Archive for May, 2008
Pc Selalu Kena Virus?
Saya ada menerima email dari rakan kita yang dikenali dengan nama “awe” memberi tahu pc yang dipasang windows Vista di “dihinggapi” banyak virus.. Jadi rakan kita ni bercadang nak tukar ke windows yang lain.
Sebenarnya kalau nak ikutkan technology terkini windows vista paling bagus dari segi security untuk semua versi windows . Walaubagaimana pun tak ada satu pun OS yang kebal. Banayk bergantung pada pengguna OS tersebut. cthnya: Membiarkan pc tanpa protection (antivirus, firewall , anti-malware/spyware..etc). Satu lagi windows Vista mempunyai system protection untuk virus/firewall tersendiri cthnya Windows Defender…tapi kita kena update windows vista kita sebab sejak vista dilancarkan dah beratus jenis virus boleh masuk ke vista. Jadi kalau kita tak update windows vista sudah tentu virus yang terbaru mudah masuk..saya tak pasti saudara/i update atau tidak Vista yang saudara/i pakai..
Ok sebenarnya saya tak kisah sesiapa pun pakai vista ..tapi nasihat saya pastikan sistem pc mampu untuk handle vista. Vista menggunakan banyak resource pada pc cthcthnya Ram. cpu dan graphic card… Itu sebab mana-mana pc yang di pasang vista agak slow..terutama laptop. Dari segi mana bagus antara semua versi vista ..sudah tentu ultimate….tapi bagi pandangan saya rata-rata pengguna lebih selesa guna windows XP sebab ringan dan tak guna pc resource yang banyak..dan kalau apdate ke windows XP SP3 ..performance lagi bagus…Pasal harga Vista Ultimate (kalau ori) saya rasa memang mahal ..tak salah saya lebih RM500…
Jadi buat masa ini guna windows Xp dulu..update ke SP3 dan guna antivirus /firewall… Sebeanrnya kita tak perlu keluar duit untuk pasang antivirus/firewall..sebab banyak software yan free boleh kita gunakan cth Comodo:
http://www.comodo.com/products/free_products.html downlload dan install…
Yang penting kita sentiasa update antivirus, update windows dan hati-hati kalau download file dari site-site tertentu terutama p2p. cth torrent, ares, etc..sebab di sini banyak virus yang di attachedkan sekali…
satu lagi hati-hati kalau guna thumbdrive.. pastikan thumb drive discan terutama kalau thumbdrive yang sering digunakan di tempat awam cth di makmal computer universiti/kolej, cyber cafe..etc..sebab salah satu punca virus merebak adalah dari thumbdrive..
jadi conclusion tak kisahlah pakai Vista atau XP ..apa yang perlu:
1. Windows kita selalu diupdate
2. Pasang antivirus /firewall (sangat penting) – sendtiasa update…
3. Jangan buka email dari orang tak dikenali dan jangan klik pada file yang kita tak pasti
4. hati-hati kalau download lagu/movie/software dari p2p cth torrent sebab tempat ini memang banyak virus…nak download boleh tapi pastikan pc dipasang antivirus yang selalu diupdate…
5. Elakkan berkongsi thumbdrive atau gunakan thumbdrive orang lain di pc kita.
6. Elakkan surf ke laman web porno sebab tersilap klik kita dah download dan install virus kedalam pc kita.
Untuk saya buat masa ini. Windows XP (yang sentiasa dikemas kini dan dipasang antivirus/firewall) sudah lebih dari cukup… Setakat ini alhamdullilah semua pc dirumah saya terselamat dari virus atau kena attack ..kalau kita nak “cantikkan” Windows XP kita banyak site yang boleh kita tukar “wajah XP” ke vista…dalam masa yang sama pc stable, laju ..



