Archive for June, 2008

Firefox 3….yeahhhhh

firefox3

Penantian peminat browser Mozilla Firefox berakhir pada hari ini bila Mozilla melancarkan browser yang hangat dipasaran iaitu  Firefox 3. Sememangnya saya salah seorang peminat firefox memang tertunggu untuk download versi yang terbaru.

Firefox 3 menjanjikan lebih 15000 improvement , lebih secure, lebih laju dan stabil berbanding version sebelumnya iaitu version 2. Sila baca di sini: Firefox 3

Oleh kerana saya baru download jadi saya belum boleh beri pandangan mengenai versi terbaru firefox..tapi apa yang saya dapati page rendering lebih laju… lebih ringan (less memory) jika dibandingkan dengan version sebelum ini…

Ok nanti saya beri komen tentang firefox sedikit masa lagi. Sesiapa nak download boleh download di sini:

FireFox 3

  • Share/Bookmark

Minyak oh minyak

Hari ini terasa sedikit tension pasal kenaikkan harga minyak yang begitu mendadak dari 1.92 ke 2.70 atau 40%. Entah sampai bila benda ni nak setel..

Kalau setakat minyak saja naik tak heran laa…tapi yang pasti barangan lain akan  ikut jejak langkah..pun naik..Sekarang kita bekerja hanya untuk hidup …atau hanya untuk cukup makan ..

Punca minyak naik bukanla sebab kekurangan bekalan tetapi lebih kepada spekulasi harga minya di pasaran hadapan komoditi .. Kita tahu spekulator memang memainkan peranan utama dalam menaikkan harga barangan komoditi ini…Mereka akan bertambah kaya yang miskin akan bertambah miskin… Ini sistem ekonomi kapitalis yang di amalkan oleh kebanyakkan negara…

Negara yang banayk duit cth Amerika akan bertambah kuat dengara yang baru nak membangun akan terbantut… jadi jelas penjajahan kuasa besar telah berlaku di hampir semua negara yang membangun…

Apa peranan Tok-tok arab dalam masalah ini…saya rasa mereka tak ada buat apa sebab mereka akan lebih kaya sebab kenaikan minyak… Mereka pejam mata melihat negara yang membangun kebanyakkannya dari negara Islam terus tertekan…Ini lah sikap Tok arab..SELFISH..EGO…

Kesan dari kenaikan harga minyak sudah tentu akan menimbulkan suasana yang lebih buruk selepas ini…Tekanan terhadap perbelanjaan bulanan akan bertambah..kalau sebelum ini hanya paras hidung selepas ini mungkin akan lemas..

Bagi saya bukan kita tak berjimat…bukan kita tak berhemah dalam perbelanjaan . Kita sudah melakukan apa yang patut untuk mengimbangi dengan keadaan ekonomi sekarang… Tapi tekanan kenaikan harga minyak dan barangan asas yang lain menyebabkan agak sukar untuk terus untuk survive…

Jenayah akan terus bertambah.. ramai akan kehilangan pekerjaan.. inflasi akan terus meningkat..dan banyak lagi perkara buruk yang bakal berlaku… Saya bukan mendoakan berkara ini berlaku tapi seacara realitinya perkara ini mudah berlaku…Ini akan menyebabkan kita sentiasa berada di dalam ketakutan hatta ketika berada di dalam rumah sekalipun… Manusia akan bersifat selfish…pada masa akan datang tiada lagi sifat ehsan sesama manusia kerana semua orang ingin menjaga perut masing-masing…

Entah laaa…apa yang jadi pada masa akan datang hanya Allah saja yang tahu…

Minyak ohh minyak lagi lama aku fikir tentang kau boleh jadi tak betul aku….berdoa saja lah kepada allah supaya malapetaka ekonomi ini dapat diselesaikan…

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures