Archive for July, 2007
Safari, Firefox dan Internet Explorer

Pelayar web atau web browser merupakan salah satu applikasi utama dalam teknologi internet. Dengan web browser kita boleh melayari sesuatu laman web.Web browser telah mula di perkenalkan pada 26 Februari 1990 oleh Tim Berners-Lee dengan nama World Wide Web. Kemudian ditukar ke Nexus untuk mengelak kekeliruan mengenai term World Wide Web dalam internet. Selepas kemunculan secara meluas internet kepada umum fungsi web browser menjadi sangat penting dan seterusnya membawa kemuculan pelbagai browser. Secara umum terdapat banyak web browser, ada diantaranya jarang atau tidak pernah di dengar langsung oleh pengguna internet. Senarai nama browser boleh didapati di sini: Setiap browser dicipta mengikut platform dan kegunaan tertentu.
Secara umumnya pengguna internet hanya mengenali beberapa nama web Browser seperti berikut:
Kalau nak diikutkan sejarah web browser sejak kemunculan internet kepada umum Netscape merupakan dominan kepada dalam web browser. Saya masih ingat saya lebih gemar menggunakan Netscape Navigator V4 pada ketika itu berbanding Internet Explorer 3 yang masih terumbang ambing ketika itu. Ini kerana IE3 tidak dapat mematuhi sesetengah web protocol dengan sempurna berbanding Netscape 4. Namun setelah kemucnculan IE4 dan IE dimasukkan di sekali di dalam Windows kedudukan Netscape mula terancam. Ini kerana pengguna tidak perlu mendownload Netscape kerana sudah tersedia di dalam OS windows. Ditambah lagi IE4 jauh lebih baik dari IE3. Setelah itu IE muncul dengan versi terbaru iaitu version 5 yang disertakan sekali di dalam windows 98 dan Version 6 di dalam windows XP. Bagi pengguna windows 98/xp ada diantara mereka langsung tidak tahu kewujudan Netscape yang pernah mendominasi pelayar web suatu ketika. Netscape kemudian mucul dengan version 5 , 6 , 7 selepas itu tetapi gagal menarik perhatian pengguna internet. Salah satunya ketidak stabilan dan interface yang kurang diminati oleh pengguna Internet. Pada masa tersebut IE 6 mewakili lebih 90% keseluruhan penggunaan web browser.
Sudah menjadi satu kelaziman apabila terlalu popular maka ia mendapati perhatian yang besar kepada hacker untuk mencari kelemahan yang ada pada IE. Sudah tentu akan terdapat banyak lubang atau hole yang boleh digunakan untuk mengeksploitasi securiti yang ada pada IE dan seterusnya mengancam keselamatan platform windows dan pengguna internet. Pengguna Internet mula bosan dan khuatir akan keselamatan mereka semasa menggunakan internet. Satu lagi IE masih belum memenuhi web standard yang menyebabkan beberpa laman web tidak dapat dipaparkan dengan sempurna. Selepas itu muncullah Mozilla FireFox. Sejarah keujudan Firefox boleh dibaca di sini:
Mozilla Firefox bukalah 100% bullet proof tetapi merupakan satu alternatif yang terbaik berbanding IE. Walaupun sebelum firefox muncul terdapat beberapa browser yang lain seperti Opera tetapi pengguna masih enggan beralih. Antara sebab utama peringkat awal Opera bukan Free browser. Versi percuma Opera mengandungi Iklan yang dipaparkan pada web browser, Untuk mengelakkan iklan pengguna perlu upgrade ke Full version dengan membayar sejumlah harga. Setelah itu barulah opera memberi secara percuma versi penuh kepada pengguna. Tetapi langkah tersebut boleh dikatakan agak terlambat. Ini kerana terdapat banyak lagi browser yang diberi percuma sejak mula diperkenalan. Malahan Netscape dan IE memang telah lama memberikan bowser secara percuma. Jadi kedudukan Opera terus tidak mendapat sambutan
Berbalik kepada Firefox ia merupakan satu sinar baru kepada pengguna internet. Saya pada peringkat awal tidak gemar menggunakan browser lain selain dari IE. Saya ada download Nescape 6 dan 7 tetapi saya uninstall semula dan juga ada juga pernah mencuba Opera dan lain-lain browser tapi akhirnya saya masih terus menggunakan IE. Tapi bila kemunculan Firefox minat saya kepada IE makin kurang dan sehingga sekarang Firefox menjadi default browser di dalam pc-pc saya. Ini kerana firefox lebih selamat (walaupun bukan 100%) tetapi lebih selamat dari IE. Interface yang simple dan boleh di costumized mengikut selera. Banyak plugin yang meningkatkan lagi keberkesanan semasa melayari web. Seperti IE interface statik dan agak outdated juga menyebabkan saya rasa jemu mengguna IE. Seperti saya begitu juga dengan pengguna web yang lain mereka mula menerima Firefox dengan begitu mendadak. Kebetulan Firefox bukan hanya untuk Windows tetapi bersifat cross platform. Jadi pengguna platform yang lain seperti Linux, Macosx dan sebagainya boleh menggunakan Firefox. Jadi dominasi IE dalam web browser mula berkurang. Kalau dulu IE menguasi lebih 90% web browser kini hanya menguasi lebih kurang 75%. Walapun masih menduduki tahkta penggunaan web browser tetapi kita harus ingat IE disertakan di dalan Windows XP. Jadi ini menyumbang kepada peratusan penggunaan web browser yang mana lebih dari 90% pengguna komputer di dunia menggunakan Windows platform. Jadi saingan dari firefox jelas membuktikan bahawa kedudukan IE mula tercabar. Bukan mudah mengambil sebahagian peratusan dari IE yang tegal sekian lama. Saya hanya menggunakab IE sekiranya bila keadaan memerlukan sahaja seperti jika sesuatu site hanya “optimize untuk IE” atau untuk update wndows xp. Selainnya saya menggunakan Firefox.
Bagi mereka yang membangunkan laman web memang selalu menghadapi masalah untuk memastikan laman web yang mereka bina serasi dengan kebanyakkan web browser. Masalah berlaku kerana setiap browser render website secara berlainan mengikut rendering engine dalam sesuatu web browser. Sebagai cth jika laman web tersebut menggunakan layout berasaskan CSS kekadang web tidak dipaparkan dengan sepatutnya terutama pada browser IE. Jadi pereka laman web terpaksa melakukan “hack” pada code untuk memastikan laman tersebut dipapar dengan betul. Ini berpunca IE tidak mengikuti spefikasi standard yang ditetapkan. Ada juga masalah berlaku jika laman web tersebut di”optimize” untuk IE. Jadi bila di paparkan di web browser yang lain cth firefox sestengah fungsi dalam web tersebut tidak dapat digunakan.
Dua bulan yang lalu Apple memperkenal Browser Safari kepada platform windows. Kemunculan Safari bagi saya satu persaingan yang baik. Kerana bila ada banyak pilihan ini memudahkan pengguna memilih browser mana pilihan hati. Saya ada download Safari dan cuba menggunakannya. Tetapi selepas itu saya tak gunakan langsung . Antara sebab saya kurang berminat kerana ada beberapa kelemahan yang terdapat dalam Safari . Pertama text yang dipaparkan dalam ClearType. Jadi text kelihatn blur (pada pandangan mata saya) dan lelihatan “bold”. ClearType juga memang ada dalam IE7 tetapi boleh di disablekan. Puas saya cari untuk disablekan Cleartype dalam Safari. Mungkin dalam Macosx dan mac pc monitor ClearType dipaparkan dengan baik tapi untuk Windows saya rasa kurang sesuai even menggunakan LCD monitor. Kedua di dalam safari button go tidak ada puas juga saya mencari option untuk button Go pada URL bar. Bukan apa saya selalu copy & paste URL dan tekan button go ..untuk safari saya terpaksa tekan butang Enter..Memang masalah ini bukan lah besar tetapi kenapa Safari tak ada button GO… Ketiga dalam kebanyakkan browser di URL bar kita boleh tengok mana –mana url yang pernah kita type tetapi dalam safari dropdown list url tak ada. Jadi saya terpaksa buka fungsi history….sungguh melecehkan. Keempat pasal proxy. Untuk safari versi windows ia menggunakan setting proxy pada IE. Tidak seperti IE atau Firefox kita boleh masukkan proxy mengikut kehendak kita…emmmm boring sungguh. Ke lima bila kita surf ke satu laman semasa loading sesuatu website di dalam safari downloading progress di paparkan di URL bar…tak kisah laa sangat…tapi apa yang saya kisah semasa loading tak tunjuj apa yang di downloading…tak seperti browser yang lain ada menujukkan jenis file yang sedang di loading…emmm…Steve Jobs ada claim Safari is the fastest….ye ke Steve Jobs …? That’s why lepas guna beberapa kali safari saya tak guna langsung selepas tu. Ya Safari masih dalam Beta..dalam mana-mana Beta version memang terdapat kekurangan. Tunggu sehingga full version…tapi bagi saya kalau kelima-lima yang saya sebutkan di atas masih seperti sekarang..sorry to say Safari is not for me…
Apa-apa pun terpulang pada kita..saya akui ada di kalangan kita masih tak tahu ada browser selain IE…Saya tak salah mereka kerana bagi mereka yang penting dapat surf internet tambahan pulak browser alternatif selain IE perlu didownload secara berasingan…bagi pengguna biasa mana diorang kisah pasal browser..kecuali kalau kalangan yang selalu mengikuti perkembangan internet mungkin mereka ingin mencuba sesuatu yang lain…
Something is decieving……
Something is decieving ..until you know it better….
Teringat saya pada satu tag line untuk iklan minuman keras di panggung wayang di awal tahun 90 an dulu..emm jangan salah faham saya bukan nak mengiklan minuman keras..cuma dalam apa yang saya nak bagi tahu cuma dalam iklan tersebut ada beberapa scene yang dibuat begitu mengelirukan mata kita sehinggalah digambarkan keadaan sebenar barulah kita tahu bahawa itu beberpa keadaan tidak seperti yang digambarkan pada permulaan.
Senbenarnya apa yang saya nak ceritakan dalam post kali pasal mata dan otak manusia. Kekadang apa yang mata kita lihat tidak sama dengan apa yang sebenarnya berlaku. Dan apa yang mata kita lihat ditafsirkan secara berlainan oleh otak kita. Sebagai cth seseorang berdiri paling hampir dengan kita akan kelihatan lebih tinggi dari orang lain yang sama tinggi jika salah seorang tadi berdiri jauh dari kita. Ini disebabkan oleh kesan perspektif mata kita. So dalam kes ini ia dipanggil Optical Illusion cth macam video dibawah:
More videos: Click here
Optical Illusion ditafsirkan sebagai gambaran secara visual terhadap sesuatu keadaan yang mana selalunya tidak selari atau tidak betul dengan keadaan sebenar. Ini disebabkan oleh banyak faktor…terutama beberapa limitation terhadap pancaindera terutama mata manusia. Cth animasi dalam animasi flash dibawah
(credit to:http://www.michaelbach.de/ot/)
Dalam animasi di atas kita lihat dua objek bergerak tersekat antara satu sama lain sekiranya latar belakang (garisan kelabu dan hitam ) muncul..Apabila latar belakang tidak dipaparkan kedua-dua objek bergerak secara smooth dan selari. Cuba tekan button yang terdapat pada animasi di atas dan tengok perubahan.
Dan cuba lihat animasi flash yang dibawah:
(credit to:http://www.michaelbach.de/ot/)
Dalam animasi di atas objek berwarna merah yang berputar kelihatan berputar secara tersekat-sekat. Laraskan slider disebelah kiri animasi kebawah sehingga latar belakang hampir tidak kelihatan. Sekarang kita boleh lihat objek berwarna merah berputar dengan smooth dan tidak tersekat.
Ini di antara kesan optical Illusion yang mempengaruhi tanggapan mata dan otak kita. Untuk melihat lebih banyak Optical Illusion sila lawat laman web di bawah: opsss kekadang sakit mata tengok sesetengah Optical Illusion
Rujukan tambahan: http://en.wikipedia.org/wiki/Optical_illusion
Laman Baru Tutorial Saya
Sebenarnya dah lama saya nak buat “make over” dengan laman web tutorial saya. Tapi baru sekarang dapat dibuat. Tujuan saya “pinda” laman tutorial saya sebab kebanyakkan laman web sekarang berbentuk “two ways” communication , maknanya pengunjung boleh terus reply kepada satu-satu topik. Satu lagi dengan interface baru saya boleh update laman web saya di mana-mana tanpa perlu menggunakan HTML software macam Dreamweaver. Kekadang pening jugak nak update secara manual sebab penambahan pada content menyebabkan saya terpaksa juga pinda pada frontpage.
Saya juga bercadang laman web ini tidak ditumpukan semata-semata untuk video editing saja. Sebarang tutorial/artikel yang yang ada kaitan dengan multimedia seperti audio, graphic (3d/2d) dan juga fotografi akan juga dimasukkan di dalam laman web ini. InsyaAllah
Jadi kalau boleh saya memang menggalakan sesiapa saja menyumbang tutorial atau artikel untuk dimasukkan ke dalam laman web tutorial saya. Anda boleh meyumbang tutorial atau artikel berkenaan dengan topik yang saya nyatakan di atas. Kalau anda ada tutorial emailkan tutorial anda dalam format word .doc termasuk image (jika ada) di gcloudblog @ gmail.com. Jika anda ingin menjadi regular contributor, saya akan create user account untuk anda. Jadi anda boleh publish tutorial.artikel anda secara terus tanpa perlu email kepada saya. And of course setiap tutorial yang anda buat akan disertakan nama anda.
InsyaAllah saya akan cuba memperbanyakkan lagi tutorial dalam laman web ini. Klik ke laman tutorial baru saya . www.gcloud.com/v2
Google Apps – Free Email Hosting
Anda mungkin pernah terfikir untuk hosting domain anda. Masalahnya anda malas nak menyewa hosting server semata-mata untuk hosting domain anda. Tetapi sekarang anda boleh hostkan domain anda untuk email.
Caranya mudah. Katakan anda mempunyai domain cth domainsaya.com anda boleh hostkan email anda di Google Apps. Jadi anda tak perlu menyewa webhosting untuk email anda. Apa yang menarik service ini adalah percuma dan setiap email diberikan ruang storan sebanyak 7 gig. Apa yang perlu anda lakukan hanyalah mendaftar domain anda sendiri. Perdaftaran domain boleh dibuat di mana-mana hosting provider atau domain provider. Untuk Top Level Domain cth .com, .net .org purata harga dalam RM35.00.
Selepas anda mendaftar domain yang anda inginkan anda boleh menggunakan Google Apps untuk hostkan email anda dengan menggunakan domain yang anda daftar tadi. Caranya pergi ke laman Google Apps dan tekan butang Getstarted dan ikut arahan seterusnya.
Saya memang menggunakan service ini untuk salah satu domain yang saya ada. Memang menarik kerana saya boleh access email atas nama domain saya di mana-mana asalkan ada internet connection. Saya juga boleh acces email melalui pop3. Jadi saya boleh download email menggunakan email client seperti Outlook, Thunderbird dan sebagainya. Dalam masa yang sama email saya masih tersimpan di server .
Interface email dalam Google Apps menyamai interface email dalam Gmail. Jadi sesiapa yang menggunakan Gmail tentu tak masalah nak menggunakan email yang di host di Google Apps. Satu perkara yang menarik lagi setiap domain boleh create lebih kurang seratus email account dibawah domain yang kita daftar. Cth katakan domain anda domainsaya.com , jadi anda boleh datarkan email account seperti adiksaya@domainsaya.com, abangsaya@domainsaya.com dan sebagainya. Setiap email akaun ini mempunyai password yang tersendiri. Jadi jika anda mempunyai bisness yang sedehana besar cth kurang dari seratus orang staff anda boleh gunakan Google Apps untuk daftarkan email dibawah domain yang anda daftar untuk kegunaan staff. Cara ini lebih cost effective kerana anda tidak perlu membayar yuran tahunan untuk email hosting, anda hanya perlu membayar bayaran untuk domain sahaja. Satu lagi mungkin terdapat beberapa masalah seperti server down dan sebagainya jika anda hostkan email anda menggunakan email hosting provider. Anda sebagai admin boleh broadcast/mengirim email kepada sesiapa sahaja yang mendaftar di bawah domain anda. Jika anda Boss dalam perniagaan anda, anda boleh mengirimkan email kepada beberapa staf dengan serentak. Walaubagaimana pun anda tidak semestinya perlu ada perniagaan untuk menggunakan service, ia terbuka kepada sesiapa saja asalkan mempunyai domain.
Sebelum mendaftar di Google Apps ada beberapa perkara yang anda lakukan
1. Daftar domain – pastikan domain anda active sebelum menggunakan Google Apps
2. Jika anda ada domain yang di hostkan di web server lain pastikan anda menukar MX record kepada server google
3. Jika anda hanya mempunyai domain dan tidak dihostkan di mana-mana web server pergi ke domain control panel masukkan setting MX record kepada server yang diberikan oleh google
Don’t worry step by step instruction akan diberikan setelah anda mendaftar untuk google apps. Selepas pendaftaran untuk perlu menunggu lebih kurang sejam sebelum email anda boleh digunakan.
Now sekarang anda mempunyai hosting untuk hostkan email dibawah domain anda sendiri secara percuma. Selain itu setiap akaun diberikan ruang sebanyak 100MB untuk membina laman web. Anda tidak perlu tahu mengenai HTML kerana di dalam Google Apps telah disediakan beberapa web template yang boleh anda gunakan.
Selamat mencuba
Pemilihan Hosting untuk website / blog
Ramai di antara kita ingin membina website atau blog. Masalahnya sekarang terlalu banyak hosting provider yang menawarkan package hosting sampai kita sendiri tak tahu mana yang nak pilih. Pengalaman saya memang agak memeningkan terutama package yang mana sesuai dengan keperluan dan budget.
Di sini saya akan nyatakan seberapa ringkas panduan sebelum anda memilih hosting provider mana dan package yang mana sesuai untuk anda.
Langkah 1
Tanya pada diri anda apa yang anda ingin buat dengan laman web anda. Ini perkara asas dalam pemilihan hosting. Antara tujuan yang biasa jika kita membina laman web adalah seperti berikut:
1. Promosi perkhidmatan / product
2. Laman web berbentuk peribadi atau blog peribadi
3. Laman web bercorak Komuniti seperti forum dan sebagainya
4. Laman web tujuan pembelajaran dan sebagainya
Langkah 2
Pemilihan hosting provider. Ini memang agak memeningkan. Di masa ini terlalu banyak provider yang menawarkan package hosting dengan pelbagai harga yang menarik. Walaubagaimana pun saya menasihatkan jangan tergopoh gapah bila anda memilih hosting untuk laman web anda. Kalau kita perhatikan ada yang menawarkan harga terlalu murah dan ada yang terlalu mahal. Jadi buat kajian tentang hosting provider ini. Cuba semak dalam mana-mana forum terutama forum bersifat IT. Di dalam forum ini selalunya ada membincangkan tentang baik buruk sesuatu hosting provider. Pengalaman saya yang terlalu murah tak akan bertahan lama. Kenapa?. Sebabnya provider tidak dapat menampung kos untuk penyedian hosting. Akhirnya hosting tersebut di tutup. Yang terlalu mahal pulak meyebabkan kita terpaksa membayar lebih dari apa yang sepatutnya. Mungkin mahal sebenarnya bersifat subjektif dan bergantung jenis hosting yang kita ambil tetapi biarlah berpadan dengan apa yang kita bayar.
Jenis Hosting
Terdapat berapa jenis hosting yang ditawarkan mengikut budget dan keperluan:
1. Shared hosting – Antara yang popular dimana satu server akan dikongsi beberapa akau. Di dalam satu server mungkin mengandungi 50 – 200 akaun. Kelebihannya harga mampu dimiliki. Sekiranya kita melanggan package ini bayaran tahunan akan dikenakan. Keburukkannya, kekadang laman web kita slow akibat terlalu banyak site di dalam satu server terutama jika ada laman web yang lain mempunyai bilangan pengunjung yang sangat ramai. Hosting jenis ini juga terdapat beberapa “restriction” yang mana jumlah penggunaan cpu di pantau. Sekiranya laman web kita terlalu banyak menggunkan cpu maka kemungkinan akan dibekukan semetara waktu.
2- Semi Dedicated – Sama macam konsep shared Hosting cuma jumlah yang berkongsi dihadkan dalam jumlah yang sedikit mungkin diantara 5 -10 akaun. Selalaunya bayaran dikenakan bulanan dan lebih mahal dari shared hosting. Hosting jenis ini sangat sesuai untuk laman seperti forum, CMS yang mana menggunakan cpu dan ram yang lebih.
3. Dedicated Hosting – Dalam jenis ini hanya kita sahaja yang menggunakan sesuatu server. Kita bebas memlilih system operasi yang ingin kita gunakan. Amat sesuai untuk laman yang banyak melibatkan CPU dan ram seperti forum, laman komuniti dan sebaganya. Segala urusan penyelenggaran di lakukan oleh pihak penyedia hosting. Kos memang agak tinggi. Jadi sebelum ada memilih package hosting ini pastikan adakah ada perlu dengan dedicated server.
4.Server – Co-location – Sama macam dedicated server cuma server dimiliki sepenuhnya oleh kita dan segala urusan penyelanggaran di lakukan oleh kita sendiri. Pihak penyedia hanya menyediakan tempat dan urusan networking seperti internet dan sebagainya. Jenis ini amat sesuai jika sesatu co. ingin secara total mengawal server mereka. Jadi sekarang anda sudah tentu tahu mana yang terbaik untuk anda.
Di samping itu pastikan apakah system operasi yang ingin anda gunakan. Antara yang popular seperti Linux Hosting dan Windows Hosting. Linux hosting lebih murah berbanding Windows. Bagi saya linux adalah pilihan terbaik melainkan jika di dalam keadaan mana yang anda perlu guna windows untuk membangunkan laman wen anda.
Target audience.
Jika laman web anda ditujukan kepada dalam negara sahaja, adalah lebih baik anda hostkan website anda di server yang di tempatkan di datacenter di dalam negara. Ini kerana capaian lebih laju (bergantung pada keadaan semasa di data center). Jika target lebih kepada luar negara hostkan web anda di luar negara yang mana majority laman anda akan dilawati. Cth jika audience anda majority di US , host kan di server us. Walaubagaimana pun tak bermakna jika anda hostkan di dalam negara laman anda tidak boleh di akses di luar negara cuma mungkin slow sidikit.
Ada beberapa perkara yang perlu anda fikirkan sebelum host diluar negara pertama dari segi kos dan kedua dari segi customer service. Jika berlaku sebarang masalah anda boleh menghubungi secara terus melalui telefon jika provider di dalam negara. Untuk provider di luar negara hanya email sahaja perhubungan yang menjimatkan.
Storage space / Bandwidth
Secara umumnya kebanyakkan hosting provider menyediakan storage dan bandwitdh lebih dari cukup untuk laman yang web biasa. Scara purata sesuatu hosting menawarkan antara 3 hingga 10 gigabytes dan 10 hingga 100 gigabits bandwidth. Cuma secara reality kebanyakkan laman web tidak pernah melepasi peruntukkan yang diberi kecuali jika laman web anda mempunyai banyak file yang besar seperti audio dan video serta jumlah download terhadap file tersebut banyak maka ia akan melibat kan storage dan bandwidth yang besar…Kalau laman anda meyediakan / menawarkan downloading sesuatu file yang banyak lebih baik pilih package samada semi dedicated atau dedicated.
Satu perkara yang perlu kita ketahui tiada satu pun hosting yang boleh menjanjikan “uptime” setiap masa. Ini kerana banyak perkara yang mempengaruhi “uptime” sesuatu server dan connectivity. Ada kalanya ia di luar kawalan pihak penyedia hosting. Cuma pilihlah hosting yang memang diperakui bagus dari segi “reliability” , customer service yang baik serta harga yang berpatutan.
Untuk laman ini saya menggunakan Exabytes.com.my, Setakat ini alhamdullilah tak banyak masalah yang besar dan exabytes juga memang terkenal dengan customer service yang baik. Kalau ada masalah pun ia berpunca di datacenter yang mana sebahagian besarnya di luar kawalan oleh mana-mana hosting provider. Jika anda ingin melanggan hosting anda di exabytes anda boleh lawat laman tersebut di sini : www.exabytes.com.my
Di atas secara asas sebelum anda memilih hosting yang sesuai untuk anda. Good Luck



