Archive for April, 2007

Download video dari Youtube

Youtube.com sudah menjadi satu fenomena kepada pengguna internet dari seluruh dunia. Ia popular kerana pengguna boleh menonton video dan juga mengupload video secara percuma untuk dikongsi atau ditonton oleh semua pengguna internet. Tak kira tujuan apa sekalipun samada saja suka-suka, tujuan propaganda politik, promosi, pembelajaran, showcase atau apa saja, Youtube menjadi satu platform yang paling sesuai. Kalau dulu untuk upload video pengguna internet terpaksa membayar sewa hosting khas untuk tujuan video streaming. Ini kerana video menggunakan bandwidth yang banyak jika dibandingkan dengan jenis file yang lain. Ini tak termasuk jumlah ruang hosting yang diperlukan untuk menyimpan fail video di server.

Secara ringkas Youtube ditubuhkan oleh tiga orang bekas pekerja PayPal dalam awal tahun 2005. Mereka menggunakan teknologi video flash untuk setiap video yang dimainkan di Youtube. Sejak itu Youtube semakin popular. Dianggarkan lebih dari sejuta video telah diupload oleh pengguna dari seluruh dunia. Pada tahun 2006 syarikat gergasi internet iaitu Google telah mengambil alih Youtube. Agak menghairankan kerana Google juga mempunyai laman video mereka yang tersendiri iaitu http://video.google.com. Mungkin kerana Youtube terlalu popular jadi tak hairanlah kenapa google sanggup mengambil alih. Sekarang ni kita boleh perhatikan banyak laman web, blog dan sebagainya menggunakan Youtube untuk hostkan video mereka. Ramai yang musykil macam mana nak download video dari youtube. Sebenarnya tak la sesusah mana. Cuma untuk download video iaitu dalam bentuk flash video (.flv) dari Youtube mahu pun dari google, Myspace dan sebagainya tak seperti direct download file dari jenis format yang lain. URL video di Youtube mestilah ditukar ke satu URL yang mana membolehkan kita membuat direct download video dari Youtube. Terdapat banyak laman web yang membolehkan URL asal dari Youtube ke URL yang membolehkan kita direct download video file dari youtube. Antara yang popular seperti http://www.keepvid.com Cara sungguh mudah. Pertama pergi ke Youtube pilih mana-mana video yang ingin kita download copy URL atau link video tersebut sebagai cth seperti dibawah: http://www.youtube.com/watch?v=sdUUx5FdySs Kemudian pergi ke http://www.keepvid.com paste link tadi kedalam ruangan yang disediakan cth seperti di bawah:

Setelah masukkan link tekan download. Kemudian kita akan diberi dua link yang baru. Pertama  link dalam format flv. Format video ini ada format yang biasa dimainkan sekiranya kita menonton video di youtube, Kedua adalah format mp4. Quality format mp4 ini lebih baik dari noraml quality (.flv). Jadi kita boleh pilih mana  satu format video yang kita kehendaki. Saya sarankan download dalam format mp4. Kerana qualiti yang lebih baik dan kebanyakkan pc sekarang boleh main mp4 . Kedua sesetengah dvd player sekarang boleh memainkan terus mp4 dari youtube tanpa diconvert terlebih dahulu.. jadi kita boleh simpan ke thumbdrive atau diburn di cd untuk dimainkan di dvd player.  Link-link di atas boleh didownload menggunakan download accelerator cth internet download manager untuk mempercepatkan download.

Jika kita mengguna Firefox browser kita boleh install plugin yang membolehkan kita download file video .flv atau mp4 iaitu Videodownloader . Kita hanya pergi ke Youtube misalnya dan pilih mana-mana video yang kita nak tengok. Kemudian klik pada icon videodownload samada di status bar atau di tool bar seperti di bawah:

Jika anda ingin connvert video youtube (.flv atau mp4)yang anda download ke format lain , saya mencadangkan mengunakan Super©.
Ini kerana software ini adalah percuma dan boleh convert ke hampir semua format video dan audio yang popular. Download Super© di sini. Scroll downkan browser anda sehingga anda berjumpa download link . Stelah download install perisian ini kemudian open. Cth seperti dibawah:

Dragkan flv video ke bahagian seperti yang ditunjukkan di atas. Pilih mana-mana format yang anda inginkan. Dalam cth di atas saya convertkan flv video ke mpeg 1 VCD. Kemudian tekan butang Encode (Active Files). Selepas convert kita boleh guna burning software seperti Nero dan sebagainya untuk burn ke VCD. Atau kita boleh pilih format 3gp jika kita ingin mainkan video tadi di handphone atau mana-mana handheld device. Mudah bukan… Selamat mencuba

  • Share/Bookmark

Kamu tak main saham ke? (Part 2)

Sambungan dari bahagian pertama klik di sini

Kalau dulu skim cepat kaya disebar melalui mulut ke mulut. Jadi kesannya tak begitu ketara. Walau bagaimanapun sejak kemuculan internet skim seumpama ini begitu cepat tumbuh. Sepanjang pengalaman saya berinternet sejak tahun 1998 lagi skim seumpama ini telah wujud sejak internet mula diperkenalkan kepada umum.

Intenet bersifat global dan bersifat anonymous, jadi peluang ini boleh digunakan oleh sesiapa sahaja untuk mewujudkan pelbagai jenis skim. Dengan hanya bermodalkan kurang dari RM200.00 seseorang itu boleh menghasilkan laman web yang begitu profesional. Ini kerana di internet kita boleh dapat beribu web template atau acuan web yang mana kita boleh menghasilkan web tanpa perlu bersusah payah menghasilkan web dari mula. Begitu juga dengan skrip untuk menjalankan process tertentu dengan mengunakan laman web ia juga boleh didapati dengan mudah dan percuma. Jadi tak hairanlah kenapa dalang skim cepat kaya lebih suka menggunakan web untuk menyebarkan atau mempromosikan kegiatan saham mereka.

Dari bacaan saya dan juga pemerhatian saya di internet dalang yang menguruskan dana saham internet ini adalah rata-rata dari orang atau kumpulan yang sama sejak dulu lagi. Jadi mereka ini sudah kaya raya. Jadi mereka tidak mengalami masalah untuk memberi keuntungan kepada ahli awal yang menyertai skim mereka. Mereka boleh dikatakan hanya mengeluarkan kurang dari 10 peratus wang yang mereka ada untuk ahli awal. Dengan ini skim yang mereka tawarkan seolah-olah memang menguntungkan sekaligus menarik ramai lagi pelabur. Selepas itu mereka tidak perlu lagi mengeluarkan duit kerana duit akan datang kepada mereka. Duit ini akan dipusing-pusingkan kepada ahli sebagai untung.

Seperti saya saya pernah katakan bila sampai satu tahap skim seumpama ini tidak lagi mampu lagi memberi keuntungan kerana ahli yang bertambah ramai. Dan ini menyebabkan nisbah keuntungan menjadi lebih kecil. Dan memang teknik skim cepat kaya tidak akan memberi keuntungan kepada pelabur sampai bila-bila. Jadi skim tersebut akan runtuh juga akhirnya. Sebenarnya masalah runtuh ini memang disengajakan bila tiba satu masa yang mereka rasa sesuai untuk menutup skim tersebut. Kemudian mereka akan membuka skim yang baru begitulah seterusnya.

Sejak dua tahun yang lalu saya perhatikan banyak jenis pelaburan atau skim pelaburan internet yang menjadi perhatian terutamanya rakyat Malaysia. Pelbagai term yang digunakan untuk mengaburi mata pelabur antara term yang digunakan cth:

  1. HYIP (High Yield Internet Programe) – Skim ini menawarkan keuntungan harian untuk pelabur sebagai cth 5% sehari untuk tempoh sebulan dan sebagainya. Terlalu banyak skim seumpama ini boleh kita jumpa di internet. Dalam skim ini pelabur hanya tunggu tanpa membuat apa-apa.
  2. Pay to surf – Konsep ini serupa dengan HYIP – tetapi pelabur diwajibkan melayari laman-laman web tertentu untuk mendapatkan keuntungan. Antara yang pernah popular sedikit masa dulu serperti Studio Traffic, 12 Dailypro dan banyak lagi.
  3. Fund Investment – Ini antara yang terbaru. Dalam kes ini dalang skim akan menyatakan bahawa mereka terilibat dalam satu-satu project atau pengurusan dana antara bangsa seperti minyak, pertukaran wang asing dan sebagainya. Jadi dalang ini kononnya akan menguruskan wang pelabur untuk dilaburkan di dalam projek-projek tertentu. Pada hakikatnya tiada wang pelabur pun diuruskan. Sebahagian besar duit pelabur dimasukkan kedalam poket mereka. Antara yang begitu poplular seperi Swisscash dan Eaindex, Abfund banyak lagi.
  4. Data entry – Walaupun skim ini tidak memberi kesan yang besar seperti yang saya sebutkan di atas tetapi bagi saya ia juga merupakan satu penipuan. Skim ini pada kononnya sebagai satu peluang kerja sambilan di rumah. Di mana sebelum sesorang itu join dia wajib membayar sejumlah wang. Apabila telah membayar wang kepada barulah dibenarkan menjalankan “kerja”. Selalunya skim ini mengiklankan skim mereka dengan ayat-ayat seperti berikut:
    1. Work at home as a typist
    2. Work at home – Data entry dan sebagainya

    Sebenarnya tiada apa tugas yang dijalankan selain mempromosikan benda yang sama iaitu melalui email dan sebagainya. Jadi setiap peserta baru juga wajib membayar fee sebelum menjalankan tugas. Kepada yang mempromosikan kerja ini dijajnikan dengan komisyen. Untuk pengesahan sama ada peserta benar-benar menjalan kan tugas, peserta diwajibkan mengirim senarai email yang mereka telah kirimkan untuk tujuan promosi. Sebenarnya senarai email ini digunakan oleh dalang samada untuk dijual semula kepada orang lain atau digunakan untuk menghantar email sampah / spam. Saya ada kenalan yang pernah mencuba tugas ini. Semua mereka mengatakan benda ini hanya tipu. Bila tiba waktu nak collect komisen dan sebagainya pada masa itu pelbagai alasan akan diberikan. Jadi hati-hati.

Pada peringkat awal selalunya skim-skim di atas nampak rancak dan seolah-olah begitu stabil. Tapi bila tiba sampai waktu nya mereka akan tutup dan terus menghilangkan diri. Antara tanda-tanda awal yang skim-kim tertentu akan ditutup

  1. Laman web skim tersebut sukar di access
  2. Dalang akan buat announcement laman web akan ditutup sementara waktu atas alasan penyelanggaraan
  3. Dalang akan memberi warning bahawa ada beberapa ahli telah melanggar peraturan. Jadi skim akan ditutup sekiranya pelanggaran syarat masih terjadi
  4. Dalang membekukan pemberian keuntungan atas alasan membuat semakan terperinci ke atas akuan pelabur kerana disyaki terdapat penipuan dan sebagai…dan banyak lagi

Jika kita rasa ada tanda-tanda seperti yang saya nyatakan di atas…bersiap sedialah. Boleh dikatakan hampir semua skim menggunakan tektik yang sama. Mereka menjadi alasan-alasan di atas untuk menutup. Ada diantara dalang tidak memberi sebarang clue tetapi ditutup secara tiba-tiba.

Pelaburan dari segi Perudangan

Setiap pelaburan yang sah mestilah yang diluluskan oleh kerajaan sesuatu negara. Sebarang pelaburan yang sah boleh dirujuk kepada badan yang dipertanggung jawabkan. Oleh itu setiap pelaburan yang hendak dijalankan mesti mempunyai lesen. Lesen ini mungkin sah disesuatu negara saja tetapi tidak sah untuk negara yang lain. Lesen ini diperlukan untuk mengambil deposit dari orang awam. Selalu lesen ini diberikan kepada instistusi kewangan atau satu badan yang dililuskan oleh bank pusat atau badan yang dipertanggung jawabkan. Bukan semudah ABC untuk mendapatkan lesen pelaburan

Pelaburan dari segi Agama

Setiap pelaburan hendak jelas. Pertama jelas dari segi halal haram dari sudut agama. Kedua perjalanan pelaburan tersebut. Apa yang kita dapati pada hari ini kebanyakkan pelaburan di internet amat meragukan. Satu lagi konsep pelaburan yang dijalankan. Kebanyakkannya menetapkan peratus keuntungan kepada pelabur. Ini memang jelas diharamkan dalam agama. Even pelaburan yang diluluskan ole kerajaan sekalipun jika ada unsur penetapan kadar pertus keuntungan ia tetap haram dari segi hukum agama. Jadi macam mana pula dengan pelaburan di internet.

Jadi saya berharap sama-sama lah kita mejauhi perangkap ini. Biarlah hidup dengan lebih tenang dari sumber kewangan yang berkat…

  • Share/Bookmark

Jangan Pandang Belakang (JPB)

Jarang kita lihat filem seram Melayu mendapat sambutan hebat. Sebelum ini sebenarnya telah banyak filem horror / hantu diterbitkan. Tapi semua just balik modal. Tetapi berbeza dengan filem horror melayu JANGAN PANDANG BELAKANG terbitan Metrowealth Movies Production dan di arahkan oleh Ahmad Idham. Filem ini khabarnya mendapat sambutan hangat dan dalam beberapa hari saja tayangan kutipan tiket telah melebihi RM2 juta. Amat menarik perkembangan ini kerana filem ini bukan filem cintan-cintun seperti kebanyakkan filem Melayu yang lain. Bagi saya bukan filem Melayu tak boleh menghasilkan file horror yang bermutu tapi disebabkan banyak sangat “pantang larang” maka pernerbit, pengarah dan juga penulis skrip terikat untuk menghasilkan filem yang boleh menarik penonton ke pawagam. Tapi mungkin filem ini “pantang larang” sudah tidak digunapakai lagi. Masakan tidak kalau dulu filem bergini sudah tentu tak diluluskan..

Sinopsis:

Kisah misteri yang cukup menyeramkan ini mengisahkan seorang pemuda bernama Darma (Pierre Andre) yang cuba mencari kepastian tentang sebab kematian tunangnya, Rose (Intan Ladyana). Rose telah didapati mati tanpa diketahui punca sebenar. Darma bersama adik kembar Rose bernama Seri (juga lakonan Intan Ladyana) yang cukup mengenali keperibadian Rose cuba mencari jawapannya. Rose yang mereka kenali adalah seorang periang dan ceria.

Mereka telah pergi ke rumah Rose untuk memulakan siasatan dan di sana Darma telah menemui sebiji botol. Darma mengambilnya dan dibawa pulang. Darma dan Seri mengesyaki sesuatu perkara yang pelik dan aneh berlaku di sebalik kematian Rose. Ramalan mereka dikukuhkan dengan beberapa perkara yang berlaku dan ditemui termasuk pada kamera digital Rose yang mereka temui.

Selepas itu, hidup Darma tidak lagi tenteram. Setiap hari dia diganggu oleh ‘sesuatu’ dengan gangguan yang amat dahsyat. Pelbagai peristiwa pelik dan menyeramkan berlaku ke atas Darma. Hidup Darma berubah kepada seorang yang tidak terurus dan menjejaskan prestasi kerjanya.

Mendengar nasihat Da’im (Jalaluddin Hassan) iaitu bos di tempat kerjanya, Darma mengambil cuti selama seminggu untuk menenangkan jiwanya. Peluang itu digunakan oleh Darma untuk berubat di kampong. Di sana, Darma meminta pertolongan ibu saudaranya iaitu Mak Lang (Khatijah Tan). Mak Lang tinggal di kampung bersama anaknya, Lin (Rio Elani) dan ibunya yang juga Opah kepada Darma (Rusminah Sidek) yang sudah nyanyok.

Di kampung, Darma semakin hampir menemui punca kematian Rose tetapi dia dikejutkan dengan satu perkara yang susah untuk diterima oleh akalnya mahu pun Seri. Apakah perkara tersebut dan mampukah Darma keluar dari belenggu yang mengganggu hidupnya setiap hari? Saksikannya di pawagam untuk kesudahan cerita ini

Bercerita mengenai filem ini teringat saya semasa belajar di ITM dulu. Kerana pengarah filem ini iaitu Ahmad Idham adalah merupakan rakan semasa saya menuntut di ITM Arau diawal tahun 90′an dulu. Walau saya dan Idham sama-sama dalam satu course dan satu batch tapi saya tidak begitu rapat dengan beliau. Memang menjadi satu kelaziman kalau kita belajar di mana-mana institusi pengajian kita mesti ada geng kita sendiri. Jadi pada masa tu Idham bukanlah dalam “geng” saya. Dia mempunyai geng dia yang tersendiri. Walaubagaimana pun kami sama-sama belajar dalam satu kelas.

Cuma saya rasa terkejut beliau mejadi artis pulak. Sebab semasa di ITM saya tak nampak langsung Idham ni ada tokoh-tokoh untuk menjadi artis tambah-tambah lagi pengarah filem. Pertama kali saya nampak Idham muncul di kaca TV dalam satu cerita bersiri iaitu Kisah Benar. Dalam hati saya ehh betul kan ke mamat ni Idham.. Kemudian Idham mula dikenali ramai setelah menjadi “Hero” dalam cerita bersiri Cinta Antara Benua. Sejak dari itu rezeki Idham dalam dunia hiburan semakin cerah kerana ia ditawarkan menjadi pengarah drama TV dan filem. Selaian dari Jangan Pandang belakang Idham juga mengarah beberapa buah file antaranya Remp-It yang juga mendapat sambutan dan pujian. Apa-apa pun tahniah kepada warga kerja Jangan Pandang Belakang.

Antara foto simpanan saya bersama Ahmad Idham dan rakan-rakan semasa Di ITM Arau

  • Share/Bookmark

Kamu tak main saham ke? (Part 1)

Kalau sesiapa yang masih ingat betapa havoc nya masyarakat Melayu sekitar hujung 80an becerita mengenai saham Pak Man Telo. Saya yang pada masa itu masih dibangku sekolah sering kali mendengar abang-abang, kakak-kakak pakcik makcik bercerita mengenai saham. Pada masa tu saya rasa bangga kerana orang Melayu dah mula sedar tentang kepentingan ekonomi dan mula bercerita pasal saham…wah hebat ni…. Tak kira di mana, dikedai kopi, di pejabat malahan ada sedara mara yang datang ke rumah pun bercerita benda yang sama. Bila dah bercerita tu paham-paham sajer laa mana ada cerita yang rendah-rendah punya..semua yang tinggi-tinggi. Pulak tu bila datang ke rumah bukan main dengan kereta baru. Hebat…

“Kamu tak main saham ke…” tanya sorang rakan kepada bapa saya. Bapa saya jawab “Bukan tak nak main..tapi tak ada duit… Memang masa tu berapa sangat laa gaji bapa saya.. Kalau tak ada emak saya menjual kuih entahlaa boleh jadi tak bersekolah laa saya.

“Ishhh apa laa kamu ni…orang lain pun tak ada duit gak…itu sebab kita kena cari duit…duit tak datang melayang..” kata rakan bapa saya tu. “Ye laa nak main saham kena ada duit..duit yang ada pun belum tentu cukup nak tampung belanja.” balas bapa saya. Dengan sepantas kilat rakan bapa saya tu menjawab.” Tu laa kamu pendek akal sangat…kan kamu ada EPF…keluarkan laa …entah esok entah lusa kalau kamu mati lansgung kamu tak merasa.. Ko tengok macam aku aku dah widthdraw sebahagian EPF aku untuk main saham…” katanya dengan penuh bersemangat. “Ko tahu untungnya nanti berlipat ganda dari apa kita keluar…” tambahnya lagi. Bapa saya pada masa tu hanya berdiam..mungkin setuju mungkin juga tidak . Saya pada masa tu just dengar jer laaa . Terbayang jugak pada masa tu , kalau laa aku dah bekerja sekarang ni perhhh sure aku pun join…emmm tapi masa tu saya masih sekolah… Pendam saja laa.

“Kalau kamu nak join..cakap kat aku” tambah rakan bapa saya.. “Tengoklah ..apa-apa pun bukan masa terdekat ni…”kata bapa saya seolah-olah nak memutuskan cerita pasal saham. “Apa-apa pun jangan sampai terliur bila tengok orang dah berkereta baru, duit berkepul-kepul baru nak join..” sambung rakan bapa saya sebagai kata pemutus perbualan. Bapa saya masa tu hanya tersenyum. Entahlah tersenyum disebabkan apa….

“Tak sampai dua bulan selepas itu, surat khabar melapurkan pihak berkuasa telah melakukan penangkapan terhadap mastermind yang menguruskan saham ni. Tangkapan dibuat kerana dipercayai mastermind ini mejalankan kegiatan skim cepat kaya yang mana salah di sisi undang. Antaranya mengambil deposit dari orang awam tanpa lesen dan mengamalkan skim piramid yang kononya menjanjikan pulangan lumayan yang mana ia merupakan salah satu bentuk skim cepat kaya. Syukur kerana terselamat dari terperangkap dalam skim ini. Bagi mereka yang terlibat kalau saya masih ingat ada yang serupa macam orang kurang siuman. Ada yang bercakap sendiri, ada yang bergaduh sesama sendiri, keluarga jadi tak tentu arah dan macam-macam lagi la. Teringat saya dalam satu lapuran akhbar yang menyatakan ada seorang pelabur skim ini bercakap-cakap sendirian di atas pokok…kerana berpuluh ribu duit nya lesap. Ada pulak yang menyalahkan kerajaan kerana merampas duit pelabur. Kata mereka kerajaan tak adil, perampas dan sebagainya. Kalau kita fikir sekali imbas memang kita pun akan berkata macam tu. Tetapi kalau difikirkan secara mendalam kita pasti setuju kenapa kerajaan mengambil tindakkan sedemikian. Cuba fikirkan secara rasional pasal perkara ini. Dalam mana-mana skim cepat kaya atau ponzi-scheme duit yang kita dapat adalah hasil pelaburan dari orang-orang dibawah. Selagi ada downline selagi itu la orang di atas akan dapat duit. Tapi pada satu masa skim ini tidak lagi mampu untuk memberi komisen kepada upliner. Dan masa itu lah mastermind akan lari…yang menjadi mangsa orang baru dan orang yang berada di peringkat bawah….

Kalau nak diikutkan logiknya most skim cepat kaya tidak melaburkan duit pelabur ke satu perniagaan yang boleh membawa untung. Mereka hanya bermain-main dengan duit yang mereka dapat dari pelabur…Jadi manakan boleh duit itu dapat dijanakan untuk kepenting pelabur. Kalau kita perhatikan pelaburan yang legal sekali pun sesuatu syarikat hanya akan menetap jumlah tertentu. Sebagai cth co. A hanya membuka saham sebanyak 5 Juta saham pada satu masa. Ini untuk mengelakkan kegagalan membahagikan keuntungan kepada pemegang saham jika syarikat membuat keutungan. Berlainan dengan skim cepat kaya tiada had saham yang ditawarkan. Jadi macam mana nak bagi untung kat semua pelabur. Semakin ramai pelabur semakin kecil nisbah keuntungan (kalau ada untung laa). Itu sebabnya pelaburan cara ini memang akan runtuh akhirnya….

Berbalik cerita rakan bapa saya…sejak tersebarnya berita penangkapan Mastermind skim cepat kaya…rakan bapa saya tersebut seolah cuba melarikan diri dari bertembung atau berjumpa dengan bapa saya. Kalau dulu pantang nampak mesti tak putus-putus tanya bila nak join, bila nak join. Apa yang saya dengar kereta yang dibeli telah ditarik oleh pihak bank kerana tak mampu lagi bayar hutang bank…

Emm itu kisah dulu… masa tu tak ada internet…sekarang ni zaman internet, zaman IT…skim cepat kaya tetap ada malahan lebih hebat……bersambung di sini

  • Share/Bookmark

Pasangan Myammar Ditahan

Isu kehilangan adik Yin dah tamat. Semua orang rasa lega dan bersyukur. Tapi satu isu pulak timbul tentang motif sebenar pasangan suami isteri warga Myammar yang kononnya menjumpai Adik Yin. Menurut berita pada pada hari ni pasangan Myammar tersebut telah ditahan oleh pihak polis untuk siasatan lanjut.

Di dalam beberpa forum di internet saya ada terbaca mengenai beberapa kemuyskilan yang timbul terhadap penemuan semula adik Yin terutama mengenai pasangan Myammar ini. Antaranya:

  1. Mengapa rambut adik Yin dibotakkan – alasan yang diberikan oleh pasangan Myammar tersebut bahawa adik Yin mengalami demam campak. Ramai yang meragui alasan ini kerana biasanya kesan demam campak masih boleh dilihat walaupun sudah dua minggu.
  2. Pasangan Myammar tersebut ada menyatakan bahawa adik Yin pernah dihantar ke Klinik untuk rawatan demam campak. Yang menjadi kemusykilan di sini adalah tidak logik samada jururawat atau doktor tidak mengenali adik Yin semasa merawat adik Yin sedangkan wajah adik Yin sentiasa terpapng di akhbar dan di TV. Kalau di hantar ke klinik atau hospital tentu pihak klinik menghendaki butir-butir peribadi adik Yin.
  3. Kenapa setelah dua minggu baru mengetahui bahawa budak yang dijaga tersebut adalah adik Yin. Sedangkan berita kehilangan adik Yin bukan sahaja tersiar di TV malahan di akhbar atau gambar adik Yin juga banyak di edar di merata-rata tempat.
  4. Menurut pasangan Myammar dia terpaksa membawa adik Yin pulang ke rumah setelah sejam menunggu orang yag menuntut adik Yin. Persoalannya kenapa tak pergi ke balai polis untuk membuat lapuran atau sekurang-kurangnya pergi sahaja ke  kaunter penerangan di Komplek Sogo.
  5. Mungkin pasangan Myammar ini “melepas”kan adik Yin setelah tawaran hadiah mula meningkat…

Emm entalah macam-macam…tapi biarlah pihak polis yang membuat siasatan apa motif sebenar pasangan Myammar ini. Jika tujuan sebenar adik Yin di “bela” untuk tujuan menjadi pengemis atau benda-benda yang tak baik, memang patut sangat dihukum seberat-beratnya. Kes peculikkan kanak-kanak untuk dijadikan penggemis memang telah banyak berlaku. Jadi awasi anak kita terutama anak-anak yang bersifat “Hyper-active”. Kanak-kanak jenis ini tak kira di mana sekali pun agak susah kita nak menjangka tindakan mereka.

Apa-apa kita rasa bersyukur atas penemuan adik Yin dan kejadian ini menjadi pengajaran kepada kita. Harap selepas ini tak ada kejadian yang serupa.

  • Share/Bookmark
Générateur de miniatures