Archive for September, 2007
Flip 3D in Windows XP
Mungkin ramai di antara kita yang sudah upgrade dari Windows Xp ke Windows Vista. Antara ciri-ciri yang ada dalam Vista sperti Flip 3D yang mana kita boleh view mana-mana application atau folder secara 3D. Walaubagaimana pun ramai antara kita yang masih belum mahu upgrade ke Vista disebabkan beberapa perkara cth masalah hardware driver, software atau pc tak menepati untuk upgrade kat Vista. Ada juga yang kurang senang dengan Vista yang dikatakan kuat makan ram/ cpu resource jadi mereka stick pada Xp yang dikatakan agak stabil .
Walau bagaimana pun mungkin ada antara kita yang mahu effect 3D flip seperti dalam Vista tanpa perlu install Vista dan stick pada XP. Anda hanya perlu install utility seperti TopDesk dari Otaku Software untuk create Flip3D dalam Windows XP. Saya ada install Top Desk pada pc XP saya . Dari pemerhatian saya ia tidak banyak menggunakan cpu resource dan 3D animation agak smooth, mungkin graphic card dalam pc saya cukup untuk handle effect ini. Click play pada flash video dibawah untuk melihat effect flip3d di dalam windows XP.
Jadi sesiapa yang ingin mencuba boleh download trial version di TopDesk
Al-Fatihah untuk adik Nurin Jazlin Jazimin
Al Fatihah untuk adik Nurin Jazlin Jazimin dan Takziah kepada keluarga Jazimin Abdul Jalil, 33, dan Norazian Bistaman, 35,
Sedih ..mengalir air mata saya bila melihat jenazah adik Nurin di kebumikan. Sedih lagi saya bayangkan saat akhir adik Nurin menghembus nafas terakhir dengan azab kesakitan yang amat sangat. Celaka punya binatang sanggup memperlakukan kekejaman pada si kecil yang tidak berdosa.
Marilah kita sama-sama berdoa agar pembunuh adik Nurin ditangkap secepat mungkin kerana kita tidak mahu lagi ada peristiwa trajis berulang…



(Gambar-gambar dari The Star Online)
Sila lawat ke laman Blog adik Nurin:
Mayat kanak-kanak di dalam beg : Nurin?
Sedih saya membaca berita dalam The Star Online hari ini melapurkan bahawa mayat kana-kanak yang ditemui di dalam beg adalah mayat adik Nurin. Menurut polis mayat kanak-kanak ini disahkan adik Nurin setelah ujian DNA dijalankan. Walaubagai mana pun keluarga Nurin sangsi dengan ujian Tersebut kerana terdapat beberapa tanda tidak menyamai adik Nurin.
Memang binatang betul orang yang sanggup melakukan pembunuhan kejam ke atas adik Nurin.. Memang binatang ….malahan lebih buruk dari dari binatang. Haiwan pun lebih baik dari binatang yang membunuh adik Nurin. Inilah jadinya kalau manusia dah dikuasi oleh syaitan, sanggup melakukan apa saja. Bagi saya orang macam ni patut disula dengan besi panas ….
Kepada keluarga Nurin saya faham perasaan yang amat-amat sedih yang melanda lebih-lebih lagi dibulan Ramadhan dan Syawal yang bakal tiba. Berat lagi mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Saya berdoa binatang tersebut dapat di tahan secepat mungkin dan di beri pembalasan yang setimpal.
Saya mendoakankan agar keluarga Nurin tabah menghadapi ujian yang maha hebat ini. Dan bagi kita yang mempunyai anak awasi pegerakkan anak kita walau dimana sekalipun…
Semoga roh adik Nurin dicucuri rahmat…Amin
Pening kepala dengan Windows Update
Hari ini saya ambil kesempatan hujung minggu re format pc saya.. Memang menjadi kebiasaan kalau pc saya macam ada problem saya akan reformat dan buat clean reinstallation windows XP.
Selepas reformat saya reinstall winxp (termasuk Service Pack 2 – SP2) macam biasa. Kemudian install mana-mana driver yang perlu. Selalunya sebelum saya install mana-mana software selepas reformat saya akan download update dari microsoft. Apa yang mengejutkan saya…emmm saya terpaksa download lebih 80 updates….perrh..nasib baik connection streamyx seminggu dua ni ok kalau tak….letih menunggu.
Lepas download semua update saya reboot pc …tapi yang paling boring ada lagi lebih 20 update …download , install dan reboot. Kemudian saya fikir nak download autopatcher. Kalau sesiapa yang belum tahu autopatcher merupakan satu software yang mengandungi update untuk windows. Jadi kita boleh simpan di pc/atau di cd untuk digunakan kemudian tanpa perlu download dari microsoft.. kalau perlu download dari microsoft pun tak la banyak sangat. Tapi malang sekali bila saya pergi ke laman www.autopatcher.com laman ini tak menyediakan lagi updates untuk windows atas arahan Microsoft supaya memadamkan semua link untuk download updates dan patches… jadi untuk mahu tak mahu terpaksa juga download dari microsoft dari mula.
Bagi saya kalau begini punya banyak updates (selepas SP2) sepatutnya Microsoft dah keluarkan SP3 seperti mana SP2. Jadi tak perlulah untuk untuk download semua update dari mula… Tapi nak buat macam mana… mahu tak mahu terpaksa download juga laa lebih 100 updates dan patch…..
So may be lepas ni mungkin nak pakai OSX pulak laa…
Kelebihan puasa dan orang berpuasa
RAMADAN al-Mubarak menggamit lagi. Bulan yang penuh dengan keberkatan, kelebihan, keampunan dan juga keistimewaannya amatlah patut dan munasabah untuk kita memahami dan mengetahui berkenaan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa di bulan Ramadan.
Puasa pada bahasa iaitu menahan dan pada istilahnya pula menahan daripada makan, minum dan jimak daripada subuh hingga ke maghrib beserta dengan niat. (Qamus Al-Fiqhi oleh Sa’di Abu Jaib Hal 218).
Dalam Feqh Manhajji menyebut puasa dari segi syarak pula ialah menahan diri daripada sebarang perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar sehingga matahari terbenam dengan niat puasa.
Walaupun begitu terdapat banyak lagi definasi berkenaan dengan puasa berdasarkan kepada pendapat fuqaha dalam semua mazhab. Tetapi pengertian yang mereka kemukakan adalah hampir sama.
Puasa Ramadan mula difardukan pada bulan Syaaban pada tahun kedua Hijrah. Sebelum itu, amalan puasa telah biasa dilakukan biasa di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi Muhammad s.a.w.
Akan tetapi kewajipan puasa pada bulan Ramadan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat terdahulu adalah dari segi pensyariataan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khusus difardukan puasa pada bulan Ramadan.
Ia merupakan satu rukun daripada Islam yang lima dan diketahui oleh umum. Oleh itu sesiapa yang mengingkari kewajipannya ia boleh menjadi kafir dan hendaklah disuruh bertaubat sebagaimana orang murtad. Jika terus ingkar dan enggan bertaubat dia hendaklah dijatuhi hukuman sebagai orang yang murtad.
Hal yang demikian sekiranya dia bukan baru memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada ulama. Mereka yang tidak berpuasa tanpa mengingkari wajibnya ibadat tersebut dia hanya jadi fasik. Pemerintah wajib memenjarakannya dan menghalangnya daripada makan dan minum pada waktu siang supaya ia berpuasa sekali pun zahirnya sahaja mengikut apa yang dinyatakan di dalam kitab al-Feqh al-Manhaji.
Berkenaan dengan rukun puasa pula iaitu menahan daripada dua syahwat, perut dan faraj. Atau menahan daripada segala perkara yang membatalkan puasa. Malikiyah dan Syafiiyah menambah dengan satu rukun yang lain iaitu niat pada waktu malam. (Al-Fiqhu Al-Islami Wa Adillatuhu 3/1616).
Seterusnya dibincangkan fadilat dan kelebihan puasa dan orang yang berpuasa:
*Imam Ahmad dan Muhammad bin Nasar al- Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah sabda Nabi s.a.w, “Dikurniakan kepada umatku pada bulan Ramadan lima kelebihan yang tidak dikurniakan mana-mana umat sebelum mereka : bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah dari bau kasturi, malaikat mengampunkan mereka sehingga berbuka, Allah hiasi setiap hari syurganya, kemudian berfirman hampir-hampirlah hambaku yang soleh yang merasai kesukaran tetapi terus menuju kepadamu, diikat padanya syaitan dan diampun bagi mereka pada akhir malam”.
*Imam Bukhari, Muslim dan Ahmad meriwayatkan hadis daripada Sahal bin Sa’d. Sabda Rasulullah s.a.w: “Sesunggunya dalam syurga terdapat satu pintu yang dikenali dengan ar-Raiyyan di mana yang berhak memasukinya hanya orang yang berpuasa. Apabila selesai masuk nescaya ditutupnya”.
*Mengikut riwayat an-Nasai sama seperti di atas kecuali ditambah sabda Nabi: Sesiapa yang masuk di dalamnya nescaya dapat meminum siapa yang minum nescaya tidak dahaga selama-lamanya.
*Mengikut riwayat Imam Ahmad dan an-Nasai daripada Abi Hurairah r.a sabda Rasulullah s.a.w: “Puasa merupakan perisai”. Dan daripada Usman bin Abi al-As, “Puasa merupakan perisai daripada neraka seperti perisai seseorang daripada kamu pada masa peperangan selama mana ia tidak mengoyaknya dengan berdusta atau mengumpat”.
*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Usman bin Abi al-As, puasa merupakan perisai daripada azab Allah.
*Imam Ahmad, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan daripada Abi Hurairah dan Abi Sa’id Sesungguhnya Allah berfirman: Sesungguhnya puasa bagiku dan Aku yang membalasnya dan sesungguhnya bagi orang berpuasa akan mendapat dua kegembiraan apabila ia berbuka nescaya bergembira dan apabila bertemu Allah nescaya ia gembira. Demi jiwa Muhammad ditangan-Nya bau mulut orang yang berpuasa lebih harum di sisi Allah daripada bau kasturi.
*Ibn Majah dan al-Hakim meriwayatkan daripada Ibn Umar bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya orang yang berpuasa ketika berbuka mempunyai doa yang tidak ditolak”.
*Al-Dailami meriwayatkan daripada Ibn Umar katanya: “Diam orang puasa merupakan tasbih, tidurnya adalah ibadat, doanya mustajab dan amalannya digandakan”.
*Ibn Majah meriwayatkan daripada Ibn Jabir, Ahmad, at-Tabarani dan al- Baihaqi daripada Abi Umamah bahawa Nabi bersabda: “Sesungguhnya bagi Allah ketika berbuka puasa mempunyai mereka yang dibebaskan daripada neraka yang demikian itu pada setiap malam”.
*Al-Baihaqi meriwayatkan daripada Abi Hurairah bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Puasa merupakan separuh kesabaran dan atas tiap sesuatu mempunyai zakat dan zakat bagi tubuh badan adalah puasa”.
*Imam Ahmad, al-Tirmidzi dan al-Baihaqi meriwayatkan daripada Ummi Imarah: “Sesungguhnya orang yang berpuasa apabila makan sentiasalah malaikat berselawat keatasnya sehingga selesai makanannya”.
Sebenarnya banyak lagi kelebihan puasa dan Ramadan seperti mendapat syafaat dan dijauhkan daripada neraka. Justeru marilah sama-sama kita mengambil kesempatan dengan kunjungan Ramadan al-Mubarak dengan berpuasa dan beramal.
Selamat berpuasa dan semoga diterima Allah.
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI (Sumber Utusan Malaysia Online)



