Archive for August, 2007

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke 50

Selamat menyambut Hari Kemerdekaan kali yang ke 50 kepada semua rakyat Malaysia yang cintakan negara. Sayangi negara kita sebagai mana kita menyanyangi setiap inci yang ada pada tubuh kita.

SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KALI YANG KE 50

Dari Gcloud’s Blog (blog.gcloud.com)

  • Share/Bookmark

Ambillah peluang selagi masih ada..

Emm kali ni saya cuba nak lari sikit dari apa yang saya selalu postkan dalam blog ini…

Kekadang manusia tak nampak sesuatu yang ada di sekeliling mereka atau nampak tetapi tak ambil peduli. Bila benda tersebut dah hilang atau dah tak ada barulah mengeluh, menyesal dan sebagainya. Sebenarnya saya ingin memperkatakan sesuatu kepada adik-adik yang masih belajar tak kira samada di sekolah rendah, menengah mahupun di IPT.

Kita antara jutaan manusia yang berpeluang menuntut ilmu dengan keadaan yang serba lengkap. Kita boleh menuntut ilmu dengan keadaan yang tenang tanpa ada sebarang masalah. Cuma yang menjadi “masalah”…kita yang mencari masalah semasa menuntut ilmu. Sedih rasa hati saya bila tengok pelajar sekolah melakukan perkara yang tak sepatutnya. Umur begitu muda tetapi dah terjebak dalam macam-macam kegiatan yang sangat tak sepatutnya…Saya sendiri risau apa yang akan terjadi 10 tahun akan datang jika gejala buruk menjadi satu trend pada budak-budak remaja…

Kalau kita sebagai pelajar..ingat itu tanggung jawab kita..jangan kata kalau dah bekerluarga baru nak pikul tanggungjawab. Tanggung jawab manusia sebenarnya bermula sejak dari awal lagi bukan ditetapkan bila sampai waktu. Jadi semasa kita masih belajar..ingat itu tanggung jawab kita. Tak usahlah kita fikir tentang benda-benda sampingan yang bukan masanya.

Kebanyakkan remaja memang secara natural ingin mencuba sesuatu…kalau benda yang dicuba tersebut memang kalangan remaja sendiri tak pernah..itu lagi hebat….tapi kita kena ingat mencuba sesuatu yang tak pernah dibuat orang tu memang bagus tapi tengok keadaan laa ..janganlah sampai menyusahkan mak bapak dan orang lain…lepas tu baru nak menyesal…

Dalam hal ni bukan saya nak salahkan remaja..kita kena faham remaja memang masih mentah dalam kehidupan…walapun ada kalangan remaja yang berbadan besar tetapi mereka masih mentah dalam kehidupan di dunia. Mereka tak nampak apa kesan yang bakal timbul kalau mereka buat sesuatu yang tak baik. Mereka pada tahap ini yang penting keseronokan, kemegahan dan yang penting mereka kelihatan menonjol di kalangan remaja. Ini lah tanggung jawab ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan keperibadian anak-anak mereka. Walaubagaimana pun kekadang ibubapa memang menjalankankan tanggungjawab tetapi anak-anak pulak yang lupa tanggung jawab…dirumah pijak semut pun tak mati..tapi kalau di luar silap-silap harimau pun dia nak makan.. Mana silapnya?

Untuk adik-adik abang nak nasihatkan kita memang harus bergaul dengan ramai orang tak kira apa peringkat umur sekalipun tapi ingat jangan salah pilih kawan. Pilih lah kawan yang baik ..jangan pilih kawan akhirnya menyusahkan hidup kita..bukan setakat hari ini tapi untuk masa akan datang. Kawan-kawan ini tak akan bantu kita kalau kita susah..kalau dia nak bantu pun sebab dia ada kepentingan dengan kita.

Pelajaran atau ilmu dalam dunia amat penting… jangan anggap kita duduk dibangku sekolah hanya mencukupkan syarat. Cuba bayangkan sekarang ni berapa ramai yang lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan … boleh ke kita compete dengan mereka ni di masa akan datang kalau kita just cukup makan dalam peperiksaan. Emm..mungkin ada yang kata…”alah kalau lulus tinggi-tinggi pun bukan tentu dapat kerja”..memang betul tapi kita kena ingat yang tak lulus atau lulus cukup makan tu macam mana pulak..apa yang ada untuk diumpankan…. Ada juga yang kata”..Ala tak perlu belajar sampai tinggi-tinggi yang penting kita kerja kuat” . Betul.. tapi sikap sambil lewa dan malas pada peringkat awal lagi dah ada macam mana nak kerja kuat masa akan datang..ini sikap..kalau manusia tu bersikap sambil lewa dan tak suka bekerja kuat lagi dari awal macam pulak akan datang…Bila akan datang pulak mereka akan cakap nak buat macam mana aku dah usaha tapi…macam tu laaa kita akan mencari seribu alasan. Memang saya tak nafikan ada orang yang berjaya sekarang mereka bukan lulusan unversiti yang ada degree atau phd. Banyak yang berjaya hanya berbekal kelulusan SPM atau PMR (SRP) . Tapi kalau kita baca sejarah hidup mereka bukan mereka tak mahu belajar tapi kesususahan atau kesempitan keluarga menyebabkan mereka tak dapat belajar dengan baik. Tapi mereka ada matlamat..tak berjaya di sekolah bukan bermakna diorang tak boleh berjaya untuk kehidupan…mereka rajin berusaha dari peringkat awal bekerja dengan niat nak belajar. Rata-rata pelajar sekarang kebanyakkan mereka berpeluang untuk belajar dengan baik dan selesa jadi tak ada alasan untuk mereka tidak dapat belajar sungguh-sungguh.

Kalau pelajar di IPT jangan cari alasan buku-buku mahal . Jadi tak mampu nak beli so susah nak belajar.. Ini just alasan. Tapi bila bab h/phone yang canggih ngan prepaid mampu pulak. Memang buku-buku peringkat IPT memang mahal. Masa saya belajar dulu pun saya terpaksa mengikat perut untuk sebuah buku. Tapi sekarang bukan macam dulu. Kalau kita tahu ambil peluang dan gunakan peluang sebaik-baiknya adakalanya kita tak perlu berbelanja beratus-ratus atau beribu nak beli buku. Kalaulah saya belajar di IPT pada masa ini..tak tahu laa saya rasa saya boleh dapat jauh lebih baik dari apa yang saya dapat masa di IPT. Kebanyakkan di IPT ada kemudahan internet samada di lab atau di sekitar kawasan IPT..Kalau tak mampu nak beli komputer/laptop boleh guna di tempat ini. Ada jugak internet connection di sambung sampai ke bilik jadi mengapa tak digunakan sebaiknya. Bagi saya internet sudah lebih dari cukup untuk kita mencari rujukan berkenaan dengan pelajaran kita. Tak kira apa bidang sekalipun yang kita ambil segala maklumat ada di dalam internet yang boleh didapati cara percuma…Cuma rajin atau tak jer… Jangan kita just rajin download benda-benda dari torrent jer tapi benda yang sepatutnya kita cari malas nak cari.

Jadi adik-adik yang masih belajar ingat jangan kita menyesal satu hari nanti. Kekesalan kita bukan disebabkan oleh orang lain. Kita belajar tak kira disekolah atau di IPT satu tanggungjawab pada kita dan satu harapan yang besar dari keluarga. Bayangkan kalau satu hari nanti anak-anak kita bersikap sambil lewa dan malas dalam pelajaran.. apa perasaan kita pada masa tu. Setiap yang baik kita lakukan pada hari ini akan diikuti oleh generasi kita pada masa akan datang . Begitulah sebaliknya. Jadi selagi ada peluang.. ambil dan gunakan sepenuhnya kerana sesuatu yang ada pada kita hari ini belum tentu akan ada pada masa akan datang… Good luck

  • Share/Bookmark

Digital Audio Remastering

Sejak awal 90 an kita selalu berjumpa dengan perkataan “Remastered”, “Digital Remastered” dan sebagainya bila kita membeli CD lagu atau kaset. Apa sebenarnya remaster terutama dalam bab audio?

Remaster adalah perkataan dari Master atau induk dan dalam konteks audio, remaster adalah mnghasilkan semula master atau induk asal audio tersebut. Di dalam rakaman audio terutama untuk rakaman album master tape adalah induk untuk menghasilkan salinan ke kaset, piring hitam, mahupun CD . Secara asas sebelum di jadikan master tape beberapa proses telah dijalankan untuk menghasilkan sesuatu album. Bermula rakaman musik dan suara kemudian melalkukan proses mixing yang mana setiap instrument pada setiap track akan di “balance kan” serta ditambah effects yang sesuai. Kemudian proses mastering dilakukan di mana “mastering engineer” akan menyedapkan lagi keseluruhan lagu atau album seperti mana yang dikehendaki oleh penerbit atau konsep album tersebut. Kemudia master tape akan dihasilkan untuk dihantar ke kilang untuk tujuan mencetak piring hitam , kaset mahupun CD. Di zaman sekarang samada proses rakaman , mixing mahupun mastering dilakukan secara digital berbanding sebelum era digital yang mana proses-proses ini di lakukan secara analog. Walau bagaimana pun tujuan adalah sama menghasilkan satu induk atau master dalam sesebuah album lagu.

Sebelum kedatangan era digital rakaman , mixing dan mastering dibuat secara analog yang mana setelah mixing, rakaman tadi dihantar untuk mastering dengan menyalin ke pita yang lain untuk di jadikan master. Di kilang master tadi digunakan untuk menyalin dari master tape ke kaset dan sebagainya, jadi bila final product seperti kaset atau piring hitam tadi sampai ke pengguna quality tidak lagi seperti asal kerana telah banyak berlaku “perpindahan” bermula dari rakaman, mixing, mastering dan kaset dan sebagainya. Semua ini dilakukan secara analog yang mana signal audio di rakam semuala dari satu pita ke pita seterusnya. Itu sebab bila kita mendengar rakaman audio terutama pada kaset kita boleh mendengar bunyi “hiss” dan mutu audio tidak se “clean” CD audio terutama yang dirakamkan secara digital

Dengan kemajuan teknologi terutama dalam teknologo digital sekarang ini, syarikat rakaman mengambil daya inisiatif menghasilkan semula master ccopy atau salinan induk sesuatu rakaman dengan membuat remastering secara digital. Oleh kerana medium yang popular sekarang adalah dalam bentuk digital cth CD audio adalah perlu menghasilkan master yang sesuai untuk CD audio yang mana di dalam bentuk digital.

Secara asasnya master tape dalam format analog akan disample atau didubbing ke bentuk digital melalui proses tertentu kemudian dihantar ke kilang untuk dijadikan CD audio. Namun proses ini sebenarnya tidak lengkap kerana proese remaster bukan setakat itu sahaja. Tujuan remaster atau dalam kontek digital remastering sekarang ini sebelum dijadikan digital master ada beberapa perkara yang perlu dilakukan seperti membaik pulih quality audio di dialam keadaan tertentu menambah baikkan lagi quality audio.

Selalunya kalau proses remastering yang sebenarnya selepas audio tadi diconvert ke bentuk digital terdapat beberapa proses akan dijalankan pertama membuang mana-mana element yang bukan audio seperti hiss, click, pop dan sebagainya. Element bukan audio ini memang biasa dalam mana-mana audio yang dirakamkan secara anolog. Proses ini juga perlu dijalankan dengan berhati-hati supaya element audio pada rakaman tidak terjejas. Selepas proses ini sound engineer atau mereka yang bertanggung jawab akan menentukan apa patut dibuat pada audio tersebut. Selalunya mereka akan meng “enchance” kan lagi quality audi tersebut. Memang menjadi nature sesebuah master tape dalam bentuk anolog quality akan berkurang dari masa ke semasa. Jadi terdapat element audio yang akan tenggelam tidak seperti asal. Jadi proses menaikkan semula element audio tadi di lakukan.

Di dalam proses ini engineer akan menggunakan beberapa filter seperti multiband compressor, equalizer, limiter dan sebagai mengikut kesesuaian dan keperluan untuk sesuatu audio. Proses ini juga di lakukan dengan berhati-hati supaya tidak mencacatkan quality audio. Bila mereka sudah berpuas hati satu master akan dibuat di dalam bentuk digital cth dalam pita DAT dan dihantar ke kilang untuk proses menghasilkan CD audio . Kelebihan proses remaster dalam bentuk digital masih kekal bemula semasa proses membaik pulih hinggalah ke mastering dan akhir sekali ke pengguna dalam bentuk CD audio. Walaupun semasa semasa proses tranfer dari pita DAT ke CD audio terdapat sedikit down coversion dari 48khz ke 44.1khz , perbezaan ini tidak dapat di kesan oleh telinga kita jadi kita masih mendengar quality audio yang sepatutnya. Pada zaman ini hampir kesemua proses di jalankan secara digital samada dari rakaman, mixing, mastering hinggalah ke CD audio. Walapun ada sestengah rakaman masih dirakam secara analog tetapi semasa proses mastering ia dilakukan secara digital.

Walau bagaimana pun kalau kita dengar album yang di remastering sekarang bukan semua yang menepati matlamat yang sepatutnnya. Ada dikalangan syarikat rakaman yang mengambil jalan singkat atau sambil lewa dalam proses remastering. Mereka hanya terus convert master asal ke bentuk digital dan di jadikan CD audio. Ada juga yang hanya convert dari piring hitam ke bentuk digital kemudian ke CD tanpa sebarang proses pembaik pulih. Kemudian di cover album mereka mengatakan “Digital Remastering”… Bagi saya lebih baik saya dengar dari piring hitam dari saya dengar CD audio yang diconvert dari pring hitam.

Baru baru ini saya membeli CD popular dari tahun 80 an . Sebenarnya saya menyimpan beberapa keping kaset. Tetapi oleh kerana syarikat rakaman release dalam bentuk CD jadi saya berharap kuality should be better dari kaset even should be better kalau kaset tersebut masih baru. Tapi bila saya dengar terkejut betul saya…suara yang tenggelam, proses remastering dibuat tidak berhati-hati ada sebahagian dari lagu fidelity audio teruk…Dalam hati saya kalau lah macam ni punya remastering quality lebih baik saya buat sendiri. Sekarang ini komputer peribadi sudah cukup mampu untuk membuat proses mastering jika mengunakan peralatan audio yang sesuai dan software yang sesuai. Cth nya adobe audtion, Sony Soundforge..ditambah lagi dengan beberapa VST filter yang khusus untuk tujuan remastering. Jadi saya menasihat syarikat rakaman please do it as it should be..jangan sambil lewa…pembeli dah bayar untuk sesuatu yang sepatutnya.

Saya memang memuji dan respek kepada syarikat rakaman EMI Malaysia. Setiap album yang di labelkan “Digital Remastering” memang berkualiti dan proses di jalankan dengan sepatutnya. Dan yang paling saya puji langkah EMI menjual semula pada harga yang rendah seperti yang di dapati pada “Siri Murah Hati”. Apa yang saya ketahui setiap master tape lama dihantar ke Studio Abbey Road London untuk proses remastering. Dengan kepakaran sound engineer di sana quality audio memang ditahap membanggakan bermula dari album Tan Sri Pramlee hingga la album-album pernah dikeluarkan sekitar 70 an dan 80 an..Tahniah EMI kerana sedar warisan seni negara yang patut di jaga dengan baik. Di samping itu juga terdapat beberapa album seperti album-album kumpulan Alleycats yang di remaster dengan begitu baik sekali hinggakan ada antara element audio yang saya tidak pernah dengar bila telah diremaster element tadi jelas kedengaran.

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures