Archive for August, 2008

Streamyx TMnet buat hal lagi

Heran betul laa dengan streamyx ni. Nak katakan baru dah lama tapi service masih macam budak baru nak belajar berjalan. Streamyx dah hampir lima tahun..kalau budak lima tahun dah dapat berjalan dengan baik dan boleh berlari dengan laju. Tapi streamyx masih merangkak

Sejak seminggu dua streamyx slow terutama untuk site video streaming macam youtube atau metacafe. Selalunya kalau nak tengok video di youtube tak ada  masalah. Sekarang kalau kita mainkan video di youtube setiap 2-3 saat video akan tersekat…

Yang hairannya kalau kita buka youtube dari pukul 12.00 tengah malam hingga 11.00 pagi tak masalah lepas 11.00 pagi mula….saya percaya memang streamyx buat masa ini limitkan bandwitdth untuk youtube. Begitu juga denga direct download file…cth dari rapidshare…bayangkan sekarang even pakai premuim account pun susah nak cecah 30kbps….. kalau dulu kita senang-senang dapat full speed sekarang jangan harap.

Bila kita call service center diorang akan bagi alasan site tu slow laaa..siang ramai orang guna laa…bukan masalah streamyx… COME ON streamyx jangan fikir pelanggan bodoh…..kalau guna proxy boleh dapat full speed apa!!!!..even guna proxy dari streamyx sendiri… so maknanya sekarang Streamyx memang limitkan bandwidth untuk IP yang diguna pakai oleh normal user…so jangan  bagi alasan site cth youtube yang slow…

Streamyx dok promote package sampai 4 mb tapi apa guna kalau video streaming site macam youtube pun tak boleh guna….Kita semua tahu site yang popular kebanyakkan diluar negara… kalau setakat dalam negara ok tapi luar negara tak ok…buat apa semua tu….

Inilah masalahnya……emm entah laaa ..ada orang cakap Streamyx sengaja limit bandwidth untuk youtube sebab sekarang orang tak tengok TV yang berita dia entah apa-apa..orang lebih suka tengok “berita” dari youtube…tambah-tambah dengan keadaan politik sekarang ni..sumber alternatif semakin dan lebih diminati..

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures