang cepat kerana data ditransfer bergantung pada kelajuan dvd drive untuk membaca data dari dvd disk. Kemudian kamera berasaskan hardisk diperkenalkan. Ini juga satu perkembangan yang baik kerana lebih banyak data boleh disimpan dan lebih lama video boleh dirakamkan. Cuma kamera jenis ini agak besar sedikit kerana ia diattach sekali dengan h/disk. Satu lagi h.disk ini kekal dikamera..jika kita ingin transfer footage dari h/disk kita terpaksa menggunakan kamera.
Terbaru Sandisk memperkenal Compact Flash mempunyai capacity 32 gig. Selain digunakan untuk menyimpan still foto dari digital still camera ia juga boleh digunakan untuk menyimpan data video dari digital video cam. Jadi dengan saiz yang kecil dan bersifat removable ia menjadi satu pilihan yang baik untuk kamera video generasi baru. Pada saiz ini ia boleh menyimpan 4 jam highdef footage mpeg2 atau AVCHD dan 2 jam setengah jika menggunakan avi dv format.
Sifat compact flash yang tidak mengandungi comppnent yang bergerak dan lasak serta kecil maka ia satu option yang baik untuk kemera generasi baru. Seperti yang saya katakan tadi ia memudah kan kita mempunyai tranfer ke pc dengan lebih cepat jiak menggunakan usb 2 card reader atau card reader yang mempunyai option firewire.
Sebenarnya camera berasaskan card telah mula diperkenal 2 tahun yang lalu apabila Panasonic memperkenal kad P2 untuk kamera highend. Tetapi kad ini agak mahal dan reader uantuk card ini tak banyak dikeluarkan . Untuk membaca data dar P2 card kita terpaksa menggunakan kamera p2 sendiri atau card reader yang memang khas untuk P2. Berbeza dengan compact flash ..card reader untuk CF card memang telah lama ada dalam pasaran dan sudah tentu cad reader yang terbaru boleh membaca Cf card pada capasity besar dan lebih cepat.. jadi ini satu advantage menggunakan CF card pada kamera. Memang buat masa ini CF card bersaiz 32 gig agak mahal hampir RM 1000 ringgit tetapi saya rasa harga akan jatuh dalam masa setahun ini. Kalau kita masih ingat harga 1 gig compact flash 4 tahun dahulu juga hampir RM1000 sekarang boleh didapati dibawah RM100 dengan keupayaan membaca dan menulis lebih pantas.
Jadi saya punya prediction dalam lima tahun akan datang kamera video berasaskan tape mungkin tidak wujud lagi. Ini kerana kamera akan meyimpan data video ke dalam memory card yang mana capasity lebih besar, saiz yang kecil dan tahan lasak..begitu juga ia lebih senang digunakan..



