Archive for February, 2007
Video editing- Software mana yang best…?
Soalan selalu sangat saya terima. Walaupun saya dah jelaskan banyak kali tak ada satu sofware video editing yang perfect. Jadi susah saya nak cakap yang mana satu yang terbaik. Bagi yang dah expoert guna Vegas dia kata Vegas is the best. Bagi yang expert guna Premiere dia kata premiere is the best.. Begitu juga dengan software-sofware yang lain.
Sebenarnya dalam Non Linear Editing video editing konsep lebih kurang sama. Dalam sesuatu sofware ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Cuma saya tak dapat nafikan memang ada kelebihan dalam sesuatu software yang tidak ada dalam software yang lain. Salah satunya
1. Interface yang mudah tak mengelirukan
2. Capable untuk preview effects secara realtime tanpa dibantu oleh hardware yang lain
3. Capable untuk edit dalam multiformat video / audio serentak tanpa di convert terlebih dahulu.
Secara amnya most “modern” video editing software hari ini ada ciri-ciri di atas. Yang penting kita tahu konsep dalam video editing terutama basic knowledge dalam video editing.
Seperkara lagi suka saya nyatakan di sini. Kita tak boleh nak samakan video editing yang digunakan oleh large scale production. Kenapa? Kebanyakkan nereka tak bergantung semata-mata pada sofware semata-mata. Cth Avid…sistem editing dalam avid memang banyak diguna dalam broadcast..tapi kalau sekarang avid video sofware sahaja tak banyak bezanya dengan video editing sofwatre yang lain. Avid akan perform pada tahap yang excellent kalau digabung dengan h/ware seperti Mojo dan sebagainya. Satu lagi kita kena harus faham most broadcast tak pakai single processor untuk edit video. Kebanyakkannya ada beberpa multiple processor atau workstation untuk render video yang dah di edit.
Saya pernah terima email macam ni. Dia kata di dah biasa pakai Pinnacle studio tapi nak belajar guna Premiere sebab dah bosan dengan title yang ada dalam Pinnacle. Saya tanya pada pengirim email ni. title macam mana yang dia nak. Dia cakap title yang lebih dynamic dan tak bergantung pada title yang ada dalam Pinnacle. Ok sebenarnya saya sendiri jarang guna title yang ada dalam mana-mana video editing termasuk dalam premiere yang saya selalu saya guna. Apa yang saya buat create title dalam photoshop dan gunakan dalam mana-mana software. Jadi saya terangkan kepada penulis email ini..kalau nak create own title style buat dalam photoshop dan masukkan dalam pinnacle. Masukkan trasition effects pada permulaan dan diujung title tersebut…tengok hasil dia macam mana… saya ada bagi sedikit guide macam mana nak create title untuk digunakan dalam pinnacle. Lepas beberapa hari pengirim email bagi tahu pada saya ..dia kata sebelum ni tak terfikir yang pinnacle yang dianggap “sofware amatur” boleh create title yang baik… So dalam kes ini apa yang penting selain dari software pengguna itu sendiri kena paham basic thing dalam video editing..kalau dia faham software amatur pun boleh menyamai hasil software yang advance. Tapi saya tak lah nak katakan sofware untuk pengguna biasa ni boleh melakukan semua yang boleh dilakukan oleh software yang advance…tapi apa yang penting kena study software yang kita gunakan sebelum jump to the conclusion yang sofware tu tak bagus.
Satu lagi meneganai Mac Vs PC dalam video editing….entahlah saya pernah guna dua-dua plaform ni…saya guna mac masa terbabit secara part time dalam satu project video di sebuat production co. Diorang guna G5 dan Final Cut pro dalam semua editing. Dari pengamatan saya kalau video format yang kita nak edit tersbut just standard video format cth macam miniDV atau dvcpro..tak ada beza ketara antara platform Mac atau PC. Satu lagi dari segi stability. Ramai yang kata MAc tak pernah hang…kekadang nak tergelak pun ada…no Mac juga hang..sebenarnya dalam video editing h/ware spec banyak membantu terutama CPU dan ram. Itu sebabnya Steve Jobs terpaksa tarik balik “kutukan” dia terhadap Intel Processor. Sebab kalau Apple mac still dengan Processor yang lama..memang Apple akan tenggelam terus… Now sekarang both PC & mac guna processor yang sama Intel (kecuali pengguna yang guna AMD). Performance dia lebih kurang sama. Ya mungkin kelebihan terdapat dalam Mac intel kerana semua h/ware dan software telah diuji oleh apple sebelum dijadikan spec dalam satu-satu mac pc.
Kedua pasal OS antara windows dan Mac OSX. Betul kalau sebelum era winXP memang nak edit video kekadang macam satu malapetaka sebab memanjang hang dan selalu keluar blue screen of death. But since WinXP perkara ini amat jarang. Secara peribadi saya menggunakan WinXP platform dalam kerja-kerja editing dan edit bukan sedikit kekadang menjangkau ratus gig saiz fail dan buat pelbagai composite video..tapi setakat ini tak pernah hang…. yes really mungkin orang tak percaya…Kalau hang pun ia disebabkan software tersebut ditulis di create dengan tak begitu baik cthnya pinnacle 10. Sekarang tak salah saya highend Mac menggunakan 8 Core Intel Xeon Processor. So memang mengancamlah performance dia but spec yang sama juga boleh digunakan dalam PC based…maybe lebih murah..
Now terpulang pada kita nak guna software atau platform yang mana nak kita guna. Sebabnya ini semua banyak bergantung pada “keselesaan” kita sebagai pengguna yang menggunakan software atau sesuatu komputer platform. Bagi saya ..saya gunakan Premiere sebab saya dah familar guna dengan premiere dan apa yang terfikir difikiran saya dapat diterjemahkan secara visual dengan menggunakan sofware ini. Begitu juga dengan pengguna FCP, Vegas, Avid, Edius dan sebagainya… hasil bergantung pada tahap mana kita dapat menafaatkan sepenuhnya sesuatu software yang kita gunakan.
Updated 17 Disember 2007:
Untuk mereka yang baru dalam video editing sila baca artikel mengenai software video editing di sini:
http://gcloud.com/blog/?p=345
Coloring a picture
emmm post kali bukan saya nak mengajar macam mana nak colorkan gambar. Cuma dalam video editing pelbagai cara dapat kita lakukan untuk kita present kan seuatu. Idea video ini saya dapat bila anak saya meminta pada saya untuk print kan gambar kosong untuk dia buat latihan coloring..sebab dia kan mewaliki sekolah tadika dalam pertandingan mewarna. Jadi saya pun carilah gambar di internet ….memang banyak yang saya jumpa. Kemudian bila dah print file gambar tadi masih ada dalam pc. Emm teringin pulak saya nak buat coloring pada gambar tu..tapi bukan guna crayon atau color pencil tapi guna pc.
Then bila saya perhatikan gambar tu tak berapa sharp sebab dalam format .gif dan saiz dia kecil. Jadi saya buka Illustrator dan tracekan gambar tadi ke vector format dan save balik dalam format . ai. Oleh kerana saya lebih selesa guna photoshop jadi saya buka file tadi dalam photoshop untuk buat coloring…jadi mulalah kerja-kerja mewarna…emmm dah lama tak buat kerja-kerja mewarna gambar ni….
semasa tengah buat coloring terfikir dalam otak saya why not buat satu video macam mana dari gambar tak ada warna menjadi full color…So saya buat beberapa layer dalam photoshop untuk mewakili beberapa peringkat dalam coloring . Pertama warnakan pokok, layer seterusnya rumput dan seterusnya. Saya savekan ke beberapa file mewakili setiap stage dalam coloring. Then saya masukkan image tadi ke dalam Premiere untuk di edit . So lepas edit/manipulate jadi video macam kat bawah ni…
Untuk lihat video click di sini COLORING.wmv
Create RSS untuk laman web anda
Ass’kum, Kali ni saya cuba buat pulak sedikit tutorial mengenai RSS iaitu bagaimana untuk menghasilkan RSS feed dari website kita…emm selalu sangat buat tutorial pasal video kekadang jemu jugak
Ok sebenarnya tutorial ini saya dapat dari satu website lepas mencari macam mana nak buat rss feed untuk site tutorial saya. At last dapat satu website yang senang dan mudah untuk kita buat rss. Apa itu RSS Rss (Really Simple Syndication (RSS 2.0) , Rich Site Summary (RSS 0.91, RSS 1.0), RDF Site Summary (RSS 0.9 and 1.0) adalah satu format XML yang digunakan untuk distribute tajuk berita atau apa-apa kandungan dalam satu-satu website. Jadi kita boleh dapat feed / maklumat terkini jika kita melanggan rss daripada satu-satu website. Rss feed boleh dibaca atau dipaparkan samada melalui rss reader yang diinstall di pc atau mana-mana browser yang menyokong rss seperi Firefox dan IE7 atau juga handheld device. Kebiasaannya satu-satu website akan display logo seperti ini
Jika kita mebina website menggunakan CMS atau blog application seperti WordPress, b2evolution, nucleas dan sebagainya rss telah dibuilt in di dalam application tersebut jadi tak payah kita create rss untuk site atau blog kita. Atau kalau kita mahir dalam programming seperti php, asp, jsp dsbnya kita boleh intergrate kan kandungan laman web kita dengan rss..jadi rss akan update automatically selapas kita update kandungan laman web. OK di sini saya cuba buat bagi satu tip untuk kita buat simple rss dengan menggunakan notepad atau mana-mana text editor cth:
|
<?xml version=”1.0″?> |
Â
segala maklumat yang hendak di feedkan dibuat didalam <channel> tag: <title>
|
<title>letak tajuk feed anda di sini</title> |
Then setelah selesai save kan dalam ext .rss. Uploadkan file rss anda. Jika anda ingin update gunakan file tadi then just tambah feed terbaru. Sekarang anda boleh cuba rss anda dengan menaip cth. http://www.webanda.com/myrss.rss samada menggunakan rss reader atau browser seperti Firefox atau IE7. Jika anda boleh melihat kandungan rss dipaparkan bermaksud rss anda telah berjaya. Sebarang rss tidak akan memabawa makna jika pelawat laman web anda tidak mengetahui kewudan rss. jadi antara cara untuk memberi tahu pelawat adalah dengan meletak logo rss di muka depan laman web anda atau ditempat yang anda fikir sesuai. cth: <a href=”www.lamananda.com/myrss.rss”><img src=”images/rss.gif” alt=”Subscribe to my website RSS” border=”0″ /></a> cth:
Ini akan memberi tahu pelawat bahawa laman anda mempunyai rss sedia untuk di feeding. Dan bila pelawat clik pada logo tersebut ia kan membawa ke senarai kandungan yang ingin di sampaikan. OK satu lagi cara ialah meletakkan RSS logo pada URL bar seperti dibawah (cth dalam firefox browser. Ini juga memberi tahu pelawat laman anda ada fungsi rss. cthnya seperti dibawah :
caranya masukkan tag di bawah di dalam <head> :
|
<link rel=”alternate” type=”application/rss+xml” title=”Laman Web Saya” href=”http://www.lamananda.com/myrss.rss” /> |
Jadi bila pelawat membuka laman web anda akan terdapat logo rss. di URL bar. Jadi sekarang anda hanya perlu update kandungan rss feed sekiranya perlu. That’s all. selamat mencuba.
usefull links:
http://en.wikipedia.org/wiki/RSS_(file_format)
http://www.mnot.net/rss/tutorial/#Content
http://www.downes.ca/cgi-bin/page.cgi?post=56
cth rss feed di laman tutorial saya (clik pada logo rss )
http://tutorial.gcloud.com
Crawling News Headlines
Ok kali ini saya akan menerangkan bagaimana untuk menghasilkan text yang bergerak secara mendatar yang selalu kita lihat di dalam TV. Selalunya ia digunakan untuk menyampaikan berita / maklumat terikini tanpa mengganggu program yang sedang berjalan. Ia juga sesuai untuk digunakan dalam pelbagai situasi sebagai cth ..sebagai maklumat amaran dan sebagainya atau apa saja yang kita rasa sesuai. Tutorial anda boleh baca di laman tutorial saya di :
http://www.gcloud.com/tutorial/newsheadlines.htm
sample video News Headlines Sapa-sapa nak tanya boleh post mesej di sini . InsyaAllah saya cuba reply..:)
Video Editing…
Ok macam yang saya ada nyatakan dalam post saya pertama dalam blog ini, saya akan masukkan tentang video editing. So jadi untuk permulaan, saya masukkan link tutorial yang saya buat di laman tutorial saya di http://tutorial.gcloud.com
Womble Mpeg Wizard (Untuk Edit Mpeg File)
Motion Picture In Picture (PiP)
Alternative to Time Lapse / Time Interval Shooting:
Animated Map Route (Pinnacle Studio version)
Merekacipta Title Pilihan Anda.
Artikel – Perbezaan Kamera Professional dan Pengguna Biasa
Teknik Matting untuk PiP atau Video Splitting
Cara membuat logo di dalam Video
Cara menhasilkan VCD yang baik
Apa itu VCD (Video Compact Disc)
Caturing Video – Analog/Digital
Sebenarnya banyak perkara yang saya ingin sampaikan dalam tutorial cuma kekadang sebelum saya buat satu-satu tutorial, seboleh-bolehnya saya cuba pastikan tutorial yang saya buat dapat difahami oleh pembaca. Itu sebabnya satu-satu tutorial kekedang mengambil masa. Pertama saya kena fikirkan pasal avaibility software / hardware. Sebabnya tak guna saya buat tutorial kalau sesuatu software / hardware tak dapat diperolehi oleh pembaca. Apa yang penting setiap tutorial “is ready to implement” dengan apa yang ada pada kita. Kedua mengenai bahasa yang diguna. Kebanyakkan terma dalam dalam video editing adalah bahasa Inggeris. Jadi setiap terms tersebut saya kena fikirkan apa perkataan yang paling sesuai kalau di translate pada bahasa Melayu. Selepas tu (paling penting saya rasa) baru saya kena fikirkan step demi step yang perlu saya tulis supaya kalau sesiapa saja yang membaca..boleh faham dengan senang…
Jadi sesiapa nak menyumbangkan artikel pasal video editing untuk dimasukkan dalam blog ini atau laman tutorial saya, sila hubungi saya…sumbangan dari anda semua amat saya hargai…ok..that’s all for now!!:)



