Archive for November, 2007
FBI gagal tingkatkan mutu rakaman CCTV kes Nurin?
KUALA LUMPUR, 19 Nov (Bernama) – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) Amerika Syarikat juga gagal untuk meningkatkan kualiti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berhubung kes pembunuhan Nurin Jazlin Jazimin, Dewan Rakyat diberitahu.Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Bahrum berkata FBI gagal mengesan nombor pendaftaran motosikal yang dinaiki seorang lelaki yang dilihat dalam rakaman itu.”Kita telah minta kerjasama FBI untuk membuat penilaian daripada gambar CCTV itu, namun masih tidak dapat kesan nombor plat motosikal berkenaan,” katanya menjawab soalan Datuk Mohd Razali Che Mamat (BN-Kuala Krai).
Mohd Razali ingin tahu perkembangan terbaru kes pembunuhan kanak-kanak berumur lapan tahun itu yang dilaporkan hilang pada 20 Ogos lalu dan kemudian dijumpai mati pada 17 Sept.
Antara segmen rakaman CCTV itu menunjukkan imej seorang lelaki menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dengan membawa sebuah beg sukan berlegar-legar di luar bangunan kedai tiga tingkat di Petaling Jaya pada 16 Sept lepas.
Lelaki itu kemudian mengangkat beg itu dari motosikalnya dan meninggalkannya di tepi tangga tingkat bawah premis itu sebelum beredar dari situ.
Mohd Johari berkata polis masih meneruskan usaha untuk mengesan lelaki tersebut dan berharap orang ramai dapat membantu memberi maklumat.
– BERNAMA (link : http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=297062)
FBI gagal tingkatkan mutu rakaman CCTV kes Nurin?. Begitulah kata Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Bahrum. Sebenarnya memang agak sukar atau mustahil untuk meningkatkan mutu rakaman video CCTV yang merakam orang yang dipercayai membunuh adik Nurin. Ini kerana banyak faktor yang menyebabkan kenapa sesuatu rakaman tidak dapat ditingkatkan. Kalau kita tengok siri televisyen seperti CSI dan seumpamanya kita dapati image yang kabur dapat dijelaskan dengan begitu baik. Tapi kita kena faham itu hanya lakonan dan hanya effects dalam sesebuah filem atau cerita. Kenapa sukar atau mustahil untuk mempertingkatkan image.
1. Dalam video samada analog atau digital video dibentuk dari elektronik signal yang mana signal ini akan digubah unuk menghasilkan image. Signal tadi akan disimpan dalam bentuk analog atau digital samada di pita atau di hardisk. Jadi jika signal ini lemah atau data kurang mama mungkin untuk menghasilkan image yang jelas.
2. Resolution yang rendah. CCTV bukan sperti kamera video yang biasa. Selalaunya kamera ini merakam image pada resolusi yag rendah sekitar 320×240 atau paling tinggi 640×480. Jadi sudah tentu tidak sharp
3. CCTV digunakan untuk rakaman dalam satu tempoh yang agak lama. Jadi sudah tentu quality video pada tahap yang rendah bagi memastikan ia dapat menyimpan data atau signal dalam tempah yang panjang. Jika rakaman dalam bentuk digital sudah tentu video ini menggunakan compression yang agak tinggi bagi memastikan video file bersaiz kecil, Kalau dalam bentuk analog sudah tentuk menggunakan bandwidth yang rendah bagi memastikan rakaman yang panjang. Jadi sudah tentu image tidak jelas
4. Kita tahu CCTV bukan menggunakan lens sebaik kamera video atau kamera biasa jadi image tidak lah sharp.
5. Kita kena kembali ke perkara asas. Dalam fotografi kalau sesuatu objek tersebut berada pada jarak jauh image tersebut selalunya “out of focus” bila sudah out of focus object akan kabur. Ada orang akan bertanya tak boleh clearkan image tersebut…Jawapannya hampir mustahil kerana image sesuatu objek tidak dibentuk dalam keadaan sepatutnya. Sebagai cth image sesuatu tulisan yang kecil akan kelihatan flat atau bercampur baur dengan objek yang berhampiran dengan tulisan tersebut. Dalam video CCTV adik Nurin kita dapati motorsikal suspek berada agak jauh dari CCTV dan motosikal tersebut diletakan dalam keadaan yang meyerong… jadi sudah tentu nombor plat akan sukar dibaca. Secara logiknya jika kita melihat sesuatu dalam keadaan meyerong dengan mata kasar pun kita sukar untuk memastikan apa sebenarnya objek tersebut inikan pulak kalau dirakan dengan menggunakan CCTV yang beresolusi rendah
Memang terdapat teknologi boleh membaiki image tetapi kita harus faham bukan semua image boleh dipertingkatkan ada yang boleh ada yang memang mustahil. Ini kerana jika kita memperingkatkan sesuatu image menggunakan komputer misalnya, komputer akan menganalisa data. signal yang ada pada image tersebut. Jadi jika data atau signal tak ada mana mungkin komputer membetuk image dari data yang tiada. Kita tak boleh terpengaruh dengan kehebatan teknologi yang ada dalam CSI.
Memang dalam siri ini ada teknologi yang memang wujud tetapi sesetengah teknologi hanya visual yang diwujudkan oleh pengarah cerita tersebut. Dalam hal ini bukan saya nak mempertikaikan keputusan pihak penyiasat menggunakan khidmat FBI dalam mengecam indentiti suspek. Dalam mana-mana siasatan sekalipun pihak penyiasat akan menggunakan seribu satu cara dalam siasatan mereka . Menggunakan khidmat pakar FBI adalah salah satu cara. Cuma apa yang ingin saya perkatakan di sini bukan semua apa yang dipaparkan di TV terutama dalam cerita CSI wujud di dunia nyata sekarang.. Mungkin akan datang atau memang mustahil untuk selamanya.. Walaubagaimana pun saya sentiasa berdoa agar pembunuh adik Nurin dapat dikenal pasti dan akhirnya ditangkap…walaupun kadang kala cara tersebut tak masuk akal oleh sains dan teknologi….InsyaAllah.
Protect PC Anda Secara Percuma
Kebanyakkan pengguna pc sekarang terutama menggunakan Windows Operating System seperti Win98, XP dan Vista memang terdedah kepada serangan hacker, virus, malware, adware. Mahu tak mahu kita terpaksa install software yang boleh menghalang sebarang pencerobohan ke pc kita. Malasahnya kebanyakkan software antivirus, firewall dan sebagainya bukan free. Kita terpaksa membayar yuran tahunan untuk software yang diinstall up-to-date.
Kita tahu di dalam windows xp service pack 2 telah tersedia firewall untuk menghalang sebarang aktiviti yang boleh mengancam komputer kita. Namun ramai yang beranggapan ia tidak cukup untuk menghalang sepenuhnya sebarang usaha untuk menceroboh pc kita. Memang tidak dapat di nafikan tiada satu pun firewall yang boleh jamin 100% kebal terhadap pencerobohan. Tetapi sekiranya ada firewall yang lebih baik dan percuma kenapa tak kita gunakan. Begitu juga dengan antivirus. Antivirus mula digunakan pleh pengguna pc sejak pc mula diperkenal. Kalau masa dahulu virus disebarkan melalaui disket tetapi ancaman virus kini menjadi lebih serius apabila pengguna pc mula menggunakan internet. Ini kerana virus mudah disebarkan secara lebih luas dan dengan begitu cepat. Jadi seharusnya kita install perisian antivirus ke setiap pc kita terutama yang dihubungan dengan internet.
Pada masa ini terdapat pelbagai software yang boleh diinstall. Walaubagaimana pun terdapat dua kategori iaitu berbayar dan percuma. Ada yang menyatakan yang berbayar lebih baik dan ada juga menyatakan yang percuma lebih baik. Dibawah adalah senarai perisian antivirus yang berbayar:
- avast!
- Avira
- AVG Anti-Virus
- BitDefender
- BullGuard
- Cisco Security Agent
- Dr.Web
- FRISK Software International
- F-Secure
- K7 AntiVirus
- Kaspersky Anti-Virus
- LinuxShield
- McAfee VirusScan
- NOD32
- Norman ASA
- Norton AntiVirus
- Panda Security
- PC Tools AntiVirus
- Prevx
- Protector Plus
- Quick Heal Antivirus
- Rising AntiVirus
- Sophos Anti-Virus
- Symantec AntiVirus
- Trend Micro Antivirus
- Vba32 AntiVirus
- Virus Chaser
- Windows Live OneCare
- ZoneAlarm Antivirus
Kita perlu membayar yuran tahunan untuk menggunakan perisian ini. Jika tidak kemungkinan perisian ini tidak berfungsi dan kita tidak dapat update virus terbaru. Jadi tidak secara langsung mendedahkan kita terhadap sebarang virus yang baru.
Secara umumnya ramai di antara kita tidak suka menggunakan antivirus yang berbayar antaranya cara pembayaran menggunakan credit card, Bukan semua orang ada credit card. Kedua charge yang dikenakan mungkin agak mahal jika kita ambil kira pertukaran matawang. Yang berbayar belum tentu dapat mendhalang serangan dengan baik. Ada program yang berbayar ditulis dengan tidak begitu baik. Ini menyebabkan pc menjadi slow bila kita install perisian antivirus. Sebagai cth antivirus keluaran Symantec iaitu Norton Antivirus versi yang terbaru. Ramai yang mengeluh pc menjadi slow selepas install perisian antivirus ini. Oleh sebab itu ramai pengguna pc lebih suka mengguna perisian antivirus atau firewall atau sebarang software yang melindungi komputer dari kategori freeware.
Tidak dapat dinafikan seperi yang berbayar begitu juga dengan yang percuma bukan semua dapat menjalankan “kerja perlindungan” terhadapa pc dengan baik. Ini ditambah lagi kebanyakkan sofware antivirus yang percuma dibuat berdasarkan sukarela individu atau kumpulan. Namun ada juga software antivirus atau firewall yang percuma berfungsi dengan lebih baik dari yang berbayar. Ini kerana ada diantara software ini bersifat open source yang mana boleh dikawal selia oleh semua orang. Jadi ramai yang menyumbangkan idea dan kepakaran bagaimana software ini dapat berfungsi dengan baik. Banyak kes di mana software percuma dapat memadam virus dan menghalang terhadap virus baru lebih awal jika dibandingkan dengan software yang berbayar: Antara perisian antivirus yang percuma seperti dibawah:
- AntiVir PersonalEdition Classic
- AOL Active Virus Shield
- AVG Anti-Virus Free
- avast! Home
- BitDefender 8 Free Edition
- ClamXav
- Comodo AntiVirus
- DriveSentry Drivesentry
- Dr.Web CureIt! Utility
- McAfee® VirusScan Plus – Special edition from AOL
- PC Tools AntiVirus Free Edition
Di dalam artikel ini saya tidak dapatnak mengulas semua antivirus atau firewall. Apa yang saya ingin ceritakan disini adalah beberapa perisian yang melindungi pc kita yang dikeluarkan oleh Comodo Group. Comodo Group adalah satu syarikat terkenal yang menawarkan web SSL certificate untuk laman-laman yang berisiko tinggi seperti perbankan online, E-commerce. Dengan pengeluaran cerificate laman web tersebut dilindungan dengan encription yang kuat, jadi sebarang transaksi laman web tersebut tidak mudah dipintas atau diceroboh oleh hackers.
Apa yang menarik Comodo juga menawarkan juga perisian untuk perlindungan pc seperti Antivirus, Firewall dan lain-lain utility keselamatan pc kepada pengguna pc biasa. Tidak seperti syarkat lain, Comodo menawarkan semua utiliti keselematan yang perlu secara percuma. Jadi kita tidak perlu risau tentang masalah renewal yuran tahunan . Kita boleh update selagi diinstall di pc kita . Antara software yang dikeluarkan adalah sepeti berikut:
- Comodo Antivirus
- Comodo Firewall
- Comodo Anti-Malware
- dan banyak lagi yang anda boleh download sini
Saya ada install Comodo Antivirus dan Comodo Firewall. Dari pemerhatian saya ia setanding dengan yang berbayar dan apa yang penting ia tidak membebankan atau menyebabkan pc kita menjadi slow. Dan yang paling penting kita tidak perlu bayar yuran tahunan atau menggunakan crack untuk menjadikan software yang berbayar menjadi percuma. Jadi saya sangat menggalakan pengguna pc yang menggunakan Windows untuk install perisian antivirus dan firewall dari Comodo. Jadi selepas ini tidak ada alasan bagi kita mengeluh pc kita sering diserang virus, diceroboh dan sebagainya kerana selain Comodo banyak lagi software untuk perlidungan pc kita yang percuma.
Backup, Backup, Backup
Apa saja dalam dunia ni kita seharusnya beringat sebelum terjadi sesuatu yang luar jangka. Bila dah terjadi sesuatu amat payah kita nak kembali kepada keadaan asal. Begitu juga dengan penggunaan PC. Ramai yang mengeluh kehilangan data disebabkan pc crash, h/disk rosak dan macam-macam lagi.
Sebenarnya masalah ini dapat dielakkan atau sekurang-kurangnya dapat mengurangkan risiko apabila kita backup data-data yang penting ke satu storan yang berasingan dari sistem operasi sesebuah pc. cth ke CD, thumbdrive atau partition h/disk atau h/disk yang berasingan. Jadi bila terjadi sesuatu kita masih ada copy yang boleh digunakan.
Kesilapan pengguna pc adalah selalu meyimpan data-data di dalam h/disk atau partition yang sama dengan operating system. cth dalam drive c. Jadi jika windows atau apa saja operating system bermasalah kemungkinan tidak dapat reboot. Jadi mungkin kita terpaksa reformat dan install semula OS. Secara tak langsung segala file akan terpadam. Jadi cara yang terbaik semasa simpan data savekan ke hdisk atau partition yang berlainan.
Ramai antara pengguna pc menyimpan file/data di dalam folder my document. Sebenarnya bagi saya cara ini tidak berapa di galakkan. Bukan apa kalau kita reformat pc, folder my document juga akan diformat. Sebenarnya kita boleh setkan di mana untuk kita save file seperti file word, gambar, music ke dalam h/disk atau partition yang berlainan. Saya memang tidak meyimpan data di dalam drive c. Segala file saya akan save di partition atau thumbdrive.
Bagaimana untuk buat partition:
Banyak free software yang kita boleh buat partition untuk drive c. CThnya Partition Logic . Dengan create satu partition pc, kita mempunyai satu lagi drive iaitu drive D cthnya. Jadi kita boleh simpan data atau file di dalam drive d. Jika kita reformat windows data masih boleh digunakan apabila kita reinstall windows. Walau bagaimana pun paling baik adalah save di dalam h/disk yang berasingan bukan di dalam partition sebab jika berlaku kerosakan pada h/disk utama, kita masih boleh akses data/file dari h/disk yang lain.
Selain dari buat partition atau menggunakan h/disk yang berasingan kita boleh simpan data yang penting di thumbdrive. Harga thumbdrive sekarang agak murah untuk kapasiti 2 gig misalnya. Jadi savekan segala data penting di dalam thumbdrive. Jika anda ingin menyimpan audio file yang banyak seperti mp3 adalah praktikal di simpan di h.disk atau di burn ke CD sebagai data CD. Selain dari itu sebagai langkah berhati-hati anda boleh simpan data di komputer lain jika anda mempunyai network pc didalam rumah anda. atau anda boleh juga simpan data di internet dengan menggunakan gmail accout.
Caranya amat mudah pertama pastikan anda daftar gmail account kemudian download Gmail Drive dan install ke dalam pc anda. Run gmail drive masukkan username dan password Gmail anda dan anda boleh guna akaun email anda sebagai virtual drive dengan hanya dragkan file ke gmail drive. Jadi file anda selamat di situ dan anda boleh akses file tadi di mana-mana dengan login ke akaun gmail anda.
Satu lagi anda juga boleh buat automatik backup untuk folder yang mengandungi data-data penting . Apa yang harus anda buat adalah create satu partion, atau pasang h/disk yang berasingan. Jika anda menggunakan Vista ada utility yang membolehkan anda backup file anda dari masa ke semasa atau anda boleh juga menggunakan perisian tertentu untuk backup data-data penting cth Snap Backup . Dengan membackup data seara otomatik ke partition atau h/disk yang berlainan anda mengurangkan risiko untuk kehilangan data jika berlaku sesuatu yang tidak diingini kepada pc anda.
Tukar penampilan desktop Windows XP
Emm agak lama juga saya tak update blog ni…nak buat macam mana masa tak mengizinkan. Dalam 3 minggu lepas banyak event yang berlaku. Antaranya penghantaran angkasawan pertama negara. Kemudian sambutan hari raya… dan banyak lagi..ok kita lupakan dulu event-even di atas.
Dalam post saya yang awal saya ada menyatakan saya belum berniat untuk upgrade ke Windows Vista. Antara sebabnya ada hardware saya yang penting belum fully compatible dengan Vista. Ramai yang menyatakan Vista belum betul-betul stabil dan Microsoft akan release Service Pack 1 tak berapa lama lagi. Satu lagi yaa saya ada juga menyatakan mungkin saya ingin menggunkan Mac platform (masih dalam pertimbangan). Buat masa ni saya masih stick pada XP sebab stabil dan tidak mendatangkan masalah pada saya terutama dalam bab video editing.
Walaubagaimana pun XP dah terlalu “tua” dari segi penampilan. Jadi saya rasa perlu diberi wajah baru yang lebih up to date tanpa memasang sistem operasi yang lain seperti Vista mahu pun Mac Os X Leopard cthnya. Jadi saya ambil keputusan install beberapa utility untuk XP untuk mengubah penampilan. Sebenarnya utility software yang boleh mengubah penampilan WinXp telah lama. Tapi pada masa tu saya malas nak install sebab program tersbut tak berapa stabil dan membuatkan pc jadi berat.. Walaubagaimana pun sekarang ia mengubab persepsi saya apabila saya install Bricopack (boleh didiwnload secara percuma dari CyristalXP.net)
Saya memilih theme Vista Inspirat 2 ke dalam pc saya. Apa yang saya perhatikan GUI hampir sama dengan Windows Vista (walaupun tak 100% sama). Tapi kira ok laa sekurang-kurangnya WinXP saya dah nampak baru. Proses installation tak mendatangkan masalah dan sehingga ke hari ini tidak sebarang perubahan dari segi performance pada pc saya.

Sekarang GUI winxp saya nampak lebih ceria dan berwajah baru ditambah lagi didalam package Bricopak ini disertakan sekali Rocket Dock yang membolehkan kita meletakkan icon yang kita ingin di satu tempat yang khas. Jadi desktop lebih clean tanpa ada icon yang default seperti mana interface asal windows XP. Sebenar Docking style ini telah lama dimplementasikan oleh Mac os. Namun sekarang ia juga boleh diimplementasikan ke atas windows XP/vista mahupun Linux..lihat cth Rocketdock seperti yang ada pada pc XP saya:

Di sini kita boleh setkan apa icon program yang kita mahu letakkan di dock termasuk icon biasa bagi windows seperti mycomputer, recycle bin, dan sebagainya . Icon-icon boleh didownload secara percuma di laman saya sebutkan di atas dengan percuma atau kita create sendiri dengan menggunakan mana-mana perisian graphic cth Photoshop dan sebagainya. Tidak seperti icon biasa icon di dock menggunakan format .png jadi kita boleh create transparency pada icon tersebut.
Selain dari menambah dock atau ubah GUI pada Xp kita boleh menambah element lain pada desktop kita . Sebagai cth menambah Desktop Widget atau Gadgets pada desktop. Widget adalah satu ultiliti atau satu virtual tool yang memboleh pengguna mendapat maklumat sesuatu perkara tanpa perlu ke laman atau provider yang menyediakan sesuatu maklumat terus ke desktop pc sebagai cth malumat tentang cuaca, RSS feed dan banyak lagi . Selain dari itu widget juga boleh digunakan untuk berinteraksi dengan component lain yang dalam dalam OS dengan cara yang lebih interaktif dan lebih “eye candy”. Yahoo Widget adalah antara laman yang menyediakan Widget untuk pengguna Mac dan Windows. Terdapat beribu widgets yang boleh didownload mengikut keperluan pengguna pc. Dibawah ini cth yahoo widget yang diinstall di pc Xp saya:

Kita boleh secara bebas memilih widget yang mana yang hendak kita paparkan di Desktop dan kita bebas meletakan dimana yang kita rasa sesuai.. Jadi sekarang pc Xp lebih bergaya kalau dibandingkan dengan asal tanpa perlu install Vista mahupun beralih kepada mac os..
Dalam post saya yang lepas saya ada menerangkan fungsi flip 3d dalam vista juga boleh dimplementasi didalam XP. Jadi sementara menunggu Vista betu-betul stabil dan fully compatible dengan hardware kita, mengapa tak mencuba citarasa vista dan mac os di dalam XP….



