Archive for March, 2008

Free software

Mungkin ramai yang tidak mengetahui bahawa terdapat software-software yang percuma untuk kita gunakan di dalam pc kita. Kita tidak perlu membayar harga software yang kadang kala mencapai ribuan ringgit. Kita juga tidak perlu risau mengenai masalah menggunakan perisian cetak rompak. Di internet terdapat pelbagai software yang percuma untuk kegunaan tertentu seperti kerja-kerja menaip, spreadsheet, graphic, melayari internet. menonton video dan mendengar lagu di pc, antivirus/firewall..dan lain-lain lagi.

Apa yang perlu hanyalah pc yang mempunyai os (samada windows atau linux) dan sambungan ke internet (digalakan broadband cth streamyx) untuk tujuan downloading. Dibawah ini saya cuba senaraikan sofware-software yang percuma mengikut kegunaan:

Word Processing, spreadsheet, presentation
Selalunya bila sebut word processing, spreadsheet dan sebagainya sudah tentu kita membanyangkan software keluaran microsoft seperti Microsoft Office yang mengandungi Word, Excel , Power point dan sebagainya. Walau bagaimana pun sofware ini bukan percuma dan harga nya agak mahal dan bukan semua feature yang ada kita gunakan. Satu lagi Versi terbaru agak berat bagi pc yang moderate…Jadi kenapa kita perlu membayar ratusan ringgit untuk melakukan kerja-kerja biasa…lainlah kalau kita guna perisian cetak rompak. Alternatif terbaik kepada Microsoft office adalah

Office Suite
Soft ware ini mengandungi semua software yang ada di dalam Microsoft Office. Software ini juga membolehkan kita open , save file seperti .doc, .xls, ppt dan save sebagai pdf. Jadi sebagai pengguna biasa semua perisian ini sudah lebih dari cukup.

IBM Lotus Symphony
Dikeluarkan oleh syarikat gergasi komputer yang terkenal iaitu IBM. IBM Lotus Symphony juga merupakan salah satu perisian pejabat yang percuma. Cuma perisian ini masih dalam peringkat beta. Mungkin terdapat beberapa bugs.

PrimoPDF (Create Pdf file format)
Software ini digunakan untuk conver sebarang file ke format PDF melalui sebarang software yang mempunyai fungsi Print. Jadi anda boleh create pdf bukan setakat dari perisian office semata-mata. Untuk view pdf file ada juga boleh download pdf reader secara percuma sperti Acrobat reader yang boleh didiwnload di sini : Adobe Acrobat Reader

Graphic & Image Manipulation
Sebut pasal graphic dan image manipulation sudah tentu ramai yang membayangkan software yang popular seperti adobePhotoshop. Memang saya akui Photoshop adalah satu-satunya software yang diguna pakai untuk kerja -kerja graphic. Walau bagaimana pun software ini bukan free dan harga ori memang mahal (kecualilah kalau guna cetak rompak atau warez) . Satu lagi software ini bagi mereka yang baru nak mula memang agak susah dan perisian ini agak berat bagi pc yang agak moderate. Alternatif yang popular adalah :

Gimp
Software ini adalah saingan yang terdekat dengan photoshop. Banyak fungsi -fungsi utama dalam photoshop terdapat dalam software ini dan software ini ada percuma. Jika anda ingin edit photo samada dari digital camera atau image yang discan sofware ini lebih dari cukup dan sangat baik. Ramai photographer profesional dan artis grahic menggunakan software ini. Untuk download sila klik di sini

Video & Audio
Tak dapat dinafikan pada masa ini terutama kalangan remaja banyak menghabiskan masa menonton video dan mendengar music di komputer. Jadi perisian untuk memaikan video dan audio adalah satu yang wajib ada di dalam pc. Jika anda ingin menonton DVD anda perlu ada software yang boleh memainkan DVD seperti dvd player biasa dan begitu juga dengan video format yang lain seperti VCD, SVCD atau video yang didownload dari internet. Sebelum ini perisian seperti Cybelink Power DVD dan WIn DVD adalah perisian yang popular untuk menonton video terutama untuk format dvd tetapi software ini bukan free dan apa yang meyedihkan lagi versin terbaru agak berat walapun dengan menggunakan computer yang agak berkuasa. Jadi terdapat alternatif untuk kita menonton video dengan menggunakan software yang percuma tetapi mampu memainkan semua jenis video format yang popular cth seperti:

AVS DVD Player
Software ini bukan saja berkebolehan memainkan DVD disk tetapi juga mampu memainkan hampir semua video format yang popular seperti avi, divx, xvid, mov, real media, 3gp mp4 dan sebagainya . Dengan hanya satu software anda boleh memainkan semua format video yang popular tanpa menggunakan software yang berasingan. Software ini juga boleh memainkan hampir semua audio format yang popular seperti audio cd, mp3, aac, ogg , wav dan sebagainya.

Media Player Classic
Software ini juga boleh memainkan hampir semua video /audio yang popular cuma GUI nya agak ketinggalan sikit..namun tiada masalah untuk memainkan sebarang video/audio format.

Video/audio Convertor
Kekadang terdapat beberapa keadaan kita ingin convert video dari satu format ke satu format sebagai cth kita ingin convert video dari video cam kita ke mpeg1 vcd atau ke 3gp format untuk di mainkan di h/phone. Jadi kita memerlukan satu software yang boleh convert video tersebut ke sebarang format yang dikehendaki bila diperlukan.

Super (Sila guna mirror download untuk download)
Software ini menjadi salah satu software yang sentiasa ada di dalam pc saya kerana sofware ini mampu convert ke hampir semua format video pada quality yang agak baik. Walaupun quality dia tak sebaik convertor yang berbayar seperti Canopus tapi bagi penggunaan biasa ianya sudah memadai. Soft ware ini juga mampu convert satu format audio ke format audio yang lain.

Video & Audio Editing
Video dan audio merupakan satu benda yang agak common pada masa ini. PC menjadi satu plaform untuk kita memainkan video dan audio. Walau bagaimana pun ramai antara kita ingin edit video dan audio yang ada. Walaubagaimana pun bagi pendapat saya yang agak lama dalam video editing memang saya akui setakat ini saya belum berjumpa dengan perisian untuk editing yang percuma setanding dengan yang berbayar tak kira apa platform pun samada windows, Mac dan linux. Namun bukanlah bermakna kita tak mampu nak edit video. Kebanyakkan dari kita hanya edit video untuk tujuan yang biasa cth buang certain part dari video dan tambah effects seperti transition dan sebagainya. Terdapat software yang percuma untuk kita membuat video editing secara basic cthnya:

Video Spin
Software ini mampu untuk anda edit video dan menambah effect pada video dan apa yang menarik ia menyokong kebanyakkan format video yang popular. Anda juga boleh direct upload video anda ke youtube untuk di tonton oleh pengguna internet

Audacity
Audacity adalah satu software yang digunakan untuk edit audio. Anda boleh menggunakan software ini ntuk edit audio anda dan menambah effect pada audio dan save ke sebarang format yang popular. Ia juga boleh digunakan sebagai perakam audio cth dari microphone atau apa-apa input audio

Internet & Web

Pada masa ini jika pc tiada sambungan ke Internet mungkin sesuatu yang tidak lengkap kerana internet adalah sebahagian dari pada pc. Banyak terdapat software atau utility yang berguna untuk kita gunakan semasa berinternet:

Web Browers
Web Browser atau pelayar web merupakan satu perisian yang waji untuk kita melayari internet. Tanpa web browser internet tidak sempurna. Terdapat beratus web browser yang popular antaranya:

Internet Explorer
Mozilla Firefox (highly Recommended)
Opera
Apple Safari
Maxthon dan sebagainya

Email client
Email client adalah satu software yang digunakan untuk download email yang menyokong pop3 seperti email dari streamyx, gmail dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan untuk send email melalui perisian ini:

Thunderbird

Download Manager & Accelerator
Download manager adalah satu perisian yang mana kita boleh download sesuatu file dengan cepat kerana download manager berfungsi menghubungkan beberapa server secara serentak untuk sesuatu file. Jadi download menjadi lebih cepat. Kegunaan yang lain ialah kita boleh pause atau berhenti download dan sambung semula tanpa perlu download dari mula, Banyak download manager yang ada di internet ada yang berbayar dan ada yang percuma antaranya adalah :

Free Download Manager
Software ini bukan saja mampu download file dengan lebih cepat tetapi juga boleh detect jenis file yang agak sukar didownload secara biasa sebagai cth video file seperti FLV cth dari youtube, metacafe, myspace dan sebagainya .

Internet Chat
Yahoo Messenger
MSN
Skype

HTML/Web editor
Jika kita telah lama menggunakan internet sudah tentu kita ingin meghasilkan laman web kita sendiri sebagai cth untuk tujuan promosi product dan sebagainya. Kita ingin menghasilkan web mengikut selera kita. Memang terdapat banyak software yang popular seperti Dremweaver . Tetapi software ini agak mahal dan agak sukar bagi mereka yang baru dalam membina laman web. Jika anda masih baru dan ingin menghasilkan laman web cara mudah terdapat perisian html/web editor yang percuma untuk anda membina laman web antaranya:

Page Breeze
Software ini memboleh kan anda membina web secara drag & drop atau jika ada ada sedikit kemahiran dalam html anda boleh meggunakan html untuk membina laman web anda. Selain itu jika anda ingin membina blog tanpa perlu menyewa hosting , anda boleh mula dengan beberapa site khusus untuk blogging:

Blogger.com
Worpress.com

Atau sekiranya anda berminat dalam Social Networking anda boleh memulakan dengan mendaftar secara percuma di:
Myspace.com
Friendster.com
Facebook.com

FTP Client
Ftp client andalah satu software bertujuan untuk anda tranfer file dari pc ke server. Ia sangat berguna untuk anda uploadkan file laman web anda dari pc ke web server cthnya :

FileZilla

CD/DVD burning

Jika ada membeli DVD/CD drive selalunya didatangkan sekali dengan perisian untuk burn. Antaranya Nero dan Roxio. Walaubagimana pun kekadang sofware ini terlalu berat dan kekedang tidak stabil terutama Nero. Satu lagi sestengah perisian memasukkan sekali utitility yang tak diperlukan jadi menyebabkan pc menjadi berat. Terdapat beberapa software yang free yang mampu melakukan kerja-kerja burning yang biasa dalam masa yang sama tidak memberatkan pc dan user friendly antaranya:

BurnAware Free Edition
DVDrip ‘n’ Burn

Antivirus , firewall, Anti-adware/malware
Sebagai pengguna pc terutama yang menggunakan internet mahu tak mahu kita terpaksa menggunakan perisian security Antivirus , firewall, Anti-adware/malware , Banyak software yang digunakan untuk tujuan ini walaubagaimana pun kebanyakkannya memerlukan kita membayar yuran tahunan ini kekdang menyebakan kita rasa malas untuk protect pc kita. Terdapat beberapa sofware yang menawarkan software untuk protect pc kita secar percuma,. Tetapi awas buka semua yang percuma mampu menangani masalah virus/pencerobohan pc. Ada diantaranya memnyebabkan pc lebih terdedah kepada serangan virus dan pencerobohan. Antara alternatif yang baik adalah

Comodo
Saya menyarankan menggunakan sofware protection dari comodo kerana pertama ianya percuma dan ia merangkumi semua aspek yang penting dalam keselamatan pc dari virus, pencerobohan, adware/malware, dan spam. Kedua ia dihasilkan dari company yang memang terlibat secar langsung dalam internet security

Penutup
Apa yang saya tulis atas adalah sebahagian daripada software yang percuma untuk kita gunakan di pc dalam untuk tujuan-tujuan tertentu. Jadi anda boleh manfaatkan pc anda tanpa membayar untuk menjalankan activity tertentu. Jika ada sebarangan cadangan sila post pendapat anda di sini. Boleh kita kongsi bersama

  • Share/Bookmark

Sambutan Maulidur Rasul 1429H

Rasulullah s.a.w. telah dibangkitkan oleh Allah untuk memimpin umat manusia di dunia ini ke jalan yang selamat dan bahagia di dunia dan di akhirat. Baginda s.a.w. adalah rahmat dari Allah S.W.T.yang tidak ternilai harganya kepada alam semesta ini,sebagaimana jelas dari firman Allah S.W.T. yang bermaksud:‘Dan tidaklah kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam’.

(Al-Anbiya’:107)

Sebagai seorang Rasul yang diutuskan,darjat ketinggiannya mengatasi pemimpin-pemimpin yang lain. Baginda bersifat ma’sum iaitu terpelihara dari melakukan kesalahan dan kesilapan. Maka kerana itu,arah dan tujuan yang di bawanya untuk seluruh umat manusia ini adalah benar dan terjamin. Baginda memimpin umatnya ke jalan yang diredhai oleh Allah S.W.T. iaitu agama Islam. Kini Baginda s.a.w. sudah tidak ada lagi di dunia ini,tetapi umatnya tetap dijamin tidak akan sesat selama mana mereka berpegang dengan pusaka tinggalannya iaitu al-Quran dan al-Sunnah. Melalui dua sumber ini umat Islam sentiasa terpimpin dalam menghadapi kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini.

Dalam menyampaikan ajaran dan perintah-perintah dari Allah, Baginda juga memperlihatkan contoh-contoh teladan untuk diikuti oleh umatnya. Berkenaan hal ini Allah S.W.T. telah berfirman:

Maksudnya:
Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).’

(Al-Ahzab: 21)

Oleh yang demikian, dalam rencana ini kita akan melihat beberapa pengajaran dan contoh teladan yang ditinggalkan oleh Rasulullah s.a.w. berkenaan kehidupannya untuk kita jadikan panduan serta ikutan dalam mengisi dan mempertingkatkan keimanan kita bagi memperolihi darjat taqwa yang diharap-harapkan. Maka untuk itu, dibentangkan sebahagian dari bimbingan dan teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah s.a.w. khasnya berkenaan perkara-perkara berikut:

RUMAHTANGGA

Keharmonian hidup berumahtangga adalah salah satu faktor utama dalam membina sesebuah masyarakat yang baik dan terhormat. Rumahtangga yang baik dan harmoni ini sukar diperolihi tanpa adanya kerjasama serta saling hormat menghormati antara suami isteri dan lain-lain anggota keluarga. Suami seharusnya berkelakuan baik dan berakhlak mulia dalam mengendalikan rumahtangganya, di samping itu sentiasa memperlihatkan contoh-contoh yang baik dalam pergaulan supaya ianya mudah diteladani oleh isteri dan anak-anaknya. Di dalam rumahtangga, para suami tidak sewajarnya bertindak sebagai seorang yang keras dan bengis yang tahu mengarahkan itu dan ini dan mahukan semuanya tersedia untuknya tanpa memikirkan suasana rumahtangga yang memerlukan kasih sayang,kerjasama dan saling bantu membantu.

Dalam kehidupan berumahtangga, Rasulullah s.a.w. telah memperlihatkan suatu teladan yang baik yang boleh diikuti oleh seseorang suami dalam mengurus rumahtangganya. Sebagai seorang suami Rasulullah s.a.w. amat bertimbang rasa dan bersedia membantu keluarganya. Banyak kerja yang dilakukan dengan tangannya sendiri, seperti menjahit pakaian, memerah susu kambing dan apabila mahu makan Baginda makan apa-apa makanan yang sedia ada saja. Rasulullah s.a.w. sangat marah kepada suami yang memukul isterinya sebagaimana memukul hamba abdi, sabdanya yang bermaksud:

Tidakkah seseorang dari kamu merasa malu untuk memukul isterinya sebagaimana dia memukul hambanya? Di waktu pagi dipukul isterinya kemudian di waktu malam ditidurinya pula’.

Di samping Rasulullah s.a.w. menunjukkan panduan dan contoh tentang hidup tolong menolong serta perasaan kasih sayang kepada isteri, Rasulullah s.a.w. juga menunjukkan suatu teladan yang baik khususnya kepada mereka yang mempunyai isteri yang lebih dari seorang. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa Rasulullah s.a.w. mempunyai beberapa orang isteri yang terdiri daripada pelbagai peringkat umur. Ada yang masih muda dan cantik, dan ada yang sudah berumur. Walau bagaimanapun, Rasulullah s.a.w. tidak sekali-kali bersikap pilih kasih dalam layanan kasih sayang antara mereka. Masa dan giliran mereka dibahagikan dengan adil serta cukup rapi sekalipun dalam masa Baginda sakit. Apabila Rasulullah s.a.w. hendak musafir, Baginda menjalankan undi antara isteri-isterinya itu dan hanya yang terkena undi saja yang berhak bersamanya.

JIRAN

Agama Islam sangat memandang berat tentang masalah berjiran di kalangan masyarakat umat Islam khususnya dan umat manusia umumnya. Islam memberikan perhatian yang sungguh berat ke arah menjalin hubungan yang baik dan harmoni di kalangan masyarakat sesuatu tempat. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. telah memberi panduan dan ajaran kepada umat Islam supaya mengelakkan diri dari segala sesuatu yang mengelakkan diri dari segala sesuatu yang boleh mencetuskan rasa kurang baik sesama jiran. Dalam salah satu sabdanya, Rasulullah s.a.w. telah menerangkan:

Maksudnya:

‘ Tidak akan masuk syurga seseorang yang jirannya tidak merasai selamat dari kejahatannya

Artikel asal: Datuk Haji Mohd.Shahir Bin Haji Abdullah www.islam.gov.my

  • Share/Bookmark

PRU 12 – Tsunami Politik Malaysia?

Sudah hampir seminggu rakyat Malaysia menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi untuk memilih wakil mereka dalam tampuk memerintahan. Ramai yang meyifatkan pilihanraya kali agak berlainan dengan pilihanraya yang lalu. Malahan ada yang menyifatkannya sebagai satu tsunami politik.

Memang tidak dapat dinafikan pilihanraya kali ini agak menegejutkan dan banyak keputusan yang di luarjangka samada dari pihang kerajaan dan pihak pembangkang. Kalau sebelum ini saya amat jarang mengambil tahu tentang politik tanah air tetapi kali ini bukan saja saya malahan majoriti penduduk di negara ini begitu tertarik dalam soal politik samada sebelum semasa dan selepas pilihanraya.

Apa yang menarik di Pilihanraya Umum kali ke 12 (PRU12) kita dapati ramai dikalangan orang penting dalam kerajaan kalah. Antara yang agak mengejutkan adalah kekalahan Menteri Kerjaraya Dato’ Seri Samy Vellu di tangan calon PKR Dr. Jayekumar bagi Parlimen Sungai Siput Perak . Begitu juga dengan Menteri Pembangunan dan Wanita Datuk Sharizat tewas di tangan puteri sulung mantan timbalan perdana menteri iaitu Nurul Izzah Anwar dari PKR. Selain itu jugamenteri penerangan Datuk Zainuddin Maidin tewas di Sungai Petani dan ramai lagi timbalan menteri yang tewas di PRU12.

Apa yang lebih mengejutkan lagi 4 negeri yang sekian lama dibawah pemerintahan Barisan Nasional jatuh ke tangan pakatan pembangkang PKR PAS & DAP . Dan di Kelantan PAS mengukuhkan kedudukan dengan lebih selesa apabila memenangi hampir semua kerusi DUN.

Pelbagai spekulasi dan andaian dibuat oleh permerhati politik, orang awam mengenai keputusan PRU12. Kekalahan banyak kerusi BN ke tangan pembangkang ada yang mengaitkan dengan kebangkitan rakyat yang mula bosan dengan pemerintahan BN. Ada juga mengatakan pakatan pembangkang semakin kuat dan mula diterima oleh rakyat. Memang tak dapat dinafikan kemenangan banyak kerusi oleh pihak pembangkang amat mengejutkan. Ini kerana semasa berkempen pihak pembangkang tidak dapat mengunakan saluran media utama yang sudah pastinya dikuasi oleh pihak kerajaan. Pihak pembangkang secara amnya hanya menggunakan kempen dari mulut kemulut , risalah dan yang paling menarik hanya menggunakan teknologi internet dan sms untuk menyalurkan maklumat kempen politik mereka. Jadi tidak hairanlah kalau kita tengok kebanyak penyokong ahli calon dan parti pembangkang adalah golongan muda dan secara amnya dikawasan bandar. Bagi kawasan kampung atau pendalaman mereka masih setia dengan kerajaan BN kerana mereka hanya menerima maklumat kempen dari TV suratkhabar dan radio

Kemerosotan sokongan parti Barisan Nasional kali ini menyebabkan kedudukan dalam parlimen terjejas di mana setelah sekian lama BN tidak lagi selesa di Parlimen . Pihak pembangkang telah berjaya menafikan 2/3 yang selama ini dipegang oleh BN. Oleh yang sedemikian segala pembentukan undang-undang baru/pindaan atau sebarang perancangan dari pihak kerajaan perlu juga mendapat sokongan dari pihak pembangkang. Dari segi positifnya pihak pembangkang boleh meyuarakan pendangan atau bantahan terhadap sesuatu perancangan atau tindakan. Di sini akan ada check and balance dalam dalam setiap tindakan oleh pihak kerjaan. Akan tetapi bagi pihak kerajaan pula ia mungkin sesuatu perkara yang agak meyukarkan kerana sebelum ini setiap perancangan dan pengubalan/pindaan terhadap satu undang-undang dan peraturan dapat terus dilaksanakan tanpa perlu dibahas dengan ahli parlimen dari pihak pembangkang.

Rakyat menerima keputusan PRU12 kali ini dengan pelbagai reaksi. Ada yang gembira dan ada yang sedih bercampur perasaan keraguan. Bagi yang menyokong pihak kerajaan keputusan kali ini agak menyedihkan tetapi bagi penyokong kuat parti pembangkang mengambarkan keputusan kali ini satu perkara yang amat baik sekurang-kurangnya mereka berharap corak pemerintahan dapat diperbaiki.

Namun beberapa hari ini timbul pulak di mana situasi yang mana negeri yang berjaya ditawan oleh parti pembangkang mengalami masalah untuk menentukan siapa yang layak menjadi Menteri Besar atau ketua menteri bagi negeri yang mereka berjaya tawan. Sebagai cth negeri Perak terdapat perselisihan pendapat calon dari mana yang patut dilantik menjadi Menteri Besar. Ini kerana tidak seperi Kelantan dan Kedah majoriti calon yang menang hanya dari satu parti iaitu PAS. Jadi keputusan untuk melantik menetri besar agak mudah. Berbeza di perak. Kemenangan Parti pembangkang disebabkan bukan dari satu parti tetapi dari pelabagi parti gabungan yang ada dalam gabungan . Ini amat menyukarkan. Pelbagai pihak risau dengan perkembangan ini kerana ia bukan saja akan menimbulkan ketidakstabilan politik malahan boleh menyebabkan isu yang lain seperti perkauman dan sebagainya. Sehingga artikel ini ditulis jawatan menteri besar bagi negeri Perak masih belum diputuskan . Begitu juga negeri Pulau Pinang yang mana majority penduduknya ada dari kaum cina. terdapat pelbagai andaian bahawa kepentingan kaum melayu atau bumiputera akan terancam. Ini disebabkan kononnya Dasar Ekonimi Baru yang diperkenal sejak tahun 70′an akan terancam dan seterusnya menggugat kedudakan dan peluang ekonomi kaum melayu di Pulau Pinang. Masih terlalu awal untuk membuat andaian tentang perkara ini kerana Ketua menteri Pulau Pinang yang baru menafikan perkara tersebut.

Persoalan yang masih timbul dan akan menjadi tandatanya

1. Apakah pihak kerajaan iaitu BN akan merombak strategi pemerintahan setelah kemerosotan yang agak teruk ini dan mengembalikan keyakinan kepada rakyat

2. Apakah pakatan pembangkang yang menguasi 5 negeri iatu Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor dapat meyakinkan rakyat dengan corak pemerintahan yang lebih baik atau sebaliknya

3. Apakah keadaan politik masa depan juga akan berubah jika trend PRU12 ini dijadikan sebagi kayu pengukur

4. Apakah rakyat boleh merima dengan baik perubahan ini atau rakyat akan sengsara dengan perubahan ini.

5. Bagaimana dengan nasib kaum di malaysia adakah mereka dibela dengan sepatutnya.

6. Adalah masalah jenayah, rasuah, salahgunakuasa dapat dikurangkan atau dihapuskan

7. Apakah taraf ekonomi negara akan lebih bertambah baik atau sebalinya

8. Apakah selepas ini tiada lagi istilah perkauman yang dibelenggu sekian lama

9. Apakah masalah moral dapat di bendung.

10. dan masih banyak pertanyaan yang mungkin tak berkesudahan

Apa yang pasti negara kita telah mengalami satu bentuk tsunami bukan tsunami biasa tetapi Tsunami Politik yang mana secara amnya telah mengubah lanskap politik di tanah air. Bagi rakyat perubahan apa sekalipun tidak memberi erti melainkan perubahan itu membawa kepada kebaikan kepada seluruh penduduk yang mengaku bahawa mereka Anak Malaysia. Semoga Allah S.W.T memeberikan rahmat kepada rakyat , peminpin dan negara yang kita sayangi.

  • Share/Bookmark

PRU 12 – Selamat Mengundi

pru12.jpg

Selamat mengundi kepada seluruh warga negara Malaysia. Hari ini adalah hari kita. Jalankan tanggungjawab dan rebutlah peluang yang ada untuk menentukan siapa yang bakal meminpin dan mencorakkan masa depan negara di masa kini dan hadapan. Undilah dengan bijak . Bukalah mata dan hati semasa memangkah kertas undi. Kesilapan kita pada hari ini akan mengundang masalah kepada kita dan generasi akan datang.

Tips mengundi: Yang lama tak semestinya sentiasa bagus yang baru tak semestinya tak bagus . Mungkin Jauh lebih bagus

Selamat mengundi.

  • Share/Bookmark

Seminggu Lagi Hari Mengundi

Seminggu lagi rakyat malaysia yang cukup syarat dan yang berdaftar akan keluar mengundi (kalau nak keluar mengundilah). Dalam seminggu ni kita boleh tengok dan dengar macam – macam kempen pilihan raya dari parti-parti yang bertanding.

Apa yang saya mahu perkatakan di sini.. masa inilah kita yang ada mata, telinga, fikiran.. buat analisa yang waras demi masa depan kita dan generasi kita. Kesilapan memilih pemimpin pada masa ini akan memberi kesan yang besar bukan kepada kita tetapi generasi kita pada masa akan datang.

Bagi saya sebuah parti politik hanyalah sebuah kenderaan. Sebagus mana pun kenderaan tersebut , semewah mana pun kenderaan tersebut banyak bergantung pada pemandu. Kalau pemandu tersebut membawa kenderaan macam “pelesit” dah tentu keselamatan penumpang yang dibawa tidak akan selamat. Apa guna kenderaan yang mahal dan mewah kalau pemilik tak mampu nak “menyara” atau menjaga kenderaan tersebut…

Kenderaan tak kira yang mahal atau murah tujuannya untuk membawa kita ke satu destinasi.. Ke mana destinasi tersebut bergantung pada si pemandu.. Kalau si menggunakan kenderaan ke destinasi yang baik maka baik lah jadinya.

Mungkin kita rasa kenderaan kita hebat..kita rasa kenderaan orang lain tak hebat …tapi apakah benar kenderaan kita hebat…? Jadi untuk memastikan kenderaan kita tetap hebat sudah pasti seribu satu cara kita akan buat.. samada cara yang baik atau sebaliknya.

Begitu jugalah dengan politik seribu satu kemungkinan boleh berlaku. Tanya pada YB..apa matlamat untuk pertanding.. Jika dizaman Nabi atau zaman sahabat nabi.. bila dilantik menjadi pemimpin…mereka akan menangis…bukan menangis kerana terlalu seronok jadi pemimpin tetapi menangis kerana takut tidak dapat menjalankan tanggung jawab……tetapi sekarang….mereka mungkin menangis sebab tak dicalonkan atau digantikan dengan orang lain.

Teringat lagu dari kumpulan Nasyid Raihan… lirik dia berbunyi lebih kurang begini…

Iman tak dapat diwarisi….walaupun ayah seorang yang bertakwa …

Dalam politik begitu juga…kalau dahulu pemimpin dahulu bagus belum tentu pemimpin yang mengantikannya juga bagus…begitu juga dengan parti politik..kalau dulu bagus belum tentu sekarang bagus… Sejarah banyak menceritakan sesebuah kerjaan yang hebat bermula dengan peminpin yang hebat tetapi runtuh dan hancur apabila dipimpin oleh generasi seterusnya…Itu sebab sesebuah parti politik bagi saya tak lebih dari hanya sebagai sebuah kenderaan…siapa yang memandunya

Kita rasa kita bijak…tapi ramai yang lebih bijak….jadi jangan kita menidakkan kebijaksaanan orang lain sebelum orang lain tersebut diberi peluang menunjukkan kebijaksanaan beliau…mungkin jauh lebih bijak dari kita….

Jadi pilihan di tangan kita…jangan satu hari nanti kita dipersalahkan oleh generasi akan datang disebabkan kesilapan, kebodohan dan keegoaan kita pada masa ni…..

Selamat mengundi….

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures