Archive for March, 2007
Mimbar Jumaat
Assalamualaikum,
Saya telah memasukkan link untuk kita membaca text khutbah Jumaat yang disediakan secara mingguan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) . Anda semua boleh clik link tersebut di bawah Useful Links .
Sebenarnya tujuan saya masukkan kan link ini adalah sebagai satu kemudahan kepada pengunjung blog. Bukan apa sekurang-kurangnya kita dapat meghayati atau refresh balik apa yang disampai semasa khutbah jumaat. Kekadang bila kita di masjid macam-macam ganngguan…mengantuk laa..maklum waktu tengahari… lepas lunch pulak tu..
. Jadi kalau ada masa bolehlah menjengok ke laman web tersebut. Kita boleh baca text khutbah disediakan dari dulu hingga yang terkini…
Zainal Abidin – Penyanyi yang Versatile
Baru-baru ni seorang rakan saya yang juga photographer telah mengirimkan gambar penyanyi terkenal iaitu Zainal Abidin. Teruja saya melihat gambar-gambar yang di kirimkan. Kebetulan memang saya minat Zainal Abidin terutama semasa bersama dengan kumpulan Headwind. Bagi generasi baru mungkin mengenali Zainal dengan lagu-lagu berkonsepkan alam sejagat atau ala-ala “green peace”. Manakan tidak siapa yang tak tahu lagu “Hijau” yang menjadi satu “anthem” kalau berkaitan dengan alam sekitar.
Sebenarnya peringkat awal Zainal bersama Headwind lebih kepada pop rock dan balada. Banyak lagu-lagu yang malar segar (evergreen) Zainal bersama Headwind antaranya
- Segalanya Mungkin
- Suraya
- Kita Serupa
- Hanya Di Radio
- Hati Tak Berpenghuni
- Berakhir Satu Percintaan
- Memori Luka
- Cinta Si Camar Putih
- Pelangi
- Kasihku Abadi
- Debu Liar
- Entah Kemana Berlari
- Cinta Di Dua Dunia
dan banyak lagi
Apa yang menarik pada Zainal dia mempunyai suara yang tersendiri… lantang dan mampu membawa lagu yang bernada tinggi dengan “pitch” yang tepat. Jadi tak hairanlah kalau pihak Disney mengambil beliau sebagai penyanyi lagu tema filem Tarzan (versi B. Melayu) dalam lagu Kau Di Hatiku. Lagu ini sebenarnya adalah di ambil dari lagu asal You’ll Be In My Heart nyanyian Phil Collins juga untuk filem animasi Tarzan.
Untuk megetahui lebih lanjut mengenai zainal sila lawat
Official Website Zainal Abidin
Wiki megenai Zainal dan Headwind
http://ms.wikipedia.org/wiki/Kumpulan_Headwind
http://ms.wikipedia.org/wiki/Zainal_Abidin_Mohamad





Terima kasih kepada Isfanizal dari www.snapfever.com kerana sudi mengirimkan gambar-gambar di atas. Kepada sesiapa yang berhajat untuk mengabadikan gambar dalam masjlis-majlis tertentu boleh lah lawat ke laman yang saya sebut di atas.
Mail Client – Courier
Assalamualaikum, Kita tentu biasa dengar Mircosoft Outlook, Eudora, Thunderbirds dan lain-lain. Tapi kali ini saya nak menceritakan tentang satu lagi mail client atau software yang digunakan untuk meng akses dan membaca email iaitu Courier. Kenapa Courier? Sebab saya dah gunakan software ini sejak 7 tahun yang lalu. Dan sehingga ke hari ini saya rasa tak ada sebab saya nak tukar ke software lain. Di sini saya akan terangkan serba sedikit tentang Courier. Seperti outlook dan thunderbird, Courier juga boleh digunakan untuk mengakses pop3 dan smtp jika kita ada pop3 dan smtp. Apa yng menarik dengan courier ini adalah ia percuma, ringan dan easy to use. Kita boleh create mutiple account dalam satu mail box, ciri ini juga terdapat dapat mana-mana mail client. Tapi apa yang menarik bukan setakat create multiple email account tetapi juga multiple mail box. Cth macam ni. katakan dalam satu mail box satu create 3 account, cth bla-la@gmail.com, klskals@gmail.com dan iouoi@gmail.com dan mail box ini saya namakan mygmail. So bila saya nak check semua email dari gmail saya hanya click pada box tersebut. But katakan saya nak buka satu lagi mail box yang mengandungi semua email yang berakhir dengan @gcloud.com saya akan create satu lagi mail box dengan nama gcloud.com email. Jadi semua email dapat di manage dengan baik dan teratur. Dalam satu-satu mail box kita boleh create unlimited account dan yang menarik sekali kita boleh create unulimited mail box. Ciri-ciri ini tak terdapat dalam Thunderbird or even mircrosoft kalau tak salah saya. Satu lagi setiap mail box courier akan create satu file (cth mygmail.box) Jadi file ini kita boleh save dimana-mana cth drive D atau atau drive E even dalam Thumbdrive. Ini amat berguna kalau kita selalu bertukar komputer. Sebagai cth macam ni. Saya savekan mail saya cth: gcloudemail dalam thumbdrive. Di pc saya create satu shortcut bila saya buka gcloudemail.box dia akan akses dari thumbdrive. Jadi jika saya guna laptop atau pc lain saya dapat akses semua email saya seperti biasa tetapi denga syarat kita kena install courier mail di setiap pc. Konsep dia sama dengan Microsoft Word selagi setiap pc ada install Word kita boleh open file .doc. Satu lagi setiap mail kita boleh setkan setting yang tersendiri. Jadi bila kita format pc atau akses email kita dari pc lain atau laptop setting tidak berubah dan semua kandungan email adalah sama. Kita juga boleh setkan backup untuk setiap mail box kita. Dalam kes ini saya backupkan email saya di drive E. Jadi jika berlaku sesuatu pada thumbdrive atau jika berlaku pada windows dan perlu di format saya masih ada lagi backup.
Dari segi security this the best part..sepanjang 7 tahun saya guna tidak pernah ada sebarang virus atau worm yang berkaitan dengan email dapat masuk kedalam mailbox. Jika disyaki ada virus email atau attachement pada email akan dikurantinkan dalam satu folder so kita bole tengok. Namun begitu Courier masih ada kekurangan cthnya dia tak ada fungsi calender spt Outlook atau fungsi RSS seperti Thunderbird. Tetapi cara generalnya bagi pengguna biasa kedua-dua fungsi ini amat jarang digunakan dan mungkin tak pernah guna. Satu lagi versi sekarang V3.5 masih belum support SSL. Jadi jika kita guna pop3 /smtp dari gmail account kita tak boleh access email atau send. Walau bagaimana pun ada cara mengatasi nya. Dalam gmail ada fungsi fowarding. Jadi kita still boleh access gmail account dalam Courier. Cth macam ni. katakan saya ada satu gmail account tetapi saya malas nak buka melalui browser. Jadi saya setkan email ni akan forward ke cth whatever @ gcloud.com. Tapi sebelum tu saya dah create satu account dari web hosting saya khas untuk terima email dari gmail. So dalam Courier saya setkan pop3 dan smtp jadi saya masih boleh terima dan send email dari gmail dan send out atas gmail email account.. Untuk pengethuan semua Courier akan release version 4 dalam tahun ini dan kebetulan saya adalah salah seorang dari Beta Tester untuk version yang terbaru. Banyak fungsi yang baru antaranya suppot SSL. Jadi untuk access gmail account saya rasa tak perlu buat forwarding lagi boleh terus guna gmail pop3 dan smtp. Jadi sesiapa yang ingin mencuba boleh download Courier secara percuma di: http://www.rosecitysoftware.com/Courier/

Selamat mencuba



