Archive for June, 2007
Apa dah terjadi dengan Streamyx?
Sejak seminggu ni saya dapati acces ke internet sangat lembab terutama kalau surf laman yang di host di luar negara. Sampai pada satu masa langsung tak boleh loading untuk sesetengah website. Untuk laman web yang di hostkan di malaysia saya rasa tak ada masalah ….
Agak mengejutkan masalah berlaku kalau menggunakan IP dalam range 60.xxx.xxx.xx memang lembab . Sebelum ni tak ada masalah. Saya ada buat ping test untuk laman web luar negara. Saya cuba beberapa laman web yang memang top notch dari segi speed performance macam yahoo dan google dan microsoft. Apa saya dapati latency memang tinggi:
Reply from 87.248.113.14: bytes=32 time=1267ms TTL=44
Reply from 87.248.113.14: bytes=32 time=1270ms TTL=44
Request timed out.
Request timed out.
Ping statistics for 87.248.113.14:
Packets: Sent = 4, Received = 2, Lost = 2 (50% loss),
Approximate round trip times in milli-seconds:
Minimum = 1267ms, Maximum = 1270ms, Average = 1268ms
Cth di atas saya ping ke yahoo.com kalau kita tengok lost packet sampai 50% dan latency mencapai 1268ms…
Bila saya menjenguk di laman forum IT macam Lowyat.net atau Putera.com memang masalah ini bukan masalah saya seorang tapi masalah pengguna Streamyx. Bila saya menghubungi customer service di Tmnet seperti biasa mereka menyuruh saya membuat trouble shooting..tak perlu la saya ceritakan di sini , saya rasa anda semua dah tahu apa dia punya script. Saya bertanya pada diaorang masalah apa yang berlaku pada IP 60.xxx.xxx.xxx. jawapannya mereka sendiri tak tahu…jadi seperti biasa saya akan diberi report no. Saya terangkan kepada diaorang saya cuma nak tahu apa masalah pada IP no tadi..since diorang tak tahu..jadi saya kata tak mengapalah…terus catit report no.
Esoknya seorang technician menelefon saya bertanya masalah internet…jadi saya pun terangkan satu persatu…akhirnya technician sendiri mengaku masalah ini di luar bidang mereka. Sebab masalah pada server bukan di dalam bidang tugasan mereka..Jadi masalah terus berlaku sampai masa saya menulis article blog. Nasib baik server yang host blog ini di dalam malaysia jadi saya tak ada masalah nak access kelaman blog ni.
Bagi saya pengguna di malaysia tidak ada atau tidak banyak pilihan untuk memilih. Pilihan langsung tidak ada kalau mereka tinggal di luar Lembah Klang. Di Lembag Klang kita mungkin boleh memilih Isp lain cth macam Jaring dan sebagainya. Tapi macam saya di perak terutamanya di Ipoh Tmnet adalah satu-satunya pilihan yang saya ada.. Tapi itulah samada baik atau buruknya perkhidmatan terpaksa saya terima…nak pakai dial up saya dah tak larat..tambah-tambah laman web sekarang ni bukan macam 5 – 6 tahun yang lepas yang kebanyakkannya dalam plain HTML , Sekarang laman web banyak dicampur dengan elemen lain cth macam flash dan grahic yang banyak. Satu lagi satu memang pengunjung setia Youtube.com. Youtube mana layan dial upJ
Memang saya faham untuk operate internet bukan mudah tapi itu bukan lah alasan bagi Tmnet untuk improve dia punya service. Tmnet dah lama dalam arena internet sepatutnya masalah ini tidak berlaku atau sepatutnya dikurangkan pada tahap paling minimum. Cuma yang saya hairan mengapalah Tmnet banyak membelanja duit kepada pengiklanan yang “mengkagumkan” dan membuat penajaan yang bukan sedikit kosnya. Kenapa tidak digunakan untuk upgrade system ke satu tahap yang boleh diterima. Bagi saya Iklan yang “hebat” mesti diselarikan dengan “service” yang hebat. Tapi sekarang ni…….
Entah la Tmnet jangan jadi macam Proton sudah laa..bila satu tahap orang dah tak percaya..buat macam mana sekalipun orang tak akan percaya…
Alamak dah dekat pukul 3 pagi…cukuplah cerita pasal Tmnet ni. J
Kamera Video. Mana satu nak di pilih
Di pasaran sekarang terdapat banyak format video camera. Jadi sebagai pengguna memang pening memikirkan videocam mana yang paling sesuai terutama dari segi budget, kesusuaian untuk edit, mudah dan sebagainya. Bukan apa kalau silap pilih mungkin mendatangkan masalah kepada kita terutama bila kita nak melakukan editing, convert ke VCD/DVD dan sebagainya.
Jenis-jenis format video camera yang ada di pasaran:
Terdapat dua jenis format utama pada video camera pertama ANALOG dan kedua DIGITAL. Format analog telah lama berada di pasaran sejak awal tahun 80′an. Cth camera format analog untuk consumer seperti berikut:
- VHS – menggunakan pita video VHS
- Betamax – quality lebih baik dari VHS tetapi kurang mendapat sambutan
- SVHS – menggunkan pita video SVHS – quality lebih baik dari VHS
- 8mm – Quality antara VHS dengan SVHS tetapi menggunakan saiz pita yang lebih kecil
- Hi8 – Menggunakan pita yang sama dengan 8mm tetapi quality lebih baik dari 8mm dan quality sama dengan SVHS
Terdapat juga camera professional yang menggunakan analog seperti betacam tetapi tak perlulah saya terangkan di sini.
Format digital mula di perkenalkan pada pertengahan tahun 90′an dan camera video digital untuk consumer mula berada di pasaran pada penghujung tahun 90′an. Antara format digital pada video camera
- DV format. Dirakam pada miniDV tape – saiz lebih kecil dari hi8/8mm tape. Tetapi quality lebih baik dari semua format video cam analog untuk consumer. Data video yang dirakam boleh terus di tranfer ke pc untuk editing dengan menggunakan firewire. Sesebuah dv cam boleh terdiri dari 1 CCD sensor atau 3 CCD sensor. Quality gambar yang dihasilkan dari 3CCD lebih baik dari 1 CCD
- Digital8 – Dibangunkan oleh Sony menggunakan Hi8/8mm tape tetapi rakaman dibuat secara digital sama macam mini DV.
- DVD cam- format ini dikatakan masih baru untuk video cam. Ia menggunakan format mpeg 2 (sama macam dvd) untuk merakan video. Video dirakam terus kepada mini DVD disk. Walau bagaimana pun format mpeg2 dvd telah lama dicipta iaitu pada pertengahan tahun 90′an, Cuma camera dvd sahaja yang agak baru diperkenalkan dalam tempoh 2-3 tahun yang lepas. Ia dicipta dengan beranggapan bahawa pengguna boleh memainkan terus DVD tersebut ke dvd player tanpa sebarang aktiviti conversion seperti format analog yang lain atau minidv tape. Secara teorinya memang mudah tetapi secara realitinya tak begitu. Ini kerana kebanyakkan yang menggunakan video cam dvd juga ingin edit video mereka dan di sini kemungkinan besar beberapa masalah akan timbul.
- HDV cam – Boleh dikatakan format video berdefinasi tinggi kerana resolution dirakam melebihi resolution pada standard video. Menggunakan minidv tape tetapi format yang digunakan adalah format mpeg 2 dan bitrate lebih tinggi dari mpeg2 dvd. Memerlukan computer berkuasa tinggi untuk edit video dalam format ini.
- HDD cam – menggunakan internal h/disk untuk record video. Jadi pengguna tidak perlu lagi perlu menukar tape atau dvd. Masa rakaman boleh mencapai sehingga 20 jam (bergantung pada format dan quality video yang digunakan). Kamera ini menggunakan format mpeg2 sama macam dvd cam dan sestengah camera HDD juga menggunakan format mpeg4 atau ACVHD. Format mpeg2, mpeg4, ACVHD ada satu format video yang dicompress . Tujuan compression dibuat untuk memastikan masa rakaman yang panjang dalam masa yang sama pada quality yang optimum. Dari segi quality tak dapat dinafikan mpeg2 dvd atau ACVHD memang baik kalau kita bandingkan dengan format analog. Tapi seperti dvd cam..masalah akan timbul kalau kita nak buat editing.
Jadi persoalan yang timbul mana satu yang kita nak pilih. Kalau ditanya pada saya saya akan buat priority seperti dibawah
- MiniDV cam (menggunakan minidv tape) – sebabnya quality jauh lebih baik dari kesemua video cam untuk pengguna yang lain. . Mudah untuk diedit. Quality video setelah diedit masih pada tahap yang excellent.Format dv juga digunakan oleh broadcasting . Kekurangannya menggunakan tape – 1 tape mini DV boleh rakam sejam video. Tranfer video ke pc sama jumlah masa dengan masa yang dirakam ke tape – cth kalau video tersebut sejam dan kalau kita nak tranferkan video tersebut ke pc jadi masa juga sejam. Menggunakan ruang h.disk yang besar. I jam video menggunakan 13 gig ruang h/disk. Seperti tape yang lain. MiniDV tape mudah terkena fungus . Jadi perlu sentiasa dicuci dan disimpan di tempat yang bersusuaian.Walaubagaimana pun kesemua kekurangan bukan menjadi masalah besar kerana h/disk yang bersaiz besar berharga jauh lebih rendah kalau dibandingkan 3 – 5 tahun yang lepas. Rata-ta pengguna pc sekarang menggunakan 80gig. Saiz ini cukup untuk menampung video dalam format ini. Walaubagaima pun adalah dinasihatkan menggunakan h/disk yang berasingan untuk video. Pita miniDV tape juga telah turun pada harga yang begitu rendah jika dibandingkan 3 – 5 tahun yang lepas. Jadi tak ada masalah untuk membeli lebih dari satu mini Dv tape. Hampir semua video editing software menerima format video dari miniDV cam. Jadi tak masalah untuk kita edit dalam mana-mana editing software.Video yang telah diedit boleh disimpan semula ke mini DV tape dengan menggunakan firewire.
- DVD cam. Quality pada tahap yang baik. Mudah untuk ditranfer ke pc kerana kita just drag kan file ke pc dari DVD disk. Untuk DVD cam selalunya menggunakan DVD-rw disk jadi sekeping dvd boleh digunakan berulang-ulang kali. Kalau kita nak tengok terus rakaman dvd tadi boleh dimainkan di dvd player (setelah dvd tadi di finalizekan). Kelemahannya quality tidak sehebat miniDV cam. Ini kerana camera ini menggunakan format mpeg2 dvd satu format yang telah dicompress. Even video pada mini DV tape juga telah dicompress tetapi cara dan jumlah compression berbeza dengan cara mpeg2 dvd format. Jadi quality mini dv jauh lebih baik. Masalah akan timbul kalau nak melakukan editing. Ini disebab oleh mpeg2 dvd bukanlah satu format yang sesuai untuk editing. Tak semua video editing software dapat melakukan kerja-kerja editing dengan smooth kalau kita menggunakan mpeg2. Sestengah video editing software langsung tidak menerima mpeg2 format. Seperkara lagi ada besar kemungkinan video tadi tak boleh dimainkan di pc. Pertama secara default untuk windows XP..codec untuk mpeg2 tidak diinstall. Untuk memainkan mpeg 2 codec ini mesti diinstall. Caranya samada install dvd player cth Power DVD atau windvd. Bila kita install codec untuk mpeg2 juga akan diinstall . Kita juga boleh install codec mpeg2 dengan install mpeg2 codec yang boleh didapati secara percuma di internet. Satu lagi kemungkinan hanya gambar sahaja yang keluar tanpa audio. Ini kerana dvd cam menggunakan format dolby digital (ac3). Secara default codec untuk ac3 tidak diinstall di dalam windows XP. Jadi kita kena install ac3 codec yang juga boleh didapati secara percuma di internet. Seperti yang saya katakan tadi mpeg2 dvd format bukanlah satu format video yang sesuai untuk tujuan editing. Ini kerana cara video tersebut dicompress memang berbeza dengan miniDV avi (minidv cam). Ini disebabkan masalah GOP. Sila baca penerangan mengenai GOP di sini . Ini akan menyebabkan video tidak smooth semasa melakukan editing. Satu lagi di dalam mpeg2 dvd kita boleh setkan pelbagai setting seperti bitrate, resolution, audio format. Masalah yang timbul jika kita tidak setkan setting tadi sama dengan video asal semasa editing..ini menyebabkan kerja editing menjadi lambat dan semasa save semula masa rendering menjadi perlahan dan quality kemungkinan besar akan bertambah buruk kerana video tadi sekali lagi dicompress. Satu lagi masalah yang mungkin timbul bila kita insert dvd disk dalam pc..kita tak boleh nampak file yang ada di dalam disk.. Jika ini berlaku kemungkinan dvd-disk tadi tidak difinalize dari dalam kamera. Kalau belum difinalize ini membolehkan dvd tadi disambung rakaman pada video cam. Untuk dibaca di pc disk tadi mesti di finalize. Memang ada software utility yang membolehkan pc membaca dvd yang belum di finalize..tapi masalahnya bukan semua tahu kewujudan sofwatre utility tersebut. Dan satu lagi ia tak menjamin semua dvd yang belum di finalize boleh dibaca. Walau bagaimana pun bukan semua software tidak boleh edit mpeg2 dengan smooth. Terdapat bebeberpa software yang saya rasa mudah dan sesuai untuk edit mpeg2 dvd cthnya Womble Mpeg Editor.
- HDD cam – format video sama dengan dvd cam Cuma sestengah hdd cam menggunakan mpeg4 / ACVHD format. Dari segi quality sama macam dvd cam (bergantung pada setting yang digunakan).. Kelebihan tak perlu menukar tape / dvd disk. Masa Mudah ditranfer ke pc dengan hanya menggunakan USB cable. Dari segi editing juga mempunya masalah yang sama dengan DVD cam . Jika h/disk rosak memang langsung tidak boleh digunakan dan kos menganti agak tinggi. Ini kerana h/disk yang digunakan bukan seperti h.disk biasa yang digunakan pada pc
- Analog Kamera (VHS, Svhs 8mm/hi8/) – Quality video yang dirakamkan tidak sebaik seperti kebanyak camera yang merakam video dalam fromat digital. Untuk editing kalau secara biasa menggunakan linear process seperti dubbing dari kamera ke VHS video recoder. Cara ini amat terhad kerana hanya untuk cut certain scene yang tidak dikehendaki. Tidak dapat melakukan editing secara creative kecuali kalau menggunakan peralatan yang digunakan oleh boradcast. Apa bila di dubbing ke video recoder quality akan lebih terjejas. Untuk Non-linear editing process (edit menggunakan pc) kita mesti digitizekan analog signal ke digital signal dengan menggunakan capture card. Untuk mendapatkan quality yang baik cara capture juga perlu diambil perhatian , format yang digunakan serta quality pada capture card yang digunakan. Seperti dvd cam/ hdd cam selalunya capture card akan capture video dalam format mpeg2. Jadi masalah yang timbul semasa editing juga boleh terjadi. Ada juga capture card yang boleh capture video dalam format yang lain seperti avi dv , uncompressed avi. Tetapi selalu nya lebih mahal. Lebih bail beli digital camera dari beli capture card yang mahal kecuali kalau kita memang banyak convert dari sumber analog ke digital untuk tujuan editing dan conversion.
Walau bagaimana pun ini semua terpulang pada anda..Apa yang saya nyatakan berdasarkan keperluan saya lebih kepada editing dan memang saya amat pentingkan qualiti dari mula sampai akhir. Apa-apa pun bergantung pada anda..apa yang saya tulis mungkin boleh dijadikan panduan atau rujukkan kamera mana yang paling sesuai untuk anda. Bagi saya selain dari camera yang digunakan cara mengambil / shoot video juga penting..yang penting bagaimana creative kita merakamkan satu event…
Selamat memilih…
Loga Alleycats Dalam Kenangan
Alleycats adalah antara kumpulan musik tanah air yang saya minati. Saya telah mendengar lagu Alleycats sejak dibangku sekolah iaitu hujung 70′an. Setiap lagu Alleycats bila dimainkan akan mengingatkan saya di zaman kanak-kanak terutama lagu Senandung Semalam, Jika Kau bercinta Lagi, Gerimis senja dan banyak lagi.
Kini kemungkinan Alleycats tidak dapat lagi menghiburkan peminat secara live sepenuhnya kerana salah seorang penyanyi iaitu Loganathan atau Loga telah menghembuskan nafas terakhir akibat lung cancer yang dihidapi. Walaupun Alleycats masih ada David Arumugam, abang kepada loga tetapi kehilangan Loga sudah tentu mengurangkan feel kepada Alleycats. Ini kerana Loga lebih lincah di pentas disamping kebolehannya meniup flute dan percussion.
Kalau kita ikutkan agak jarang satu album Melayu yang mendapat sambutan yang hebat dari seluruh bangsa di Malaysia. Tetapi Alleycats telah membuktikan bahawa lagu Melayu boleh didengar dan diterima baik oleh semua bangsa.
Mengenai Loga bagi saya dia lebih petah berbahasa Melayu jika dibandingkan dengan abangnya David..satu lagi loga masih hafal lirik lagu yang pernah dirakamkan berbanding David yang sering terlupa lirik. Dari segi nyanyian pula suara Loga akan digunakan jika lagu tersebut bersifat rancak dan segar dan jika lagu yang lebih mendayu diserahkan kepada David. Memang Loga dan David mempunyai keunikan suara tersendiri. Inilah kelebihan Alleycats. Walapun sudah hampir 4 dekad mereka masih aktif dan masih diminati. Jarang generasi baru meminati lagu dari artis Veteran tetapi Alleycats masih diterima oleh semua peringkat umur dan masyarakat. Untuk peminat musik tanah ketiadaan loga sudah tentu menjadi satu kehilangan kerana rata-rata masyarakat Malaysia sudah sebati dengan lagu nyanyian Loga dan Alleycats . Seperti Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dan Allahyarham Sudirman walaupun sudah tiada suara dan lagu mereka masih kita dengar dan sentiasa evergreen begitulah juga suara Loga bersama Alleycats masih evergreen untuk di dengar untuk masa-masa akan datang..
Video nyanyian Loga -- Nota Terakhir:



