Archive for May, 2007

Gcloud.com Youtube Video Downloader

Sekarang pengunjung blog ini boleh download video dari Youtube terus dari laman blog ini. Lihat dibelah kanan sidebar. Klik pada button.

Untuk download video:

Caranya:
Masukkan url video dari Youtube cth: http://www.youtube.com/watch?v=sdUUx5FdySs di dalam ruangan di disediakan. Tekan butang download dan anda boleh terus download video dari youtube.

  1. Fail video yang di download adalah getvideo.file . Rename kan fail ini ke sebarang nama. dan masukkan extension .flv . Cth youtube_video.flv
  2. Gunakan mana-mana FLV player untuk memainkan video anda.

Atau anda boleh bookmark URL http://youtube.gcloud.com   di browser anda untuk digunakan pada masa akan datang.

  • Share/Bookmark

Pertunjukkan Bunga Api Di Kuala Kangsar

Pada hari Sabtu malam Ahad yang lepas saya sekeluarga perpeluang menyaksikan satu pertujukkan yang jarang terdapat di kampung saya di Kuala kangsar. Pada malam tersebut ribuan segenap lapisan masyarakat berduyun menyaksikan pertunjukkan bunga api di sungai perak sempena Persandingan Di Raja Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah dan Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara.

Kebetulan saya membawa handy cam pada masa tu…jadi peluang untuk merakamkan acara dan pertunjukkan memang saya tak lepaskan. Cuma saya tak berpeluang mengambil video tersebut kerana anak bongsu saya Eriesya meragam pulak pada malam tu. jadi saya serah handycam kepada adik saya iaitu Mohd Saiful untuk merakamkan pertunjukkan bunga api..

Sebenar pertunjukkan bunga api tersebut agak panjang . ..tapi saya terpaksa edit kepada lebih kurang 10 minit untuk di upload ke Youtube..

So enjoy ..

  • Share/Bookmark

Yuran Bulanan Astro Naik

Astro akan menaikkan yuran bulanan kepada pelanggan antara RM5.00 ke RM15.00 mulai Jun ini. Kenaikan ini diumumkan selepas sehari billionaire T. Ananda Krishnan mengumumkan pengambil-alihan Maxis Berhad yang bernilai RM40 bilion. Astro memberi alasan kenaikan yuran disebabkan kos terutama melibatkan hak siaran sukan seperti English Premiere League…

Emmm tak kan disebabkan EPL nak naikkan yuran kot. Kalau ya sekalipun naikkan jerla yuran untuk mereka yang langgan sport channel. Mana pergi duit SMS Akademi Fantasia yang berjuta-juta tu. Entahla… macam ni laa kalau berlakunya monopoli. Sebenarnya terpulang pada kita..sebab Astro ni bukan keperluan asasi pun. Kalau tak ada Astro boleh jugak tengok TV. Mungkin kalau tak langgan tak boleh tengok EPL, Akademi Fantasia.. tapi perlu ke tengok cerita ni…yela peminat sukan tentu nak tengok live pasukan yang diorang minat. Peminat Akademi Fantasia tentu nak tengok pelajar yang mereka minat atau sokong..atau nak tengok sapa pulak yang keluar.

Secara realitinya saya pun kurang menonton TV . Langgan Astro sebab nak tengok channel lain cth macam National Geographic, Discovery Channel. Dulu memang peminat setia rancangan TechTV..tapi sekarang dah tak ada..so semakin kurang laa tengok TV. Jadi kenaikkan yuran ni saya rasa nak buang mana-mana channel yang memang jarang tengok. Buat apa bayar kalau tak tengok betul tak.Tambah-tambah yuran nak naik lagi. Sekarang just subscribe channel Fun & Learning untuk anak dan channel Movie untuk isteri saya … Untuk saya lebih suka tengok video di Youtube…

So minggu depan nak pergi ke pejabat jualan Astro nak mintak buang mana-mana yang tak perlu. Bila baca slogan Astro. “Making your life richer” terfikir pulak saya sepatutnya tukar kan slogan ni kepada ” Astro –making the owner’s life richer”

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures